Acara Berlulut di Sarawak


Acara Berlulut di Sarawak. Hana mati-mati ingat "B.E.R.L.U.L.U.T" tu salah ejaan dan yang sebenarnya ejaan betul adalah B.E.R.L.U.T.U.T. Baru logik acara berlutut kan. Padahal memang betul pun ejaannya B.E.R.L.U.L.UT.

Acara Berlulut perkataan baru yang Hana dengar. Sangat menarik sebab tu Hana buat entri untuk pengetahuan korang semua..Take note ok :)

Berlulut sebenarnya adalah tradisi kaum Melayu di Sarawak selepas akad nikah. Selalunya diadakan pada malam akad nikah. Di semenanjung memang tiada acara melulut ni atau mungkin ada istilah lain untuk menggantikan perkataan "berlulut"(mata tengok atas jari telunjuk di dagu). Adakalanya acara berlulut akan diikuti dengan majlis berinai.

Orang kata berlulut ni acara pengantin bertukar-tukar baju 3 pasang atau lebih. Kira macam pengantin tu ala-ala model buat fashion show gitu. Selalunya pengantin perempuan yang akan tukar-tukar baju, pengantin lelaki jarang terlibat dalam acara fashion show ni. Tapi apa salahnya kalau pengantin lelaki join adventure juga. wink^wink^

Pakai ja baju apa yang korang suka asal bahagia.. hehe

                                                                   
* Gambar siapa tah Hana ambil dari Mr Google

Dalam majlis berlulut ni juga diadakan persembahan lakon beradat iaitu salah satu warisan di negeri Sarawak pada zaman dulu-dulu. Sangat-sangat best. Eh eh macam Hana pula yang pernah merasai pengalaman tersebut. hahaha Apa-apa pun, kalau ada acara berlulut ni di Semenanjung, mungkin Hana skip kot acara ni, serabut nak tukar-tukar baju segala bagai.. Kalau 2 baju mampu lah Hana..

Tapi sekarang ni jarang orang buat acara ni sebab membazir. Apa-apa pun ikut kemampuan.. Kalau nak dijadikan kenangan or mengekalkan adat tradisi apa salahnya. Ada  pro dan kontranya di situ :)

And the last one, Hana suka adat istiadat sebab rasa smooth je perjalanan majlis dan pengantinnya pun betul-betul raja sehari. Kalau boleh dari A sampai Z Hana tak nak lepaskan peluang nak merasai segala adat istiadat kaum Melayu ni..

Kalau nak dibandingkan kebanyakan majlis perkahwinan zaman sekarang, pukul 2 hingga 4petang pengantin ada di dalam majlis. Selepas pukul 4petang dah pergi phootoshoot di luar majlis. See.. sangat tak best lagi-lagi bila kita para tetamu datang dari jauh nak tengok pengantin. tetapi pengantinya sikda.

Kamus Bahasa Sarawak
Sikda/Sik ada = tiada

P/s: Mood tak sabar bawa ferrari hijau datang sarawak :)

Peribahasa di luar kotak pemikiran


Hana ganti guru  kelas tahun 4 subjek Bahasa Melayu. Hana ajar Peribahasa Melayu. Hana pun minta murid isikan tempat kosong dengan huruf yang sesuai di papan tulis.

Peribahasa pertama

1.  

Diorang pun isi lah huruf-huruf tersebut. Kalau diorang tak dapat nak teka Hana tambah la satu huruf kat tempat kosong tu.. Sampai lah satu tahap diorang teka macam ni

1. 

"Aik, Kederaan eja macam tu ka?"
"Eh bukan cikgu"
"Habis tu macam mana?"

1. 

"Suka-suka je nak tambah 'a' kan, salah tu"
"Yang mana yang salah cikgu?"
"Salah yang kenderaan tu:"

Peribahasa ke dua 


2. 

"Senang ja cikgu"
"Haa buat lah kalau senang"

2. 

