Kursus Pertama Setelah Bergelar Guru


Kursus Penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Tahun 4 Peringkat Daerah 2014

Haa...nampak tak bukan main panjang nama kursus tersebut. Kursus ni merupakan kursus pertama Hana setelah bergelar guru.  Di sebabkan ia kursus pertama jadi tersangat banyak pengalaman Hana sepanjang mengikuti kursus tersebut. 

Perasaan Hana bila dapat tahu Hana terlibat dalam kursus ni?
Sangat excited tapi ada la sedikit gementar maklumlah keseorangan pergi kursus. Ada juga perasaan was-was macam "kat mana tempat kursus ni, jauh ke?"Maklumalah masih tak kenal tempat-tempat di Kuching.Erk, sekarang pun tak kenal lagi. hehe

Kursus berlangsung 4 hari. Penginapan tidak disediakan, pandai-pandai korang nak tumpang rumah sesiapa pun. yang dekat macam Hana ni, ulang-alik ja. Tapi masuk hari ke-3 dan ke-4 Hana terpaksa Hana bermalam di rumah kawan sebab ada perubahan tempat kursus yang agak jauh dari rumah Hana. Kawan? She is my classmate at IPG Kota Bharu.


Terasa diri ni kecik je dalam kursus KSSR tersebut. Dah la diri ni kecik di tambah pula zerro knowledge about KSSR. Macam Hana silap tempat berkursus pula. haha Hana berada di kalangan cikgu-cikgu ok. Padahal diri sendiri tu cikgu. Erk... tiba-tiba teringat kursus kahwin tak ambik lagi. Macam lambat lagi nak kahwin je, Macam malas nak ambik je..huhu


Terima kasih kepada En. Teksi yang hantar dan jemput Hana selama 3 hari dari tempat kursus. 3 hari = RM300 untuk teksi. Terima kasih jiran kepada kawan Hana kerana mnghantar kami ke tempat kursus pada hari ke-4. Hari terakhir tersebut, ada cikgu tolong hantarkan Hana pulang ke rumah. Terima kasih cikgu :) Sebenarnya pergi ambik baju untuk tidur semalam di rumah kawan Hana tu. Fuh, jauh perjalanan pergi ambil baju je. Lawak pula bila dikenangkan balik. Maklumlah kawan sekelas jadi banyak cerita yang nak dibualkan. 

P/s: Happy blogwalking :)


35 comments:

  1. Hai cikgu hana.. Ya Allah rindunya kat dia. Mesti best plus syok kan dpt pergi kursus. Hana, my abah kena transfer ke kuching. Awal December nanti kitorang akan ke sana InsyAllah. Nanti tolong tengok2 kan abah kita ye. Hehehe, tetiba je. Tapi serius insyAllah akan ke sna awal bulan. Take care hana

    ReplyDelete
  2. Kursus pbs utk sekolah rendah... Lpas ni berderet la kursus.. Hihj

    ReplyDelete
  3. Hana, hujung2 tahun ni kursus dah mcm pesta kan? hehe :)

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti pjg hana..nasib baik ada jgak rumah kwn kan.. :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..hana :)

    sama je hana dgn cikgu2 yg lain tu..x der yg lebih atau kurang..

    hana nampak cantik pakai tudung hijau tu...hehe :)

    ReplyDelete
  6. kursus meningkatkan ilmu. pergi zero knowledge, balik full knowledge.

    ReplyDelete
  7. wah, cikgu hana lah nie ye..hihi mahal jgk tu pakcik teksi charged..

    ReplyDelete
  8. seronok jd cikgu yerk !

    ReplyDelete
  9. rm 300 . asalkan selamat pergi dan balik

    ReplyDelete
  10. mesti berbakul2 ilmu baru lepas habis kursus ni kan? hehe

    ReplyDelete
  11. @baby comel
    sama lah.. rindu gak kat baby hana sorg ni..dah hana melawat blog :)

    ReplyDelete
  12. @Ahsfantasy Ryu
    mmg betul.huhu time awal2 or petengahan xmau buat. time hujung2 time tulah kursus time tulah nak buat program. hehe

    ReplyDelete
  13. menjadi guru merupakan tugas yang mulia. keep it up.

    ReplyDelete
  14. kdg kursus ni best jgk kan..dpt knl ramai org ;-)

    ReplyDelete
  15. balik dari kursus pasti penuh dengan ilmu baru kan :)

    ReplyDelete
  16. wahh cikgu hana rupenyer..^o^

    comelnyer cikgu..
    best x pergi kursus? =D

    ReplyDelete
  17. Assalamua'laikum cikgu Hana... wah, cikgu gi kursus erk di Kuching. sy yg duk kat Sabah ni pun lom pena gi jejakkan kaki kat negeri sebelah :'( tsssk

    ReplyDelete
  18. Best pergi kursus. dapat tambah ilmu baru kan?

    ReplyDelete
  19. best jugak pi kursus. boleh kutip banyak ilmu dan pengalaman kan

    ReplyDelete
  20. Haih, ingat kursus kahwin je Hana ni! ;p

    ReplyDelete
  21. hihi..nama mcm adik saya la..dia pun cikgu jugakkk..
    salam perkenalan..:)

    ReplyDelete
  22. kursus=bertambah ilmu...xpe hana blh claim perjalanan...hihii...:)

    ReplyDelete
  23. @tomato oren
    waah betul ka? nak skodeng blog jap. hehe

    ReplyDelete
  24. mesti seronok kan dapat kursus kat tmpat orang.. :)

    ReplyDelete