NADIA'S LUCKY DRAW


Minggu nie saja ku asyik kena tag untuk Lucky Draw and contest je.. hehe orang dah tag mesti ku join punya lah..lagi2 kalu Lucky Draw and contest yang da syarat simple2 macam Lucky Draw di bawah nie..

Kali nie Tuan Empunya Lucky Draw yang tag ku.. Ku pun klik la kat banner atas tuu untuk join. Klu korang nak join klik banner atas tuu k.

so ku pun tanpa segan silu menge'tag' ekyn dan DiNky Rose untuk join Lucky Draw


Di bawah nie adalah syarat-syarat yang simple untuk sesapa nan join Lucky Draw nie.

Blogger perlu buat SATU entry tentang lucky draw ni bertajukkan NADIA'S LUCKY DRAW

Letakkan BANNER kat atas dan LINKKAN banner tersebut ke entry ini

Tag DUA orang kawan anda dan pastikan mereka tahu

Dah setel, postkan link blog anda kat comment box entry ni

Survay - analysis of the responses to the Teaching Mathematic and Science in English (ETeMS)

My group members carry out survey to 40 people trainee teacher in Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bharu, Kelantan. The survey had received an impressive attraction.The data is based on analysis of the responses to the Teaching Mathematic and Science in English (ETeMS) survey report which was collected on 6 Ogos 2009.

Two article that we choose is EteMS : The Implications on Learners by Faizah Mohamad Nor, Ph.D and Marzila Abd Aziz from Department of Modern Language , Faculty of Managment and Human Resource Development, UTM and the other one article from The Star online ( http://blog.thestar.com.my/permalink.asp?id=24764). The title of article is Math and Science : English in Secondary schools and mother tongue in primary school posted by yytehstar.

We choose this topic because it often became heated debate issue since executed by administration Tun Dr Mahadhir bin Mohamad in year 2003. Science and mathematics is field lay and with role important in progress and development of nation. Various inside innovation and new discovery this field happen fast and information access on progress in this field often found in English.

From the analyse we found 47.5% agrees and as much as 52.5% did not agree on Teaching Mathematic and Science in English. 19 of these 40 respondent revealed that learners enjoy learning Mathematic and Science in English while 21 respondents confessed that learner’s does not enjoy learning Mathematic and Science in English.According to the article 25% of these 44 leaners (56.8%) revealed that they enjoyed learning Mathematic and Science in English while 9 (20.5%) confessed that they did not like learning these subject in English and would nahe preferred the national language as the medium in instruction fof these subjects. One respondents did not respond to yhe questionnaire iten on whether he like Mathematic and Science being taught in English.

45% trainee teacher agree that the learner’s performance in Mathematic and Science had improved as a consequence of learning these subject in English. According to the articles, One of the benefits of Mathematics and Science being taught in English is that the explanation of concepts comes off easier when illustrated in English. Somehow, sixteen of the 44 (36.4%) respondents felt that it was easier for them to understand the mathematical and science concepts if they are explained in English compared to the national language. On the other side of the continuum, 9 of 44 (20.45%) subjects complained that their performance in the Mathematics and Science subjects had deteriorated since the subjects were taught in English

Through our survay, we found 55% agree and 45% did not agree about the learner’s English proficiency improved as a result of the greater exposure to the English Language, when Mathematics and Science subjects are now taught in English.

21 trainee teacher belive that a difficulties in understanding the term challenges faced by learners in learning Mathematics and Science in English.While, 15 trainee teacher support that a weak in mastering the English subject and 4 trainee teacher support that lack of facilities for learning process challenges faced faced by learners in learning Mathematics and Science in English. A report prepared by an Australian Department of Education highlights the complexity of the language of Mathematics and Science. It states that the language of Mathematics is complex and is not similar to everyday language. It consists of specialist vocabulary, precisions and the use of symbols. The report also states that teachers tend to make a lot of assumptions that students are able to understand the words despite the fact that the words are too complex for the students to deal with on their own.

24 of the 40 trainee teacher thought teacher presented Mathematics and Science in English ineffective for student.Only 40% said teacher of Mathematics and Science deliver their lesson effectively to the student. It is because the teachers lack of froficiency in English. Through our survay , 75% said pupils in rural unable to learn Mathematics and Science in English very well.25% of the respondent did not agree about his statement. According to the survay, pie chart and bar graph as many as 57.5% trainee teacher said government prepare adequate facility and equipment for teacher and student in learning and teach inside mathematics and science English but only 42.5% did not agree.

