Mengejar kerjaya kerana minat
Mengejar kerjaya kerana minat.Masih releven kah..
Susah nak ungkapkan. Ada pro dan kontranya. Kita sendiri perlu bijak membuat keputusan. Jangan hangat-hangat tahi ayam.. Waaaah.. lama tak serius dalam penulisan blog T_T
Time interview cikgu dulu "Mestilah minat tuan" dalam hati biarlah rahsia. Secara jujurnya Hana tak suka di interview walaupun cara ke"spontan"an, ke"serius"an Hana ni buat orang yakin je. biarlah tak betul pun asal semangat tu mesti ada.hahaha Sampai sekarang Hana ingat time Hana nak keluar dari bilik interview "Hana, muka awak ni lembut lah, sesuai jadi cikgu" apa lagi senyum meleret dengan lagak sombongnya confirm dapat jadi cikgu padahal result SPM tah apa-apa. Hahaha.. Alhamdulillah rezeki Hana dapat jadi cikgu. Sekarang tak ada lagi muka lembut segala bagai. Muka jadi singa dah.
Zaman Hana tu senang nak jadi cikgu. Banyak kekosongan exspecialy kawasan pedalaman. Kena pula time tu negara nak meningkatkan taraf pendidikan golongan kurang upaya. Pendidikan Khas la maknanya tu. Yesss Hana minta pendidikan khas untuk opsyen pertama Hana.. 5 tahun selepas tu susah dah nak masuk IPG. Adik Hana yang result gempak gilas babas tu pun tak dapat IPG. Nampak tak peluang kerjaya zaman Hana time tu walaupun tak minat.. Eh tak minat plak
Back to the topik...
Throwback...
Kadang-kadang minat dalam sesuatu bidang tidak menjamin masa depan. Senang cerita, 11 12 tahun yang dulu, Masa tu negara kita ni memerlukan pakar IT. Sampaikan kat TV pun ada mainkan lagu "bijak IT" Siapa yang lahir tahun 80an mesti tahu lagu ni.. Minat Hana terhadap komputer tu sampai Hana memilih bidang pengaturcaraan komputer sebagai asas kerjaya Hana form 4. Itu pilihan pertama Hana dan pilihan kedua Kejuruteraan elektrik (pilihan abah, nak anak dia ikut jejak dia kali, huhu) Masa tu abah Hana dah bagi explaination dah
"Bidang komputer ni susah nak dapat kerja. paling kurang pun satu syarikat kena ada 1 or 2 orang pakar. Skop peluang pekerjaan tu kurang.bla..bla..bla..elektrik bidang luas.. Bla...bla..bla..."
Masa tu Hana tak fikir panjang sebab Hana nampak apa yang Hana minat ja, Hana kira-kira 9 10 tahun mesti peluang pekerjaan cerah. IT kot. Tapi apakan daya bidang pengaturcaraan komputer tu bukan rezeki Hana. Hana dapat cos kejuruteraan elektrik. Seronok abah T_T Matematik memang kena tip top ok. so studylah Hana 2 tahun cos Kejuruteraan Elektrik. disebabkan tak minat dan result Hana yang tak beberapa nak ok sangat Hana tak teruskan bidang tu ke peringkat seterusnya. Kalau Hana sambung bidang elektrik dapat Hana kerja di bawah abah. Peluang kerjaya dah ada tapi minat tak ada. Tak boleh juga kan :)
Pengaturcaraan komputer ni sebenarnya time Hana form 4 tu peluang pekerjaannya banyak. Lepas Hana habis belajar memang fullhouse le bidang tu sampai sekarang. Melainkan kerja sendiri. Buka kedai sendiri..Tapi ada juga dari tak minat tu terus jadi minat dan bersungguh-sungguh belajar dalam bidang tu sampai dapat buka kedai komputer sendiri :)
Lepas 2 tahun belajar elektrik , Hana tak tahu arah tuju Hana. Nak masuk form 6. Terasa malas nak belajar lagi dengan harapan dapat masuk u. Dapat tumpu kat bidang yang Hana nak (cos pilihan setiausaha dan jururawat) Dapat Hana merasa form 6. Form 6 tu bagi Hana, kena study balik dari form 1 sampai form 3 baru Hana dapat tangkap topik untuk form 6. Itu lah perasaan Hana T_T. Lepas 2 minggu, Hana dapat panggilan dari IPG. Terpaksa lupakan minat jururawat dan setiausaha Hana tu. Sebulan masuk IPG, Hana terima panggilan yang Hana dapat cos jururawat. Alahai....
Apa-apa pun kerjaya bukan kerana minat. Haruslah bersyukur sebab itu satu-satunya peluang kita, rezeki kita. Nak tak nak kena teruskan juga :) yang penting tangunggjawab terhadap kerja tersebut.
Kan best kalau apa yang kita minat tu boleh dijadikan kerjaya kita. Respect dengan orang ni... Buat video, photographer, menjahit, tak kira siang malam memang suka menjahit. Kepuasan pun dapat, upah menjahit pun dapat. Kalau kita buat kerja yang kita suka, kita rasa tenang ja.
4 orang dah komen :
saya dlu minat civil engineering.. amek kos civil ms kat poli.. bile dh abs blaja baru sedar yg peluang pekerjaan dlm bidang civil sgt ssh nk dpt lg2 kalo pompuan.. last2 tersadai je diploma tu xgune lgsg.. skrg keje pmbntu mkmal sklah.. alhamdulillah.. suka dgn kerjaya skrg..
rs menyesal jgk smbung blaja dlu.. tp pk ilmu yg dpt tu buat rs xmenyesal plak.. haha
aku alhamdulillah. walaupun tak pernah2 time sekolah dlu fikir nak jadi penyelidik, tapi bila graduate dan dapat keje, jadi minat pulak.
a'a kdang2 rsa nyesal bljar prkra yg skrg kita xguna lgsung.tp tulah pengalaman tu penting..betapa susahnya bljar bidang tu hehe kalau civil engineering kena berpanas gak tu kan tp best da kawan2 support
penyelidik tu bidangnya luas kan..minat meneroko ni:)