"Apa hal tiba-tiba ada nama orang kat situ. Suhaimi kamu ada tunang ka (Suhaimi nama salah seorang murid dalam kelas tu)?"
" Tiada cikgu "
"Salah peribahasa tu"

Pagi-pagi dah buat Hana ketawa pecah perut.. Hahahah lawak kot. Dengan gayanya sebut lagi.. Kat mana la korang dengar peribahasa ni. Terngiang-ngiang sampai sekarang. Mau senyum Hana tiap-tiap hari kalau terkenangkan peribahasa ni..


at Muzium Kucing, Kuching Sarawak


Muzium Kucing di Kuching Sarawak. I love cat. Meeoww...

Teruja betul Bila sampai kat sini. Rasanya Muzium Kucing akan jadi tempat Hana tenangkan fikiran. Kalau korang rasa Hana dalam mood tak ok, marah or hilangkan diri ke.. carilah Hana di Muzium Kucing ok :) Kalau tak ada dalam Muzium Kuching tu pun mesti Hana di kawasan sekitar muzium tu. Kawasan sekitar muzium tu sangat cantik dan tenang sangat...Bagitau siap-siap ni. Ngee...

Masa di Kelantan dulu... sembunyikan diri di Pantai Cahaya Bulan (PCB) sebab kawan Hana... Ermm... sudah-sudah berhenti mengelamun jangan diingat perkara yang lepas.. syuh syuh.

Sebenarnya Muzium Kucing  di dalam Bangunan DBKU stand for Dewan Bandaraya Kuching Utara.


Masuk adalah percuma. Cuma kalau nak ambik gambar mengunakan handset RM3 dikenakan, Kamera RM5 kot rasanya. Nanti kita akan dapat sticker kemudian lekatkan di handset or kamera korang. Hana of course ambik gambar nak letak dalam blog kan.. hehe

Nampak tak sticker kuning (dalam bulatan) yang Hana lekatkan kat handset tu.. Hahaha stickernya kecik yang interframe tu lebih-lebih..Kucing tu dah diawet..tiba-tiba rasa kesian.huhu

Di pintu masuk Muzium Kuching.. 

    
Rasa tergugat pula bila bergambar dengan kucing ni. Hehe

My housemate :)

Macam-macam maklumat baru yang Hana dapat tahu pasal kucing di Muzium Kuching ni. Yang paling Hana "Ooo... macam tu rupanya,,.." adalah CATWALK. Hana ingat kan catwalk tu cara jalan macam kucing rupa-rupanya CATWALK tu membawa maksud lorong-lorong kecik yang menjadi tempat laluan kucing. Erk, Ke Hana baru tahu pasal ni. hehe ketinggalan sudah Hana

P/s: Banyak tempat menarik Hana pernah pergi di Kuching ni nanti lah Hana update.. Kucing ni juga yang Hana update dulu kan. hehe


To My Other Half - Puisi Ciptaan Dua Blogger



To my other half
But who?
It's not time to worry yet
I'm happy with my own life
Even there are times,
I smile through the pain,
Don’t worry, I will be alright

And just so you know
If someone wants to be a part of somebody’s life,
They will make effort to be in it,
They will fight to acquire it,
They will work to keep it,
For having special ones in their life.

To my other half,
Love has its 
Ups and downs,
Twists and turns,
If we are growing apart
Please…
Love me no matter what,
Stay within my sight,
Live forever in my heart.

Maybe you, you, or you,
The one who,
I have waited and devoted my whole life for.
Distance does not matter,
If two hearts are loyal to each other.

If you are my soul,
and I am yours, too.
If two people were ever meant to be,
it’s me and you.

Thanks Nick..

