Wordless Wednesday #7






Hari pertama berpraktikum 2012


Keluar dari rumah pukul 6.40. Jem jugak jalan kat situ sebab jalan utama. Sebenarnya ada 2 jalan lain lagi tapi saja test power lalu kat jalan tu.hahaha 


Terbuktilah yang hana tak power sebab tersesat 20minit kowt. Dah la jem,hujan rintik-rintik pulak tu so tak nampak la member/sepraktikum sekali.hehe

Tepat pukul 7.40 baru sampai sekolah.

Hari pertama memang agak kepenatan. Dan rasanya akan berpanjangan dalam masa seminggu nie. Lepas seminggu rasanya dah terbiasa dan semua kerja-kerja dah diberes

Senarai kerja yang perlu disiapkan dalam masa terdekat

1. Siapkan instrumen ujian dignostik
2. Fotostat buku pengurusan sekolah dan bahagian Pendidikan khas
3. Siapkan kerja kursus (tarikh hantar 14hb Februari 2012)
4. Lengkapkan buku praktikum
5 Melaksanakan ujian dignostik
6. Fotostat sukatan pelajaran
7. Buat pemerhatian pada budak yang dikenal pasti untuk propasal kajian tindakan

Apa-apa pun hana masih menunggu kereta.Sabar-sabar, lagi 4 hari ja lagi kereta akan ada di depan mata. Insyaallah.

P/s : Hana tak sempat rasanya nak update blog. Tapi First Giveaway akan berjalan seperti biasa mengikut perancangan :)


Menghitung hari..


Tinggal 2 hari lagi Hana nak bertunang. Aissh.. tersyasul pulak.hehe.

Seminggu bercuti akhirnya hana kena tumpu dalam pelajaran pulak. Praktikum 29hb Januari.Praktikum kali nie adalah selama tiga sebulan iaitu merupakan praktikum yang terakhir so hana nak buat yang terbaik.Insyaallah. Segala jiwa raga, emosi, fizikal semuanya dah prepair.hehe

Sekolah yang dipilih adalah Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua di Pasir Mas Kelantan. Kira-kira 40 minit dari rumah sewa. Jauh juga la.Ermm.. nak buat macam mana kan. Setelah bertukar-tukar sekolah iaitu dari 2 sekolah di Bachok, 3 sekolah Tumpat dan akhir sekali di Pasir Mas. Itu pun disebabkan ada classmate yang bertukar ke sekolah lain. Dengan sepantas kilat hana nak sekolah tu.


Kenapa hana pilih sekolah tu
Pentadbiran yang ok sebab ada taun lepas ada classmate pernah praktikum kat situ. dia kata ok. Kalau pilih sekolah lain tak pasti pentadbiran macam mana kan
Sekolah yang dekat berbanding dengan sekolah yang ditukar-tukar sebelum nie
Pelajar yang ramai

P/s : Lepas seminggu praktikum, abah datang hantar kereta. hehe


ISU PENDIDIKAN KHAS -MURID-


KEHADIRAN MURID
Memang tidak dapat dinafikan murid-murid khas ini didapati kerap tidak hadir ke sekolah. Hal ini dapat dilihat di dalam sesebuah kelas Pendidikan Khas. Secara purata 4 daripada 8 murid Pendidikan Khas sahaja yang hadir ke sekolah pada setiap minggu. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah ini. Antaranya ialah masalah pengangkutan dan masalah kesihatan. Terdapat Ibu bapa yang tidak berkemampuan serta tidak memiliki kenderaan yang menyukarkan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Contohnya, seorang ayah yang menghantar anaknya ke sekolah setiap hari, tetapi apabila dia sakit maka anaknya tidak dapat hadir ke seolah seperti biasa. Walaupun perkara tersebut adalah perkara biasa, namun perkara tersebut merupakan salah satu perkara penting yang termaktub dalam undang-undang sekolah.

