Washington: Terapi muzik didapati membantu menenangkan pesakit sebelum, ketika dan selepas pembedahan selain mengurangkan rasa sakit dan mempercepatkan waktu pemulihan, kata satu kajian terbaru.
Universiti Kentucky yang melakukan penyelidikan terhadap penggunaan muzik dalam pra pembedahan, ketika pembedahan dan peringkat pos pembedahan mendapati muzik berjaya memberikan keputusan positif dalam semua tiga peringkat berkenaan.
Muzik yang perlahan dan tenang menghasilkan keputusan paling positif dan memberikan keadaan tenang serta mengurangkan kesakitan kepada pesakit.
Data mencadangkan bahawa muzik boleh memberi beberapa manfaat antaranya dalam mengurangkan kos dan tempoh tinggal di unit rawatan rapi, lapor Southern Medical Journal.
Pesakit akan berasa kurang takut sebelum menjalani prosedur dan pulih dengan lebih cepat serta berasa berpuas hati selepas didedahkan dengan muzik ketika pembedahan dan frasa pos pembedahan dijalankan.
Mereka juga tidak memerlukan banyak bius dan dilaporkan lebih berpuas hati dengan pengalaman perubatan itu, kata kenyataan Kentucky.
Di sini di UK (Universiti Kentucky), muzik terapi biasanya digunakan bagi membantu pesakit menangani rasa sakit dan takut, kata Lori Gooding, pengarah terapi muzik Kentucky.
Muzik yang dipilih oleh kakitangan terlatih lebih sesuai kerana garis panduan khas bagi pemilihan muzik perlu dipatuhi dalam usaha untuk memaksimumkan kesan positif kepada pesakit walaupun cita rasa muzik pesakit juga dipertimbangkan.
Karektor muzik juga penting dalam keberkesanan terapi muzik.
Antara lain termasuk tempo, irama dan kelantangan muzik yang perlu dikawal secara berhati-hati untuk memberikan kesan positif yang maksimum sesebuah muzik terbabit.
info : Berita Harian 25/11/2012
kalau org preggy bolh nie bg dgr dia
ReplyDeleteNanti nak cubalah.. selalu sakit kepala... :(
ReplyDeletebetul2 . .tapi kalau lagu rock x oke sgt kot hehehhe
ReplyDeletesetahu mad al quran je yang menenangkan jiwa
ReplyDeletekalau lagu gigit2 cuping telinga kecilmu boleh hilangkan stress tak??hehehe
ReplyDeletesuke mnyanyi sorg2 dlm kete lg2 klu time jem...serius xde la stress sgt ble time jem...
ReplyDeletebetol.. muzik klasik membantu tp palingh mujarab mestilah ayat2 suci al-quran..
ReplyDeletejom FOLLOW blog: www.diyanamarissa.com tq!
Kakak tak tahulah kalau kakak tak sihat denagr apa pun tak boleh - tapi kalau ayat-ayat al-quran rasa lebih tenang gitu..
ReplyDeletenegara mereka mmg la camni kot...kalu kat tmpat kite rasanye biarla dgrkan ngaji atau zikir..lg baik...
ReplyDeletealolo. comeynya baby2 tu. hehe. muzik itu satu terapi.
ReplyDeletejom dengar muzik rap...hihiih
ReplyDeletejom dengar muzik rap...hihiih
ReplyDeletewah bagus juga ni..tap lebih baik kalau dilagukan dengan bacaan2 alquran kan
ReplyDeletesy suke muzik..penenang jiwa :)
ReplyDeleteterapikan diri anda
ReplyDeleteok gak kan kalau berkesan...
ReplyDeletememang ada terapi muzik. leeza pernah belajar. entah sem berapa tah... salah satu terapi muzik. utk hadapi murid bermaslaah.
ReplyDeleteterapi murah kn hehe..
