Monolog (anak-anak mama)
Aku tak sangka aku setabah ini
Aku dapat lalui semua ini
Besarkan anak-anak seorang diri
Aku harap aku lagi tabah di masa akan datang
Aku diberi kesihatan yang baik
Untuk besarkan anak-anak
Insyallah
Mama akan buat yang terbaik
Mama buat semua ni untuk kebaikan kamu
Apa mama ajar, mama marah, mama tegur, mama biarkan anak mama menangis tu bersebab
Tak semua kemahuan anak perlu mama ikut
Mama tak mau manjakan anak mama
Mama tak mahu anak mama jadi raja permaisuri yang semuanya kena tunaikan..
Mama akan berikan kamu kekayaan dari segi akhlak bukan kebendaan.
Aathif
Hormatlah orang yang menjaga Aathif membesarkan Aathif siang malam. Mama nak Aathif hormat orang, hormat kakak. Jaga kakak. Tolong kakak jika kakak ada masalah. Bila dah besar nanti harap Aathif dapat fikir mana baik mana buruk.
Jasmin
Mama tahu Jasmin kuat. Sebab mama sendiri yang besarkan Jasmin 24jam. Mama tahu apa Jasmin nak, Jasmin suka, Jasmin rasa. Orang lain takkan faham. Mama nak Jasmin tabah macam mama. Berdikari. Ajar adik lakukan kerja-kerja rumah. Tegur adik jika dia ada buat salah.
first Dose Vaccine is done
So setelah daftar vaksin pada bulan 2 2021 akhirnya pada 1 Ogos 2021 tibalah saat Hana divaksinkan. ngeee..
Bertempat di Arena of Stars Genting Highland (PISA) Bayan Baru. Aiseh..
Tempat : Setia SPICE Arena (PISA) HCO B
Setia SPICE Convention Centre
Tarikh : 1 Ogos 2021
Masa : 2:00PM
Guna waze juga untuk ke SPICE ni maklumlah masih baru di Penang. Tapi tak jauh dari jambatan. Jauh sedikit dari sekolah
Firstime ke SPICE.
Wooowwww... besar betul. Masuk pagar nampak banyak bangunan besar. Ish mana satu bangunan khas untuk penerima vaksin. bla.. bla..bla.. 2 3 bangunan juga khas untuk penerima vaksin. Tapi Hana ditempatkan di bangunan HCO B. So ada HCO A dan HCO C kot untuk vaksin.
Hana park kereta dalam bangunan juga. jalan kaki ke bangunan HCO B. Sebelah je dengan tempat parking. Masuk ja HCO B ni dah rasa mewahnya tempat ni.. Baru HCO B yang HCO lain-lain tu agaknya mewah dan besar macam ni juga ka? Besarnya macam PWTC. Dalam tu pula ada ruang-ruang yang boleh tahan besar juga..
Ok itu first impression. Lain orang lain impressionnya kan
Waktu menunggu pun tak lama. Sangat teratur dan smooth je perjalanan. Dah macam explore race versi ada anak panah aka tapak kaki ditampal pada lantai 😁 ada lorong lorong nak ke kaunter, masuk pintu ni keluar pintu lain. Lepas tu eh2 ada auditorium, eh2 dan eh2 lagi. 😁
Ni Hana di ruang ke 2 setelah. Ruang pertama tadi di luar tapi dalam 3 minit macam dah diminta masuk ikut barisan. Yang ruang ke 2 ni pula dalam 5 minit ja tunggu. Tapi tunggu lama pun tak apa sebab selesa sangat.. Lepas tu dah tak ada tunggu dah terus ja berjalan pastu stop jap check ic pastu berjalan lagi stop lagi check ic sampai lah terakhir kena menunggu 20minit lepastu baru boleh balik. Rasanya 15minit ja kot Hana tunggu
Alhamdulillah dose AZ yang diperkatakan sangat kuat kesannya tidak menganggu Hana. Aiseh.. Hana tak mengalami sebarang kesan selepas terima AZ ni sehinggalah sekarang 4/8/2021. Nasib baik juga kan. Drive balik pun ok tak rasa apa-apa. Balik tu Hana tidur, relax-relax dekat 3 jam juga tidurnya hahaha Kawan-kawan yang lain ada kesan seperti sakit kepala, lenguh badan, sakit pinggang, seram sejuk, nak demam macam tu..
Syukur juga, dapat melayan anak-anak seperti biasa 😊
Done..
Tunggu dose ke 2 pula..