65% trainee teacher said they agreed and only 35% did not agree when the government decides to change back teaching mathematics and science in Malay Language in year 2012. According to the articel, I found that using English as a medium of instruction for Mathematics and Science in secondary school will not only lead our children to a smooth transition to the branch out of science inti physics, chemistry and biology in form 4, it will also open up a world of opportinities to them when they move up to form 6/marticulation level. So, the optimum solution is by using mother tongue in primary school and Englishi secondary school as a medium of teaching and learning Math and Science.

Through our survay, 72.5% belive that the student will archive excellent result in Math and Science if they were to change to the Malay Language.

As a conclusion, I hope Teaching Mathematic and Science in English (ETeMS) could bring benefit to all student. I got a lot of information and learn more about EteMS when I read this article and carry out the survay

Contest Bersama Bear by Stella


Cam best ja kan contest nie.. Klu korang rasa nak join klik banner kat atas tuu k.

Nie syarat2 untuk join contest nie..


mesti follow blog stella dulu
tempek or tampal or lekat banner yg kat atas nie dalam entry
letak pic kat sidebar korang jgk
klu boleh edit sikit ye..bagi cantek,tertarik

bg pic yg terbaik
tarikh tutup 20/07/2011 12.00 am
terbuka kepada semua..xkesah boy or gurl..pic baby bersama bear pon boleh..atuk,nenek pon boleh

Hadiah??? klu nak tahu sila ke blog Stella ek..

So ini lah saya bersama bear.. Jom layan cerita nie dulu.

Ku dan Rabbit memang xdapat dipisahkan. Tetapi kadang2 ku selalu bergaduh dengannya Paling teruk kami bergaduh ialah pada hari .......
( xingat). Hanya kerana sebiji rambutan kami bergaduh. Bukannya salah ku.. Rabbit tuu da ka patut rambutan hijau tuu dia nak makan. bukanya masak lagi..tunggu la dalam 2 3 minggu lagi. Tapi dia degil. Ku geram sangat2 time tu.. ku pun mengusik dia yang ku nak makan buah rambutan nie dulu..huhu


Dia merajuk. Ku cuba memujuknya dengan menulis 'I LOVE YOU' di atas batu.. Lama kelamaan kami pun berbaik semula..


Kami bersahabat baik sampai bila-bila


Peace...


Dealova - Bahasa Isyarat


Entry kali nie ku nak berkongsi pasal persembahan yang melibatkan kelas ku iaitu Kelas Pendidikan Khas.. Persembahan nie diadakan tahun lepas bersempena dengan Minggu Pendidikan Khas so jabatan yan terlibat adalah Jabatan Pendidikan Khas. Kami sekelas ambil keputusan untuk membuat persembahan Bahasa Isyarat lagu Dealova..Lagu favroute ku tuu..

Sehari ja wat latihan..hahaha boleh la..nak kata berterabur xlah sangat..dapat pujian lagi ada la..First time persembahan bahasa isyarat ni..Tu yang dapat tepukan gemurah (puji kelas sendiri) Cayalah.. Banyak lagi persebahan sebenarnya.. Contoh : Tarian Sabah dan Sarawak, Coral Speaking dan lain-lain.

Disini ku dah upload video persembahan Bahasa Isyarat.. Tapi sebelum tuu pause la dulu muzik player kat dalam blog nie.. kat mana??? kat bawah tuu


OK Selamat menonton.. Jangan lupa wat bahasa isyarat sekali.. Best tau..


P/S : Ku berdiri dua dari kiri (pakai cermin mata)

Sukan Yang Sudah Pupus Di Dunia


RENANG BERIRAMA DANGDUT RAGGAE

Tidak jauh bezanya dengan renang berirama yang dipertandingkan pada masa kini namun irama dangdut raggae yang dipermainkan pada masa kejohanan ini membuatkan banyak peserta mengalami sakit-sakit sendi. Peserta perlu menyelam ke dasar kolam dengan gaya kepala ke bawah air dan punggung timbul di atas air kemudian menggoyang-goyangkan punggung persis penari dangdut. Peserta yang 'vibrating'nya paling lama dianggap pemenang. Kepupusan sukan ini adalah kerana kesemua pesertanya adalah LELAKI...wueekkk...nak muntah.


BOLA TERAJANG


Memang tidak dinafikan sukan bola terajang adalah sepopular bolasepak pada masakini. Sukan ini memerlukan padang sebesar KLIA dan pesertanya pula seramai 2000 orang. Terdapat 80 tiang gol serta penjaga golnya sekali. Apabila bola dibaling masuk oleh pengadil, kesemua peserta hendaklah terajang apa sahaja didepan mereka tetapi tidak boleh langsung menerajang bola tersebut. Sesiapa yang kakinya terterajang bola tersebut maka mereka akan diberikan kad merah. Ini akan membuatkan peserta mengamuk dan menerajang diri mereka sendiri dan sanak saudara mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan diharamkan oleh FIFA kerana presiden FIFA pada masa itu pernah kene terajang oleh tukang kebunnya kerana beliau tidak membeli rokok yang dipesan.


