Seminggu selepas dapat gaji


Seminggu lepas dapat gaji...

Ada ke patut laptop Hana tu berendam dalam air. Tak tau berenang nak berendam juga.. Kan dah lemas.. Terpaksa Hana buat CPR. Tapi tak dapat di selamatkan juga..

2 September merupakan hari terakhir beliau. 5 hari selepas itu, Hana nak bawa laptop ke hospital berdekatan untuk di bedah siasat punca kematian.. Setelah di bedah siasat , rupa-rupanya beliau hanya koma. Hana terpaksa membeli wayar (chager) baru untuk menghidupkanya kembali. Kos rawatan RM90. Berbaloi juga lah, servis pun tip top. Yang penting beliau selamat walaupun laptop tersebut boleh dikatakan barangan antik dan patut diletakkan di muzium..Sampaikan orang yang servis laptop tu pun tak pernah dengar jenama laptop hana.. Huhuhu

Kesian kau laptop.. Diorang semua dah lupakan kau kecuali tuan kau yang setia 7 tahun bersama kau.. Lepas ni kau jangan berendam lagi ye.. Aku sayang kat kau walaupun orang lain dah lupakan kau.


    

Hana dah tak ingat Dak Mok tengok movie apa.. yang penting dia kusyuk giler mengadap movie tu.. 

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Best tak karangan Hana.. haha apa-apa pun alhamdulillah akhirnya, Hana kembali juga mengadap blog ni. Aiseh.. macam lama benar Hana tak mengadap blog ni kan..

Berbalik kepada entry lepas yang Hana jadi MC yang bertarikh 4/9/2013. Hana baca skrip je.. memang tersangat lancar. hahaha Kalau Hana jadi MC pegang skrip bila-bila pun boleh Hana jadi MC. Tapi pegang mikrofon tu still gementar lagi. Adoi.. nak kena cari petua tak nak gementar bila pegang mikrofon ni.. hehe


P/s: Jenama laptop Hana FTec = Future of Tecnology

38 comments:

  1. wow..khusyuk beno kucing tu tonton...hahaha..normal tu setiap orang mesti gementar lagi2x cakap depan orang ramai..

    ReplyDelete
  2. persoalannye..apakah jenama laptop Hana?hehe

    ReplyDelete
  3. @luqman zakaria
    A'a kan hana x mention plak kat situ.. Jenama laptop hana FTec

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..hana :)

    ayie pun baru kenal dgn jenama laptop hana tu...sblm ni x tahu..hehe

    tapi bentuk lebih kurang mcm laptop ayie jer..jenama toshiba.

    tak kisah la jenama apapun janji terbukti bertahan sampai 7 tahun hana pakai..skrg lepas servis tentu makin okey kan...weeeee :)

    ReplyDelete
  5. salam hana,
    laaaa lappy koma eh ! sib baik tak syahid hana...ok bole teruskan pengembaraan ukt the next entry...ahaks

    ReplyDelete
  6. haah la agak rare jugak jenama Ftec tu hana hehe

    ReplyDelete
  7. larhh,cmna leh berendam lak laptop tu?ajaibb sgguh..hihi

    ReplyDelete
  8. Lama tu tempoh berkhidmat. Dah 7 tahun. dah boleh berkira-kira nak ganti yang lain dah tu. Hehe

    ReplyDelete
  9. byk kali jd mc nnt ok la tu..hehe

    ReplyDelete
  10. ni mesti sis xbagi dia mandi sbb tu dia nk berendam ahahha..

    ReplyDelete
  11. kesian pulak terpaksa masuk hospital. btw kucing tu comel pose macam tu

    Entri Terbaru : Semua Besar Dengan Samsung Galaxy Mega 6.3

    ReplyDelete
  12. Setianya dgn laptop tu
    Biasa saya dua tahun je, lepas tu dah nazak, kerana anak2 yg ganas2,

    Dan petua supaya tak menggigil pegang microfon, anggap aje Hana sedang bercakap di depan tunggul-tunggul kayu yang mati.