PERLABELAN MURID
Isu seterusnya melibatkan murid adalah berkenaan pelabelan murid semasa berada di program Pendidikan Khas. Murid-murid khas sering dilabel dengan panggilan-panggilan yang buruk seperti ‘budak cacat’ , ‘bodoh’ dan sebagainya. Murid-murid Pendidikan Khas juga mempunyai perasaan seperi murid-murid normal. Apabila mereka dipanggil dengan pangilan buruk ini akan membuatkan mereka tertekan. Masalah perlabelan ini selalu terjadi dan kadangkala ia akan menimbulkan masalah tingkahlaku murid Pendidikan Khas seperti bersembunyi bagi mengelakkan daripada diejek oleh murid-murid lain. Terdapat sesetangah murid Pendidikan Khas yang sukar mengawal emosi akan bertindak lebih ganas sehingga memukul si pengejek tersebut.


Wordless Wednesday #6




Ada Apa Dengan Handset?


Tak dinafikan ramai remaja dan orang bujang suka dengan gadjet terutamya handset. Tak cukup satu, Kalau boleh nak cukupkan 4. Satu nombor Celcom, 1 lagi Maxis, 1 lagi Digi dan last skali tu nombor 010. Nombor apa tu ek.. Tak ingat dah.

Dulu hana juga selalu tukar-tkar handset. Tukar-tukar pun tak cecah RM600. Tapi kalu dicampur kesemua handset-handset tersebut akan cecah RM 2000. Itu dulu..

Sekarang hana dah tak berminat dengan handset. Melainkan kalau ada orang bagi free.haha Rezeki jangan di tolak. Tapi ada ka yang nak bagi free

Hana rasakan sampai je seru satu tahap macam sekarang nie. Hana dah tak berminat dengan handset. Korang macam tu jugak ke?? Handset nie sekadar satu kemudahan je dimana ia boleh call, sms dan wifi. Tapi kalau tak da wifi pun tak kisah. Tapi wajib harus ada jugak la. boring-boring time makan kan shopping compleks bleh gak ber'fb'.hehe

Jom tengok zaman kegemilangan handset-handset hana dahulu kala. Fuh dahulu kala. Tak tahan..

Time 2 3 hari nak SPM. Hehehe abah yang beli time tu harga RM200 lebih kowt. Selalu hana tukar housing cartoon-cartoon dan gantung keychain.


Handset ke 2  nie memang hana sebab warna putih dan comel. Bila beli hana tak ingat tapi jarak antara handset sebelum nie memang lama jugak la. Lepas tu Hana jual.hehe

Handset ke3, rasanya xsampai setahun umur handset ke2 lepas tu terus tukar handset nie. Mahal gak handset nie. Sampai satu tahap hana jual handset nie. Jual lagi..sebab apa?? tak ingat :P


Last skali handset Nokia C3 yang hana pakai sekarang (2012). Masih elok cuma bahagian keypad yang besi tu terlekang terhakis sikit.Hana tengah cari kedai yang boleh tukar body handset nie. Agak-agak berapa puluh ringgit nak tukar body nie.Ada ke kedai yang jual body tu..

Hana malas dah nak tukar-tukar handset walaupun sekarang handset screentouch boleh dapat dalam RM300lebih. Hana rasa umur dah meningkat nie (baru 24 tahun) banyak benda yang memerlukan duit. Dulu time sekolah mana ada fikir pasal benda lain, fikir handset je. Tu yang tukar hanset selalu



Buah Markisa ???


Korang pernah tengok buah markisa? pernah makan? Hana first time tengok dan makan buah markisa. Nama lebih kurang marakas je (sejenis alat muzik)

Pernah juga tengok buah markisa dekat minuman yogurt. Tak sangka pula boleh tengok real buah markisa nie. Lagipun hana ingat pokok buah ni ada kat tempat sejuk macam Cameron nuu. Rupa-rupanya boleh hidup kat tanah rata ..

Nie la buah markisa warna kuning. Jiran bagi. Pokok buah markisa ada kat rumah dia. Siap dia bagi jus lagi.hehe



Hana try makan buah tu, punya la masam. Tapi kalau buat jus tak masam plak..

Yang di bawah nie plak buah markisa kulit ungu. Isi sama macam buah markisa yang warna kuning

Mr Google


Takut-takut lagi


Petang tadi hana buat latihan memandu. Walaupun dah lulus tapi hana tak cekap lagi.. Hana fail time nak selisih dengan kereta lain. Time nak selisih mesti hana nak brek.huhu ka memang kena brek?hehehe 

 Baru pusing-pusing taman tadi.Belum jalan raya. Esok nak try buat latihan kat jalan raya..Hahaha. tak la jalan raya sangat tapi boleh la dikira jalan raya sebab test JPJ ritu lalu kat jalan tu, yang dipanggil jalan raya.. 

