Tugas Guru Mingguan
Tugas Guru Mingguan. Minggu ke 7 tiba giliran Hana dan seorang cikgu, Cikgu Ridzaimi untuk bertugas. Buat apa je...
Nie tugas-tugas guru mingguan SK Sampadi
Mengendalikan perhimpunan 10 minit setiap pagi selama seminggu. Aktivitinya, program bacaan dimana Hana akan pilih 2 orang murid untuk membaca or membuat rumusan mengenai bahan bacaan diorang. Lepas habis semua tu, semua murid diminta menghafal misi dan misi sekolah. Tapi sebelum mula aktiviti tu semua murid diminta menyanyikan lagu sekolah



RMT. Guru bertugas diminta turun padang. Bukan turun padang untuk sukan ye kawan-kawan tapi ke kantin sama-sama dengan guru RMT untuk memantau. Catat menu pada hari tersebut, tandatangan dah siap.. Boleh juga jadi food tester. Opsss....

Juri untuk keceriaan kelas. Erm.. juri ke orang panggil untuk catat-catat markah keceriaan kelas tu ek.. hehe. Setiap hari markah di ambil.. senang je kerja ni.. Kadang-kadang dapat ilham nak hias bilik Pendidikan Khas bila tengok hiasan kelas-kelas perdana :)
Kes-kes tertentu. Al-kisahnya kalau ada murid yang tak sihat or sakit masa tu, mesti bawa pergi klinik. Kalau luka-luka kecik tu pakai first aid jelah kan..
Dan yang terakhir.. harus tempek pic tuan empunya blog :P

TAWARAN MENGIKUTI LATIHAN PERGURUAN DI BAWAH BIASISWA KERAJAAN JEPUN 2015 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT )
Tawaran untuk mengikuti Latihan Perguruan di bawah Biasiswa Kerajaan Jepun 2015 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT). Warga pendidik di Malaysia, Bahagian Tajaan Pendidikan telah membuka iklan Tawaran untuk mengikuti Latihan Perguruan di bawah Biasiswa Kerajaan Jepun 2015 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT).
Tarikh tutup : 24 Februari 2015
Tempat : JEPUN
Tempoh : 1 1/2 tahun (Oktober 2015 - Mac 2017)
Kategori : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Kursus Yang Ditawarkan : Latihan Perguruan (Sijil)
Penajaan : Kerajaan Jepun
Syarat Permohonan :
- Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2015
- Merupakan siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau sekolah menengah dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar
- Mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun
Untuk Maklumat lanjut sila klik SINI







