Day 4 @ Korea : Jeju Island (Yongduam Dragon Head Rock, SeongupTraditional Village, Visit Mystery road, Waterfall CheonjiyeonWaterfall, Teddy Bear Museum)


Day 5 @ Korea : Yongduam Dragon Head Rock, Seongup Traditional Village, Visit Mystery road, Waterfall Cheonjiyeon Waterfall, Teddy Bear Museum (Pulau Jeju)

Awal pagi kami breakfast dalam bilik ja sebab makanan halal tak ada kat Jeju Island ni. Makanan di bekalkan oleh tourst guide :) Dalam pukul 10pagi

Eh lupa pula, Mystery road ni malam semalam kami dah lalu jalan ni. Tak lah misteri sangat pun sebab waktu malam tak nampak apa-apa..hehehe Kalau waktu siang mungkin ada gak la keterujaan sikit.. Mystery Road ni macam, apa-apa ja kenderaan yang lalu jalan ni (enjin dimatikan) akan bergerak sendiri. Haaa.. macam mana tu kan..

 Yongduam Dragon Head Rock


Kami tak berhenti just tengok dari dalam bas ja. 

Seongup Traditional Village 


Pinjam gambar dari google..Cari gambar sendiri tak jumpa. hehe
Kat sini diceritakan sejarah penduduk Pulau Jeju.. Dapat Hana rasa madu dan 7 ke 9 pati beri yang diorang hasilkan di sini..  Menurut orang tempatan juga, madu dan beri tersebut dapat memberikan tenaga untuk bekerja dan awet muda. Erm.. patutlah orang yang bagi explanation ni pun umur dah 60 tapi dapat angkat tembikar besar dan kulit diorang licin je..Faktor cuaca ni..tiba-tiba ja

Waterfall Cheonjiyeon Water fall 
Hujan rintik-rintik time ni. Itulah kelebihan down jacket sebab kalis air. Tak perlu pakai baju hujan lagi. Hehehe Jauh perjalanan nak ke air terjun. Sempat juga hulur tangan nak rasa kesejutan air terjun tersebut :) tak ada salji di Pulau Jeju ni. Hujan ja ada.ngeee


Bila sejuk macam ni terasa cepat lapar.. Bila makan cepat kenyang.





Teddy Bear Museum 
Banyak tempat kami pergi masa ni.. dalam banyak-banyak tempat Teddy Bear Museum yang best dan tak sabar-sabar Hana nak pergi. ngeee...Hana ingat diorang tak singgah Muzium Bear ni sebab dah pukul 9 malam. huhu rupanya musium ni buka sampai pukul 11 malam kalau tak silap Hana. Best.....

Masuk ja pintu muzium, Hana di sambut dengar bear zebra.. Alaa comel.. nak satu letak kat rumah jadi penyambut tetamu. ngee




Semuanya bear.. geram Hana tengok...


Ingat kat Korea tak ada unta ke.. 

Macam tak nak lepas ^_^

Eksen je lebih :P

 Susah payah Hana nak naik bear besar ni.Bear ni licin.. Akhirnya setelah 5 kali percubaan dapat juga Hana naik. Gigih Hana naik.. bukan senang nak dapat naik bear ni.

Yeaaah balik hotel. Ngantuk sudah...mengantuk macam mana pun kena packing siap-siap malam ni, esok flight ke Seoul pula..


Day 3 @ Korea : Jeju Island (Seongsan Ilchubong Peak and Seopjikoji)


Selepas breakfast kat hotel kami menaiki bas ke Gimpo Airport. Fly to Jeju Island. ada apa kat sana??? Jom check it out


Flight dari Gimpo ke Jeju Island mengambil masa 1jam...

Gimpo Airport tak sejuk sangat. Erm... mungkin Hana dah sebati dengan cuaca sejuk kot. Hari ketiga baru nampak matahari. Terbayang diri Hana terkena cahaya matahari sikit. Bestnya...

Setibanya di Jeju Airport. kami menaiki bas ke Seongsan Ilchulbong Peak and Seopjikoji. Di sini terkenal dengan sunrise. Dalam perjalanan nak ke Seongsan Ilchulbong Peak and Seopjikoji. Kami singgah di Ladang Limau..



Di sini pertama kalinya kali mengunakan Korean Won. Risau Hana pegang duit beribu-ribu nih :P Nak kira pun mencabar sebab banyak kosong.. Gina banyak membantu dalam urusan jual beli kami :) Thanks Gina

So lets go... Seongsan Ilchulbong Peak and Seopjikoji. P


Seongsan Ilchubong ni terbentuk dari letusan gunung berapi dari dasar laut, 100,000 tahun dulu
Kami tak ke puncak pun sebab memakan masa 50minit berjalan kaki.Turun dah 50minit dah sejam lebih kat situ belum tambah rehat lagi. ngee.. Kami naik atas sikit ja dan dapat tengok orang diving kat sini cari kerang apatah namanya. Uuu...diving dalam air sejuk. Bukan orang muda yang diving tapi orang macam nenek Hana diving. Nampak tak perkataan nenek disitu.,its mean perempuan tua yang diving cari hasil laut .. Nak turun bawah tengok dengan lebih dekat pun boleh kena lalu ikut tangga tapi yang lemah jantungnya bila nak naik atas balik. adoi naik atas ni pun dah tak cukup nafas. Simpan tenaga untuk hari-hari lain lagi ni. ngee...alasan semata-mata. Ada juga 2 3 orang dari kami yang turun.




Perjalanan ke Seopjikogi mengambil masa 15minit dari Seongsan Ilchubong. Seopjikoji ni tempat batuan-batuan gunung. Sangat menarik.



Makan-makan checkin hotel dan yang paling best kami akan berada di Jeju Island 2 malam. Yeaaah... tak perlu kemas-kemas barang keesokkan harinya.. Cuaca di sini tak sesejuk di Seoul.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...