Yeaah Blog dah ringan

Sebelum nie.. ku asyik risau ja pasal blog nie berat. Pernah sekali tu sampai cecah saiz blog 126KB. Klu nak blog ringan sehingga melayang2 kena bawah 100KB. Tol x? hehe

Tapi sekarang tidak lagi.

Blog dah ringan.. Jom tengok

Tengok la tengok la..hehe
Pasnie korang jangan cakap blog ku ni berat. Disebabkan berat dan lambat korang dah malas nak usha2 entry blog hijau ku nie..Alang2 blog nie ringan baik korang usha2 dulu entry dalam blog nie.hehe

Lawatan Ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Peringat


Baru2 nie seramai 21 orang merangkap rakan sekelas bersama2 dengan seorang pensyarah pembimbing melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Peringat, Kota Bharu Kelantan.. Jauh gak la dari IPG Kampus Kota Bharu. Dalam 30min lebih camtu la.. Kami bertolak ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti pada pukul 8.00 pagi. Kami tiba di PDK pada pukul 8.45 pagi.

Kolam yang terletak di hadapan PDK.

Sesi pertama dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pensyarah pembimbing iaitu Puan Ni Noriah binti Nik Ibrahim.
Pensyarah kesayangan.hehe

dan kemudian diikuti pula oleh taklimat yang disampaikan oleh penyelia PDK Peringat iaitu Puan Nurmi binti Ismail


Pas mendengar taklimat, bertanya soalan.. kami pun menjamu selera (minum pagi)
Nasib ku bawa air meneral..Air yang di sediakan tuu air nescafe. Ku xminum air nescafe


Kami tidak melepaskan peluang untuk bermain dengan kanak-kanak PDK. Ska betul dia kat ku..hehe umur dia dah meningkat tapi perangai cm budak2 biasalah kanak-kanak istimewa.


Nie plak masalah Celebral palsi.Korang xtau ek pa itu Celebral Palsi (CP). Search kat google ek.hehe

Pada masa yang sama juga kami dapat melihat aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kemahiran kordinasi mata dan tangan. Aktiviti tersebut dilaksanakan oleh kanak-kanak down sindrom dengan bimbingan guru yang bertugas pada hari itu
Aktiviti memasukan tali ke dalam lubang kecil. Cam senang ja kan..Tapi bagi kanak-kanak kat sini cukup sukar untuk buat aktiviti tu

Tepat pukul 12.00 tengahari, sesi penyampaian cenderahati bermula.

Bagi memeriahkan susana, aktiviti bergambar bersama guru dan kanak-kanak PDK turut diadakan.
Tepat jam 12.45 petang, kami meminta diri untuk pulang ke IPG Kampus Kota Bharu. Kami tiba di IPG Kampus Kota Bharu pada pukul 1.30 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...