Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) - Tarian VIP-


Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) SK Sampadi di adakan pada 20/11/2014 iaitu dua hari sebelum cuti akhir tahun.Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Bersyukur sangat dapat melibatkan pelajar Pendidikan Khas dalam Majlis APC ni. Tahun-tahun seterusnya di harap dapat kekal macam ni dan tak ada jurang antara pelajar aliran perdana dan aliran khas.

Tugas Hana di bahagian persembahan. Santai-santai ja tugas Hana kali ni :) santai-santai pun bergantung kepada keadaan pelajar gak.

Pada awalnya Hana bercadang nak buat lakonan 'Lagenda Mahsuri' tapi kesuntukan masa. Ada seminggu ja lagi sebelum APC mana sempat nak prepair apa-apa padahal awal-awal lagi Hana dah cari plot cerita ni tapi tu lah nak latih pelajar tu memerlukan masa 2 3 minggu juga kan.

As simpla as I can..persembahan tarian. Hana fikir nak buat tarian dalam teater muzikal time Hana di IPG dulu. Tapi cari video tak jumpa. Kalau nak ajar nanti makan masa pula so cancel untuk teater muzikal. Hana pun minta kat tunang Hana persembahan teater muzikal 'Bad Romance' dia time IPG

  
Muka zaman kanak-kanak rebena :P

"Hana nak video persembahan 'Bad romance' time IPG tu"
"Aih mana sesuai persembahan tu untuk sekolah"
"A'a kan tak terfikir pula tapi best apa persembahan tu, Macam tak sempat je nak latih ni, ni yang nak letak jawatan AJK persembahan"
"Nanti bagi video ni, suruh ja pelajar tiru. dan tunjuk step sikit-sikit"
"Ada ka? bagi jelah kot-kot Hana berkenan"
"Bukan suruh berkenan ke tak suruh pelajar buat dapat ke tak"

Rupa-rupanya dia pun latih persembahan murid prasekolah untuk APC sekolah dia. Erm... pelajar prasekolah boleh buat tak kan pelajar tahun 1 tak boleh. So latihan hari Isnin hingga hari Rabu dari pukul 9pagi hingga 12tengahari. Target Hana hari pertama bagi diorang tengok video dan ingat step, hari ke dua dan seterusnya tengok cikgu yang buat dengar muzik ja. Pesembahan kali ni senang tak macam Boria Aidilfitri hari tu.

"Pernah sik dengar lagu VIP ni?"
"Sik"

Sudah la. macam mana boleh tak pernah dengar ni. Satu hal pula nak matching muzik dengan pergerakan. Tapi diorang ni senang ingat lagu.cepat je dah boleh hafal. Kira tercapailah target Hana tu.

        
Raptai persembahan
Posing dulu sementara menunggu pentas siap :)


Cute je.. dah boleh buat cover album. Tahun depan ambik diorang lagilah untuk persembahan :)

Meh layan video persembahan diorang ni


Thank videographer :)

Begitu cepat masa berlalu


Begitu cepat masa berlalu, sudah masuk hari Rabu namun banyak lagi urusan kerja yang belum selesai.

File Perkembangan Murid 
File DSKP Tahun 5
Kad Prestasi Murid
Bank soalan
Peruntukan

Memandang ke langit seperti hujan tidak hujan, melihat keadaan sekeliling suasana yang sibuk seakan-akan hilang dari pandangan seperti memahami situasi semasa. Seperti biasa, rutin harian dilaksanakan mengikut hari-hari sebelumya, Cuma kali ni terasa begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar langit menjadi gelap menandakan malam bakal menjelma.

Rutin harian masih sama keesokan harinya, sehingga suatu masa segala-galanya akan berubah. Perubahan yang berlaku secara tidak sedar yang harus dilalui dengan tenang dengan harapan tiada apa-apa yang berlaku.


Offline untuk seketika waktu..membayangkan diri menghabiskan sisa-sisa waktu. Adakah dia seperti aku?


Sukan Tahunan dan Hari Keluarga PIBG


Sukan Tahunan dan Hari Keluarga PIBG SK Sampadi 2014. Sudah seminggu berlalu, barulah nak update pasal sukan tahunan. Semakin dekat nak hujung tahun makin sibuk pula kan. huhu. Pada awalnya nak cerita dari A hingga Z pasal Sukan Tahunan dan Hari Keluarga 2014 ni, sekarang bila dah seminggu berlalu, ingat tak ingat sudah pasal Hari Sukan. Sekarang ni Hana tengah tumpu program Hari Anugerah Cemerlang pula. Back to the topic.....

Sukan Tahunan dan Hari Keluarga PIBG 2014 dijalankan 2 hari 1 malam sama seperti tahun lepas. Hari pertama saringan. Malam ada live band dan pertandingan karaoke. Keesokan harinya perasmian sukan dan Sukaneka PIBG sampai lah petang. Penat tak terhingga T_T

Jom Hana perkenalkan 4 rumah sukan yang terlibat untuk sukan 2014 ni. Standart warna rumah sukan Biru, Merah, Hijau dan Kuning kan.. Paling banyak pun 5 rumah sukan warna ungu. Tapi jarang lah warna ungu

Kalau di sekolah Hana lain tau...

