Buah tangan dari Cameron



Xda pa yang nak di taip.. gambar je sebagai renungan dan cuci mata.hehe sebab semua nie dah ku taip kat entry nie (klik2 ye sini)

Dapat cenderahati

Nie bukan cenderahati tau.. Nie snap pic kat bilik housmate.hehe. Bunga dia laa bf dia bg kowt.. Xkembang lg tu. nnt kembang ku snap pic lg k :)

Nie strawberry kering, kering xkering sangat la..lembap2 gak.hehe macam2. ku melantak yang sapa tah.. pakai makan je sedap lor.. mna bleh tahan.



Haa nie yang ku punya, ku pesan kat diorang suruh beli strowberry nie. Tinggal setengah dah.. tp skrang dah habis..huhu


Jom p Cameron beli buah strowberry lagi..Nak p Cameron nak p Cameron


Kura-kura yang cute miut

Tengok la nie..cute kan. Geram betol..



Kura-kura nie anak Cikgu Za yang bawa (Cikgu kat sekolah praktikum ku) . Anak dia bawa sebab dia nak tunjuk kat kawan dia.. macam2 bebudak zaman skrang bawa binatang peliharaan ke sekolah..hehe tp time nie xbelajar pun da majlis persaraan. So klu ku xkisah la nak bawa binatang peliharaan pun tapi pandai2 la simpan kan.. Agak2 la kan xkan nak bawa kucing kowt mai sekolah..



Ku xkan lepas peluang bermain ngan kura2.. ganas gak kura2 nie. Walaupun kecik kaki kuat oo..

Nyum nyum ngan kengkawan

Sepanjang berpraktikum nie jarang makan besar ngan kengkawan.. tapi kali nie mmg makan besar.. Erm.. besar x besar sangat la.. bleh la.. bukan slalu kena bayar harga makanan RM 8*.**. Nasib baik time tuu makan sampai puas hati klu x mmg rugi punya.. makan stail ikut kepala..haha

Nie haa Chim Chum.. Fames gak la makanan nie.. xrugi kalu makan. Tapi pastikan anda lapar tahap cipan baru bleh makan Chim Chum nie ok..( supaya x membazir n xrugi)

SEBELUM MAKAN


SEMASA MAKAN



SELEPAS MAKAN


Di edit by Afifah Ahmad a.k.a FifaKedah
( roomate/ housemate / classmate)
alaa yang bergambar skali ngan ku tuu

Entry kali nie mmg ringkas tapi padat..hehe

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS


Perkhidmatan pendidikan khas ialah satu perkhidmatan yang disediakan di sekolah-sekolah khas bagi murid-urid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran.Perkhidmatan pendidikan juga boleh diertikan sebagai suatu program pencatuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.Selain daripada itu, perkhidmatan ini juga ialah pendidikan induktif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.

Program Pendidikan Khas Integrasi ialah salah satu berkhidmatan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.Program ini wujud di sekolah-sekolah biasa di bawah pentadbiran sekolah.Murid-murid khas dan murid-murid biasa berkongsi bangunan, padang dan kantin.Terdapat tiga kategori Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
Selain daripada itu,Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) telah menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak autisme.Persatuan ini memberikan pembelajaran kepada kanak-kanak autisme.NASOM juga berperanan mengesan dan menjalankan rawatan kanak-kanak autisme.

Seterusnya ialah Perkhidmatan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU).Melalui perkhidmatan ini, kemudahan dan pengesanan awal telah di sediakan bagi mereka (OKU) untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan.Hal ini untuk menginterasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi keadaan sosial semasa.

Program Rehabilition ialah salah satu badan bukan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan pendidikan khas. Program Rehabilition ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS).Pelajar di nilai dari segi membaca, menulis dan mengira (3M).

Putih itu Suci

Cam best je tajuk entry kali nie..xda motif pun sebenarnya.. hehe

hari cuti (Jumaat) selalunya ku akan bangun awal untuk kemas bilik.. memang rutin tiap2 hari Jumaat walau sesibuk mana pun.. kemas bilik wajib bagi ku.. Dan pada masa yang sama gak awal2 pagi ku akan ke luar umah untuk petik bunga warna putih nie.

