Cita-cita hana masa sekolah rendah, hana nak jadi Nurse. Cita-cita tu timbul sebab hana tengok Nurse semuanya segak, smart, kemas, bersih. Sebab pakaian diorang tu putih.hehe Masa tu Hana tak fikir pun susah senang kerja Nurse ni.
Sehinggalah sekolah menengah hana bercita-cita nak jadi nurse. Serba sedikit hana tahu mengenai tugas nurse ni. Memang mencabar. Orang kata masa praktikal, bakal-bakal nurse kena tidur di bilik mayat. Eh betul ke? Entah la tak pasti pula kebenarannya. Namun, perkara tu tak membatalkan niat hana untuk bergelar nurse. Hana yakin hana mampu lakukan.
Lepas SPM, hana apply untuk menjadi nurse. 2 3 tempat juga hana apply. Tapi keputusan tak berpihak kepada hana. Hana pasrah..Masihkah ada peluang untuk hana bergelar nurse???
Pada masa yang sama juga, Hana apply untuk masuk Politeknik cos Setiausaha
Kenapa setiausaha? Sebab hana nak bina keyakinan diri hana untuk berdepan dengan orang ramai ( hana kan pemalu orangnya). Berbekalkan minat, sebagai pendorong untuk hana melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. Hana yakin hana dapat masuk Politeknik. Lagipun dulu, hana aliran teknikal.
Hana juga apply untuk masuk Institut Pendidikan Guru cos cikgu lah.hehe
Sejujurnya... ku tak biasa family hana yang suruh hana apply cikgu. Hana ikut je tapi hana nak nurse jugak. Minat sebagai guru ada tapi masih berharap peluang untuk jadi nurse. Sebak juga masa tu. Tapi bila di fikir balik tugas nurse dan cikgu lebih kurang sama. Dua-dua bidang bekerja dengan masyarakat.
Akhirnya hana diterima untuk temuduga sebagai guru pelatih. Ada ujian, perbincangan kumpulan dan individu. First time ditemuduga. Berdebar-debar rasanya. Tiba giliran untuk sesi individu di mana hana bersama-sama 3 orang penemuduga.
Hadapi dengan senyuman :) Dengan senyum akan membuatkan kita rasa lebih tenang. Padahal dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Bla..bla..bla.. Last skali penemuduga tu suruh hana menyanyi lagi Twinkle Twinkle Little Star siap dengan gaya sekali. Alamak malunya (sekali lagi hanakan pemalu orangnya). Hana pun menyanyi entah apa-apa dengan gerak tangan je.haha. Dengan slamber badaknya hana kata kat penemuduga tu
"Saya tak pandai lagu English"
"Bukan awak ambil English ke?"
Dengan muka ketidakpuashati hana menjawab
"Taklah saya ambil Bahasa Melayu"
Dia check file..
"A'a betul awak ambil Bahasa Melayu, Awak menyanyi lagi Bangau Oh Bangau lah"
"Haa nyanyi lagi?"
Ternyata ketidakpuashati terserlah di situ
"Ye"
Hana pun menyanyi.
Bangau oh bangau kenapa bla...bla...bla...
Selesai juga temuduga individu tersebut. Lebih kurang 30minit juga sesi tersebut.
Hana menuju ke pintu keluar. Huh, takda harapan la hana nak jadi cikgu. Menjawab je kerja hana. Redha jelah...
"Awak"
Hana pandang ke penemuduga tu
"Muka awak lembutlah memang sesuai jadi cikgu, Keyakinan dan keberanian awak memang bagus"
Senyum tak perlu kata apa-apa :)
(Lembut ke muka aku ni)
Sebulan selepas itu, Hana diminta lapor diri di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu :)
Beberapa minggu selepas hana masuk IPG, hana dapat tawaran KPTM Kota Bharu cos JURURAWAT. What??? tak mungkin ku berpaling pada mu yang telah pergi . Maaf hana dah suka kerjaya guru. Selamat tinggal Nurse.. (dalam hati sedih sangat)
Sebulan selepas tu, SMS dari abah
"Adik, buka laman web ni"
Hana buka
Haa.. hana dapat Politeknik Perlis cos SETIAUSAHA. Beberapa kali hana ofline online nak dapatkan kepastian betul ke apa yang hana tengok ni. Terpaksa hana lepaskan juga..
Hana suka kerjaya GURU