Perasaan takut tu memang ada tapi kena juga belajar. Untuk kebaikan juga..Nanti-nanti nak kerja senang. Lagipun perempuan bawa motor bahaya. Bukan bahaya sebab merempit tapi bahaya dari segi keselamatan. Perempuan kan suka bawa beg. Kalau naik motor, beg letak kat mana? 

Memang tak dinafikan bawa motor ni ada baik ada yang kurang baik. Baiknya dari segi minyak, repair dan masa. Kurang baik? Macam yang hana sebut di atas tadi, lepas tu.. korang kan suka shoping. barangan yang korang bershoping nanti tu muat tak nak letak dalam raga motor? Lagi satu hana kalau naik motor hana cuba elakkan pakai baju kurung. susah la nak naik motor. Baju kebaya? lagi tak boleh naik motor. 

Tapi start hana belajar untuk menjadi bakal guru yang memerlukan pemakaian baju kurung time pergi kelas, hana terpaksa belajar naik motor pakai baju kurung. Lama jugak hana belajar naik motor pakai baju kurung. Hana memang target nak berseluar trek time berbaju kurung dah.Tapi macam tak cantik plak.hehe. Berlatih punya berlatih akhrnya berjaya dan alhamdullilah bukan setakat berbaju kurung ja tapi hana berbaju kurung moden naik motor. Memang susah. Lepas ni dah ada kereta boleh la ber'kebaya' pulak.hahaha lawak ja.

Dah melalut sudah


Satu kejutan diluar jangkaan

DALAM BAS DARI KOTA BHARU KELANTAN KE SUNGAI PETANI KEDAH (BALIK BERCUTI TAHUN BARU CINA)

   kringg..kringg..(handset bunyi)

   Hana : (bangun dari tidur) Hello..
   Mak : Awat yang tak balik hari ni?
   Hana : Adik dalam bas nak balik la nie.
   Mak : Abah kata balik esok
   Hana : Dak aih.. balik hari ni.
   Mak : Ooo.. Ada sapa-sapa telefon dak?
   Hana : Sapa? tak dak sapa-sapa pun.Awat?
   Mak : Dak aih.Nie Abah beli keta kat hang.Ingat ada orang call suruh sign agreement
   Hana : Keta?(hairan + terkejut).Laa betoi ka?
   Mak : haa laa.
   Hana : Keta pa?
   Mak : Keta viva senang nak praktikum nanti save minyak.
   Hana :Terima kasih mak..

(TIBA DI SUNGAI PETANI, ABAH JEMPUT)

   Abah : Abah beli kereta viva kat hang. Abah bayar muka dan bulan-bulan sampai hang keja.    Nanti hang sambung bayar
   Hana : Ok (dalam hati : Bertapa bertuahnya aku) Abang tak balik Raya Cina ka?
   Abah : Dak pun. Rumah sewa pun tak cari lagi.Hari isnin ni abah ngan mak nak p  hantar    barang abang.Hang duk rumah ngan Syifa (adik)
   Hana : Oo..
   Abah : Kereta Viva tu warna nak hijau-hijau sikit
   Hana : Hijau? ( Bertuahnya )
   Abah : (Cerita pasal abang.bla..bla..bla..)

(DI RUMAH)

   Mak : hang bagi cekap bawa kereta. Nanti senang nak posting.
   Hana : Yee.
   Mak : Keta hang Viva Elite warna hijau.Keta baru
   Hana : Tah pernah tengok lagi keta viva elite. Syifa tengok kat internet keta viva elite    hijau sat.
   Syifa : Yelaa..
   Mak : Ingat nak ambik warna nie (biru gelap) tapi tak da.tu ambik warna hijau

TAK JUMPA PLAK GAMBAR VIVA ELITE WARNA HIJAU.

Sekadar hiasan

Ya Allah memang tak percaya hana ada kereta sendiri walaupun baru ja dapat lesen.huhu Perasaan time tu terkejut ada, takut pun ada. Terima kasih kat abah dan mak sebab belikan kereta kat Hana. Hana berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. Abang hana dah posting sebagai cikgu kat KL. Hana tahun depan baru posting sebagai cikgu.hehe Dapat mana la agaknya kan..



