I'm Fall In Love


I'm Fall in Love with?? Siapakah yang bertuah itu


Hana sudah jatuh cinta? Argghhh..... hebatnya penangan cinta kan
Kalau kita cintakan seseorang rasa semangat je hari-hari yang kita tempuhi kan
Hati berbunga-bunga selalu dan senyuman tidak pernah lekang dari bibir Hana. Erk.. bibir ke mulut :)

Tiada istilah cinta pandang pertama dalam hidup Hana. Korang tahu Hana ambil masa 2 minggu untuk jatuh cinta pada dia. So sweet..Tengok tu nak taip entri ni pun dah nak berbunga-bunga.
I'm fall in love with my school, teachers, parents and student. 

All about my school.
Walaupun ada sedikit kekurangan tapi itu tak menganggu Hana untuk jatuh cinta pada sekolah hana :)

Hari tu Hana ada perjumpaan dengan ibu bapa untuk mengisi borang bank...

Hana masih blur lagi pasal borang-borang ni. Kena tulis itu ini, tunjuk tempat tandatangan ibu bapa dan anak. Tak terlayan Hana. Ada juga Hana tersalah bagi maklumat. Dalam hati Hana, mesti ibu bapa 'marah' Hana. 1 per 1 Hana bagi maklumat tak lengkap.

Tetapi sedikit pun ibu bapa tak marah. Bukat setakat tak marah malah sangat baik layanan dan kerjasama diorang terhadap guru. Siap tolong cikgu lagi. Tiba-tiba Hana terfikir, kalau Hana di tempatkan di sekolah bandar adakah situasi tersebut akan berlaku ?

Pada perjumpaan tersebut juga, ibu bapa kata "Anak saya ok cikgu? cikgu buatlah apa yang cikgu suka kat anak saya". Hana hanya tersenyum :)

"Cikgu baru ka?"
"A'a Cikgu baru"
"Ooo..Kacak cikgu"
"Asal mana cikgu?"
"Asal kedah"

Kamus bahasa sarawak
kacak = cantik

Alhamdulillah... Apa yang ditanya oleh ibu bapa Hana faham :) tapi nak jawab pertanyaan tersebut mau tersusun juga ayat Hana kang tak pasal-pasal keluar loghat Kedah pula.hehe


40 orang dah komen :

Tedi {interpretZZ} said...

Bagus Cikgu Hana.. boleh apply masuk sekolah cikgu Hana x? hehehe.

Mesti byk pengalaman nnti ni. Pengalaman mcm tu memang mahal skrg ni, hidup sskrg mcm x adventurous.. kalo salah spelling tolong ajar ya.. :)

Aidil omar said...

Cewahhh... Gud luck hana

boni kacak said...

wah.. dah mul selesa kat sana dah ye?? bagus2!! tahniah! lepas ni jadi seorang guru yang terbaik tau :)

Cikrosecute said...

kacak tue maksudnya cantik ya...

aneesa-^^-boutique said...

bestnya... nk ikut hana laaa.... :-)

Unknown said...

assalamualaikum..hana :)

bila org berbudi dan baik mcm tu sampai bila2 kita akan ingatkan :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum hana, alhamdullilah hana suka sana. hee kacak yeeee. hehehe

Zawiah said...

klu kat bandar , layanan blm tentu ...
jgn lak salah cakap , kang lain plak makna pd bhs mrk ... heheheee
ya , kacak ...

Unknown said...

tak lama lagi fasih la bahasa sarawak macam ni.. hehe

hana hadi said...

@Tedi
boleh. lai lai lai.. hehe

hana hadi said...

@Che Rosliza Che Mat
a'a cantik.. :)

✿INA AINAA✿ said...

mak bapak sekarang ni memang bangga dan hormat dengan para2 cikgu yg mengajar anak mereka.. bertuah jadi cikgu ni... ena tengok parents ena sudah la, dah pencen pun masih org panggil cikgu.. minta suruh ajar cucu2 / anak2 mereka pun ada... =)

Fais-SKA said...

he3..terkejut gak..igtkn slah eja ke ape =) mcm best je mgajar kt sna..smoga dipermudahknNya cikgu Hana..nnti blajarlah bhsa Srawak pelan2..

