Serba sedikit tentang Cikgu Hana :)



Memang tak tahu nak letak tajuk apa..

Sebenarnya banyak aktiviti sekolah yang Hana tak buat entry. Tapi kesuntukan masa. Mungkin tahun depan Hana baru start masukkan aktiviti sekolah dalam entri :)

Dulu seminggu selepas posting, Hana target nak tukar ke semenanjung selepas 2 or 3 tahun berkhidmat di Sarawak. Tapi sekarang tak terfikir pun nak tukar penempatan di e-GTukar. Hana sayang dengan semua orang di Kuching ni. Amboi semua teruuiih.hahaha.You know that I'm Fall in Love With in this ENTRY. Kalau tiada arah melintang, Hana akan menetap di Kuching. Insyaallah..

Kita masuk lebih spesifik lagi ye...

Jika nak dibandingkan 5 tahun setengah di Kelantan dengan 2 bulan di Kuching, Hana tak nak banding-bandingkan. Tapi cukuplah Hana sekadar menyatakan Hana lebih dapat+cepat menyesuaikan diri di Kuching.

"Kau suka tinggal di Kuching sebab sekolah bukan pedalaman kan?"
Ya, sekolah Hana bukan pedalaman tapi sekolah Hana luar bandar. Sejam dari rumah Hana. Siap naik feri lagi. Sebelum ni memang sekolah tu pedalaman 1 tapi sekarang tak sudah.

"Pendidikan Khas senang je nak mengajar"
Senang? cuba mengajar dulu lepas tu nilai sendiri. Hana kena buka kelas Pendidikan Khas. Ada yang dah satle ada yang belum.  Hiasan kelas lagi. Duit sendiri tau (peruntukan belum dapat). Tapi Hana tak kisah pun guna duit sendiri asalkan kelas cantik :) Cantik untuk siapa? untuk Hana dan murid juga

"Hana tak garang?"
Serius weh, Hana garang sebenarnya, cuma muka Hana ni tak berapa nak garang. Disebabkan muka Hana tak garang jadi Hana kena sesuaikan perwatakan Hana mengikut muka :P Hahaha lawak ja ok. Kadang-kadang Hana marah murid lepas tu Hana membelakangkan murid Hana gelak.. haha Macam tu juga bila Hana tengok cikgu-cikgu lain marah. Hana nak tergelak tapi hana cuba kawal. hehe

"Jawatan yang di pegang di sekolah?"
Buat masa sekarang Hana pegang jawatan guru penasihat Kelab Keceriaan, Guru Penyayang Tahun 2. Guru penyayang memang wajib pun.. Lepas tu guru penasihat Program Susu Sekolah dan Denggi. Belum masuk jawatan dalam Pendidikan Khas.

Anak murid.
cute-cute semua termasuk cikgunya :P Masa ni tengah bersiap sedia untuk edarkan susu kotak :)

Jamuan Hari Raya Tahun 5
Guru penyayang tahun 5 yang terlibat tapi Hana join adventure sekali :)

Weh.. Hana jadi pengacara majlis untuk Program Ramah Tamah Aidilfitri hari Rabu 4/9/13 ni.. Adoi, pertama kali jadi mc.Seram sejuk bila dapat tahu perkara ni.. hehe Hana tak kisah pun tapi itu lah Hana kalau boleh tak nak pegang mikrofon. Disebabkan ke'traum'ana pegang mikrofon jadi banyak entri yang berkaitan dengan mikrofon kat  sini, sini dan sini.

Dan Hana berharap takkan jadi mc dah lepas ni. Biarlah mc untuk satu-satunya program tu ja.. boleh tak macam tu? Tugas yang paling mencabar setakat ni. jadi pengacara majis lah. huhu


48 comments:

  1. housemate saye ckgu pndidikan khas dan saye amat memahami tugas ckgu pndidikan ni bkn mudah..sgt2 mencabar..

    ReplyDelete
  2. Trauma jadi mc.. hehe comey nye cikgu hana. Dah jatuh cinta dgn org2 sana eh. Mesti sayang kan..

    ReplyDelete
  3. semoga terus cemerlang dalam mendidik anak murid..

    ReplyDelete
  4. Assalam Cikgu Hana

    Dulu mula2 saya nak posting paling takut kalau dihantar ke sana
    Tapi, sebenarnya seronok ek?
    5 tahun di Kelate tu maknanya tempoh belajar ya?

    Kalau anak saya kena posting kat sana, tentu saya risau 24 jam walaupun bumi Sarawak aman damai.
    Ayah/ibu cikgu Hana pun tentu siang malam tak berhenti2 berdoa utk keselamatan anaknya yg jauh di perantauan.

    Selamat berkhidmat utk negara.

    ReplyDelete
  5. menetap di kucing ? ... ehem , dah jumpa arjuna di kucing lah ni ... heheheee ...

    ReplyDelete
  6. sama macam kawan akak,dia org klang tapi ngajar di sibu..dia pun seronok ngajar kat sana..
    mesti ramai anak murid sayang hana :)

    ReplyDelete
  7. Buat ketupat memanglah guna daun kelapa muda ... kalau ketupat palas , guna daun palas ...

    ReplyDelete
  8. alhamdulilla hana dapat menyesuiakan diri ditempat orang..semoga sukses dalam bidang yang diceburi.