Wordless Wednesday #5



Contoh untuk di buat hiasan untuk Buku Rekod Rancangan Pengajaran nanti : P


PENTING UNTUK PESERTA' FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA'


Berat nak bagitau sebenarnya..Tapi kena juga bagitau hal yang sebenar..Fuh, suspen nie..

Hana dah buat keputusan untuk menutup First GiveAway nie lebih awal sebabnya Hana risau hadiah untuk para pemenang nanti dapat lambat.Paham x? xpaham?? nanti tengok calender di bawah k.hehe

Kalau di ikutkan 10hb MAC tarikh tutup kan.Tapi Hana nak awalkan tarikh tutup pada 31 JAN 2012. Macam tak percaya pulak GA nie berlangsung selama 22 hari je tapi penyertaan agak gempak juga la..Nasib hana dah buat persediaan awal untuk meng'link'kan setiap penyertaan (TENGOK DI SIDEBAR). Kalau tak, jenuh juga nak buat tu

Hana akan menjalani praktikum pada 29 JAN hingga 26 APRIL 2012 (3 bulan). Setelah diberi taklimat oleh pensyarah tadi iaitu 'praktikum kali nie mmg praktikum yang memerlukan pelajar bertungkus lumus menyiapkan proposal untuk kajian tindakan'. Dalam hati macam mana la dengan GA nie..So ini lah keputusan yang hana buat

Cuba tengok calender di bawah
Calender tuu...

 
Klik untuk tumbesaran terlampau
Yang bulat-bulat tu cuti sekolah
Yang garis-garis tu praktikum
Yang petak-petak tu untuk

31 JAN 2012 - TARIKH TUTUP PENYERTAAN
14 FEB 2012 - TARIKH UMUM PEMENANG (random.org)
24 dan 25 FEB 2012 - BELI HADIAH MENGIKUT WARNA PILIHAN KORANG
17 dan 18 MAC 2012 - POS HADIAH

Harap korang tak boikot berpuas hati dengan keputusan hana.huhu Maaf kalau ada yang marah-marah kat hana (tiba-tiba rasa takut pulak)


ANDA DI NOMBOR BERAPA ?

  

   Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
   Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
   Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
   Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
   Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
   Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
   Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
   Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
   Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

No.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

No.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

No.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

No.4
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

No.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

No.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

No.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

No.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

No.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

P/s : Hana No 5 :)


Tiba-tiba menangis tengok video nie..


Video nie sebenarnya dah lama. Tapi tiba-tiba ada satu perasaan nak tengok lagi video nie . Rasanya korang pun mesti dah tengok kan.


Sampai dah ada anak pun Si Singa (Christian). Ia tetap kenal tuan dia.. 


Memang tak dapat dinafikan hana menangis tengok video nie. Tengok lah berulang kali pun tetap sedih kat part singga tu lari ke arah tuannya.


P/s : Hana tengok movie sedih tak menangis tapi hana tengok video nie menangis


Jom Menjimatkan Penggunaan Tenaga Elektrik Melalui SETERIKA


Hari ini nak buat entry pasal seterika..

Kegunaan seterika untuk iron.hehe iron tu seterika la kan..Cuba sebut 'seterika' banyak kali. Kenapa pencipta letak nama seterika. Macam pelik je bunyinya.. Kebanyakan orang tak panggil seterika tapi panggil serika atau iron. Senang sikit nak sebut.

"Hana nak iron baju nie"
"Ambik jap iron tu"
"Nak beli iron baru lah, iron lama dah rosak"

Hana bukan nak cerita pasal tu tapi nak cerita pasal penggunaan seterika

Seperti yang kita sedia maklum, iron nie merupakan barangan elektrik yang memerlukan tenaga yang banyak semasa penggunaanya.. Tahu tak?? Tak tahu.. Nie nak bagitahu

Kesimpulan daripada penggunaan tenaga yang banyak menyebabkan bil elektrik naik.Betul kan.. Oleh itu kita perlu menjimatkan penggunaan tenaga bagi penggunaan iron.

Dalam banyak-banyak barangan elektrik, Paling mudah nak jimatkan tenaga adalah iron. Cuba bandingkan iron dengan peti ais..