CaDLyNN said...

kacak cikgu hana :)

Anonymous said...

amboi cikgu.. kalau jatuh cinta betul2 apa salahnyer !

fyna said...

bestnya jadi cikgu. ^_^

ajax85 said...

Lps ini klu blk kg ckp bhs sarawark lah..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

emarieys said...

beza kampung dengan bandar..kampung masih menjaga adat dan tatasusila..tp di bandar?

Unknown said...

hi hana..slmt puasa :)

apa salahnya hana cakap loghat kedah..org sana nak juga dengar cakap kedah kan? :)

Dayang Deno said...

wah seronoknya... dapat belajar bahasa sarawak lagi... pengalaman yang super awesome kan :)

Akupenghibur.com said...

x pe cikgu hana, semua tu pengalaman yang akan buatkan cikgu hana lebih hebat :)

puteri kasih said...

baguslah kalau hana dah selesa kat sana..takdelah terasa homesick sangat kan :)

Annamariana1989 said...

wah,bestnyaaa..
kalo kat semenanjung memang teruk jugak rasanya nak melayan makbapa pelajar...

Kakzakie Purvit said...

Satu yg bagus mereka serah anak meraka pada cikgu tak kisah cikgu nak buat apa macam zaman kakak dulu. Tak sama dgn tempat kita sini, cikgu nak pukul anak murid yg salah pun takut..

el said...

hana mmg kacak
hehehe

Cik Itah said...

mesti best kan jadi cikgu..hehe

Unknown said...

hehehe...cikgu hana mmg kacak :)

hana hadi said...

@Ayie Abas
dulu masa kat kelantan hana kena kurangkan loghat kedah. tapi di sarawak. kena guna sebutan baku. sebab org sarawak memang sebut betul2 bahsa baju/ xdanya nak e kat belakang..hehe

Nick Nashram said...

untung sek sebab ade cikgu jatuh cinta..huhu
ari bertemu mak ayah pelajar dah buat kt sek saya.
mau tergagap jugak nak cakap..kdg2 tersasul ngan loghat kedah..huhu
kat johor ni ramai org jawa.
btw, kt kedah pun kacak=cantik kan..huhu

Jahirah said...

alhamdulillah hana..tu kelebihan sekolah kat sana.erm kalau kat sini mak ayah cari kesalahan sekolah ada lagi la.ada yg baik tp kebanyakan mesti nak menangkan ank diaorg gak...

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Hana..kalau sekolah kat bandar, lana rasa, mesti keadaan sebaliknya berlaku.. faham2 je lah parents moden skrg ni.. :)

Mesto seronok sgt kat sana ni.. :)

hana hadi said...

@Nick Nashram
hehe hari bertemu ibu bapa best. xlah..kalau kedah, kacak tu kacak lah. cantik tu cantik.. hehe

Anonymous said...

hubungan yang baik ngan parents student mmg best..jangan heran akan selalu keep in touch.

wahhh kacak

Aimacomel said...

best la camtu cikgu hana yg comel ni.. nak mengajar pun mesti syok :)

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Kalau kat bandar rasanya tak dpt situasi yg mcm ni.

aswadz said...

dapat menyesuaikan diri x?

hana hadi said...

@aswadz dapat :) cepat hana dapat menyesuaikan diri.berbeza dengan hana study di kelantan dulu..

Niesa said...

welcome to sarawak hana!!kacak tu cantik dan LAWA tu SOMBONG tau..hikhik..kmk org sarawak.. :)

Kumbang Jingga said...

kalau ckp kedah dngn dorang kan best hehe

hana hadi said...

@Niesa
yeaaah boleh la niesa perbetulkan ayat hana nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...