Acara Berlulut di Sarawak
Acara Berlulut di Sarawak. Hana mati-mati ingat "B.E.R.L.U.L.U.T" tu salah ejaan dan yang sebenarnya ejaan betul adalah B.E.R.L.U.T.U.T. Baru logik acara berlutut kan. Padahal memang betul pun ejaannya B.E.R.L.U.L.UT.
Acara Berlulut perkataan baru yang Hana dengar. Sangat menarik sebab tu Hana buat entri untuk pengetahuan korang semua..Take note ok :)
Berlulut sebenarnya adalah tradisi kaum Melayu di Sarawak selepas akad nikah. Selalunya diadakan pada malam akad nikah. Di semenanjung memang tiada acara melulut ni atau mungkin ada istilah lain untuk menggantikan perkataan "berlulut"(mata tengok atas jari telunjuk di dagu). Adakalanya acara berlulut akan diikuti dengan majlis berinai.
Orang kata berlulut ni acara pengantin bertukar-tukar baju 3 pasang atau lebih. Kira macam pengantin tu ala-ala model buat fashion show gitu. Selalunya pengantin perempuan yang akan tukar-tukar baju, pengantin lelaki jarang terlibat dalam acara fashion show ni. Tapi apa salahnya kalau pengantin lelaki join adventure juga. wink^wink^
Pakai ja baju apa yang korang suka asal bahagia.. hehe
* Gambar siapa tah Hana ambil dari Mr Google
Dalam majlis berlulut ni juga diadakan persembahan lakon beradat iaitu salah satu warisan di negeri Sarawak pada zaman dulu-dulu. Sangat-sangat best. Eh eh macam Hana pula yang pernah merasai pengalaman tersebut. hahaha Apa-apa pun, kalau ada acara berlulut ni di Semenanjung, mungkin Hana skip kot acara ni, serabut nak tukar-tukar baju segala bagai.. Kalau 2 baju mampu lah Hana..
Tapi sekarang ni jarang orang buat acara ni sebab membazir. Apa-apa pun ikut kemampuan.. Kalau nak dijadikan kenangan or mengekalkan adat tradisi apa salahnya. Ada pro dan kontranya di situ :)
And the last one, Hana suka adat istiadat sebab rasa smooth je perjalanan majlis dan pengantinnya pun betul-betul raja sehari. Kalau boleh dari A sampai Z Hana tak nak lepaskan peluang nak merasai segala adat istiadat kaum Melayu ni..
Kalau nak dibandingkan kebanyakan majlis perkahwinan zaman sekarang, pukul 2 hingga 4petang pengantin ada di dalam majlis. Selepas pukul 4petang dah pergi phootoshoot di luar majlis. See.. sangat tak best lagi-lagi bila kita para tetamu datang dari jauh nak tengok pengantin. tetapi pengantinya sikda.
Kamus Bahasa Sarawak
Sikda/Sik ada = tiada
P/s: Mood tak sabar bawa ferrari hijau datang sarawak :)
Peribahasa di luar kotak pemikiran
Hana ganti guru kelas tahun 4 subjek Bahasa Melayu. Hana ajar Peribahasa Melayu. Hana pun minta murid isikan tempat kosong dengan huruf yang sesuai di papan tulis.
Peribahasa pertama
1. 
Diorang pun isi lah huruf-huruf tersebut. Kalau diorang tak dapat nak teka Hana tambah la satu huruf kat tempat kosong tu.. Sampai lah satu tahap diorang teka macam ni
1. 
"Aik, Kederaan eja macam tu ka?"
"Eh bukan cikgu"
"Habis tu macam mana?"
1. 
"Suka-suka je nak tambah 'a' kan, salah tu"
"Yang mana yang salah cikgu?"
"Salah yang kenderaan tu:"
Peribahasa ke dua
2. 
"Senang ja cikgu"
"Haa buat lah kalau senang"
2. 
"Apa hal tiba-tiba ada nama orang kat situ. Suhaimi kamu ada tunang ka (Suhaimi nama salah seorang murid dalam kelas tu)?"
" Tiada cikgu "
"Salah peribahasa tu"
Pagi-pagi dah buat Hana ketawa pecah perut.. Hahahah lawak kot. Dengan gayanya sebut lagi.. Kat mana la korang dengar peribahasa ni. Terngiang-ngiang sampai sekarang. Mau senyum Hana tiap-tiap hari kalau terkenangkan peribahasa ni..






