Explorace @ Penang


Explorace@Penang. Macam mana boleh jadi satu aktiviti pun Hana tak tau. huhu Niat asal nak makan King Crab di Restaurant Nurul Ikan Bakar Cawangan Penang. Tapi.....

Kami bertolak ke Penang dalam pukul 2 petang untuk elak jem and pastikan kami sampai di Balik Pulau sebelum pukul 5. Walaupun makan King Crab tu waktu malam.. Ini lah cabaran dan dugaan orang ramai ulang alik kerja.  4.00 petang jalan di Balik Pulau dah jem. Macam nak selfie kat tengah-tengah jem tu "Me at KL"

So awal-awal datang Penang boleh la jalan-jalan. Google punya google....

Yess.. Kita pergi 3D Art and Trick Museum. . Berdekatan dengan Padang Besar. Sebagai co-pilot, Hana pun buka waze :P Susah sebenar kerja co-pilot ni. Semua benda yang ada kat jalan sepanjang nak ke 3D Art and Trick Museum ni kena fokus. Nama pun jem. Orang balik kerja kot

Tengok waze ada lambang 3 kepala polis.ngeee
"Ada 3 orang polis kat depan tu nanti" Yes memang betul 3 orang polis T_T Sampai macam tu sekali waze bagitau Hana..
"Jalan jem 12 min sebab banyak kereta nak lalu jalan feri"
"Ada trafik light kat depan sebab tu line panjang"

Macam tu lah tugas co-pilot yang sentiasa bersama waze :)


2 Jam juga kami berada dalam muzium ni. Padahal tengok luaran kecik ja kan. tapi dalamnya.. besar. sampai ke tingkat atas.ngeee.
 Aaaauuww cak  !!!

 First masuk pintu nampak ni dulu :)







Yang ni best..
Mencabar juga nak masuk dalam bilik 3D. Lepas snap gambar macam ni hasilnya. ngeee

 Comel-comel termasuk tuan blog sekali. hehehe




Meniarap pun meniarap lah.. Bukan senag nak meniarap macam ni depan orang ramai tunggu turn



Kesian pula tengok  ^_^

Tak sah kalau datang Penang tak pergi Street Art.. Kami tak naik kereta. Sebab kereta nun jauh di sana lagipun. nak cari parking kat tempat sana pun susah juga nanti..

Bermulahlah Explorace kami dari 3D Art and Trick Museum ke Street Art. Dalam 15 min (Naik kereta) macam tu kalau ikut waze. Tapi kami berjalan kaki. Boleh guna juga waze ni tapi kami potong ikut lorong-lorong kecil. Waze tu sikit tak bergerak sebab kami jalan kaki mungkin lambat la sakit anak panah waze tu nak bergerak. Harap tak sesat T_T. Mau 20-25 minit juga berjalan ikut lorong-lorong T_T

Ramai kan orang lalu lalang kawasan ni

Terasa seperti pelancong. Co-Pilot la penat sikit cari jalan. Yang pilotnya cari Pokemon. hahaha Kurang asam..

Ramai juga yang odw jalan kaki ke Street Art. Yang naik basikal sewa pun ada. Tapi hampeh.. Street Art dah tak wujud lagi.. Ada 2 benda je kat Street Art ni T_T Kami sebagai pelancong terasa ...... adoi penatnya jalan jauh tapi tak dapat tengok Street Art.. (Itu Hana)


Kami pun jalan-jalan tanpa arah tuju sebab waktu petang angin sepi-sepi bahasa best juga menikmati pemandangan bangunan-bagunan lama, pokok-pokok yang sudah berpuluh-puluh tahun lamanya.

Dah masuk 6.30 petang baru kami balik nak ke King Crab pula

Nak balik ke tempat parking kereta pula. Nak waze apa ek??? blur kejap.. sebab nama tempat parking kereta tu tak tahu. Co-pilot kena rancang strategi nak pakai jalan apa nak ke tempat parking. Dalam fikiran Hana nak tahan teksi ja. hahahaha. Tapi no no no cabaran di teruskan.  Kata nak kurus. Waze balik 3D Art and Trick Museum. Uik.. jauhnya  20min kalau ikut lorong besar (Naik kereta) Tapi kami jalan kaki. Adoi.. kena bergerak pantas ni

Penunjuk waze tak bergerak pun sedangkan kami berjalan dah jauh. huhuhu usaha cari seting waze yang khas untuk berjalan kaki. Tapi tak jumpa T_T . Ok sekarang ikut mata hati Hana. .


Pergi jalan lain. Balik jalan lain. Sempat singgah minum dulu. Rehatkan kaki..

Perjalanan mesti di teruskan sebelum Maghrib. Risau juga lewat-lewat kalau di tempat orang kan. Dan akhirnya berjaya juga jumpa tempat parking kereta :) itu pun separuh pejalanan, kami ikut jalan besar.


13 orang dah komen :

aswadz said...

mujur tak sesat.

Luqman Zakaria said...

bestnya..dah lama teringin nak pergi tempat macam nih tp tak dapat lagi..

Mayy Jie said...

bestnya, mai tak sampai2 lagi situ...

rindunya blog ni... :D

Cik Itah said...

bestnya lukisan 3D nya..nanti ada rezeki nak jugak ke sini :)

Tedi said...

bestnya jalan-jalan \(^o^)/
Tedi menabung aroi makmak

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok jalan-jalan pulau. cantik tempat dia.

Jobdirumah Buat Duit said...

Boleh nak pergi juga bila sampai ke sana nanti.

OhPanduan said...

Nak best lihat lukisan dia.

Fairuz Aqilah said...

syoknyaaaaa rindu nak pergi Penang lagi hehe :)

Adam said...

Bermakna kesah se harian di penang lah.
Betul kan?

Hana said...

rindu blog ke?

Nour Adieb said...

masa p penang dulu, kami lalu je muzium tu. lebih pentingan street art sebab free 😄

Noor Maizan said...

Syoknya jalan-jalan Penang!

Mai craving ais kat atas bukit bendera tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...