    ReplyDelete
  9. hehehe..terigin jugak ak jadi pdidik..

    ReplyDelete
  10. canteknyerrr cikgu hana , hehehe , seronok kalaw d[t cikgu cantek nih :D

    ReplyDelete
  11. Insyaallah, u can do it cikgu hana.. :)

    ReplyDelete
  12. sekali dah jadi mc lepas ni jgn2 org panggil lagi tak? hiks..

    hana, nak ke miri bila ye? nak sewa kereta apa? boleh sy tolong carikan.. :)

    ReplyDelete
  13. wah bestkan sebenarnya jadi cikgu ni.. kita sebenarnya bukan marah.. tp tegas.. hehehe..

    hana jadi MC? huh.. ckj kalau jadi hana mmg nak tarik diri dulu..

    tp kalau da tak boleh.. terima je la cabaran.. harap hana berjya lakukannya.. good luck...

    ReplyDelete
  14. @aisya
    harap2 xpanggil dah.hehe
    cuti raya haji ni. kereta murah2 ja.. kancil ka viva ka? sabtu malam sampai. ahad pagi tu dah boleh dah sewa keta.. sampailah selasa pagi

    ReplyDelete
  15. bagus la. dapat sesuai kan diri kat sana. sepupu sis pun ada megajar kat sarawak.

    ReplyDelete
  16. baru perasan hana ni cikgu rupenya..boleh la lepas ni panggil cikgu hana pulak kan :P

    ReplyDelete
  17. cikgu hana mula berceloteh.. hehe... macam mana suasana baru.. msti best kan,,,

    ReplyDelete
  18. cikgu hana mula berceloteh.. hehe... macam mana suasana baru.. msti best kan,,,

    ReplyDelete
  19. he3..kena kahwin dgn org sna la kalau mcm 2 =) gmbar last 2 cikgu dah mcm murid2 je..nsb baik putih..boleh jugak bezakn..sy psti, rmai ank murid sygkn cikgu dia ni..

    ReplyDelete
  20. mesti Hana ni cikgu kesayangan murid+ kn? hehee

    p/s : pasal kereta sewa tu sy tak tahu la Hana sbb sy tak pernah guna perkhidmatan ni lagipun skrang ni sy duduk kat kampung da..bukan kat kk lagi :) InsyAllah nanti sy tanyakan kwn yg duk kk..apa+ sy info kat Hana :)

    ReplyDelete
  21. respect kt hana sbb xpandang rendah kt sarawak.. :)
    semoga sentiasa diberkati hana..cikgu yg cantik.. ;)

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum cikgu hana yg penyayang :)

    bila hana jadi cikgu susu percuma tu..otak ayie automatik teringat pd iklan susu percuma utk murid2 sekolah yg selalu disiarkan kat tv.

    agaknya hana pun jadi mcm cikgu dlm iklan tu kot...kena terangkan satu persatu cara2 yg betul utk minum susu percuma sekolah tu...haha :)

    ReplyDelete
  23. mesti ramai murid yg dh jatuh cinta dgn cikgu hana ni kan hehehe

    ReplyDelete
  24. @Ayie Abas
    hahaha macam tu lah hana.. tapi xlah terang satu per satu..

    yag selalu hana pesan "kalau masam buang yee" hehe

    ReplyDelete
  25. @Cik Itah@RRP
    hahaha.. yeke? xpalah kalau macam tu.. terima kasih :)

    ReplyDelete
  26. @Maria Firdz
    sangat best.. harap2 kekalkan ke'best'an hana tersebut. hehe

    ReplyDelete
  27. hana..sorry dh lama xdtg sini.. ;) jauhnya kat sarawak..

    ReplyDelete
  28. @Girls Cakery
    pend khas ni ada macam2.. kalau pend khas hana ni. hana kena ajar murid yang bermasalah pembelajaran.. mcm murid lembam, hiperaktif, celepral palsi.. dan macam2 lagi :)

    ReplyDelete
  29. cikgu hana nampak muka cam lembut dan baik je..tak nampak garang pun...hehehe

    ReplyDelete
  30. seronok baca kisah cikgu hana yang sweet =)

    ReplyDelete
  31. wahh, dh jadi cikgu kt sana rupanya.. ingat still ada area sp ^^

    ReplyDelete
  32. sis rupenya cikgu hihi... chaiyok chaiyok =D

    ReplyDelete
  33. as salam cikgu hana..saya ni ain..teringat ngn kwan waktu tahun 5..nasib tak Nampak sangat muka saya waktu thn 5..hehehe..skrg dh tahun 6 ..dh lh skrg nak hamper hjg thn..hmmm mesti rindu ngn kwn ngn cikgu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh2 ain...lagi sebulan lebih lagi ain di sk sampadi.lepas ni susah nak jumpa kan

      Delete
  34. semoga cikgu hana hepi bersama anak murid yg sentiasa hepi... zul doakn cikgu hana berjaya dalam hidup di luar sna...

    ReplyDelete
  35. semoga cikgu hana hepi sentiasa bersama ngan anak murid yg tersyg

    ReplyDelete
  36. Thanks for sharing that. It was fun reading it. :-)

    ReplyDelete