BOLA TELANJANG

Jangan salah faham! Bola telanjang sangat berbeza dengan bola keranjang yang dipertandingkan pada hari ini. Walau namanya sedikit lucah namun sebenarnya yang telajang hanyalah bola tersebut bukan pesertanya. Sukan ini dipertandingkan dengan cara peserta hendaklah mengupas bola tersebut seperti mengupas buah limau. Bola hendaklah dikupas sehingga telanjang. Namun selepas dikupas bola tersebut akan pecah dan kehilangan angin. Ini menyebabkan peserta hilang akal dan batuk-batuk akibat keresahan pada diri mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan...disebabkan...hmmm...apa gua mau kelentong lagi aaaa?? Lu olang pikir sendili la apa pasat dia punya kepupusan.

LARI 100KM BERPAGAR

Corak pertandingannya sama dengan lari 100 meter berpagar. Sukan ini dahulunya amat popular di Uganda dan pernah dipertandingkan dalam Olimpik 1821 di Guantong, China. Kepupusan sukan ini adalah kerana peserta yang memasuki sukan ini akan mati pucuk serta mengalami osteoporosis kerana kerap melompat pagar setiap 10 meter. Sejarah mencatatkan tiada pemenang dalam pertandingan ini kerana baru nak masuk 1 km je banyak yang muntah darah dan terberak-berak.


REJAM LEMBU

Berlainan dengan sukan merejam lembing sekarang ini, merejam lembu lebih famous pada masa dahulu kerana banyak kenduri-kenduri kahwin memerlukan lembu untuk dibuat gulai. Peserta akan menarik tali di lubang hidung lembu dan membuat balik kuang untuk membaling lembu tersebut ke rumah yang melangsungkan kenduri. Secara otomatik lembu itu akan terhempas dan hancur kemudian terus dibuat gulai. Kepupusan sukan ini adalah kerana kehadiran Islam dan lembu itu hendaklah disembelih.

LOMPAT KAJANG

Sekiranya Lompat Kijang memerlukan lompatan yang ke atas pasir, Lompat Kajang pula memerlukan peserta melompat sampai ke Kajang, Selangor sambil membacakan pantun 'Kajang Pak Malau, Kajang Belikat'. Kemudian apabila sampai di Kajang perlulah pula peserta membeli Satey Kajang dan makan dengan lidi-lidinya sekali. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan pada waktu itu kedai sate Hj Sahmuri masih belum dibuka.

BOLA TEMPELENG

Sukan ini amat berlainan dengan Bola Tampar kerana permainan ini memerlukan pemain menempeleng muka pengadil sambil menyanyikan lagu negaraku. Sukan ini pupus kerana sesiapa yang jadi pengadil pada perlawanan ini akan mengalami sakit untut berpanjangan akibat dari tempelengan para pemain.

Dear Haffiz Lucky Draw : Elmo's Or Domo's?

Last2 minit ku join.
Tepat kul 12malam Lucky Draw nie tamat

So tunggu apa lagi..join le. klik kat banner untuk keterangan lanjut ok

Ku suka Elmo's


sebab.... tah la
mungkin sebab menarik.hehe

Faktor Pembentukan Falsafah Kebangsaan


Falsafah Pendidikan digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat, dan negara. Antara faktor pembentukan falsafah adalah seperti berikut

Faktor Agama
Agama Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Unsur agama dapat dihayati daripada pernyataan, ’mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmni berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.....’

Faktor Sosial
Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum, sikap positif adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang penting dalam mewujudkan keadaab sosial yang stabil. Ia dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu : ’.....melahirkan rakyat Malaysia yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’

Faktor Politik
Falsafah Pendidikan Negara digubal berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalamdokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Oleh itu pengaruh politik memainkan peranan yang penting dalam menetukan dasar pendidikan negara.

Faktor Ekonomi
Rakyat Malaysia terlatih dalam pelbagai kemahiran untuk membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluaran. Tujuan in dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawap dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.

Faktor Individu
Potensi individu yang meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang akan bersedia menhadapi cabaran hidup dengan tenang.

Faktor Sejagat
Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sisitem pendidikan antarabangsa. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, persarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan sebagai ”Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan.....”. Ini jelas mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

Kesian Che Ah Kecik

Petang yang nyaman dalam pukul 6.30petang.. ku duk dalam bilik ja mlas nak kuar . Ku dengar bunyi abah dan Syifaa riuh kat ruang tengah.. Ku pun kuar la.. rupanya Che Ah Kecik bawa balik burung pipit .. alaa burung kecik2 yang biasa nie.

