Mural pokok anggur suku kata


Mural pokok anggur suku kata. Dalam entri lepas Hana ada post mengenai MURAL POKOK 3D. Dalam entri ni pula Hana nak ceritakan mengenai salah silah mural pokok anggur pula :P

Pokok anggur ni tak perlu Hana search. Senang ja. Yang Hana kena search buah anggur.hehe Kenapa buah anggur? sebab Hana nak tahu daun di buah anggur tu bentuknya macam mana. Susah juga daunnya.. so Hana buat daun sesimple yang mungkin yang penting senang warna. Ni lah hasilnya. Kalau nak ikut kan daun pokok anggur yang betul bukan macam ni :P


Mencabar juga nak warna pokok ni sebab banyak melengkung dan banyak bermain dengan warna hijau untuk membezakan batang pokok dengan daun. Kena buat tone warna di situ. hehe Ramai gak pembantu Hana masa ni tapi pembantu pun ikut sedap warna ja. Apa pun terima kasih kerana memudahkan kerja cikgu Hana yang kiut ni. Hana si tukang touchup ni lah duk bebel sorang-sorang :P Bukan bebel kosong je bebel untuk mengajar cara mewarna dengan betul :)

             

"Pakai lah berus kecik"
"Dah kenapa batang pokok ni kejap besar kejap kecik"
"Warna tak rata ni"

Untuk warnakan buah anggur, Hana terpaksa pospone dulu sebab warna purple takda T_T

        

Lama juga seminggu tu kan.. Hana pun hias lah dulu pokok anggur ni dengan kad suku kata. Seminggu lepas tu barulah Hana jumpa plaka purple

Yeaaah...... dah siap


Besar gedabak Hana letak gambar. hehe

T_T


Tiba-tiba teringat kisah Tragedi Oktober dalam entri INI. Sudah masuk bulan Oktober kan.. Cepatnya masa berlalu. Esok hari Khamis When Thursday is coming : Why I became silent?T_T.

Sudah bersediakah aku untuk menghadapi hari tersebut?Bagaimana aku nak menghadapi hari tersebut? Mampukah aku. Ok keep silent. I probably offline for that day :(


Monday Blues ~ Cara menghadapi Monday Blues~


Cara menghadapi Monday Blues

                                                         

Perkara paling berat bagi yang bekerja apabila masuk hari Isnin. Sepatutnya hari Isnin  ni kita perlu bersemangat sebagai permulaan minggu. The beginning of new story of a week. Tipu lah Kalau Hana kata Hana tak blues blues segala bagai. Adaa..  but in certain case only :) Erm... asal hari Isnin ja satu per satu kerja muncul. Padahal dah satle sebelum cuti lagi T_T

Ok ni cara Hana untuk menghadapi Monday Blues. Tapi bila buat cara ni dah tak blues dah tau. Silap-silap korang boleh jadi blur :P

Duduk di rumah. Hari Ahad pastikan korang habiskan sisa-sisa cuti korang di rumah.Tapi rutin Hana setiap petang Ahad Hana akan jogging. Takkan korang nak duduk rumah sehari suntuk kan. Mestilah keluar kejap ambil udara segar. Kalau hujan? ZZzzzz....hehehe

Tidur awal. Sebelum tidur buat preparation untuk esok. Kemas meja kerja korang. "Erm.. Baju apa nak pakai esok ek?"

Pemakaian baju yang menyerlah. Maksudnya pakai baju berwarna yang korang rasa korang menyerlah pada hari tersebut. Macam tak sampai je maksud Hana tu kan. hehe Ok pakai lah baju warna merah ke, kuning ke, Oren ke, Biru ke? Nama pun Monday Blues. Opss.. boleh ke macam tu?