Nak jimatkan penggunaan tenaga untuk peti ais, jangan buka peti ais terlalu lama dan jangan selalu buka tutup buka tutup peti ais.. Macam mana korang nak jimatkan tenaga daripada peti ais. Nak masak pun kena buka tutup buka tutup peti ais juga. Cuba emua bahan mentah yang nak dimasak di keluarkan dari peti ais..contohnya, ikan dan ayam. Tak risau ke kalau kucing termakan ikan, lalat terhinggap pulak kat ayam..huhu. Lagipun tak serabut ke semua bahan-bahan mentah untuk masak di keluarkan dari peti ais. Bukan bahan mentah je..Kowt nak guna kicap ke sos tiram ke.. So nak selamat memang kena buka tutup buka tutup peti ais juga..

Nak jimatkan penggunaan tenaga untuk iron, memang senang. Kalau sesiapa yang tak tahu kena ambik tahu la..Siapa tak pernah sentuh iron memamg tak pernah iron baju.ish..ish..ish..Korang kalau nak iron baju iron untuk esok, lusa, tulat skali. Time masa lapang or time cuti tak buat apa-apa boleh je nak iron semua baju yang nak dipakai dalam masa terdekat ni. Kalau korang malas nak iron baju untuk esok lusa, korang tanya kawan-kawan korang siapa yang nak iron baju lepas korang TANPA MENUTUP SUIS. Sebab dengan  membuka semula suis akan memakan tenaga yang banyak untuk proses memanaskan iron tersebut. Korang hanya perlu pusingkan suis yang ada di iron tersebut pada tahap yang 0, minimim atau of untuk merendahkan suhu iron tersebut.


Jangan sampai korang rendahkan tahap tersebut sampai esok pula. Boleh tu boleh tapi untuk keselamatan or elakkan litar pintas korang tutup suis dan cabut plug iron tersebut.


   P/s : Alat pun panggil seterika/iron. perbuatan pun dipanggil seterika/iron


Pemenang "Siapa pemenang bertuah dapat 2up RM5"


Pelik je bunyi tajuk entry di atas.hehe


Jawapanya adalah jus di bahagian tepi sekali iaitu

JUS NENAS 

Erm.. nenas ka nanas. Mengikut kamus Bahasa Melayu, ejaannya Nanas. time belajar dulu pun nanas.hehe tapi sebut nenas.

Kita tengok siapa yang kena..(macam cerita Ali Baba dengan 40 penyamun pulak)


Jom kita tanya pemenang kenapa dia ter'jawap' JUS NANAS. hehe


P/s : Pemenang diminta tinggalkan number telefon di entry nie sebelum 5 petang hari Sabtu. Number telefon tidak akan dipublish. Nanti orang curi :P



Makan-makan dengan housemate - Siapa pemenang bertuah dapat 2up RM5


Ini merupakan makan-makan pertama bersama-sama dengan housemate baru..


Housemate baru: 2orang berdiri di tepi hana (hana bertudung hijau). Pija dan Yah.

Dulu berlapan sekarang dah bereenam.


Restoran nie baru buka. Restoran Arab nama pun ala-ala Arab..

Malam tu makanan istimewa restoran tu yang ini.. Apa nama tah.. tak ingat nama ala-ala arab..


Nak makan nasi Arab tapi pelayan tu kata makanan ada kat airport.. Pelik juga bunyinya.. Mungkin Chef atau bahan mentah masih di airport kowt.. So malam tu hanya makan makan biasa ja.. Macam

 Sempat snap me tomyam ja..makan lain terlupa nak snap gambar.hehe


Bagus juga restoran tu sebab sediakan pemanis mulut. Kek apa tah nama arab-arab sikit yang rasa macam kek Apollo.hehehe mungkin pemanis mulut tu untuk promosi ja kowt sebab hana p makan kat situ merupakan hari ke2 restoran tu buka.

Time berselera makan, pelayan tu tanya.."ok x makanan tu". Hana rasa ok ja..hehe

TEKA NAMA MINUMAN YANG HANA PESAN??

 

 Klu 
Jus buah tempatan
pilihan jawapan : Laici, limau kasturi, Lobak merah, nenas, jambu batu, epal,

Jawapan yang tepat dan terpantas akan dapat 2up RM5. 
Semua jawapan akan dipublish pada hari Jumaat pukul 12.00 malam
Pemenang perlu alert dan beri respon pada hari sabtu sebelum pukul 5.00 petang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...