Terus menunggu jawapan..
Akhirnya terbongkar juga misteri nusantara yang selama ni dihantui oleh guru-guru pelatih ambilan Januari 2009. Tarikh keramat 16 Januari 2013 merupakan hari yang paling gembira buat sebahagian guru-guru pelatih ambilan Januari 2009 sebab MEREKA TELAH DIPOSTINGKAN

TAHNIAH kepada mereka yang berjaya dipostingkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Kepada yang tidak di senaraikan ( Penempatan Guru ) jangan risau. Sekolah Kebangsaan (SK) ada lagi.
Mengikut sumber-sumber dari rakan seperjuangan
Pelajar Melayu yang ditempatkan di sekolah SJKC dan SJKT adalah 258 orang iaitu semenanjung 219 orang di Sabah (SJKC 12) dan di Sarawak (SJKC 17). Pelajar Cina iaitu seramai 928 orang ke SJKC. 226 pelajar Tamil di tempatkan di SKJT. Kesulurahan yang dipostingkan pada hari ini adalah 1412. Masih berbaki berapa lagi ye..hehehe dalam dua ribu lebih lagi kot.
Dengar kata senarai nama untuk ke SK akan dikeluarkan pada minggu depan atau selepas Tahun Bru Cina. Pendapat Hana, mungkin senarai nama tersebut agak lambat sedikit sebab
- Ramai akan ke SK jadi nak uruskan nama-nama tersebut ambil masa
- Nak bahagikan-bahagikan ikut kekosongan mungkin di pedalaman, sekolah baru buka.
- Prasekolah, Pend. Khas, Pemulihan nak kena asingkan sebab ada sesetangah sekolah tiada kelas tersebut
Apa-apa pun jadi lah guru yang terbaik..
Di Hari Persandinganmu
by Yunizar Hussien
Dalam sepi ku terbayang
Wajahmu bermain di mataku
Lantas bercucuran airmata
Berlinangan dipipiku
Mengenangkan peristiwa
Di suatu masa kita berdua
Bermesra dan saling menyinta
Namun perpisahan akhirnya
Betapa sedih betapa pilu
Melihat kau berdua di situ
Bersama duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu
Burung-burung pun turut berkicau
Menyanyikan lagu indah
Sanak saudara sekelian yang ada
Semua turut gembira
Selamat ku ucapkan padamu
Semoga kau bahagia dengan pilihanmu
Selamat ku pinta izin pergi dahulu
Membawa diriku ke alam baru
Selamat wahai pengantin baru
Semoga bahagia ke anak cucu
Selamat tinggal oh! sayangku
Semoga gembira selalu
P/s : Tiada mood nak update entri berdebar-debar tunggu keputusan dari kementerian pasal posting