    Mereka nak sgt persembahan baik MC, kalau kita menggigil alamatlah menghampakan tunggul2 itu.

    ReplyDelete
  13. mmg tak pernah dgr jenama laptop tu.. hahaha..

    p/s : Hana, kalau sewa kereta kancil ok tak? atau nak cari viva atau myvi? :)

    ReplyDelete
  14. sama la kita hana..sy pun jenis syg nak lepaskan laptop lama..kalau dah betul2 nazak baru masukkan dalam muzium :P

    ReplyDelete
  15. @aisya hahaha

    p/s: kancil pun boleh, asal boleh bawa jalan2 sudah.. nanti bg no tel dia? harap2 murah.. ngee

    ReplyDelete
  16. @akmaL
    sayang kan.. dah la laptop pertama. lama plak berkhidmat..

    ReplyDelete
  17. @Mat Som
    anak2 kena beli laptop asing.. kalau rosak biar ja.. sapa suruh ganas2.. hehe.. tq :) bagi petua.. nnati hana cuba aplikasikan :)

    ReplyDelete
  18. @Cik Eyra haha air tertumbah dalam beg.. beg pula jenis xserap air. mau bertakung air dalam beg bersama2 dengan laptop..

    ReplyDelete
  19. @Ayie Abas
    tahan laptop tu.. xpernah rosak kecuali bateri.. hehe

    ReplyDelete
  20. nasib baik boleh diselamatkan...hehe

    ReplyDelete
  21. dulu sy pon pakai ftec tahun 2007 punya kot...lejen kan tp skrg dah arwah hohohoho

    ReplyDelete
  22. Amboi dak mok, layan movie tu ☺☺

    ReplyDelete
  23. memang tak pernah dgr lagi jenama laptop hana ni...

    ReplyDelete
  24. hehehe sib baik komanyer tak lama,,, kalau tak dah kena buat pemindahan organ dah tu hehehe

    ReplyDelete
  25. laa..macam mana bole berendam pulak? ni mesti Hana cuai kan ..

    p/s : santai je kucing tu tengok laptop..dia pun layan je hee

    ReplyDelete
  26. Salam hana, haii..wahhh laptop berendam dlm air tu, means laptop hana tu jatuh termasuk dlm air ke? gila betul~ hahaha nasib baik dpt diselamatkan tau, haha :D..
    comel kucing siap baring2 lagi tu tgk movie..hihi

    ReplyDelete
  27. laptop lama aku twin tech. pernah dgr? hehehe... aku pun jd MC hari raya ari tu pun, bc skrip gak...

    ReplyDelete
  28. he3..mcm2 =) lptop pn bleh berendam juga ye..bhaya juga 2..nnti cip2 kt dlam bleh berkarat..nk tips hlg gmentar?? blogger acik ada share tntang tips 2..terjah la sana..

    ReplyDelete
  29. xpe hana. dari xde laptop kan.. anna yang dah berumur 24 ni pon baru merasa ada laptop.. yelah, 2 pon bayar bulanan..huhuhuu

    ReplyDelete
  30. pestime denga laptop jenama tu..haha..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum... Hai mbak Hana, terima kasih banyak sudah mampir ke blogku, salam kenal kembali dari saya... oh iya saya sudah follow di #1306, FollBack please, hehehe...

    ReplyDelete
  32. @aswadz twin tech? macam kembar ftec ja.. hehehe..

    ReplyDelete
  33. @S.K.A
    harap xberkarat..sempat la tahan 2 3 tahun lagi nak kumpulu duit dulu.. blog acik? kenal2 nanti hana terjah

    ReplyDelete
  34. Eh... Sama la dgn jnma laptop pertama sy beli msa stdy dulu... Skrg blh guna lagi tpi mcm x betul.. Charger dia pun dh tukar.. Sbb terbakar... Tapi tetap sayang dgn laptop tu...

    ReplyDelete
  35. sama laa, beberapa bulan lepas charger sy kena air.. terpaksa beli satu set charger baru, huh...

    ReplyDelete