Abah ku time tuu nak p mandi. Abah ku suwuh Syifaa ambik burung tu dari Che Ah tapi dia takut.. Time tu mmg bahaya coz time nak ambik burung tu dari Che Ah, Che Ah terkam balik..Abah ku pun pegang Che Ah sementara ku ambik burung pipit tu, Tiba2 Che Ah terlepas dari pegangan abah ku dan terus terkam ke arah ku. Ku yang dalam kegelian memegang burng pipit tu pun membidas atau dalam erti kata lain menampar Che Ah..huhu. Masa tu mmg xterpikir apa2 pun. Yang ku pikir, ku kena bawa lari burung pipit dari dimakan oleh Che Ah.

Tempat yang paling selamat ku rasa untuk meletakkan burung pipit tuu ialah dekat di atas kereta .


Nasib time tu Che Ah xnampak klu nampak sah2 dia naik atas kereta. Ku pun sempat bergambar lagi dengan Si burung pipit.hehe Che Ah time tuu dah kuar dari rumah.


Pas2 dalam 10 minit ku nak letak la burung pipit tu dekat pasu bunga depan umah ku. Odw nak letak tu burung pipit pun terbang.. Yeeaah... bertapa gembiranya tengok burung pipit tu boleh terbang.


Tiba-tiba teringat plak ku menampar Che Ah..Huhu sedih la plak Ku pun p la duk dekat2 ngan Che Ah.. Nak usap2 badan Che Ah yang ku tampar tadi.. Che Ah mengelak oo.. Sedih tol. Ku pun cakap2 ngan Che Ah, ku xsengaja..Baru ku teringat, ku pernah baca satu artikel nie

Kucing akan membawa balik binatang seperti tikus atau burung ke rumah sebagai penghargaan kepada tuannya yang selama nie menjaganya. Kucing tidak akan makan binatang tersebut. Ia hanya memberi binatang tersebut kepada tuannya sebagai penghargaan

Sedihnya.. dah la keesokan hari ku nak balik Kelantan. Rinie plak la nak sedih2 nnt xtenteram la ku duk Kelantan teringan Che Ah..huhu.



Che Ah terus masuk rumah dan tertido.. Penat agaknya tangkap burung pipit bawa balik rumah kena plak tampar dengan ku..huhu. Malam tu u tengah kemas2 barang, Che Ah datang, sempat main2 ngan dia..Che Ah dah x merajuk lagi kowt.. Ku pun suka.. Ku bagi dia makan ikan tanda minta maaf.

Ku harap kejadian menampar xkan berulang lagi..

Jenis Pakaian yang pupus di dunia


Kain Tungkek
Kain ni amat berlainan dengan kain songket kerana corak pada kain ini terlalu menjurus kepada simbol-simbol kesampahan dan kejijikan. Corak yang selalu disulamkan oleh perekacipta kain ini adalah seperti corak ulat-ulatan sampah-sarap, bangkai ayam, kotoran hidung, cecair yang keluar dari mulut kambing dan simbol-simbol setan. Disebabkan corak-corak tersebutlah kain ini akan mengeluarkan bau-bauan yang sangat bangsat baunya. Bau tersebut dikenali sebagai bau tungkek. Bertepatan dengan namanya kain tungkek, kain ini pupus disebabkan oleh jangkitan tungkek yang melanda pada pemakainya. Yang pasti bau sampah-sarap yang melanda adalah sabab-musabab ketungketan kain ini.


Baju Kekerusi
Seperti Baju Kemeja yang menjadi gaya hidup ofis pada masa kini, baju kekerusi pula adalah uniform rasmi atlit angkat berat Papua New Guinea. Baju ini direka khas untuk melatih bahu peserta angkat berat supaya tangan mereka lebih berstamina. Baju ini akan disulamkan dengan kaki kerusi di bahagian tangannya, tempat sandar di bahagian bahunya dan tempat duduk dibahagian perut. Namun fesyen ini membawa masalah kerana setiap kali dimana mereka berada, orang ramai pasti menyangka mereka adalah kerusi otomatik yang berjalan-jalan. Orang ramai akan megejar meraka untuk dibuat alas punggung ketika orang ramai berehat di taman. Kepupusan baju ini adalah disebabkan ramai atlit angkat berat tersebut mati kerana diduduki oleh para juri angkat berat.


