Perkara yang patut anda tahu bila belajar di IPG


* Tak tahu nak buat tajuk apa

Selama 5 tahun 6 bulan berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu (2007-2012), Hana nak ceritakan perkara yang hana rasa susah nak percaya bila masuk IPG

Belajar semua subjek
Hana ingat belajar pasal opsyen (Pend Khas) rupa-rupanya kena belajar semua subjek termasuk yang opsyen. Cuba bayangkan... Bahasa Melayu, Hana kena belajar dari sejarah BM , sampai lah mengkaji kesalahan dalam ayat. Baru Bahasa Melayu, belum masuk Sains, Inggeris, Matematik, Tamadun Islam, Asas Kepimpinan, Perkembangan Kanak-kanak, Teknologi Maklumat, Murid dan Alam Belajar, Pend. Jasmani, Pend. Seni Visual, Guru dan Cabaran dan banyak lagi. Paling banyak subjek dalam satu sem adalah 8 subjek. Subjek yang paling sikit KLIK SINI. Setiap subjek ada kerja kursus+exam. Yang paling dasyat bila satu subjek tu ada teori+amali+ujian amali. Lepas habis perkara dasyat ni baru ada final exam.

Larian 2.4km dalam masa kurang 15minit
Hana tak percaya masuk IPG ada lari-lari macam ni untuk subjek Pend. Jasmani. Sebelum memulakan sesi pengajaran kena lari 2.4km dulu. Seminggu 3 kali kena lari 2.4km. Kalau 3 tahun?. Larian 2.4 km adalah salah satu komponen dalam ujian Kecergasan (UKJK). Jadi pandai-pandailah nak lari 2.4km dalam masa kurang 15minit.   Hana memang orang terakhir or kedua terakhir yang berjaya menamatkan 2.4km. hahaha tapi tak kisah dah berapa masa janji dapat tamatkan 2.4km. Hana bab-bab lari jarak jauh kureng sikit. Kalau lari pecut Hana champion. * riak di situ

Kajian Lapangan dan Kajian Tindakan (AR)
Kajian Lapangan = Hana pergi ke Kuala Krai (pedalaman), pertama kali Hana jejak kaki kat tempat macam tu. Kalau pergi tengok ok lagi, ini kena buat kajian di bawah tajuk Kajian Sosial. Kena kaji sistem saliran, ekonomi, cuaca, tumbuhan dan sebagainya. Naik bot menyusuri Sungai Kelantan..  terasa macam masuk rancangan ekspedisi kat tv plak. hehe
Kajian Tindakan= Kepada pelajar yang dah tamat degree korang mesti rasa macam "tak sangkanya dapat siapkan kajian tindakan". hehe Macam tu juga dengan Hana. Kalaulah laptop masa tu buat hal dan segala bahan hilang. Aduh... boleh pengsan.

Pembentangan (presentation)
Hana ni sebenarnya tak berani bercakap depan orang ramai. Tapi bila masuk IPG, ada presentation. satu subjek tu kadang-kadang sampai 3 presentation. Jadi sedikit sebanyak Hana ada keyakinan diri. Yang paling best bila Hana dapat pujian dari penilai masa pembentangan Kajian tindakan (AR). Bukan calang-calang pembentangan. Yang penting Hana melakukan presentation AR tu menggunakan mikrofon :) Hana kalau guna mikrofon terketar-ketar dan terasa suara Hana tak terkeluar. KLIK SINI untuk tengok Hana guna Mikrofon. Kalau tak guna mikrofon of course suara Hana kuat. Orangnya kecik suaranya kuat ok, nama pun cikgu :)

Terlibat dengan Hari Kemerdekaan ke 50/2007
Rasa teruja bila diberi peluang menjayakan Hari Kemerdekaan ke-50. Maklumlah masa tu Hana berstatus junior di IPG.  Selalunya apa-apa program mesti senior yang join. Lepas tu, bila Hana jadi senior, baru Hana tahu kenapa senior kurang join aktiviti luar. Sebab senior banyak kerja. Nak tahu persembahan Hana semasa Hari Kemerdekaan KLIK SINI

Hana yang duduk+tengah

Ada je kisah nakal-nakal Hana di IPG.. Biarlah rahsia :)
Cita-cita Hana SEBELUM BERGELAR GURU < klik

P/s: entri konvo selepas ni ok


38 comments:

  1. skrg jd cikgu pnd.khas ke??? ssh x ajar bdk2 istimewa ni?? hehehe kalau sy ni mnat jd cikgu msti dh cuba jd ckgu skrg =) bguslah..jd cikgu krja yg mulia

    ReplyDelete
  2. Uishhh susah gak er masa blaja ipg tu.tp skrg ni kesiankan kat bbdak yg lum abeh lg deyrg tak dijanjikan dpt keje guru kat skolah lg mcm dlu. Kene fight dgn student dr uni len. Tp hana da de keje,so bsyukurlah kan. Tahniahhh :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum hana, rumit gak nak jadi cikgu kan. hehehe cerita sikit kisah nakal2 tu.. hehehhee :)

    ReplyDelete
  4. lorhh ada lari2 jugak ek..jauh jugak tu..pastu seminggu 3 kali..huhu..