Hana sekarang tengah memperkukuhkan Bahassa Inggeris. Itu yang ada beberapa part dalam entri Hana selitkan Bahasa Inggeris. Termasuklah hasil poem yang tak beberapa nak poem INI . Tak sangka pula Blogger Nick ter'berkenan' terus dia edit poem Hana yang itu sehinggalah nampak sangat tersusun rapi dan penuh bermakna. Poem yang di atas tu hasil karya dia lah :) Sweet kan..

Buka laptop benda pertama Hana buat baca poem ni..Tak jemu rasa..


Program Susu Sekolah @ SK Sampadi 2013


Program Susu Sekolah (PSS) bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal.

Hana bersama-sama dengan seorang cikgu yang berbaju biru dalam gambar di bawah tu ditugaskan untuk memberi susu kotak kepada murid di sekolah SK Sampadi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Jom check it out..

 Nak ambik kau.. besar gedabak Hana letak gambar.. hahaha

*Takut pula rasa bila tengok muka sendiri

Bak kata  +Ayie Abas  "automatik teringat pada iklan susu percuma untuk murid-murid yang disiarka kat tv tu"

Sebenarnya itu pun first expression Hana juga.. Siapa tah pelakon yang jadi cikgu tu? Sebenarnya edak le terang satu per satu. Bagitau je secara spontan..  Tak sangka kan Hana berada di tempat tu. hehe Hana rasa macam Hana patut beratur dan ambik susu kotak je lepas tu bagi kat kawan. Sebab Hana tak minum susu.. hehe

Hana kalau di suruh baru Hana buat. Maklumlah cikgu baru, shy shy cat lagi. hahaha Perasaan Hana ni berkobar-kobar juga nak handle sorang-sorang tapi belum ada keberanian. Yela.. Hana pun nak belajar buat sendiri tak perlu di suruh-suruh. Tapi itu lah, sebab Hana ni lebih kurang macam orang bawahan "budak kecik" lagi jadi Hana lebih selesa di suruh.. hehe Ish ish ish Hana Hana..tak apa-apa, kita  ambik mood cikgu baru dulu. Erk..padahal dah 2 bulan sudah.. hehe

Terima kasih sebab tolong anakanda yang shy shy cat ini :)

Bersama dengan warden asrama, yang bertudung biru tu cikgu batch Hana juga


Seminggu selepas dapat gaji


Seminggu lepas dapat gaji...

Ada ke patut laptop Hana tu berendam dalam air. Tak tau berenang nak berendam juga.. Kan dah lemas.. Terpaksa Hana buat CPR. Tapi tak dapat di selamatkan juga..

2 September merupakan hari terakhir beliau. 5 hari selepas itu, Hana nak bawa laptop ke hospital berdekatan untuk di bedah siasat punca kematian.. Setelah di bedah siasat , rupa-rupanya beliau hanya koma. Hana terpaksa membeli wayar (chager) baru untuk menghidupkanya kembali. Kos rawatan RM90. Berbaloi juga lah, servis pun tip top. Yang penting beliau selamat walaupun laptop tersebut boleh dikatakan barangan antik dan patut diletakkan di muzium..Sampaikan orang yang servis laptop tu pun tak pernah dengar jenama laptop hana.. Huhuhu

Kesian kau laptop.. Diorang semua dah lupakan kau kecuali tuan kau yang setia 7 tahun bersama kau.. Lepas ni kau jangan berendam lagi ye.. Aku sayang kat kau walaupun orang lain dah lupakan kau.


    

Hana dah tak ingat Dak Mok tengok movie apa.. yang penting dia kusyuk giler mengadap movie tu.. 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Best tak karangan Hana.. haha apa-apa pun alhamdulillah akhirnya, Hana kembali juga mengadap blog ni. Aiseh.. macam lama benar Hana tak mengadap blog ni kan..

Berbalik kepada entry lepas yang Hana jadi MC yang bertarikh 4/9/2013. Hana baca skrip je.. memang tersangat lancar. hahaha Kalau Hana jadi MC pegang skrip bila-bila pun boleh Hana jadi MC. Tapi pegang mikrofon tu still gementar lagi. Adoi.. nak kena cari petua tak nak gementar bila pegang mikrofon ni.. hehe


P/s: Jenama laptop Hana FTec = Future of Tecnology

Serba sedikit tentang Cikgu Hana :)



Memang tak tahu nak letak tajuk apa..

