Birthday Celebration Abah
Perancangan seawal 3 bulan sebelum celebrate birthday abah pada 1 September. Create group private wassup family ada mak, abang, kak ipar, Hana, husband and adik (Syifa). Plan start dari abang lepas tu mula lah plan itu ini. Tak sabar pula nak suprisekan kat abah :)
Ingat biasa-biasa ja just makan-makan tapi bila dah tetapkan tema pink putih rasa buat kat dewan besar pula ada tema segala bagai. ngeee tapi kenapa pink? Hana tak ada baju pink T_T Putih lagi lah tak ada T_T
Kami tetapkan hadiah.. Hadiah ni kami tau dari dulu lagi Abah nak beli handset. Tapi abah kata selagi boleh pakai dia tak nak tukar. Syifa main peranan untuk handle bahagian handset, sebab dia ja yang ada kat rumah, yang lain semua duduk jauh, buat-buat tanya abah pasal handset.
Tadi Syifa ada tanya abah pasal handset...Abah suka Sony Ericsson
Mana ada Sony Ericsson dah sekarang
Oppo pun ok?
Samsung bateri problem...
Bla.bla..bla..
Mak handle bahagian makanan..
Hana handle persiapan tempat (hiasan) dan kek..
Abang beli hadiah
Macam-macam yang jadi sepanjang preparation ni..
- Cadangan nak suprise malam 31hb Ogos tapi 31 Ogos cuti Merdeka. Alahai tak dapat nak buat suprise time abah balik kerja. So ubah plan..
- Malam 31 Ogos, Syifa or mak ajak abah keluar beli barang dapur tapi 31 Ogos abah balik kampung Perak dari pagi tapi tak pasti balik bila. Kalau macam tu dapatlah suprise kan abah.. Tapi..
- Abah cal mak : abah tak mau balik, esok baru dia balik.. Alamak macam mana ni
- Mak suruh juga abah balik dan esok pagi-pagi kita semua balik Perak kan Raya Haji kat sana. Sepatutnya Raya Haji kat Kedah ja. hahaha Padahal dah 80% dah prepare untuk suprise ni. Nak minta balik punya pasal T_T
- Nak beli kek Secret Resipe tapi yaa ampun... orang berbaris sampai luar kedai promosi merdeka katanya.. Terus ke Baskin Robbins, ramai juga tapi tak seramai tadi. Dalam hati memang nak kek baskin sebab 100% kek ice-cream. hehe Yeaaah dapat makan kek baskin kali ke2
- Baget abah balik malam. Tapi lewat petang abah dah balik.. Nasib Hana sempat beli belon helium simpan dalam bilik. Kek dah Hana letak dalam peti ais rumah 1 lagi. Lagipun hadiah masih tak sampai lagi.hehe
Abah masuk rumah, tanya "Nak buat apa ni (smbil tengok alat stimboat)" Mak yang explain. Tugas mak kan. ngeee. yang lain berlakon sapu sampah, lipat baju, tengok tv. Dalam wassup private "bila abah nak masuk bilik ni?" "Macam susah ja nak ajak abah kuar satgi kan abah baru balik"
So lepas abah masuk bilik kami bincang dan atur tempat sepantas kilat. Suprisekan abah time abah keluar bilik
Time seting
yang ni lah yang abah tegur tu "Nak buat apa ni?"
Ikan salmon. udang galah, ketam, daging, brokoli & bunga kobis, sotong kembang, isi-isi seafood, sawi apa tah, cendawan & kulat, kambing, ikan (luar kawasan)
Set up kek
Bila dah cair dapat simpan cair tu letak dalam freezer nanti jadi ais balik :)
Susun atur belon dan meja
Pakat takut nak letupkan benda alah tu
So... Suprise...
Memang gempak
Time ni lagu birthday dimainkan
Happy Birthday abah yang ke 57 :)
Family kecil Hana :)
Anak-anak abah : )
Hana tudung pink sebelah abah. Baju Hana di sponser oleh Syifa. Ok baju tu besar tapi tak apa janji ikut tema
Nyuuumeessss...
Salmon dan kulat bakar sangat sedap ok
Ikan kerapu kot yang bakar ni
Pandai juga Hana pilih belon warna ni. ngee puji diri sendiri
Nak beli 5 belon takut tak muat kereta tapi bila di fikir balik ruang besar. Minta tambah belon bagi jadi 10 memang penuh kereta. Nasib kereta tak terbang :P
Majlis start pukul 8 macam tu lah, habis pukul 1 pagi. Sembang santai 2 jam. Imbas kenangan kami satu keluarga. Lawak lawak tak sedar dah masuk pukul 1 pagi. Esok Raya Haji balik Perak pula
Makanan yang tak habis di pospone pada malam keesokan harinya
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Megi Tomyam Udang Ketam..
dan
Nasi Dagang Ikan Tongkol import dari mertua. ngeee.
Perrgghhh
Buat kat tepi rumah. Angin sepoi-sepoi bahasa
Tempat-tempat menark di Pulau Pinang
Tempat-tempat menark di Pulau Pinang Pulau Mutiara. Sebelum ni Hana ada buat entry pasal Tempat-tempat menarik di Kedah (klik sini)
Nak ke tempat-tempat ni senang je cuma masalah parking. Itu sebab kebanyakaan orang kita ni jarang nak ke tempat macam ni sebab beberapa tempat yang Hana nak bagitau ni tepi jalan besar, bersebelahan dengan kedai-kedai dalam satu bangunan dan kadang-kadang tak perasan tempat tu wujud melainkan pakai waze T_T Kalau pelancong luar Malaysia memang ramai sebab diorang suka berjalan kaki or naik basikal sewa di Penang ni.. Cuba sesekali buat Explorace @Penang (klik sini)
Jom check it out
WONDERFOOD MUSEUM PENANG

