Sesekali teringat la pula


Tengah berbual dengan husben dalam fon tiba- tiba boleh pula terkeluar

"Cun tak Hana time maktab dulu?" 
Soalan buat husben garu kepala. Dah kenapa isteri aku tanya soalan macam ni hahaha

Lepas tu boleh pula Hana tertanya..

"Macam mana boleh mamat kat maktab kita tu suka kat Hana? 

"Mamat mana?"

Risau dah husben time tu huhu. Hana pun sent la gambar ni kat dia




" Tu mamat yang pakai baju putih tu. hehe "

"Ish.. gambar time bila pula nie. delete delete"

"Hahaha jauh beza juga muka dulu dan sekarang kan"

Memang pun dulu kan tak hensem sekarang kan hensem

Ok fine, Time Hana pula garu kepala. Gurau-gurau ja...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Lepas tu Hana tengok gambar Hana time maktab dulu.
Tak sangka dalam  kenalan enjoy, lepak, kecoh alih-alih kawin dengan dia yang langsung Hana tak fikir yang Hana akan berkawin dengan dia. Baget kawin dengan lalaki yang buat dup dap dup dap ala-ala iklan Dynars lagu Hello- Altimet

Lepas kahwin segala-galanya sudah berubah. Erm...macam tak ada apa-apa perubahan pun lebih-lebih lagi bila duduk berasingan nun jauh di sana.

Perkenalan kami bermula di IPG Kota Bharu tempat kami belajar selama 5 tahun setengah. Lepas tu, masing-masing bekerja di Sabah, Hana pula di Sarawak. Tapi rumah family kami di Kedah

Sepanjang kami habis belajar di Kelantan 7 November 2012 sehinggalah kami berkerja 1 Julai 2013 pun kami tak pernah jumpa walaupun jarak rumah kami 20 minit. Sehinggalah Kami berjumpa semula pada Hari Raya Haji 12 Oktober 2013. Kira setahun jugalah kami tak jumpa. Tup tup kami kahwin... 

Ok motif utama nak update blog. Kesian blog Hana kurang kasih sayang :)


1 orang dah komen :

Unknown said...

Assalamualaikum.

best jugak sesekali baca kisah jodoh dan pertemuan hingga akhirnya ke jinjang pelamin nih..hehe

Inilah yg dinamakan jodoh kn hana.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...