ReplyDeleteIbu2 mengandung biasanya perdengarkan ayat Al Quran untuk baby dalam perut sebab boleh meransang otak baby. Itu yang terbaik tu ^^
ReplyDeletewahhh Na belum try lagi hihihi mungkin 1day na en try ;)
ReplyDeletetq for this info ;)
musik mmg dpt tenangkan hati :)
ReplyDeletekalo stress pon dgq muzik ok gak hehe
ReplyDeleteerm nmpknye cm trapi mizk tuk knk2 bkpluan khs jugak knnn
ReplyDeleteeh!eh!tekojut den masok blog ni.manyak nye cj7.haha!so,tak salah la aira nak dengar music selalu..kehkeh
ReplyDeleteMacam2 cara sekarang yek..
ReplyDeleteUntuk muslim senang ajer..berzikir dan sembahyang tak per kos..hehehehe
SEO Contest..Minta Tolong Klik Google +
hmm..
ReplyDeletetapi nape orang kata muzik tu haram dalam Islam ek?
@Hanif Idrus untuk muslim mmg zikir dan sembahyang adalah terbaik.
ReplyDelete@cikeyrah lagu rock lain.hehe
ReplyDelete@AQu Mad a'a betul. terapi ni sebagai sampingan untuk baik pulih semula.. :)
ReplyDelete@boni kacak Erk.. bertambah stres ada la. :P
ReplyDelete@m a r i s s a yup :)
ReplyDelete@Ena's Palace sebenarnya negara kita pun ada terapi muzik terutanya dalam bidang pendidikan :) kalau bidang perubatan xpernah dengar lagi
ReplyDelete@Kesuma Angsana yup mmg bagus. :)
ReplyDelete@Iffah Afeefah a'a pandai pun. kalau kat malaysia bidang pendidikan yang banyak pakai terapi muzik
ReplyDeleteboleh di cuba tapi kalau dengar Al-Quran mesti lagi tenang :)
ReplyDelete@kyo_9 Muzik adalah harus tapi kalau muzik tersebut melalaikan manusia itu adalah haram. Mendegar Ayat-ayat suci AlQuran juga adalah salah satu terapi muzik :)
ReplyDeletetak dinafikan.... musik itu mendamaikan, melekakan. dan kekadang......mengembirakan....
ReplyDeletemusik boleh dijadikan sebahagian dalam diri juga.. kalo 10sion boleh layan lagu...
ReplyDeleteoo.. yeke. Patutlah pasang music. sebb ingt takot doktor ngantuk, pembedahan kan ade yang sampai 14 jam.. hehehe..
ReplyDeleteyui sggh pg ya..
ReplyDeletesetuju2.. ;)
ReplyDeletemuzik mmg mendamaikan.. cik ana kalo kat ofis x on radio mmg x sah la.. hehe
ReplyDeletesetuju...sy kalo tension slalu terapikan telinga dnga lagu hindustan...hehehe
ReplyDeleteena suka dengar music yiruma bila tengah jiwa serabut or tengah pening kepala.. dengar smpai tertidor.. hukhuk
ReplyDeletemungkin ini kajian di sanakan..klau utk kita Muslim ni...lebih menenangkan rasanya jika dengar bacaan Al-Quran :)
ReplyDeletejmput follow kmbali :)
ReplyDeletebetul2....muzik blh bagi terapi even org dlm koma pun.muzik terbaik sudah semesti alunan al-Quran...:)
ReplyDeletemuzik bukan sebarangan hehe..kalau muzik rok buat sakit pala lagi hehe..cari muzik ala2 spa..
ReplyDeletebetul ! muzik mmg terapi yg hebat ! :)
ReplyDeletedulu masa muda
ReplyDeleteUnderground,death metal,rock, lagu tirana aduka..
Sekarang nasid..
Ok je..tapikan terapi yg paling mujarab adalah solat dan puasa..tu bg tirana aduka..org lain x tau.
jaa kalo tension dalam kereta (jammed) mmg suka sgt la pasang radio..hehee...
ReplyDeletesuami selalu dengar muzik-muzik yang menenagkan fikiran..kalau tension mesti pasang muzik rntak slow2
ReplyDeleteMuzik..ada kesan kepada fizikal dan mental. Hati2 dalam memilih muzik. :)
ReplyDelete