Preparation for the i-Think Carnival / Persiapan Karnival i-THINK


Preparation for the i-Think Carnival atau dimelayukan menjadi Persiapan untuk Karnival i-Think.. Apa itu i-Think ? Klik >SINI Dah seminggu berlalu Karnival i-Think ni iaitu 28/11/2015 tapi presentation post motermnya belum. Alang-alang nak present post moterm tu nanti baik Hana post moterm dalam blog hijau Hana ni dulu. ngeee

3 hari sebelum karnival berlangsung, Sekolah Hana selaku tuan rumah untuk karnival i-Think Daerah Lundu, Sarawak telah buat persiapan dari segi penyediaan tempat karnival. Kami di bantu oleh dua buah sekolah lain dalam zon kami iaitu Zon Satang. Kenapa skemanya ayat aku ini.

Hana ditugaskan untuk menyiapkan lorong i-Think. Kalau sudut dah Hana prepare sebelum  pelawat datang secara mengejut hari tu. huhuhu klik >SINI< Sebenarnya Lorong i-Think nanti akan dibuat bersebelahan dengan sudut i-THINK. berjiran le tu..

Sudut i-Think

Jom check it out !!!

Sesi pengagihan tugas dijalankan tapi sebelum bergerak ke tempat masing-masing. Hana mintak tolong cikgu-cikgu hasilkan Thinking Maps aka Peta pemikiran dulu untuk di tampalkan di Lorong i-Think nanti :)

Sepatutnya cuti akibat jerebu tapi guru-guru turun padang untuk persiapan i-Think. Semua sekali ada 8 peta jadi setiap guru diminta mencabut undi untuk peta masing-masing

     
Peta Pelbagai Alir dan Peta Titi

Nie lah lorong yang kita nak "i-Think" kan. ngeee.. 


Tak sempat nak ambik gambar sebelum. tup tup dah pasang tanglung. Tanglung tersebut mewakili 6 titik permulaan dalam i-Think :)


 Bilik VIP perlu di hias juga

Sesi gantung banner-banner di dinding sekolah


Salah satu ruang di bilik yang kan di gunakan untuk program i-Think nanti.


Satu-satunya gambar Hana di"inteframe"kan dalam ni.Cun dah pokok tu dengan baju Hana. Macam nak besarkan pula gambar ni ngee


Peta Pemikiran hasil kerja guru. marvelous thumbs up

 Cikgu Fauziah bersama Peta Pokoknya :)

Dalam masa dua hari dapat siapkan Lorong i-Think ni. Hari-hari sebelum karnival berlangsung ada  sikit penambahan di buat

TaaDaaa...

 Nampak tak peta pemikiran yang dihasilkan oleh guru telah memenuhi ruang di situ. Bunting carta organisasi pun membantu dalam memenuhi ruang yang ada hahahaha. opss...

 Cantik juga pokok ni kan :) Hana bagi 5 bintang . ngeee

Bahagian ni pada asalnya tak ada dalam perancangan pun.. Tapi disebabkan cermin tersebut sebahagian daripada Lorong i-Think terpaksalah libatkan juga. Kesian pula kat cermin tu nanti :P. Idea spontan di situ..

Terima kasih guru-guru SK Sampadi yang banyak membantu memeriahkan sekolah SK Sampadi dengan i-THINK. Tidak lupa juga kepada guru dari SK Stoh dan SK Rambungan kerana membantu guru SK Sampadi dari segi backdrob, susun atur meja dan kerusi untuk pertandingan yang akan diadakan.

Silent of Wednesday





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...