Baju T-Shit
Baju T-Shit adalah modus operandi kepada baju t-shirt yang ada pada hari ini. Baju t-shit selalunya digunakan pada majlis keramaian seperti majlis kahwin-kahwin, majlis penyampaian hadiah dan majlis daerah ulu klang. Pemakai baju ini akan merasakan diri mereka tersangat riak tahap mentibang kerana bau-bauan yang hadir dari baju tersebut. Ini kerana semasa pemakai melalui di celah-celah orang ramai, orang ramai akan memberi laluan kepadanya dan menunduk sambil menutup hidung. Pada sangkaan si pemakai bahawasanya orang ramai sangat hormat padanya kerana pakaiannya. Padahal orang ramai menahan daripada nak muntah kerana bau taik yang amat dasyat tahap maharaja. Kepupusan baju ini adalah kerana sabun telah tercipta untuk mencuci pakaian jiran-jiran


Spender Jeans
Kalau seluar jeans sudah ketat ya amat, apatah pula dengan spender jeans. Spender ini amat ketat-seketatnya sehingga tiada ruang untuk angin masuk. Spender ini tidak sesuai untuk lelaki dan perempuan tetapi ia hanya direkacipta dan sangat sesuai untuk superman sahaja. Tujuan superman memakai spender ini adalah kerana ia boleh menekan perut dan menekan di celah kangkang. Oleh itu semasa superman terbang, takdela nampak sangat 'adiknya' melanjut. Spender jeans ini sangat mahal harganya. Sebab itulah superman pakai spender kat luar sebab nak tunjuk spender dia tu mahal. Namun sudah ada superhero yang mampu memakai spender seperti superman tersebut iaitu spederman. Kepupusan spender ini adalah disebabkan...mana ada superman kat dunia ni, karut suma tu.

AKAN DATANG
Sukan Yang Telah Pupus Di Dunia

Jenis Kuih Yang Sudah Pupus Di Dunia


KUIH BAU LU
Kuih ini sering dihidangkan pada hari raya seperti kuih bahulu. Namun kuih ini sangat berbeza rupa bentuknya kerana ia seiras dengan bentuk ketiak dubuk. Rasanya yang masam masin membuatkan anda puith mata kerana rasanya yang tahap cilabi(cebisan daging labi-labi). Kalau rasanya dah tahap cilabi, baunya pula adalah tahap chilavert(penjaga gol colombia) yang mana baunya akan membuatkan lubang hidung anda sebesar ekzos gen2. Kuih ini akan meninggalkan kesan bau pada mulut si pemakan kalah bau kain tungkek(kain yang sudah pupus di dunia) dan orang yang membaunya akan berkata " ini mesti bau lu, gua ada bau punya, bau lu ni.". Kepupusan kuih ini adalah disebabkan PBB telah mengharamkan pengeksportan serbuk kayu geting ke serata dunia yang menjadi salah satu bahan kuih ini.

MUBARAK
Sebelum murtabak dikomersialkan, mubarak lebih dahulu dikomer'SIAL'kan oleh pedagang-pedagang Portugal yang diketuai oleh Kuiz Pigo dan Pauleka. Kuih ini ditebar dihadapan orang melayu Melaka yang terpegun dengan aksi Pigo menebar kulit mubarak. Selepas dia menebar tepung seperti roti canai itu, dia pun meletakkan inti yang terdiri dari ikan yang dah 10 hari mati, janggut sotong, tapak sleman, lumut laut dan sedikit muntah hijau. Selepas itu dia pun menggoreng di atas rim tayar yang panas dan selepas siap di goreng pigo dan pauleka memakan sendiri masakan mereka itu. Lalu orang Melaka yang melihat aksi itu muntah kuning dan masuk ICU akibat kejijikan pedagang portugis. Lalu akibat malu Pigo ngan Pauleka pulang ke portugal tanpa tiada siapa pun dari Melaka menjamah kuih itu. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan kekalahan Portugal dalam sukan bola terajang (sukan yang sudah pupus di dunia ) kerana Pigo menghidangkan kuih mubarak kepada pemain sekaligus menyebabkan kesemua pemain terkena kencing manis tahap 9.
KARIBOB
Kuih ini diusahakan oleh BOB akademi fantasial sebelum adanya kuih karipap. Bob telah mengusahakan kuih ini dengan menokok tambah pada designnya, colournya dan rasanya. Untuk design kuih karibob ini dia telah membentuk dengan rekabentuk ala-ala bentuk cipanzi, kemudian kalernya pula dikalerkan dengan kaler cokelat kehitam-hitaman dan rasanya pula persis rasa najis Kongkang dan baunya pula sebijik bau mulut biawak. Kemudian BOB membungkuskannya dalam plastik Alam Flora selepas itu dijual dengan harga RM10 sekati. 15 hari selepas menjalankan perniagaannya itu, BOB dilihat telah kembali ke rahmatullah kerana mati akibat termakan kuihnya sendiri. "Saya sedih dengan kematiannya kerana kuih karibob ciptaannya memang sedap tahap lipan."Kata seorang artis amerika, Mariah Kari. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan Mariah Kari telah menukarkan nama kuih itu ke nama Karipap sempana nama ayah Mariah iaitu encik Kari Pap Johnson.


