Terapi muzik tenangkan pesakit


http://madahannan.files.wordpress.com/2011/11/komik-muzik.jpg

Washington: Terapi muzik didapati membantu menenangkan pesakit sebelum, ketika dan selepas pembedahan selain mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan waktu pemulihan, kata satu kajian terbaru. 

Universiti Kentucky yang melakukan penyelidikan terhadap penggunaan muzik dalam pra pembedahan, ketika pembedahan dan peringkat pos pembedahan mendapati muzik berjaya memberikan keputusan positif dalam semua tiga peringkat berkenaan. Muzik yang perlahan dan tenang menghasilkan keputusan paling positif dan memberikan keadaan tenang serta mengurangkan kesakitan kepada pesakit.
Data mencadangkan bahawa muzik boleh memberi beberapa manfaat antaranya dalam mengurangkan kos dan tempoh tinggal di unit rawatan rapi, lapor Southern Medical Journal.

Pesakit akan berasa kurang takut sebelum menjalani prosedur dan pulih dengan lebih cepat serta berasa berpuas hati selepas didedahkan dengan muzik ketika pembedahan dan frasa pos pembedahan dijalankan.
Mereka juga tidak memerlukan banyak bius dan dilaporkan lebih berpuas hati dengan pengalaman perubatan itu, kata kenyataan Kentucky. 

Di sini di UK (Universiti Kentucky), muzik terapi biasanya digunakan bagi membantu pesakit menangani rasa sakit dan takut, kata Lori Gooding, pengarah terapi muzik Kentucky. Muzik yang dipilih oleh kakitangan terlatih lebih sesuai kerana garis panduan khas bagi pemilihan muzik perlu dipatuhi dalam usaha untuk memaksimumkan kesan positif kepada pesakit walaupun cita rasa muzik pesakit juga dipertimbangkan.

Karektor muzik juga penting dalam keberkesanan terapi muzik. Antara lain termasuk tempo, irama dan kelantangan muzik yang perlu dikawal secara berhati-hati untuk memberikan kesan positif yang maksimum sesebuah muzik terbabit.

info : Berita Harian 25/11/2012

54 comments:

  1. kalau org preggy bolh nie bg dgr dia

    ReplyDelete
  2. Nanti nak cubalah.. selalu sakit kepala... :(

    ReplyDelete
  3. pernah jugak ayie dengar kajian nih...agak lama jugak laa...

    ReplyDelete
  4. betul2 . .tapi kalau lagu rock x oke sgt kot hehehhe

    ReplyDelete
  5. setahu mad al quran je yang menenangkan jiwa

    ReplyDelete
  6. kalau lagu gigit2 cuping telinga kecilmu boleh hilangkan stress tak??hehehe

    ReplyDelete
  7. suke mnyanyi sorg2 dlm kete lg2 klu time jem...serius xde la stress sgt ble time jem...

    ReplyDelete
  8. betol.. muzik klasik membantu tp palingh mujarab mestilah ayat2 suci al-quran..

    jom FOLLOW blog: www.diyanamarissa.com tq!

    ReplyDelete
  9. Kakak tak tahulah kalau kakak tak sihat denagr apa pun tak boleh - tapi kalau ayat-ayat al-quran rasa lebih tenang gitu..

    ReplyDelete
  10. negara mereka mmg la camni kot...kalu kat tmpat kite rasanye biarla dgrkan ngaji atau zikir..lg baik...

    ReplyDelete
  11. alolo. comeynya baby2 tu. hehe. muzik itu satu terapi.

    ReplyDelete
  12. wah bagus juga ni..tap lebih baik kalau dilagukan dengan bacaan2 alquran kan

    ReplyDelete
  13. memang ada terapi muzik. leeza pernah belajar. entah sem berapa tah... salah satu terapi muzik. utk hadapi murid bermaslaah.

    ReplyDelete
  14. terapi murah kn hehe..

