Sabar sehari ja lagi



Dah seminggu hana meredah onak duri, ombak rindu tsunami, ribut taufan, dan akhirnya esok adalah masa yang ditunggu-tunggu. Cuba bayangkan selama 40minit bawa motor dalam kehujanan + trafik jem tanpa baju hujan.

Jalan? Jalan pekan trafik jem, lepas jalan pekan, masuk pulak jalan highway. Highway tak jem cuma angin bersepoi-sepoi language, Hana rasa macam helmet nak tercabut. Lepas highway, masuk pula jalan kampung, jalan berlopak-lopak. Hana rasa tayar belakang dah nak tercabut. Nak mengelak tapi tak nampak sebab hujan + gelap (7 pagi). Lepas tu pulak masuk pekan balik. Ada pula pasar pagi kat situ. Jem lagi. Lepas 5 minit dari pasar tu baru jumpa sekolah. 5minit kalau tak jem. Kalau jem 8 - 10 minit jugak.

Bayangkan semua yang di atas tu berlaku semasa hujan selama 2 hari. Waah memang tabah terus..

Suatu petang tadi di pasar malam

Hana : Hello Abah, duit dah masuk
Abah : Yela abah dah tranfer online memang terus masuk.
Hana : Ooo.. Abah bila nak mai sini (Kelantan)
Abah : Jumaat abah pi
Hana : Ok. dah 2 hari redah hujan
Abah : Musim hujan sekarang
Hana : Ok tak palah

Faham kan? hehe
Maknaya esok hari Khamis merupakan hari terakhir hana pergi sekolah praktikum naik motor meredah hujan dan sesak. Abah hantar kereta hari Jumaat


7 comments:

  1. sabar ye sayang..

    nad pon pernah macam tu jugak...

    ReplyDelete
  2. haha..egtkan pa tadi..pasnie ta pyh la meredah huJan lagi...

    dengan gagahnya ain bersengkang mata buat entry nie =)

    http://aindzaya.blogspot.com/2012/01/rindu-perasaan-sakit-yang-indah.html

    ReplyDelete