Rahsia Ku Kini Milik Mu


Suka betul hana bila tiada idea nak buat entri tiba-tiba Ika a.k.a +waddah jannah  tanya pasal


Apa lagi, terus Hana buat entri.
Entri khas untuk Ika dan sesiapa yang nak tahu pasal makeup yang Hana guna

Sebenarnya Hana tak bermakeup pun
Alaaa itu je jawapannya
Sabar-sabar, baca bagi habis entri ni dulu ok :)

Hana cuma letak Johnson's Baby Powder kat muka. Nak tahu sebab apa? baca entri INI.


Kisahnya bermula apabila

Hana minta tolong housemate makeupkan sebab Hana ada dinner batch. First time Hana makeup ni (23 tahun). Seronok rasa. Segala jenis alat dan bahan dia yang punya. Keesokan harinya muka Hana jadi merah dan pedih berpunca dari makeup. Kejutan budaya agaknya tapi kawan Hana elok je guna makeup yang sama. Hana rasa itulah pengalaman bermakeup sekali seumur hidup. Kesian muka Hana

Produk untuk muka? Hana tak pakai apa-apa produk pun (dulu pakai sabun mandi apa tah tak ingat) Sekarang pakai pencuci muka yang doktor bagi. Tengah tercari-cari produk yang sesuai tapi kalau tak sesuai? Tak pasal-pasal muka Hana jadi mangsa kali ke 2. Di sebabkan peristiwa hitam muka Hana merah dan pedih tersebut Hana tak pakai apa-apa produk, Hana prefer guna pencuci muka yang doktor bagi. Semata-mata pencuci muka.

Hana tak makan pil-pil kecantikan yang dijual macam Felinna, Virgin Coconut Oil Catalyst dan sebagainya sebab kurang percaya walaupun banyak testimoni kata bagus. Tapi Hana teringin nak makan. Hana lebih suka makan Vitamin C yang dibeli di farmasi. Seelok-eloknya makan Vitamin C dan Vitamin E untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Tapi Hana makan Vitamin C ja. Vitamin E tak terbeli.hehe

Hana wajibkan sehari makan sebiji buah. Tak kisah buah apa pun. Kalau tiada buah, minum jus pun boleh. Paling mudah jus timun, buat sendiri ja. Wajib minum air masak untuk memberi kelembapan pada kulit. Kurangkan minuman ais sebab air berais menyebabkan kulit kering. Sepatutnya 8 gelas tapi Hana mampu minum 5 gelas sehari ikut cuaca.

Hana tak pakai BB Cream sebab tak berani, nanti jadi apa-apa kat muka. Tak dapat dinafikan Hana teringin giler nak pakai lagi-lagi yang Simplysiti.atau FCC. Tak pernah dengar lagi BB Cream ni tak elok di pakai dan tiada kesan negatif  tapi Hana tetap tak berani nak mencuba.

Amalkan pemakaian bedak sejuk. Hana pakai bedak sejuk ikut suka hati Hana ja nak pakai masa bila pun tapi tak la pakai hari-hari, Bagi kulit rehat sama. hehe

Itu saja lah pasal makeup Hana

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sebenarnya kecantikan luar bermula dari dalam. Kalau luar kita pakai makeup, luar jelah cantik. Kalau tak makeup? Itu belum masuk bahan kimia yang terkandung dalam makeup (berhati-hati memilih makeup) Kalau bahan tersebut mengandungi vitamin, kat muka je lah ada vitamin. kulit-kulit di bahagian lain especially tangan macam mana. Sama ke tidak kaler muka dengan tangan?

 Kalau kita jaga kesihatan dari dalam dengan makan makanan berkhasiat secara automatik, zat-zat yang terkandung dalam makanan especially Vitamin C dan Vitamin E akan meresap ke dalam kulit, dan menjadikan keseluruhan kulit kita cantik secara semula jadi.


38 comments:

  1. Akk pon tak pakai mekap. Cuma calit lip balm saja. Alhamdulillah...kulit muka bukan jenis berjerawat.

    ReplyDelete
  2. tapi sejujurnya, memang kulit hana cantik.bersih je nampak tau

    ReplyDelete
  3. hee..sama cam suri masa bjr kolej dulu. pas hbis keje solek gak masa tu keje kt kl heee skrg dh kiwn langsung tak der klu ada gincu tpi serius lama tak pakai dlm setahun blh kira brpa kli pakai..

    ReplyDelete
  4. rasa lepas ni nak beli vit C dan vit E la...ramai org cakap collagen menjadi , tp x brani sbb terlalu bnyk produk tu kat pasaran , nt takut beli yg tak ori...kalau vit , just beli kat farmasi , disahkan oleh kementerian , so x la ragu-ragu sngt berbanding produk lain ...hehe

    ReplyDelete
  5. muka comel macam kite mmg xpayah makeup HAHAHA :P

    ReplyDelete
  6. wahhhhh :) alhamduliah ..wahh pakai john baby :)

    ReplyDelete
  7. puteri pun tak berani makan pil kecantikan...risau memudaratkan plak nanti.