Sebenarnya banyak aktiviti sekolah yang Hana tak buat entry. Tapi kesuntukan masa. Mungkin tahun depan Hana baru start masukkan aktiviti sekolah dalam entri :)

Dulu seminggu selepas posting, Hana target nak tukar ke semenanjung selepas 2 or 3 tahun berkhidmat di Sarawak. Tapi sekarang tak terfikir pun nak tukar penempatan di e-GTukar. Hana sayang dengan semua orang di Kuching ni. Amboi semua teruuiih.hahaha.You know that I'm Fall in Love With in this ENTRY. Kalau tiada arah melintang, Hana akan menetap di Kuching. Insyaallah..

Kita masuk lebih spesifik lagi ye...

Jika nak dibandingkan 5 tahun setengah di Kelantan dengan 2 bulan di Kuching, Hana tak nak banding-bandingkan. Tapi cukuplah Hana sekadar menyatakan Hana lebih dapat+cepat menyesuaikan diri di Kuching.

"Kau suka tinggal di Kuching sebab sekolah bukan pedalaman kan?"
Ya, sekolah Hana bukan pedalaman tapi sekolah Hana luar bandar. Sejam dari rumah Hana. Siap naik feri lagi. Sebelum ni memang sekolah tu pedalaman 1 tapi sekarang tak sudah.

"Pendidikan Khas senang je nak mengajar"
Senang? cuba mengajar dulu lepas tu nilai sendiri. Hana kena buka kelas Pendidikan Khas. Ada yang dah satle ada yang belum.  Hiasan kelas lagi. Duit sendiri tau (peruntukan belum dapat). Tapi Hana tak kisah pun guna duit sendiri asalkan kelas cantik :) Cantik untuk siapa? untuk Hana dan murid juga

"Hana tak garang?"
Serius weh, Hana garang sebenarnya, cuma muka Hana ni tak berapa nak garang. Disebabkan muka Hana tak garang jadi Hana kena sesuaikan perwatakan Hana mengikut muka :P Hahaha lawak ja ok. Kadang-kadang Hana marah murid lepas tu Hana membelakangkan murid Hana gelak.. haha Macam tu juga bila Hana tengok cikgu-cikgu lain marah. Hana nak tergelak tapi hana cuba kawal. hehe

"Jawatan yang di pegang di sekolah?"
Buat masa sekarang Hana pegang jawatan guru penasihat Kelab Keceriaan, Guru Penyayang Tahun 2. Guru penyayang memang wajib pun.. Lepas tu guru penasihat Program Susu Sekolah dan Denggi. Belum masuk jawatan dalam Pendidikan Khas.

Anak murid.
cute-cute semua termasuk cikgunya :P Masa ni tengah bersiap sedia untuk edarkan susu kotak :)

Jamuan Hari Raya Tahun 5
Guru penyayang tahun 5 yang terlibat tapi Hana join adventure sekali :)

Weh.. Hana jadi pengacara majlis untuk Program Ramah Tamah Aidilfitri hari Rabu 4/9/13 ni.. Adoi, pertama kali jadi mc.Seram sejuk bila dapat tahu perkara ni.. hehe Hana tak kisah pun tapi itu lah Hana kalau boleh tak nak pegang mikrofon. Disebabkan ke'traum'ana pegang mikrofon jadi banyak entri yang berkaitan dengan mikrofon kat  sini, sini dan sini.

Dan Hana berharap takkan jadi mc dah lepas ni. Biarlah mc untuk satu-satunya program tu ja.. boleh tak macam tu? Tugas yang paling mencabar setakat ni. jadi pengacara majis lah. huhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...