AKAN DATANG
Jenis Pakaian yang pupus di dunia

Personaliti Individu yang Gemar Warna Biru

Biru ialah warna yang merujuk kepada ketenangan dan kesempurnaan. Melihat warna biru boleh memberi kesan tenang kepada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan

Biru tua
Individu yang gemar warna biru tua dikatakan mempunyai sifat perasa yang agak kuat . Pun begitu individu ini sentiasa tenang, bijak dan tidak mudah tersinggung

Contoh sifat perasa : Ali berasa dia akan menang dalam pertandingan itu

Biru muda
Individu yang dikatakan gemar warna biru muda di katakann mempunyai sifat yang lebih keras berbanding perminat warna biru tua .Mereka bersifat keras kepala, suka bangga diri tetapi mereka berpendirian tetap.

Line yang sangan Slow

18/6 : Selamat sampai kelantan. Berhabuk betol bilik.. Start kul 6ptg sampai Kul 10 malam berkemas jee.Pas2 kemas nak relax2 jap.. Buka la internet punya la slow.. Mungkin sebab hujan.

Keesokannya plak ( hari ni ) slow jugak la..bukan sebab hujan.. nie mesti masalah line internet. Aaarrggggg mmg bengang giler.. 3 minggu duk umah duk online slalu laju ja kan.. tba2 terputus online.. Rasa cm xsng duduk.. Nie pun 1jam baru bleh buka blog. Nak klik dashboard 10min..ish2 Sianyaa..

Ok la kawan2 nnt klu line ok ku nak update blog wat entry pasal Personaliti Individu Yang Suka Akan Warna Biru. Tungguuuu

Selamat Tinggal

Sedihnya esk dah nak balik Kelantan..2bulan lepas tuu cuti..hehe

Cuti sokmo


Bye teman2 ku..

Cam kembar kan.. Yang dalam umah tuu si abang, Che Ah . Kat karpet tuu Si Adik

Yang putih keoren-orena tuu adik bongsu

Ibu, Si Puteh.. Slalu marah anak2 dia..huhu

Ku akan sentiasa ingat cara korang

TIDO

hehehe

Kesian Si adik kena himpit dengan Si abang yang gemuk

Hehehe. Tempat tidur favroute diorang

Tempat cmnie pun boleh tidur.. Patut la ku bagun pagi2 tengok speaker jatuh .



Laptop jadi tempat sandar plak

Si Puteh tidur bawah kerusi, Sebagai ibu kepada 3 anak, dia bg peluang kat anak2 tidut kat dalam plastik tu.. Nanti2 dia plak ambik turn..


Haaa kan dah cakap.. Si Puteh plak ambik turn

SI Puteh nie garang kat anak2 dia, Anak dia nak tido sakli kat situ dia marah..Tuu yang anak dia xberani nak join skali

Teringat Praktikum la pulak

Lompat Kijang / Triple Jump

By : Mr Google

Sesiapa yang cemerlang dalam acara lari pecut dan lompat jauh, boleh mengambil acara ini dalam kejohanan-kejohanan di peringkat negeri, kebangsaan, mahupun di peringkat antarabangsa untuk mewakili negara. Seperti juga acara-acara olahraga yang lain, semaikan semangat juang yang tinggi, sama ada semasa membuat latihan, mahupun dalam kejohanan yang sebenar.Selain memerlukan larian yang bertenaga, daya anjakan serta ketepatan kiraan langkah amat penting bagi mengelakkan lompatan daripada terbatal.

Lompat kijang merupakan satu acara olahraga yang kompleks dari segi kemahiran melaksanakannya berbanding lompat jauh. Peserta dikehendaki berlari pantas ,melompat ketinting , kemudian melangkah dan terus melompat untuk mendarat dalam kawasan pendaratan.Pelompat dikenhendaki memberi perhatian kepada koordinasi pergerakannya dalam proses melaksanakan keseluruhan lompatan ini.Selain itu, pelompat juga perlu memperseimbangkan ketinggian ketiga-tiga lonjakan yang dilakukan dan jarak jarak langkah ketika fasa melangkah supaya mencapai satu lompatan yang baik.