Terletak di Georgetown, Penang. Wonderfood Museum Penang nie sebenarnya adalah sebuah muzium yang memaparkan replika-replika makanan tradisi orang Melayu, Cina dan India dalam saiz yang sangat besar. Setiap replika di sini direka bentuk yang seakan-akan sama dengan makanan yang betul dan ianya pasti akan menggugat selera korang Buat kelainan sikit, ber'selfie' dengan makanan jumbo super duper besar. Staf yang sporting akan membantu korang kalau nak ambil gambar :) Harga masuk ke sini dalam lingkungan RM10-RM15.
AVATAR SECRET GARDEN
Terletak di Tanjong Tokong. Nama pun Avatar mesti macam dalam filem Avatar tu. Korang pernah pergi I-City? Yang ni lagi cantik dari I-City :). Tiada bayaran masuk di kenakan cuma kena bayar parking kereta dalam RM3. Kalau nak ke sini datang sebelum pukul 11.40 malam sebab lampu ni akan tutup automatik selepas jam tu.. Jangan datang wantu siang pula.. Apa pun tak nampak T_T
Ok set Hana nak pi sini :)
PENANG 3D TRICT MUSEUM
Ok set Hana nak pi sini :)
PENANG 3D TRICT MUSEUM

Hana dah pernah pergi sini.. Best :) Terletak di Lebuh Penang, tak jauh dari Padang Kota. Kalau tengok bangunannya macam biasa ja kan bangunan lama tapi dalamnya sangat menarik. Muzium ini ada 2 tingkat. Setiap tingkat ada menempatkan gambar-gambar 3D dan bilik-bilik trick yang menarik. Harga masuk ke muzium ni RM10 hingga RM15
UPSIDE DOWN MUSEUM
Kalau di Sabah terkenal dengan Rumah Terbalik Tamparuli, Di Penang pula... taadaa Upside Down Museum yang terletak di Kimberly Street, Georgetown. Di buka pada tahun 2015. Bermula dari pintu masuk sampailah susun atur perabot semuanya terbalik. Harga tiket masuk muzium ni antara RM10 hingga RM25.
ESCAPE THEME PARK


Taman Tema Escape yang berkelas dunia ini yang asalnya tapak takungan air telah dibuka sejak November 2012, hasil idea dan kreativiti rakyat Malaysia Sim Choo Kheng. Aktivti yang terdapat di sini ialah monkey business, jungle swinger, flying lemur, gecko tower dan lain-lain.
Harga Tiket :
• Bayi bawah 3 tahun - Percuma
• Kanak-kanak 4-12 tahun - RM 55
• Dewasa 13- 60 tahun - RM 83
• Warga Emas 61 tahun keatas - Percuma
KOMTAR RAINBOW SKYWALK

Kompleks Tun Abdul Razak a.k.a Komtar mercu negeri Penang. Di Komtar di terdapat Skyway untuk menarik pengunjung yang datang ke sini. Ini merupakan salah satu inisiatif untuk mengembalikan era kegemilangan Komtar.
Tak pernah lagi Hana jejak kat sini. Just tengok dari jauh ja.
Tak pernah lagi Hana jejak kat sini. Just tengok dari jauh ja.
TAMAN RIMBA