Ku xtau la bunga apa nie.. bau macam melur tapi bunga melur panjang2 skit kan.. Memang sangat2 wangi. Pagi2 kan bunga tu akan kembang cantik je.. Ku akan letak bunga tu dalam bilik.. atas rak.. Tanpa di rancang, atas rak tuu ada jam n handset warna putih. Terletak plak bunga cm melur tadi kat rak tu..

Fuh, mmg menarik giler lah..






Pagi tu bunga xbanyak yang berkembang.. Ku petik tiga kuntum je.. tu pun dah wangi satu bilik

Persembahan Terbaik dari Sk Seri Kota


Seperti yang di janjikan dalam entry lepas iaitu ..klik Sini..ku nak upload persembahan anak murid istimewa (berkeperluan khas) ku yang mendapat johan daripada 8 kumpulan yang bertanding..

(jangan lupa pause muzik blog nie ek)



Best kan.. bukan senang murid-murid khas nak wat persembahan macam nie

Aktiviti Sekolah - YOKUK


2 hari lepas hari Sabtu.. awal2 pagi ku bangun untuk ke Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan sebab ..... (klik sini)

Kena p awal laa. Ku xnak terlepas persembahan murid istimewa ku Sekolah Kebangsaan Seri Kota / SK SERI KOTA) ..hehehe

Sebelum tu Semua yang terlibat dalam persembahan n sukaneka adalah anak-anak istimewa..

Jom tengok pic2 persembahan dari sekolah lain. Sikit ja ku snap coz ku nak p tengok sukaneka plak.


Shuffle tuu..

Sukaneka plak..





Panas tol kat padang nie.. jom berteduh plak lah tengok SK Seri Kota wat persembahan.. Anak murid ku tuu..

Sebelum tuu pause muzik dalam blog nie ye..hehehe tengok Video Klip 'Nobody But You' versi SK Seri Kota..:)



Opss... nanti lah upload..


Nie plak lagu 'ketipang Payung' Lagu tradisional Melayu..versi SK Seri Kota.


hehehe sama gak, nnt upload...


Cuba tengok betul2 anak murid ku.. macam orang normal kan..

tapi sebenarnya diorang nie ada masalah pembelajaran. Dikalangan mereka ada yang slow leaner, terencat akal dan lain2.. ku bertuah dapat ajar diorang.. diorang xmacam pelajar normal. Diorang istimewa.. Diorang sangat menghargai guru. Diorang sayang cikgu yang mengajar diorang. Guru tuu macam kawan diorang. Sikit2 panggil 'Cikgu jom makan'.. 'Cikgu nak main'.. mesti korang rasa menyampah n larat nak melayan kan.. Korang silap.. Klu korang sendiri berada kat tempat ku. mmg korang akan rasa seronok sebab korang rasa dihargai.

KU SANGAT SAYANG DIORANG

Time ku tengok persembahan nie macam nak nangis. sebab apa??? sebab diorang mampu buat macam pelajar normal.. diorang paham apa yang diajar dan buat persembahan yang terbaik dan mereka juga terpilih untuk membuat persembahan untuk majlis penutup..

Memang xsangka kan..2minggu lebih berlatih dapat buat persembahan macam nie.. Tahniah..

Wat ceta sedih la plak..

nie gambar time habis persembahan.. ramai betol peminat SK Seri Kota.. Nasib ku sempat ambik gambar klu x kena serbu ngan peminat.. da sorang kakak nie (kakak ka adik tah) xsabar2 nak ambik gambar diorang.. Klu yee pun tunggu diorang habis makan dulu.. penat menari mesti lapar.. Nasib makan buger ja.. bleh la diorang lari dari peminat sambil makan buger..hehehe. ku yang menyaksikan nie pun tergelak sendiri..hahaha


Persembahan ' Nobody But You' mendapat Johan daripada 8 kumpulan yang bertanding

Borneo Cultural Night

Lama sudah x update kan.. sibuk la..xsempat praktikum lagi..lepas nie ku akan update hujung minggu ja...

