Akan Datang.. Musim Buah Rambutan
Di kampung hana banyak pokok rambutan.
( tiba-tiba terlintas nak buat karangan budak sekolah rendah)
Tajuk
KAMPUNG SAYA
Hana balik kampung baru-baru nie. Pejalanan hana ke kampung memakan masa kira-kira 30 hingga 40 minit dari rumah hana..
Yang belakang tu la rumah tok hana. Yang depan tu homestay tok. Nanti korang datang, hana bawa duduk sini ek. boleh makan buah rambutan : )
Sekarang ni dah musim rambutan ka belum?sebabnya kat kampung hana, hijau kuning lagi buah rambutan.huhu
Warna apa nie? hijau.. H.I.J.A.U..
Yang daun lebat tu pokok rambutan.5 pokok rasanya. Baru halaman rumah. belum belakang rumah lagi. Belakang rumah ada 2 pokok ja. Haa.. yang keliling pagar tu pokok teh. Tak payah pi cameron tengok pokok teh.hehe. Yang tepi tu pulak pokok pisang. pokok apa? pokok pisang.. pandainyee..
Hana sempat merasa buah rambutan kuning ja.. yang merah rasanya tak sempat. hana dah nak balik Kelantan. Tak kisah lah janji dapat makan buah rambutan. Padahal boleh ja makan rambutan kelantan tapi lagi best kalau makan kat tempat sendiri hasil tanaman tok kat kampung. hehe
Ini adalah hasil tok hana petik dari pokok kat halaman rumah.Fresh lagi ni.. sila la makan jangan malu-malu
Sekarang hana nak tunjuk cara-cara memakan buah rambutan berwarna kuning (seperti gambar rajah di atas ) dengan penuh kenikmatan dan kelazatan.hehe saja ja nak bagi korang jeles
Mula-mula pilih buah rambutan pilihan korang. Pastikan pilihan korang tepat dan mengikut citarasa korang :)
Hana pilih yang ni. Macam sedap. Takda semut, baru senang proses nak mengigit kulit rambutan
Yaa ampun Sedap bangat buah ini.. :)
Tiba-tiba hana ternampak satu-satunya kerusi kat dalam homestay tu dan haa terus terus duduk :)
6 orang dah komen :
rambutan gading kan... akak pun suka...:-)
wooo.rambutan.
tp kg kite skng byk duriannn
hewhew
Wahhhh rambutan. hee, :D
sedapnye rambutan...
kg akk tgh musim durian sekarang.rambutan tak nampak pulak berbuah.
wah.rambutan gadinG!best tue!