Takdir saya berkahwin dengan gadis tak pandai masak


Search perkara lain, perkara lain yang dapat, ni yang buat mood nak update blog bertambah. hehe Bila terbaca 'Takdir saya berkahwin dengan gadis tak pandai masak' jantung Hana dup terhenti 5 saat.
Hana pun klik tajuk tu dan baca ....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Saya mengenalinya isteri saya sudah agak lama iaitu sejak tahun 2004 semasa di matrikulasi UIA lagi. Walaupun jurusan berlainan tetapi kami berpeluang mengenali disebabkan dia antara pelajar yang menyertai kelas Bahasa Arab saya.

Saya mengambil jurusan kejuruteraan manakala isteri saya pula mengambil jurusan Bahasa Arab. Peliknya saya merupakan pelajar jurusan kejuruteraan yang mengajar Bahasa Arab kepada pelajar Bahasa Arab. Pelik bukan?

Lebih kurang 40 orang pelajar telah menyertai kelas tambahan saya di mana kebanyakannya daripada jurusan Bahasa Arab dan Ilmu Wahyu. Boleh dikatakan kelas ini majoritinya disertai oleh kumpulan ustazah.

Semasa di matrikulasi lagi saya sudah memasang matlamat untuk berkahwin awal apabila memasuki kampus utama. Saya hendak berkahwin semasa masih belajar lagi. Calon isteri semasa itu belum ada, cuma angan-angannya sahaja. Saya tidak memikirkan sangat berkenaan hal kewangan disebabkan yakin dengan asbab perkahwinan Allah akan bagi rezeki.

Saya mula mengumpul duit sedikit demi sedikit dengan hasil jualan prepaid telefon bimbit di matrikulasi. Alhamdulillah perniagaan agak maju. Disitulah saya dapat mengumpul sedikit duit. Apabila masuk ke kampus utama di Gombak, saya bekerja mengajar pelbagai subjek untuk tuisyen di rumah.

Saya mula dengan meminjam motor kawan untuk pergi mengajar. Lama jugak saya meminjam motornya, sehinggakan kadang-kala rasa bersalah takut dimarahi disebabkan asyik meminjam. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli sebuah motorsikal terpakai dan kereta kemudiannya

Apabila pendapat bulanan sudah agak banyak dan stabil, saya mula mencari calon isteri. Calonnya banyak disebabkan geng-geng “ustazah pilihan” ramai yang menyertai kelas saya. Ini memudahkan saya senang untuk mendapatkan maklumat. Akhirnya saya telah memilih seorang yang terbaik pada pandangan saya

Tetapi saya tidak mahu membuat keputusan sendirian. Saya meminta pendapat adik perempuan saya yang turut belajar di UIA sama ada pilihan saya baik ataupun tidak. Alhamdulillah adik saya menyatakan ianya baik.

Tekad dengan pilihan hati, saya meminta bantuan orang tengah untuk memberitahu niat saya untuk menjadikan Widyana Ali sebagai isteri. Jika sang dia suka, maka dia kenalah bersetuju untuk berkahwin dalam masa setahun.

Kalau tidak bersetuju berkahwin dalam masa setahun, maka saya akan mencari calon lain. Alhamdulillah dia suka dan bersetuju. Saya menelefon maknya dan berbincang mengenai hal ini beberapa kali. Akhirnya maknya pun setuju. Maka kami pun bertunang.

Selepas bertunang barulah saya tahu bahawa dia sudah lama berdoa supaya dapat jodoh dengan insan yang bernama Mohd Yazid Ismail. Sejak matrikulasi lagi rupa-rupanya. Patutlah dari banyak-banyak calon, sayalah menjadi pilihanya. Inilah berkat doa.

Tetapi alangkah sedihnya, selepas bertunang barulah saya tahu dia tidak pandai masak langsung. Dahulu semasa merisik tidak semak betul-betul. Aduhai nasib-nasib.

Risau juga pada awalnya disebabkan tidak pandai memasak biasanya mempunyai kaitan dengan sifat yang lain iaitu kekurangan sifat keibuan dan urusan rumah tangga. Tetapi saya cuba positifkan fikiran bahawa semua benda boleh dipelajari. Tidak semestinya seseorang itu kena pandai sebelum berkawin.