Kali nie ku nak ceta pasal Borneo Cultural Night at IPG KKB.. Tarikh : 8 Julai 2011 (minggu lepas).

Persembahan kali pertama di adakan di IPG KKB. Ku x lepas peluang nak tengok walupun praktikum..minat punya pasal..Lagipun kawan sekelas ku banyak orang Borneo dan mereka juga terlibat dalam persembahan nie..

Diorang memang cantik berpakaian tradisi kaum masing-masing.. xcaya?? jom tengok

Nie Rowena Ayub from Sarawak Bumi Kenyalang.. Pakaian tuu pakaian tradisional kaum ............ .(isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai).

Gelap yee.. buka lampu jap

Dia ditugaskan untuk mengiringi Timbalan Pengarah.. sampai ja tengah2 dewan.. kena menari pulak..heheh sweet jee

Nie plak Junior.. Disebabkan ku duk di luar asrama..susah skit ku nak kenal siapa junior nie..

Gimik perasmian



Bawah nie plak Freda Rinya Ak Nok dari kaum Iban.. Nie pakaian tradisional kaum Iban


Naily Serodoi dari Sabah..


Tarian Sumazau yang ditarikan oleh masyarakat Patani yang terdiri daripada lelaki dan perempuan

Yang bawah nie Tarian Daling-Daling.. Sungguh unik nama tarian nie..hehe Dling-daling nie merupakan Tarian Tradisional suku kaun Bajau dan suluk



Nie tarian ngajat




Gambar Kenangan..hehe





Ku amat bertuah skali dapat berkawan n sekelas ngan kawan-kawan dari borneo nie.. Kli korang nak tau.. Kelas ku nie adalah kelas yang paling ramai orang Borneo.. macam2 slanga bahasa ada.. mmg meriah n heboh satu kelas.

Yeaaah dapat Award la pulak..

Dah la menang contest.. dapat plak award dari (Menang bertuah)


Nie bukan award contest.. Tapi award


Follower yang ke 100

Jom terjak blog dia nak..Klik banner pun boleh. nak klik nama di bawah pun boleh.:)

Memang sibuk..offline untuk beberapa hari

Sebenarnya banayk post ku yang tertonggak..huhu Tapi xpa time ku x bz nnt ku akan wat entry pasal perkera yang tertonggak tu..hehe Panjang sebenarya.. tu yang malas nak taip

Perkara yang penting skali ku nak bgtau korang...

Harini ku memang bertuah la..hahaha bertuah gak ku ek.. tau x pasal apa??

ku menang contest.. Menang tu dari segi tuah gak la kan..huhu Bukan satu tau tapi 2 contest ku menang..hahaha (berlagak)

Nie la contest yang ku menang..

AKU YANG LAPAR

SAYA SUKA BERIMAGINASI


Terima kasih kepada pengadil yang memberi peluang ku menang..Terharu gak tau sebab xpernah-pernah menang contest tiba2 menang.. 2 sekali gus plak tuu..

Paham ke pa yang ku taip tuu.. sowy kepada sesapa yang xfaham.Nak cepat lor.. banyak keja lagi nie..Ku wat entry nie pun sebab nak menunjukkan rasa kesyukuran n nak mengucapkan terima kasih kepada pihak pengadil

Karnival Bersama Ke Arah Masyarakat Penyayang

Sebelum2 nie ku pengunjung ja.. Tapi sekarang ku cikgu yang memimpin bebudak ke karnival nie..Lambat lagi sebenarnya.. Saja nak menjemput korang memeriahkan suasana di karnival tersebut pada
16 Julai 2011

Cabutan bertuah dapat Motosikal?? Ku xpernah bertuah

Jam Dinding

Sebenarnya saja ja ku update entry kali nie..bowink xta nak wat pa.. Tapi kan ku xtau nak wat entry pasal pa..so nie ja mampu ku wat.. Entry 'Jam Dinding' nie pun secara kebetulan time ku nak kemas2 file dalam laptop nie.. Terjumpa plak Word pasal 'Jam Dinding'.. Jom layan ~~~

By: Mr Google

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"


Permainan baru


Apa barang beli mainan nie. Mancing2 ikan ja pun. Hey bukan mancing bodo2 ja tau.. Mancing siap dengan bunyi muzik lagi.hehe Zoom Harga skit..hehe Murah ja nie..klu pandai cari tempat.. Kira ku nie pandai la cari tempat murah.. da kedai tuu sampai RM20

Tah apa2 la Minah nie kan..muzik2 plak.

