Mural pokok anggur suku kata
Mural pokok anggur suku kata. Dalam entri lepas Hana ada post mengenai MURAL POKOK 3D. Dalam entri ni pula Hana nak ceritakan mengenai salah silah mural pokok anggur pula :P
Pokok anggur ni tak perlu Hana search. Senang ja. Yang Hana kena search buah anggur.hehe Kenapa buah anggur? sebab Hana nak tahu daun di buah anggur tu bentuknya macam mana. Susah juga daunnya.. so Hana buat daun sesimple yang mungkin yang penting senang warna. Ni lah hasilnya. Kalau nak ikut kan daun pokok anggur yang betul bukan macam ni :P
Mencabar juga nak warna pokok ni sebab banyak melengkung dan banyak bermain dengan warna hijau untuk membezakan batang pokok dengan daun. Kena buat tone warna di situ. hehe Ramai gak pembantu Hana masa ni tapi pembantu pun ikut sedap warna ja. Apa pun terima kasih kerana memudahkan kerja cikgu Hana yang kiut ni. Hana si tukang touchup ni lah duk bebel sorang-sorang :P Bukan bebel kosong je bebel untuk mengajar cara mewarna dengan betul :)

"Pakai lah berus kecik"
"Dah kenapa batang pokok ni kejap besar kejap kecik"
"Warna tak rata ni"
Untuk warnakan buah anggur, Hana terpaksa pospone dulu sebab warna purple takda T_T

Lama juga seminggu tu kan.. Hana pun hias lah dulu pokok anggur ni dengan kad suku kata. Seminggu lepas tu barulah Hana jumpa plaka purple

Yeaaah...... dah siap

Besar gedabak Hana letak gambar. hehe
T_T
Tiba-tiba teringat kisah Tragedi Oktober dalam entri INI. Sudah masuk bulan Oktober kan.. Cepatnya masa berlalu. Esok hari Khamis When Thursday is coming : Why I became silent?T_T.
Sudah bersediakah aku untuk menghadapi hari tersebut?Bagaimana aku nak menghadapi hari tersebut? Mampukah aku. Ok keep silent. I probably offline for that day :(