    ReplyDelete
  8. tersilap pakai mekap mmg bawa padah... baik natural beuty...

    ReplyDelete
  9. jelesnyaa tengok org yg tak pakai mekup ni tapi muka nampak cantik dan berseri2 je..

    aishh ni la padah dlu mnggedik cuba pakai mekup

    ReplyDelete
  10. deno tak pernah pakai makeup.. hanya pakai bedak

    ReplyDelete
  11. ika first time makeup,,
    mula keluar jerawat,,
    sebelah muka ika ni berjerawat,,
    sebelah x berjerawat,,

    ika trkejut beruk,,
    bila akak ckp akak x pakai bedak,,
    tapi muka kakak putih ja,,
    wau,,
    mesti sebab wuduk kan?

    ReplyDelete
  12. akak pakai bedak folow me compact ok..tuko garnier tak ok plak..terpaksa tibai..cuci muka guna fair n lovely jo..mughah :)

    ReplyDelete
  13. wah same as me...xp kina xdeklah cantik..huhuhu...jom join ga kina..lebih 50 hadiah menarik menanti:)

    ReplyDelete
  14. Wahhh !! kita mmg banyak persamaanlah kak Hana.. tapi Nurrul bedak pun mmg tak pakai kat muka.. nanti naik gegatal aje... so jadinya.. tak pakai apa2 lah.. tu yg semalam dah lama tak gi padang.. balik berbelang aje muka :(

    ReplyDelete
  15. suka belog hijau nie...huhu..kina pom suka hijau..:)

    ReplyDelete
  16. @Nurrul
    orang kata bedak ni penting juga untuk menghalang habuk masuk dalam liang2 roma kat muka sekaligus dapat elak jerawat :) tapi mesti bedak serbuh. kalau bedak padat xtau la cmna.

    ReplyDelete
  17. @Tihara
    bedak follow me? xperasan plak follow me ada bedak ingat perfume ja

    ReplyDelete
  18. @waddah jannah
    xpayah makeup lah ika..kulit xsesuai kot. letak bedak serbuk ja..

    ReplyDelete
  19. boleh share vitamin apa yg hana makan? jenama n harga..nak membeli gak tp xtau mana yg elok

    ReplyDelete
  20. kena cari yg sesuai dgn kulit ler...apa apa pun natural beauty lagi comel.....

    ReplyDelete
  21. oo.. macam tu.. baru tahu.. hehe .

    ReplyDelete
  22. waaa..natural beauty...~~
    keserian wajah berpunca ofkos dr wuduk dan juga pemakanan yg sahat..
    ok jap lg nk g pasar malam beli buah~~
    heee~~~

    ReplyDelete
  23. mgkin kulit sensitif kot?

    ReplyDelete
  24. hebat nye awak !xpkai apa2 .huhu sy pkai bbcream yg maybeline .kalo pkai yg lain ,mmg abes lah naik jerawat muka ni .adoi

    ReplyDelete
  25. wooowww templatenya green :D
    enaklah dipandang blognya, kalau ada waktu luang sempatkanlah tengok blog saya...

    ReplyDelete
  26. hi Hana ,
    cakap pasal makeup...kalau dah cantik dan bersih pakai apa pun tetap nampak cantik kan...he3

    ReplyDelete
  27. @~didiey~
    hana makan vitamin blackmores beli kat farmasi guardian or watson. harga ikut berapa biji dalam botol tu paling sikit 30 biji paling banyak 90biji. Harga dalam RM30lebih.

    ReplyDelete
  28. sy pun muka jenis sensitip.. even pkai lipstik pun.. muka pkai bb cream Ssiti..pastu semacam je tengok..

    last2 produk muka yng than pun Olay je..

    ReplyDelete
  29. Nasib baik muka Mieya takde alah dengan mekap. Cumanya, Mieya tak suka mekap.

    ReplyDelete
  30. vit c mmg lok tapi xpernah try lagi..hihihi..

    pieewiit

    ReplyDelete
  31. Kulit akak pun sensitif gak...kalau salah produk siap la...

    ReplyDelete
  32. anna pon x pandai mekap.. tapi sjak kebelakangan ni anna cuba2 la jugak.. hihih.. yang johnson baby 2 sama ngan anna.. anna slalu akan pakai sebab bedak 2 the best..

    ReplyDelete
  33. anna pon x pandai mekap.. tapi sjak kebelakangan ni anna cuba2 la jugak.. hihih.. yang johnson baby 2 sama ngan anna.. anna slalu akan pakai sebab bedak 2 the best..

    ReplyDelete
  34. oh....itulah rahsia dia rupanya......patut ler berseri ....

    ReplyDelete