     
Pink dan Biru
Pink sangat menonjol di situ. dari jauh dah nampak. Tahun lepas warna Hijau entah kenapa tahun ni tukar warna Pink :). Biru Superhero rumah Hana ni. Masih setia pada warna Biru

     
Oren dan Ungu
Oren dan Ungu masih sama macm tahun lepas





Frozen gitu
Gambar ni lah satu-satunya yang ada Hana itu pun bahagian muka ja T_T. Tak puas hati punya pasal. besar gedabak Hana letak gambar ni dalam entri ni siap love bagai.hehehe Tahun ni memang tak inteframe sangat la Hana kan. ke'buzy'an. huhu


Tahun lepas sempat juga singgah gerai jualan. Tahun ni apa pun tak sempat


Perasmian Hari sukan


Nampak tak sempat je Hana ambik gambar ni :) Hana jadi jurukira untuk pertandingan karaoke. Tersengguk-sengguk Hana time ni. mengantuk kot dah pukul 10lebih..

Pasar ria jualan hasil hutan :)
Menarik sebenar jualan ni. macam-macam ada. Hana je tak ada masa ni..

Gambar-gambar dalam entri ni pun dari group wassup ja kecuali gambar pertandingan karaoke tu :)


Majlis Khatam Al-Quran kali ke-14 SK Sampadi


Majlis Khatam Al-Quran kali ke-14 SK Sampadi. Sudah menjadi amalan atau tradisi di SK Sampadi untuk melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran setiap tahun sama seperti Majlis Ramah Tamah Aidilfitri.

Tugas Hana di sebalik tadbir iaitu sebagai AJK Sijil/Cenderahati dan Makanan/Minuman. Makanan. Minuman Hana tak ambil port sangat. Sebab ramai ibu bapa yang tolong masak rendang, pulut, telur rebus dan buat bunga telur. Lagipun Hana tak ada kepakaran dalam bidang masak-masak dan bunga telur ni :P So Hana lebih tertumpu kepada sijil dan cenderahati yang memerlukan Hana mengadap laptop dan printer. Last-last minit ada penambahan sijil T_T. Nampak tak kepentingan Hana di situ :P

                                  

Tengah Hana siapkan sijil sempat je melawat kawasan. Meriah juga sehari sebelum majlis bermula :)

                                
Persiapan pentas dan cenderahati

                               
Masa ni juga ada gotong-royong di padang untuk sukan sekolah minggu depan

Time majlis berlangsung Hana tak berkesempatan ke dewan. Ke dewan untuk upacara penyampaian hadiah ja..

Tema tahun ni warna biru turquois, tahun lepas warna hijau.Eh hijau ka purple ek..lupa la pula







Baget nak buat entry ala-ala skema tapi tu lah Hana tak pandai nak men'skema'kan entry.

P/s : Ter'update' juga blog Hana :)

Silent day of Wednesday #12




Bila kita kalut perkara ini akan berlaku.......


Nak hampir hujung tahun ni banyak pula program sekolah. Kalau dah banyak program ni seharusnya kita mengalami sedikit kesibukan melampaui batasan. Kalau boleh semua kerja nak di satlekan dalam satu masa. Ok itu Hana.. Tapi kalau dah banyak kerja, tak tau nak buat mana satu. semua bermain dalam otak je..

Bila kalut-kalut tu mula lah jadi macam ni

1. Nak panggil kawan kita panggil dengan nama "Minah" or "Mamat" je
"Apa nama dia.."
"Minah minah meh sini jap"
Yang "Minah" tu tahu pula "Minah" tu di tuju kat dia

2. Gabungan nama kawan-kawan.
"Nasyidah nasyidah tolong ni jap" gabungan nama Nafisah dan Mursyidah.
Ok ni terjadi kat sekolah Hana baru-baru ni. Hahaha lawak pula bila teringat balik

2. Tersalah taip maklumat  Ini perkara fames pernah berlaku. Sambil taip sambil bercakap dengan kawan kita. Apa yang kita cakap tu kita tertaip
"Kedai tu rasanya tak da cikgu" sebenarnya yang nak di taip "kedai tu rasanya tak da  jual 2up"
Nampak sangat tengah sembang pasal cikgu-cikgu. hehe

3. Perkara kita nak buat tiba-tiba boleh terlupa
"Eh kenapa aku masuk bilik ni"
Keluar dari bilik menuju ke meja
"Eh aku nak ambik buku kat bilik tadi" sambil garu kepala

Apa yang penting time kalut-kalut ni jangan ada yang buat kita sakit hati + geram. Kalau tak dapat kawal. Memang segala benda yang di pegang semua nak hempap. Buku, laptop, pintu apa lagi yang selalu jadi mangsa keadaan. Erk, ejaan hempap macam tu ka... macam pelik pula Hana rasa. hehe

Hempap tu sebahagian ja yang selebihnya apa lagi terus T_T. 

So Jangan biarkan hidup anda T_T. Jom layan video ni. Ceria je kan... :)


Cip cip cip piyo cip cip cip piyo cip cip cip piyo...:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...