    ReplyDelete
  5. tahniah hana..tercapai impian menjadi guru :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..hana hadi :)

    ayie pun dah lama x berlari jauh... skrg klu berlari mcm hana tu...tentu ayie sama taraf dgn hana jer kot? hehe

    ReplyDelete
  7. wahhh tahniah .... dah jadi cikgu dah ..syoknye :)

    ReplyDelete
  8. salam untuk sahabt hana..tu akhir jadi guru1 juga hee dri kita ni tak der jadi guru lagsung nnti kena harapkan anak jelh jwbnya..

    bukan mudah nk jadi gru skrg ni..dulu nk jdi guru mudah jer skrg mmg susah dan byk saigan..

    thniah jika anda dh hbis bljar hee..

    wsalm dari cc.c

    ReplyDelete
  9. wah besttt!!! deno pun suka jadi cikgu nih.... :)

    ReplyDelete
  10. as-salam.
    menrik
    in shaa ALLAH dik teruskan usaha murni mu itu..

    camno nk apply ipg ni ye?

    ReplyDelete
  11. wah, xpe berbakti ngan ikhlas k.. makcik anna pon macam hana juga..

    ReplyDelete
  12. @QasehnyaRania
    nanti ada hebohan kat akhbar petengahan tahun. tak pun buka laman web kementerian.

    ReplyDelete
  13. @S.K.A
    hana ajar murid bermasalah pembelajaran. susah juga la dari segi nak kawal murid. kena banyak bersabar.. hehe dan layan jee

    ReplyDelete
  14. huhu.. lyla tau.. coz ade kwn lyla kat ipg ipoh.. gudluck tau.. :') jadi guru yg baek nnti..

    ReplyDelete
  15. owh sama ngan anak sedara akak laa jd cikgu pdd khas..ajar budak umur dah banyak tapi ajar abc lagi...mg terus berbakti....

    ReplyDelete
  16. tahniah dah konvo..hehe..pasni selamat menjadi guru..ayok,letih nnt da keje

    ReplyDelete
  17. best nya..tahniah..smga berjaya.jgn ptus asa k. S.E.M.A.N.G.A.T!

    ReplyDelete
  18. mel pernah jadi cikgu..Macam2 hal budak sekarang. Masa hana masuk sekolah nanti, bersedia emosi mental.Dulu masa ngajar, ada cikgu tu sampai g jumpa pakar sebab tension sangat. Semoga hana jadi cikgu terbaik!

    ReplyDelete
  19. hana..lepas ni leh sambut hari guru ngn students pulak...best taw. :)

    ReplyDelete
  20. macam banyak jew cabaran dia kan..huhu.. x sanggup kot. ihhihi.. gud luck yea sis.. ^^

    ReplyDelete
  21. tak sangka pulak susah
    serius terkejut bila baca entry ni

    ReplyDelete
  22. @cik amal
    hana yang melaluinya pun xsangka. ingat mengajar senang je a b c sekali kena belajar semua.huhu

    ReplyDelete
  23. semoga hana menjadi seorang guru yang cemerlang :)

    ReplyDelete
  24. Tahniah cikgu. Agak mencabar juga nak ajar budak pendidikan khas yer.

    ReplyDelete
  25. tak pa , jadi cikgu ni ramai orang suka...mak mertua pun suka :D

    ReplyDelete
  26. wahh, lamanya awk dok kt IPG tu, huh...

    ReplyDelete
  27. remy teringin nak jadi cikgu....... tapi tak dapat......

    ReplyDelete
  28. semoga menjadi guru yng berjaya.. =)

    ReplyDelete
  29. belajar dekat KB eh. kea memg asal KB?

    ReplyDelete
  30. Bljar ipg mmg best.. 5tahun 6bulan rasa mcm sekejap je. Satu lgi hanya ada di ipg adalah BIG.. setiap sem ada big...hehe

    ReplyDelete
  31. Seram sejuk pulak rasa nak blaja nanti

    P/s : bakal pelajar IPGKKB 😂

    ReplyDelete
  32. @Abdul Muttaqiin BIG(Bina Insan Guru) wajib suma pelajar setiap sem. Macam satu program yang kita kena handle sendiri ( kertas kerja, buku program)pensyarah akan menilai

    tahniah dapat masuk IPGKKB bukan senang sekarang ni nak masuk IPG

    ReplyDelete
  33. That was a VERY interesting one! Seriously interesting.

    ReplyDelete
  34. bagus blog .btw..akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk farmasi dkt widad uni bole pm sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi .rayuan dh dibuka ut bole aply...anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler

    ReplyDelete