Korang jagan terkejut.. Nie untuk anak2 murid ku nnt. Esk ku dah start praktikum. So mainan2 nie la akan ku jadikan Alat Bantu Mengajar (ABM) nanti. Kreatif x? hehe Xkreatif lagi tuu nnt ku nak wat inovasi skit. baru la gampak..

Cuba korang tengok barang2 kat bawah nie. Tali, kain koko,bola?? Bendee la tuu.. Haaa barang2 nie nnt ku nak cipta ABM yang baik punyeerr.. nnt ku tunjuk kat korang ek klu ku dah siap wat ABM tuu Tungguuu tau..

Esok bermulalah rutin harian ku sebagai guru praktikum. Pas nie susah la ku nak update dan blogwalking..



Seperti yang sedia maklum

Petang semalam mmg ku teringin nak makan McD.. tp no money.. huhu redha jelah kan..Malam tu ku pun makan la nasi + tom yam (walaupun ku teringin nak makan McD). sedap tu mmg sedap tp xkenyang lalu xhabis..huhu


Tambahan plak dah nak sesuku nasi ku nak habiskan tapi disebabkan da binatang kecik bersayap (cm kelkatu tapi kecik skit) mati dalam nasi ku makan tuu.. Ku klu binatang terbang2 payah skit nak buang n makan balik makan tuu..Spa la yang nak sambung makan klu dah binatang tu masuk. Tapi kalu semut bleh di terima lagi. Tapi kan mna da semut dalam makanan, klu dalam minuman da la kan.

Korang jangan main2 ngan ku.. Ku pantang klu da binatang dalam makanan klu semut bleh diterima lagi..

Berbalik cerita asal. Disebabkan ku xkenyang makan nasi tu, ku pun beli roti tempayan dengan harapan roti tersebut dapat mengenyangkan. Tapi tetap xkenyang..huhu

Keesokanya (harini) tengahari kul 2 ku mmg nak makan McD, xkira cmna pun..Hahaha duit xda pun nak gak Mcd. Klu dah nak McD, makan makanan lain pun tetap McD gak yang dapat mengenyangkan ku. Cuba pikir nak makan banyak makanan lain supaya kenyang padahal xkenyang dengan makan McD yang sah2 kenyang mana ok? Lebih baik makan McD.kan..kan..

Apa lagi, ku makan McD sepuas hati..hehe

My Favroute Double Cheese Burger

DEFINISI MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI



Definisi Bahasa
Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, bahasa di definisikan sebagai satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia

Menurut Sapir (1921) bahasa adalah kaedah manusia menghasilkan idea, emosi dan kemahuan melalui sistem simbol yang dizahirkan secara voluntari. Voluntari bermaksud kemahiran manusia mempergunakan bunyi-bunyi, dan disusun dalam cara tertentu dan secara kebetulan.

Prof. Dr. Asmah Hj. Omar, bahasa ialah satu sistem yang menyatakan akal fikiran dan isi hati manusia dan juga bahasa sebagai alat perhubungan antara manusia dan harus berkembang selaras dengan perkembangan masyarakat pemakai bahasa itu. Dengan lain perkataan, bahasa yang mendukung akal fikiran itu harus dapat mengejar dan mengatasi keperluan masyarakatnya.