ASAL USUL

Mengikut catatan sejarah, acara lompat kijang tidak terdapat pada Sukan Olimpik kuno, Pada masa dahlu,manusia sudah mula melibatkan diri dalam kegiatan melompat, seperti acara olahraga. Dalam Sukan Olimpik Kuno, acara ini tidak dipertandingkan. Ini bermakna, acara lompat kijang mempunyai sejarah yang jauh terkemudian daripada acara lompat jauh.

Dipercayai bahawa acara lompat kijang bermula pada abad ke-19 di Ireland.Kali pertama acara lompat kijang diperlihatkan adalah apabila pelompat melakukan dua kali lompatan dengan menggunakan sebelah kaki yang sama, sebelum melakukan lompatan seperti acara lompat jauh (long jump).

Ini bermakna, acara lompat kijang ini adalah gabungan acara lompat jauh dengan lompatan seperti gaya seekor kijang. Versi terawal ini dipertandingkan pada Sukan Olimpik moden tahun 1896 di Athens, Greek. Pemenang pertama acara ini ialah James Connoly dari Greek.

Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step, and jump dan kemudiannya ditukar namanya kepada triple jump. Dari Ireland, acara lompat kijang diperkenalkan ke Negara Scotland, dan seterusnya ke Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19.

Lompat kijang juga dikatakan dipertandingkan dalam zaman Sukan Olimpik Purba. Di kalangan pelompat kijang yang terkenal ialah Victor Sanegev (USSR) yang menjuarai acara ini dalam Sukan Olimpik 1968,1972 Acara dan 1976 dan menyandang tempat ke¬2 dalam 1980. Pelompat Jepun mula menunjukkan kehebatan mereka mulai 1928. Mika Oda menang pada tahun 1928 dengan lompatan

TEKNIK LOMPATAN

Perubahan dalam teknik lompatan telah dilakukan dari semasa ke semasa bagi memudahkan para peserta yang mengambil bahagian, iaitu daripada melakukan dua kali lonjakan (hop), yang kemudiannya diubah kepada satu lonjakan, dan diikuti dengan satu langkahan sebelum membuat lompatan.

Kini, acara lompat kijang terus menggunakan teknik yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940-an, dan terus kekal sehingga ke hari ini. Acara ini telah mula berkembang selepas tahun 1930-an di Jepun, Brazil, dan Kesatuan Soviet. Telah sekian lama acara ini dipelopori oleh atlet lelaki, namun sejak akhir-akhir ini acara ini telah dipertandingkan di kalangan atlet wanita.

Malah dalam beberapa kejohanan peringkat kebangsaan negara Malaysia, Sukan Asia Tenggara Sukan SEA (SEA Games) turut memasukkan acara lompat kijang sebagai satu acara pertandingan. Sebagai salah satu acara olahraga yang disertai oleh kedua-dua kategori untuk lelaki dan wanita, maka teknik, kaedah, dan prinsip berhubung acara ini boleh digunakan bersama dalam kategori tersebut.

FASA-FASA LOMPAT KIJANG

Fasa Lari Landas atau penujuan

Fasa lari landas merupakan tindakan peserta pada peringkat awal acara ini yang sama seperti yang dilakukan oleh pelompat dalam acara lompat jauh.Fasa ini bertujuan untuk menjana kelajuan larian supaya pelompat dapat menghasilkan lonjakan yang berkesan.Fasa ini akan mempengaruhi fasa-fasa yang berikutnya.Peserta baru disyorkan mengambil 13 hingga 15 langkah bagi fasa lari landasnya.Kepantasan berlari yang optimum oleh pelompat merupakan faktor yang penting dalam peringkat ini.

Jarak larian landas biasanya adalah di antara 35-42m.Tandaan adalah amat penting,khususnya di peringkat mulaan.Apabila bermula,ia hendaklah pada kelajuan yang sama pada setiap sekali, iaitu kelajuan yang konsisten.Kelajuan ditambah secara progresif dan kekerapan langkah bertambah mulai 6 langkah terakhir.Kedudukan badan agak tinggi dan tegak.Kecondongan badan adalah paling minimum ,khususnya pada langkah-langkah terakhir.

Pelompat hendaklah mencapai kelajuan maksimum yang agak terkawal.Apabila menghampiri papan lonjak,pelompat tidak seharusnya mengurangkan kelajuan dengan tujuan membuat persediaan untuk melonjak.Pelompat hendaklah berlari terus dengan menggunakan papan itu sebagai titik loncatan.

Fasa Lonjakan

Dalam fasa lonjakan, pelompat melakukan 3 kali lonjakan untuk menyempurnakan lompatan kijang.Lonjakan pertama lonjakan dari papan lonjak untuk melakukan ketinting. Lonjakan ini lebih mendatar berbanding dengan lonjakan yang lebih tinggi dalam lompat jauh.Setelah ketiting ,pelompat terus melakukan lonjakan kedua dengan kaki yang sama dan melangkah dengan kaki yang bebas.Lonjakan ketiga pula terus dilakukan di kaki itu sebaik saja tamat langkahnya untuk menyempurnakan fasa lompatan dan pendaratan.Lonjakan ketiga ini lebih tinggi daripada lonjakan pertama dan kedua.