Me in blues

Pindah negeri. Kelantan Terengganu dan Kedah waktu kerjanya hari Ahad. Apa kata korang pindah ke negeri tersebut. Kan dah tak ada Monday Blues. Sunday Blues.. Pelik pula bunyinya kan. hehe

Buat-buat lupa hari Isnin. Terlupa kunci jam lah. "Eh eh aku ni dah bekerja ka?"  Kalau sampai ke tahap tu baik korang berhenti kerja. hehe



Wwwow... check it out my Nuffnang


Wwwoooow!!! sambil mata berkelip-kelip. Biar betul ni.. Macam tak percaya pula. Esok nak buka check semula.

Haaa memang betul la, siap ada penambahan 2 campaigns lagi


 Tak sangka pula, Hana jarang update blog ada gak iklan menempek kat blog Hana. Nie yang semangat nak mengadap blog hari-hari ni. hehe

Thanks Nuffnang 

Mural pokok 3D


Mural pokok 3D. Niat dihati memang nak buat mural pokok pun di Kelas Pendidikan Khas SK Sampadi. Niat tersebut di simpan sampai lah satu masa ni....

Search gambar mural pokok.. Akhirnya Hana terjumpa mural pokok yang unik. Ok set Hana nak buat macam ni..
Prasekolah SK Lanhang
Mohon Hana pinjam gambar ni untuk di buat contoh :)

Hana pun memulakan lukisan Hana. Susah juga sebab nak lukis pokok yang besar sampai ke syiling. Lukis satu hal. Nak warnakan lagi.huhu Fikir punya fikir.. tak jadi nak buat sampai ke syiling.  Asal ranting pokok dah sentuh syiling pun dah ok :P


Proses mewarna of couse Hana di bantu oleh 2 orang murid Hana. Yang bahagian batang besar tu murid Hana yang warnakan. Bab warnakan ranting dan touchup tu kerja Hana. Selepas siap mewarna baru perasan, bahagian bawah pokok nampak kecil berbanding bahgian atas.. Dah Hana kena adjust bagi besar balik bahagian bawah tu T_T

     

Keesokan harinya. pokok Hana ni dah di tumbuhi daun :P  Daun ni daun plastik. Nak lekat pakai gam pistol tapi soket kat kelas Hana tak berfungsi T_T Terpaksa pakai doubleside tape. Macam lekat tak lekat je. Kalau daun ni berguguran pandai-pandai Hanalah nanti

    

Hana ambil masa 3 hari untuk siapkan pokok ni. Hari pertama lukis, Hari ke dua warna dan hari ketiga tampal daun

Lepas siap mural pokok ni..

Sesi menampal BBM yang sesuai kat pokok ni. Gambar-gambar haiwan yang Hana buat semasa praktikum di guna pakai. Cuma perkataan mengikut suku kata tu Hana kena buat semula

Dah siap. Untuk memeriahkan lagi pokok ni Hana gantungkan papan hasil kerja murid

Teringin juga nak merimbunkan lagi daun pokok ni tapi tu lah. Kalau di rimbunkan jadi serabut pula

P/s: 3D yang tak tahan tu.heheh

Our journey in Hari Raya Aidiladha - 2014


2012 di Besut, Terengganu,
2013 di Miri, Sarawak
2014 di Kuching, Sarawak

2014 di tempat sendiri la pula kan.. Tempat sendiri pun kami be 'Raya Aidiladha" di daerah Serian dan Samarahan. Dalam daerah Serian dan Samarahan ni pula ada pekan-pekan kecil.

Hana ke Serian melawat kawan sekelas Freda aka Fred di IPG Kota Bharu yang baru saja melahirkan anak sulungnya merangkap anak buah pertama PK Crew. Dari Kuching ke Serian kalau ikutkan Hana kejap ja tapi driver yang bawa kami ni masih baru berjinak-jinak dengan jalan Serian, Kami ambil masa kira-kira sejam dari bandar Kuching. Nak di jadikan cerita rumah Fred ni bukan lah betul-betul dalam pekan Serian. Selepas Taman Rekreasi Ranchan. Hana call Fred.. bla..bla..bla.. kami masuk lorong kampung. Baget dah nak sampai padahal ... T_T. Dalam perjalanan nak ke rumahnya (straight je jalan) ternampak signbord "Selamat datang ke Simunjan". Aih dah kenapa Simunjan ni, salah jalan kot T_T. No GPS, line kurang kat sini so terpaksa Hana tanya Pak Guard sekolah kat area tu.