    ReplyDelete
  15. Ibu2 mengandung biasanya perdengarkan ayat Al Quran untuk baby dalam perut sebab boleh meransang otak baby. Itu yang terbaik tu ^^

    ReplyDelete
  16. wahhh Na belum try lagi hihihi mungkin 1day na en try ;)

    tq for this info ;)

    ReplyDelete
  17. kalo stress pon dgq muzik ok gak hehe

    ReplyDelete
  18. erm nmpknye cm trapi mizk tuk knk2 bkpluan khs jugak knnn

    ReplyDelete
  19. eh!eh!tekojut den masok blog ni.manyak nye cj7.haha!so,tak salah la aira nak dengar music selalu..kehkeh

    ReplyDelete
  20. Macam2 cara sekarang yek..
    Untuk muslim senang ajer..berzikir dan sembahyang tak per kos..hehehehe

    SEO Contest..Minta Tolong Klik Google +

    ReplyDelete
  21. hmm..
    tapi nape orang kata muzik tu haram dalam Islam ek?

    ReplyDelete
  22. @Hanif Idrus untuk muslim mmg zikir dan sembahyang adalah terbaik.

    ReplyDelete
  23. @AQu Mad a'a betul. terapi ni sebagai sampingan untuk baik pulih semula.. :)

    ReplyDelete
  24. @Ena's Palace sebenarnya negara kita pun ada terapi muzik terutanya dalam bidang pendidikan :) kalau bidang perubatan xpernah dengar lagi

    ReplyDelete
  25. @Iffah Afeefah a'a pandai pun. kalau kat malaysia bidang pendidikan yang banyak pakai terapi muzik

    ReplyDelete
  26. boleh di cuba tapi kalau dengar Al-Quran mesti lagi tenang :)

    ReplyDelete
  27. @kyo_9 Muzik adalah harus tapi kalau muzik tersebut melalaikan manusia itu adalah haram. Mendegar Ayat-ayat suci AlQuran juga adalah salah satu terapi muzik :)

    ReplyDelete
  28. tak dinafikan.... musik itu mendamaikan, melekakan. dan kekadang......mengembirakan....

    ReplyDelete
  29. musik boleh dijadikan sebahagian dalam diri juga.. kalo 10sion boleh layan lagu...

    ReplyDelete
  30. oo.. yeke. Patutlah pasang music. sebb ingt takot doktor ngantuk, pembedahan kan ade yang sampai 14 jam.. hehehe..

    ReplyDelete
  31. muzik mmg mendamaikan.. cik ana kalo kat ofis x on radio mmg x sah la.. hehe

    ReplyDelete
  32. setuju...sy kalo tension slalu terapikan telinga dnga lagu hindustan...hehehe

    ReplyDelete
  33. ena suka dengar music yiruma bila tengah jiwa serabut or tengah pening kepala.. dengar smpai tertidor.. hukhuk

    ReplyDelete
  34. mungkin ini kajian di sanakan..klau utk kita Muslim ni...lebih menenangkan rasanya jika dengar bacaan Al-Quran :)

    ReplyDelete
  35. betul2....muzik blh bagi terapi even org dlm koma pun.muzik terbaik sudah semesti alunan al-Quran...:)

    ReplyDelete
  36. muzik bukan sebarangan hehe..kalau muzik rok buat sakit pala lagi hehe..cari muzik ala2 spa..

    ReplyDelete
  37. betul ! muzik mmg terapi yg hebat ! :)

    ReplyDelete
  38. dulu masa muda
    Underground,death metal,rock, lagu tirana aduka..

    Sekarang nasid..
    Ok je..tapikan terapi yg paling mujarab adalah solat dan puasa..tu bg tirana aduka..org lain x tau.

    ReplyDelete
  39. jaa kalo tension dalam kereta (jammed) mmg suka sgt la pasang radio..hehee...

    ReplyDelete
  40. suami selalu dengar muzik-muzik yang menenagkan fikiran..kalau tension mesti pasang muzik rntak slow2

    ReplyDelete
  41. Muzik..ada kesan kepada fizikal dan mental. Hati2 dalam memilih muzik. :)

    ReplyDelete