Bahasa satu sistem simbol bunyi ucapan arbitrari dan melalui inilah manusia boleh berkomunikasi.Selain daripada itu, bahasa merangkumi apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemakiran bentuk-bentuk simbolik seperti dalam perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan

Definisi Komunikasi
Menurut Owen (1990), komunikasi adalah satu proses seseorang itu bertukar maklumat dan bertukar idea.Pengirim dan penerima membina maklumat dan saling bertukar maklumat dalam dua hala.Maklumat itu diterima dan saling memahami

Menurut Lexicographer iaitu ahli kamus bahasa, komunikasi adalah keupayaan seseorang untuk mencapai kebersamaan. Jika dua orang berkomunikasi maka pemahaman yang sama akan berlaku terhadap kedua-dua orang tersebut.

Kathleen S Venderber dan Rudolf F Verdeber (1977) yang menyatakan komunikasi adalah satu proses berkongsi makna melalui pengiriman dan penerimaan mesej secara sengaja dan tidak sengaja. Komunikasi merupakan satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penyampai) kepada satu pihak yang lain (penerima)

Webster’s New Collegiate Dictionary edisi tahun 1977 antara definisi komunikasi yang menjelaskan bahawa komunikasi adalah suatu proses pertukaran informasi diantara individu melalui sistem lambang-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku.

Definisi komunikasi secara umum adalah suatu proses pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesan yang terjadi di dalam diri seseorang dan atau di antara dua atau lebih dengan tujuan tertentu. Definisi tersebut memberikan beberapa pengertian pokok yaitu komunikasi adalah suatu proses mengenai pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesan.

Definisi Masalah Bahasa Dan Komunikasi
Menurut Martin dan Miller (1996), ciri-ciri masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen utama bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik.Beliau berpendapat kank-kanka ini memerlukan satu cara atau teknik bahasa yang boleh mereka gunakan dan difahami untuk berkomunikasi

Contest Saya Suka Berimaginasi by fiQ'Ra panCake


Tuan empunya contest tag ku.. sangat2 lah suka

korang suka berimaginasi kan?? xyah la berimaginasi sorang2 k.pa kata klu korang kongsi2 imaginasi korang kat sini.klik banner di bawah

Berbalik kepada dunia imaginasi ku.. semua tengok atas. lagi mujarab kalau tengok langit time malam.. tengok bintang. Waaaah bestnya

apa la yang ku mengarut nie..

Back to main point

" Jika anda ditugaskan untuk menyelamatkan dunia, anda ingin kuasa seperti apa dan jelaskan kenapa?"

Ku nak jadi Shin Chan sebab dia comel cam ku. hehe Eh2, tersilap point plak (jangan marah ek, gurau2 je)
Sakura Animation Pictures, Images and Photos
Jika saya diberi tugas menyelamatkan dunia, kuasa yang ingin saya miliki adalah kuasa yang dimiliki oleh Sakura Kinomoto (Cardcaptor Sakura)


Sebab dia cute2 gitu.. hehe lagi satu bukan senang nak dapat design baju yang comel2 cm2. Skali da musuh da baju khas..Cuba bayangkan dalam sehari da 3 penjahat. Haaa.. 3 baju ku pakai..hahaha

Dalam masa yang sama ku da orang kawan baik

Kero
Yang kiut miut. Selalu kejutkan ku untuk ke sekolah..hehe Dia juga akan bantu ku untuk melawan dengan musuh

Tomoyo
Si pereka design baju ku pakai untuk melawan ngan musuh. Time ku melawan ngan musuh. Dia xlepas peluang untuk merakam time ku melawan nanti.

Kami bertiga sahabat baik

Banyak kelebihan ku, Bleh terbang dengan kayu sakti siap ngan bersayap lagi.. Lagi satu Ku xpayah susah nak lawan ngan musuh, pilih je kad2 yang dah dikumpul oleh ku pas2 mintak tolong dari kuasa yang terdapat dalam kad tuu (bergabung tenaga). Kad yang dah dikumpul tuu menunjukan berapa banyak musuh yang ku dah lawan.

Ku slalu guna kad 'Power of Shadow'. Musuh xkan nampak kuasa tuu so senang nak tumpaskan pihak lawan.

p/s : Cmna la imaginasi ku? gempak x? haha ku nak tag http://littlemyrashmallow.blogspot.com/
http://ceriteradalila.blogspot.com/
http://cintacadburry.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...