Fasa Ketingting

Dalam lompatan pertama ataupun ketingting,Kaki yang terkuat perlu digunakan dalam fasa ini.Semasa menghampiri papan lonjakan,pelompat harus kelajuan yang diperolehi untuk membuat ketingting yang jauh.Pendaratan kaki lonjak pada papan diawali oleh tumit dan diikuti oleh hujung kaki.Lonjakan dilakukan dengan mengangkat tumit terlebih dahulu dan diikuti oleh tolakan kuat dari hujung kaki sehingga kaki itu terkedang lurus ke hadapan.

Kaki kiri digerakkan ke hadapan dan lutut bengkok sementara kaki kanan pula dijatuhkan ke belakang untuk mengimbang gerakan kaki ke hadapan.Seterusnya kedudukan kaki kiri adalah di depan badan,peha selari dengan bumi,dan bahagian bawah kaki dalam keadaan senang.Sebelum mendarat,kedua-dua tangan di hayun ke belakang badan.Semasa memijak tanah, kaki dibengkokkan pada lutut untuk persediaan melangkah.Pelompat membuat lompatan ketinting yang rendah untuk membolehkannya mendarat secara aktif (active landing)supaya memudahkan tindakan yang seterusnya.

Fasa Melangkah

Selepas ketingting,pelompat akan melangkah dengan memanjangkan kaki yang bebas ke hadapan dan meninggikan lututnya.kedua-dua tangan dihayun kuat ke belakang untuk menggerakan badan ke atas dan ke hadapan.Kaki kanan di hadapan dihayun ke belakang dan kaki kiri di gerak ke hadapan supaya berada di bawah kaki.Kedudukan kaki terbuka di kekalkan seketika.Sebelum mendarat kaki kanan dibawa ke depan dan menyentuh bumi.Ketika ia memijak bumi,ia dibengkokkan di pergelangan kaki dan lutut.

Fasa melompat

Sebaik sahaja mendarat, pelompat terus sahaja melakukan aksi lompat jauh iaitu kaki lonjak menolak dengan kuat dan disertai oleh ayunan tangan,dan mendarat dalam kawasan pendaratan seperti dalam acara lompat jauh.Sepanjang fasa ini, ,pelompat hendaklah berusaha mengekalkan kepantasan pergerakannya.Tindakan tangan yang beroordoninasi boleh membantu kawalan imbangan badan peserta.

Fasa Pendaratan

Sebelum mendarat,pelompat akan melojurkan keedua-dua kaki ke hadapan sambil menghayunkan kedua-dua tangan ke hadapan untuk membantu layangannya.Pelompat mendarat dengan bahagian tumit kedua-dua kakinya mencecah kawasan pendaratan terlebih dahulu dan seterusnya badan digerakkan ke hadapan atau ke tepi.







REKOD LOMPAT KIJANG

Atlet negara Malaysia iaitu Zaki Sadri merupakan pemegang rekod kebangsaan di SUKMA IX SABAH 2002. Beliau merupakan atlet dari kontijen Selangor dan mencatat rekod 16.29 meter pada 21.08.89 di Kuala Lumpur.Beliau juga pernah memenangi beberapa pingat emas untuk negara di Sukan SEA dan beberapa kejohanan trek dan padang di beberapa negara jiran.Sementara atlet wanita pula ialah Ngew Sin Mei yang mewakili kontijen Kuala Lumpur dan mencatat rekod 12.69 meter pada 12.06.02 di Kelana Jaya.

Pemegang rekod lelaki bagi sukan SEA pula ialah Philakong Theerayut dari Thailand yang mencatat rekod 16.44 meter pada jumaat,7 Disember 2007. Pemegang rekod bagi wanita pula ialah Muangjan Thitima juga dari Thailand yang mencatat rekod 13.85 meter pada hari selasa ,11 Disember 2007.Pemegang rekod bagi lelaki dalam sukan olimpik 2004 pula ialah Crutos Meletoglou.

Pemegang rekod dunia bagi lelaki ialah Jonathan Edwards iaitu dari kontigen United Kingdom yang memegang rekod 18.29 m pada 7 August 1995 di Goteborg.Sweden.Manakala pemegang rekod dunia bagi perempuan pula ialah Inessa Krevent kontigen Ukrainel yang memegang rekod 15.50 m pada 10 August 1995 di Goteborg . Sweden.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...