Viva La Vida Loca - DONE-


Tajuk entry kali ni merupakan ayat pemintal lidah yang baik :)



Selesai sudah viva a.k.a Pembentangan Kajian Tindakan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar 

SEBELUM PEMBENTANGAN


Huh nampak tenang ja. Dalam hati siapa yang tahu

SEMASA PEMBENTANGAN

                      



Slaid hijau maka hana pun kena la berhijau jugak.hehe hijau kan mendamaikan.. Semasa pembentangan hana sentiasa tenang.hahaha.

Sebenarnya hana alah dengan mikrofon :P pegang ja mikrofon jadi risau dan tak yakin macam pra pembentangan hari tu. Penerangan hana berterabur habis. Tapi pembentangan yang sebenar ni hana tak pegang mikrofon. Tu yang dapat pujian. satu per satu hana terang, tak gelabah biawak :) Satu lagi pujian berkaitan dengan tajuk hana '1, 2, 3 ? MUDAH SAHAJA' . Penilai tu kata "memang mudah. saya suka tajuk awak". Hehehe malu i

Terdapat 3 soalan yang ditanya oleh penilai 

1. Bagaimana kamu memilih subjek kajian? 
Saya memilih subjek kajian berdasarkan ujian diagnostik yang telah dibuat iaitu seorang daripada 3 orang murid yang tidak dapat menamakan nombor 1 hingga 5 

2. Bagaimana kamu ukur kemahiran menamakan 1 hingga 5 sahaja? 
Saya mengukur kemahiran tersebut berdasarkan ujian pra dan pos yang telah dibuat. Hanya 5 nombor sahaja yang ditekankan iaitu nombor 1, 2, 3, 4 dan 5 ( tunjuk contoh ujian pra/pos) 

3. Bagaimana efektif itu diukur?
Saya mengukur efektif berdasarkan senarai semak dan pemerhatian minat 

"Saya tak faham, pa sebenarnya efektif tu"

"Dah agak, mesti dia tanya soalan ni (dalam hati). Menurut tokoh ..... efektif bermaksud ....................."

"Ok"

Agaknya menepati x jawapan yang diberikan. haha biarlah. yang penting dah lepas :)

Terima kasih kepada KeceQ dan Utih sebab jadi penonton setia sepanjang hana praktis untuk pembentangan. Nanti hana belanja Ayam goreng ek.
Letih bebenor kau ni

P/s : Kita enjoy.. esok plan nak ke suatu tempat ni. Tenangkan fikiran.hehe 


18 comments:

  1. teringat pla bt buat pembentangan kt universiti dulu ... hehe

    ReplyDelete
  2. saya baru je abis IPG tahun ni..so, sementara tggu posting keje cikgu tuisyen dulu kat sini..skng dah posting..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  3. Saya kagum..tak ramai yg berani buat pembentangan...

    ReplyDelete
  4. hooooo byk gak soalan kena tanya..

    ReplyDelete
  5. wahhhhh dah lama xbuat pembentangan camnie.. rindu plak...

    ReplyDelete
  6. semoga sukses selalu..

    Salam kenal dari tirana aduka

    ReplyDelete
  7. untuk kawan blogger baik aku ..

    Tag tiga rakan blogger untuk membuat esei sama bertajuk 'Esei: Perilaku anak Malaysia dulu sehingga sekarang'. Linkkan jawapan ke ruangan komen blog ngatmisanji untuk memenangi hadiah bernilai RM300. Tarikh tutup sehingga 19 Oktober 2012.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah hana...mesti rasa lega sangat...keceq ngan utih ada share le ye jd penonton masa praktis....:)

    ReplyDelete
  9. takpelah..yang penting semuanya dah lepas.. saya doakan kejayaan awak je..

    ReplyDelete
  10. tahniah... teringat akak time buat viva kat ukm dulu, peluh sejuk, peluh jantan, semua jenis peluh keluar, tapi bila dah selesai rasa macam lepas beban maha hebat...

    ReplyDelete
  11. aha..plg tak suke presentation..sure terketaq2 pastu ckp laju semacam so that cepat habis..hihi

    ReplyDelete
  12. Tahniah...dengan jayanya dapat melaksanakan....
    Kucing tu comey....

    ReplyDelete
  13. sebelum tu mesti berdebar2 kan?

    ReplyDelete
  14. tudung hijau tu sgt cantik dan menawan...nmpak simple je tp cantik...

    ReplyDelete