Kalau begitu semua yang hendak jadi isteri kenalah pandai mengandung dan pandai menjaga anak sendiri sebelum berkahwin. Jadi saya tetapkan minda untuk terima dirinya seadanya dan bersedia untuk memberi sokongan.

Kami berkahwin semasa tahun dua di UIA Gombak. Apabila sudah berkahwin barulah saya tahu bahawa kemahiran memasak ini tidak perlu pandai. Semua perkara ini boleh di cari menerusi enjin carian Google seperti resepi dan cara-cara memasaknya. Cuma sediakan bahan-bahan yang diperlukan dan ikutkan sahaja langkah-langkah yang diberi. Akhirnya siap satu hidangan.

Jadi zaman sekarang istilah tidak pandai masak ini lebih bermaksud kepada malas memasak. Seseorang itu sebenarnya malas memasak dan bukanlah disebabkan tidak pandai masak. Boleh sahaja memasak dengan bantuan tutorial dari telefon bimbit dengan meletakkan di tepi dan mengikutnya. Mudah!

Sekarang, pelbagai resipi telah dicuba dan jauh lebih sedap daripada tukang masak pakar di restoran. Tahun lepas, banyak telah dikongsi di FaceBook resepi masakannya, tips-tips mengurus rumah tangga dan tips keibubapaan

Kalau di lihatkan inbox Facebooknya, seolah-olah dirinya yang pakar memasak disebabkan ramai yang PM bertanyakan resipi dan nasihat tunjuk ajar. Walhal sampai masa sekarang pun kadang-kala dia masih memasak menggunakan telefon bimbit.

Malah cara mengemas rumah dan susun atur perkakas dan perabot pun di carinya di Google. Banyak juga group Facebook disertainya mengenai hal menguruskan rumah tangga. Terima kasih Dyana sebab rajin dan tabah mengurus hal rumahtangga dan minta maaf juga sebab kadang-kala abang tidak banyak menolong.

Jadi peringatan kepad para isteri, jangan jadikan alasan tidak pandai memasak untuk tidak memasak. Alasan begitu sudah tidak logik. Adik-adik yang masih di universiti, jikalau hendak berkawin silalah memasang matlamat betul-betul. Stabilkan ekonomi diri dulu. Tidak perlu kaya tetapi stabil.

Kredit : Takdir saya berkahwin dengan gadis tak pandai masak
              FB YAZID ISMAIL

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Erm... tu lah dia. Hana ni rajin dah ada tapi bab masak out of servis. Kalau ada kerajinan mesti google kalau nak masak. Apa-apa pun cerita ni sebagai motivasi untuk Hana juga :) Dah la tak nak komen lagi. tapi dalam hati "Nasib dapat suami yang suka dan pandai masak:P" Tiba-tiba terlintas nak buat entri pasal "Takdir saya berkahwin dengan lelaki pandai masak".. Ko nie Hana..(^_^)

11 orang dah komen :

Syira Lokman said...

selamat malam...hehehe...singgah sini intai tuan blog kot belum tidooo :P

Maria Firdz said...

Hehe.. Boleh juga tu.. Sesuai tjuk tu..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum hana, hehe berkat rajin masak hari2 jadi pandai masak. ye dak? hehehhee bagus lelaki ni..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Suka baca carita ni. Inilah yang dikatan jodoh Allah SWT dah tetapkan kan..

zuhdi sanusi said...

xpandai xper., yg penting rajin., sbb klu xpndai tp rajin nnt lama2 pandai la., tp klu pndai mana pun klu malas pun xguna.,

aswadz said...

xpe x pandai msk. bila dah kahwin, bila dah selalu masak, jd pandai la.

Busyra Takiyudin said...

yg penting rajinn.. :) boleh belajar

Ibu Zarith said...

Takde masalah tak pandai masak..yang jadi masalah bila pandai masak tapi malas, hehe.. Zarith dulu pon tak pandai masak tapi kan boleh belajar. betul tak?hehe

Unknown said...

nak baca lak kisah nasib dapat suami yg suka dan pndai masak ... heeee

hana hadi said...

@Cetusan Minda
ngeee....

Unknown said...

X per...bole belajar masak....mcm mcm ada dah skrg nie...kene rajin jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...