COMEL vs CANTIK
Kita nampak ada sekumpulan perempuan ni. Dari situ dalam hati mesti kata 'COMELnya dia' 'CANTIKnya dia'.Daripada cakap dalam hati baik korang baca dan berkongsi pendapat kat sini. Pendapat diperlukan : )
Apa yang dibincancangkan ini dari sudut yang positif ok.
COMEL? Siapa yang comel.. Kenapa dia digelar comel?
CANTIK? Kenapa dia cantik?
"Yang CANTIK tidak semestinya COMEL dan yang COMEL tidak semestinya CANTIK"
CANTIK ini sebenarnya dekat part-part tertentu sahaja berbanding COMEL
Si A CANTIK, tapi time bangun tido atau time tidur nampak tak kecantikan dia? tak nampak kan..
Kalau yang COMEL, cara dia tidur pun nampak comel. Kalau dia marah pun nampak comel.hehe (macam kucing, eh eh ini cerita pasal manusia ok) betul tak? ke macam mana???
Perbezaan dari segi fizikal antara CANTIK dan COMEL
CANTIK - Kebanyakannya orang yang sederhana dan tinggi, ada yang rendah tapi tak banyak. Muka berbentuk (bukan bentuk empat segi or bintang). Muka berbentuk nie macam ada nampak bentuk pipi, dagu, dahi dan lain -lain. Asal CANTIK je kurus. Betul tak?
COMEL - Kebanyakannya muka diorang ni berbentuk bulat samada bulat kecil or besar itu terpulang. Muka yang bulat tembam pun comel, Muka kecil dan bulat pun comel. Kiranya semua COMEL. Berbadan besar pun COMEL tau :)
Kekurangan COMEL dan CANTIK
CANTIK ni kalau dia makeup atau letak warna-warna kat muka, pandai bergaya. (Yeke?). Kalau dia tak makeup bukan maknanya tak CANTIK tapi tengah-tengah (Cantik pun tak, kurang cantik pun tak)
Kalau COMEL tak makeup pun comel. Kalu letak bedak dan lipstik skit lagi nampak la keCOMELan dia tu. TAPI masalahnya COMEL ni air muka nampak sombong padahal tak pun.Mungkin sebab bentuk muka dia bulat jadi kalu senyum sikit memang tak nampak dia senyum.Kalau dia tak senyum memang nampak sombong. TAPI cuba korang jadi kawan dia. Memang tak sombong langsung.
Pernah korang dengar tak 'cute-cute CANTIK'? Kalau 'cute-cute COMEL' pernah dengar?
Pernah korang dengar 'kecik-kecik COMEL je'? Kalau 'kecik-kecik CANTIK' pernah dengar?
Selalunya orang boleh ukur keCOMELan tapi susah nak ukur keCANTIKan. Maksudnya senang-senang je nak kata dia COMEL. Contohnya, korang berselisih dengan orang COMEL. Korang kata 'COMELnya dia'. Berbanding dengan CANTIK. Susah nak kata dia CANTIK sebab CANTIK ni banyak maksud lagipun kalau kita tengok orang tu sekali nampak biasa ja.Tapi kalu tengok berkali-kali baru nampak dia CANTIK. Ada pulak kalau tengok sekali CANTIK kalau tengok berkali-kali nampak biasa ja.
Antara keempat-empat artis ni yang mana COMEL dan yang mana CANTIK?
19 orang dah komen :
COMEL : nora danish n amy mastura
CANTIK : erra n fasha...
tapi sy saya cantik tu subjektif...:-)
huhuhu!! terime kasih untuk entry niieee~ org2 yg "comel" mcm saye terase dihargai..huk3~
Yatt rasa comel lg best dr cantik...
mcm Yatt jg...keh3!!!
aah,,,,comel nora danish n amy..cantik fasha n era .
bagi sy yang paling cantek erra n nora.. huk3...
saya comel, tapi tak kacak! hehe. nice entry. saya ada entri baru: PUTUS CINTA. jemput baca.
era yang cantek. comel nora danish :)
For me comel is like cute, means ugly but nice to see... cantik is like natural beauty...eh, boleh ke mcm tu...kekekekek...tipu je ;) tak tau la...
comel amy mastura.
cantik fasha...
yang lain cantik n comel gak.. tapi dua tu ag cantik n comel..hehe
hana comell
@Pn. Sheila Hana pun kata nora n amy comel
@shiki :)
@cikladybird sentiasa comel ok :)
@najihatussolehahsokong gak :)
@MaryaYusofa'a kan cantik tu natural beauty.comel tu cute
ingtkan comel dgn cantik 2 same je..rupanye lain
comel:amy mastura & nora danish
cantik:fasha & erra
erra n fasha cntik..
while nora danish ft amy mastura comel ^^
nora dgn amy mastura comel
fasya dgn erra pulak cantik
Comel tu dy xde jawline yg visible. Cantik tu jawline sgt obvious.