"Pak Cik, Kampung Sepaoh Gedung jalan ni ka?
"Jauh lagi Sepaoh Gedung, Nak pergi Sepaoh ka Gedong?
"Lain-lain ka Sepaoh dan Gedong?, Kami nak p Sepaoh"
"Sepaoh? Perkampungan Iban tu"
"Haa.. kami nak pi perkampungan Iban"
"Jauh lagi perkambungan Iban tu.. Lurus sampai jumpa sekian sekian..."

Dalam hati "Mesti pak guard tu heran Hari Raya Aidiladha kami nak pi perkampungan Iban"
Akhirnya kami jumpa rumah Fred. Tepi jalan ja.

Fred dengan anaknya nama apa tah anaknya nak sebut tak pandai, Panggil Ray ja :)

Di belakang tu husbandnya bekerja di Kedah


Dalam pukul 1 lebih kami pun bertolak ke Samarahan rumah kawan sekelas IPG Kota Bharu juga, Nabila Izattie aka Omey. Hana tak ada masalah untuk ke Samarahan. Omey kata Guna feri dekat lagi kalau nak di bandingkan dengan jalan darat. So Kami pun naiklah feri menyeberangi sungai. 5 min je pun, Tak kena beratur panjang tapi dari seberang sana nak ke seberang ini banyak betul kereta. Dalam hati "Nanti balik try ikut jalan darat lah pula. tak sanggup nak beratur panjang.huhu"

Dari pekan Serian nak ke Samarahan sebelum jeti feri ambil masa dalam sejam. Tapi sebenarnya ada jalan lain tapi Hana tak yakin pula nak guna jalan tu, tak pasti makin jauh ka makin dekat. hehe

Naik feri dengan dengan harapan rumah Omey (kuaters guru) dekat le tapi tak  T_T macam rumah Fred juga. Khidmat GPS digunakan. search ja Sekolah Kebangsaan Datuk Kelali Semera. Jauh dah berjalanan kami time ni. Betul ke tak betul GPS ni. Hana pun call Omey. 

"Jauh lagi ka rumah mu Omey'
"Jauh lagi tu"
"Mu simpe makan kat kawe banyak deh. Kawe tak make dari pagi lagi nih"
"bereh bereh"

"Jauh-jauh rumah Aku (Lundu), Jauh lagi rumah Fred dengan Omey" Kata driver Hana :)

Straight ja kami sampai jumpa sekolah Asajaya. 
"Erm.. lepas Asajaya rupanya rumah Omey ni Ingat Asajaya dah jauh"

Sejam juga dari feri nak ke rumah Omey. Jauh perjalanan indah permandangan. Rumah dia terletak di perkampungan nelayan. Rumah betul-betul dekat dengan sungai :)

Pukul 4 lebih kami sampai di rumah Omey. Tempat yang di tuju mestilah meja makan :P

     
Omey bertudung kelabu hitam

Pukul 6 kami betolak balik Kuching. Semestinya ikut jalan darat. Jauh juga ikut jalan darat ni . Khidmat GPS diperlukan, sampailah jumpa UITM Samarahan. Ok no GPS right here. I know this road. Eh eh betul ke ayat Hana tu. hahaha

This is our journey and I enjoy it :)

P/s: Tahun depan Raya Haji kat mana pula ye

#3 Sesi Monolog - Silent Mood until ending


Silent mood until ending


When Thursday coming, I ask myself  "why you became silent". Its not mean Im in bad mood but I feel like "you're hurting me" I just want you to say something and make me explain what I feel
Silence is a girl loudest cry
 You know she really hurt when she starts ignoring you
Holidays is coming, I must be strong enjoy my silence even its hurt. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...