Harus Baca !!! Setting Komen Anda di Kotak Komen Google+
Jom Setting Komen anda di Kotak Komen Google+.
Ada bebarapa penguna Google+ yang tak setting komen bila meninggalkan komen di kotak komen google +. Faham tak kat situ. Contohnya :-
Hana penguna Google+. Hana komen blogger A. Blogger A ni guna kotak komen Google+ macam ini

Bila kita komen, secara automatik komen dan url blog yang dikomen tersebut akan terpapar di page google + kita. Betul kan?
Cuba bayangkan bila korang banyak komen kat kotak komen google+ ni. Ini akan menyebabkan page Google+ korang akan dipenuhi dengan link blogger yang korang komen tu. betul?
Jadi, bila Hana nak terjah blog korang bagi pengguna Google+, Hana tak tahu mana satu link blog korang, Bila Hana klik mana-mana link kadang-kadang rasa pelik, " Eh dia dah ubah wajah blog ke?" Padahal itu blog orang lain. Nampak tak kat situ?
Apa-apa pun. Kalau korang tak nak benda ni terjadi. Mari Hana ajar cara tak nak bagi link blog yang korang komen tu ada di Page Google+ korang.
Bila korang dah taip komen kat kotak komen Google +, Korang buat macam gambar di bawah ni

Dah siap
Jadi page Google+ korang tiada lah komen dan link blog yang di komen ni.
Kalau sekali sekala korang nak share komen korang tu kat page Google+ pun boleh. Tapi jangan sampai tak nampak link blog sendiri. Nanti susah orang lain nak kunjung blog korang..
Perkara yang patut anda tahu bila belajar di IPG
* Tak tahu nak buat tajuk apa
Selama 5 tahun 6 bulan berada di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu (2007-2012), Hana nak ceritakan perkara yang hana rasa susah nak percaya bila masuk IPG
Belajar semua subjek
Hana ingat belajar pasal opsyen (Pend Khas) rupa-rupanya kena belajar semua subjek termasuk yang opsyen. Cuba bayangkan... Bahasa Melayu, Hana kena belajar dari sejarah BM , sampai lah mengkaji kesalahan dalam ayat. Baru Bahasa Melayu, belum masuk Sains, Inggeris, Matematik, Tamadun Islam, Asas Kepimpinan, Perkembangan Kanak-kanak, Teknologi Maklumat, Murid dan Alam Belajar, Pend. Jasmani, Pend. Seni Visual, Guru dan Cabaran dan banyak lagi. Paling banyak subjek dalam satu sem adalah 8 subjek. Subjek yang paling sikit KLIK SINI. Setiap subjek ada kerja kursus+exam. Yang paling dasyat bila satu subjek tu ada teori+amali+ujian amali. Lepas habis perkara dasyat ni baru ada final exam.
Larian 2.4km dalam masa kurang 15minit
Hana tak percaya masuk IPG ada lari-lari macam ni untuk subjek Pend. Jasmani. Sebelum memulakan sesi pengajaran kena lari 2.4km dulu. Seminggu 3 kali kena lari 2.4km. Kalau 3 tahun?. Larian 2.4 km adalah salah satu komponen dalam ujian Kecergasan (UKJK). Jadi pandai-pandailah nak lari 2.4km dalam masa kurang 15minit. Hana memang orang terakhir or kedua terakhir yang berjaya menamatkan 2.4km. hahaha tapi tak kisah dah berapa masa janji dapat tamatkan 2.4km. Hana bab-bab lari jarak jauh kureng sikit. Kalau lari pecut Hana champion. * riak di situ
Kajian Lapangan dan Kajian Tindakan (AR)
Kajian Lapangan = Hana pergi ke Kuala Krai (pedalaman), pertama kali Hana jejak kaki kat tempat macam tu. Kalau pergi tengok ok lagi, ini kena buat kajian di bawah tajuk Kajian Sosial. Kena kaji sistem saliran, ekonomi, cuaca, tumbuhan dan sebagainya. Naik bot menyusuri Sungai Kelantan.. terasa macam masuk rancangan ekspedisi kat tv plak. hehe
Kajian Tindakan= Kepada pelajar yang dah tamat degree korang mesti rasa macam "tak sangkanya dapat siapkan kajian tindakan". hehe Macam tu juga dengan Hana. Kalaulah laptop masa tu buat hal dan segala bahan hilang. Aduh... boleh pengsan.
Pembentangan (presentation)
Hana ni sebenarnya tak berani bercakap depan orang ramai. Tapi bila masuk IPG, ada presentation. satu subjek tu kadang-kadang sampai 3 presentation. Jadi sedikit sebanyak Hana ada keyakinan diri. Yang paling best bila Hana dapat pujian dari penilai masa pembentangan Kajian tindakan (AR). Bukan calang-calang pembentangan. Yang penting Hana melakukan presentation AR tu menggunakan mikrofon :) Hana kalau guna mikrofon terketar-ketar dan terasa suara Hana tak terkeluar. KLIK SINI untuk tengok Hana guna Mikrofon. Kalau tak guna mikrofon of course suara Hana kuat. Orangnya kecik suaranya kuat ok, nama pun cikgu :)
Terlibat dengan Hari Kemerdekaan ke 50/2007
Rasa teruja bila diberi peluang menjayakan Hari Kemerdekaan ke-50. Maklumlah masa tu Hana berstatus junior di IPG. Selalunya apa-apa program mesti senior yang join. Lepas tu, bila Hana jadi senior, baru Hana tahu kenapa senior kurang join aktiviti luar. Sebab senior banyak kerja. Nak tahu persembahan Hana semasa Hari Kemerdekaan KLIK SINI

Hana yang duduk+tengah
Cita-cita Hana SEBELUM BERGELAR GURU < klik