Terletak di Hutan Lipur Teluk Bahang Terkenal dengan kejernihan air terjunnya. Terdapat kemudahan di sini. Antaranya tapak perkhemahan, asrama, tandas, kolam mandi, jambatan gantung, taman permainan kanak-kanak dan pondok rehat. Untuk aktiviti perkhemahan, pengunjung mesti berhubung terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Disini juga terdapat trek mendaki Bukit Bendera dan empat trek jungle trekking lain bagi yang berminat dengan aktiviti pendakian.
Masuk percuma cuma untuk aktiviti merentas titian kanopi dikenakan tiket sebanyak RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.
Tempat lepak-lepak pekena laksa dan pasemboq baq hang... ^_^ santai-santai angin sepoi-sepoi bahasa
PADANG KOTA
Tempat wajib bagi Hana dan family merehatkan kaki setelah pusing-pusing melawat tempat sekitar Pulau Pinang. Maklumlah kereta parking nun jauh di sana. Memang full parking di kawasan sekitar Padang Kota ni. Waktu petang boleh berkelah kat kawasan padang dan di tepi laut. Kadang-kadang ada pameran kat sini. Pernah Hana ke Penang cun time dengan Pameran Transfomers. Lepas tu pula Pameran Lukisan 3D.
JURASSIC RESEARCH CENTRE

Rupa-rupanya Jurassic Research Centre ni terletak di tingkat 5 Komtar iaitu The Top Komtar. Dan sebenarnya lagi kat tingkat 5 Komtar ni terdapat tempat yang menarik lagi iaitu Ocean Explore, 7D motion Theater, Mirror Maze, Musical Corousel dan Dragon Regatta. Bayaran utnuk masuk setiap tempat ni adalah berlainan. Tetapi ada pakage untuk masuk ke semua tempat ni dengan harga lebih murah sedikit. Tapi berbaloi juga lah kan
Saiz dinasour dan macam saiz sebenar seolah-olah berada di dalam filem Jurassic World. Kita boleh melihat pelbagai jenis dinasour herbivor dan karnivor. Kita juga dapat tengok replika telur dan fossil dinasour.
GHOST MUSEUM

Terletak di Lebuh Melayu, Penang Hanya 10 minit pejalanan dari Komtar. Kalau tengok dari luar bangunan macam cute-cute ja hantunya, budak-budak pun suka :) Muzium ni menempatkan hantu dari pelbagai bangsa. Bangsa??? Ermm.. hantu melayu, cina, jepun, indon, mesir semua ada. Silap-silap terselit Annabelle. tiba-tiba patung pula kan T_T
Akan ada tour guide yang akan mengiring kita sepanjang perjalanan tersebut dan akan ceritakan serba sedikit pasal hantu yang terdapat kat situ. Harga masuk RM8 hingga ke RM18 kalau ada Mykad
PENANG WAR MUSEUM

Terletak di Batu Maung, Penang. Kalau nak dekat lalu Jambatan ke2 Penang :) Muzium ni bukan sebuah bangunan yanga ada pameran dalam cermin kaca ye kawan-kawan. Sampai ja kat sini kita dah macam tentera masuk terowong lalu denai-denai segala bagai sampailah ke tempat hukuman, simpanan mayat dan sebagainya . Better pakai sport shoes or flat senang nak bergerak.
Muzium ini merupakan tapak asal bekas kubu yang dibina oleh tentera British pada tahun 1930an. Kubu ini siap dengan segala kelengkapan seperti terowong bawah tahan, bilik simpanan senjata, bilik persikan dan macam-macam lagi. Lepas bayaran di buat iaitu harga tiket RM20, untuk kanak-kanak RM10, kita akan di bekalkan dengan map dan sejarah mengenai muzium ini
Kawasan yang sangat luas ni mengambil masa 2 hingga 3 jam untuk di explore. Macam best ja kan :) Pernah dengar juga tempat ni tersenarai salah sebuah tempat yang berhantu di Asia dan pernah muncul di dokumentari paranormal.
Macam menarik ja.. macam nak pi ja..
JUMP STREET TRAMPOLINE PARK

Dodgeball Courts
Slam Dunk
Main Court
The Wall
High Performance
Tower Jump
Foam Pit
Battle Beam
Ok set boleh masukkan dalam itinerary
Ok set boleh masukkan dalam itinerary
DARK MANSION-3D GLOW IN THE DARK

Pakai baju putih memang bercahaya baju korang tau :) Di pintu masuk pihak Dark Mansion menyediakan warna air yang bercahaya untuk korang buat corak kat muka ka tangan ka. Bila dah masuk tempat ni akan nampak corak korang buat tu bercahaya. Best.. macam tak mau keluar dari tempat tu. ngeee Harga masuk antara RM12 hingga ke RM20
Dark Mansion Terletak di jalan Kimberly, di tengah Bandar Georgetown. Di Dark Mansion ni kita dapat lihat lukisan 3D dengan menggabungkan cahaya yang berkuasa gelap ke dalam lukisan untuk menjadikan satu yang unik. Selain itu, ia juga menggunakan kesan cahaya khas untuk mewujudkan peralihan siang-malam. Pengunjung boleh menyaksikan perubahan lukisan dengan cahaya dan menikmati lukisan yang sama dengan dua mood yang berbeza. Contohnya
siang vs malam
Banyak lagi tempat-tempat menarik yang lain seperti Art Street, Rumah P. Ramlee, Taman Rama-rama, Frog Hill dan lain-lain :)





