Selamat tinggal Semester 7, Selamat datang semester 8

Waaah dah berhabuk rupanya blog nie.. rasanya dah 2 minggu tak update. Lepas nie hari-hari Hana update. Maklumlah cuti sem kan.. 3 minggu pulak tu. Korang ada?? hikhikhik Sebenarnya banyak perkara hana nak berkongsi dengan korang semua. Tengah atoq (atur) mana satu nak di update dahulu. 

Opss lupa pulak... lagi 3 minggu selepas masuk belajar balik bermulalah hana sebagai pelajar atau guru pelatih semester 8 iaitu semester akhir di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Fuh panjangnya ayat hana.. Semester 8 lah yang paling hana risau.Sebabnya kena buat kajian tindakan dan pembentangan hasil kajian tersebut.Bukan risau tak bagus ke apa tapi risau time pegang mikofon. Hana tak boleh pegang-pegang mikrofon nanti asyik nak cakap je.hahaha Hana gugup sikit kalau pegang mikrofon. Suara hana kalau tak pakai mikrofon boleh dengar 1 dewan tau. Jangan main-main. Kiranya kalau hana pegang mikrofon nanti orang tutup teliga pulak, kuat sangat etek.. Yang paling hana tak suka time pembentangan tu nanti adalah... sesi soal jawap. Kang dia tanya macam-macam tak masuk dek akal guana nak jawap. 

Tak sabar rasanya nak habiskan pengajian. Hana kira-kira dalam 4bulan lebih je lagi nak tamatkan pengajian. Erk.. Kat mana la hana di postingkan? Kedah? Penang? Pelis? Kelantan kali..hehe Hana tak kisah kat mana pun. Janji ada kerja dan kerja tersebut adalah guru. 

Ada akak senior nie daang melawat kami satu rumah sewa. Dia belanja makan. Maklumlah dapat gaji 3 bulan. Banyak jugak tu.. Sembang punya sembang dia kata

'memang sibuk sangat-sangat kalau dah jadi cikgu ni. Tak da masa nak relax2 macam korang'

'erk.. yeke' 

'kena pulak jadi cikgu kelas, ngajar tahun 1 2 3. Lagi lah susah' 

'Mencabar' 

'budak-budak macam tu lah' 

'Cuti-cuti ni pun ada kerja pula, kursus sana sini.. Lagi-lagi cikgu baru memang kena pi sana sini' 

Haaa... orang ingat kerja cikg senang ke? pi sekolah pukul 7pagi balik pukul 1petang. mudah? tengok mudah kan. Tah-tah petang tu ada kokurikulum pulak..Cuti-cuti pun ada kursus. Kalau ada jawatan macam guru kelas, setiausaha sekolah lagi banyak kerja. 

Tiba-tiba risau pula nak keja nanti.hehe 

p/s : Kenapa churp-churp hana tak berfungsi? sebab lama tak update ka? 


2 orang dah komen :

Unknown said...

sama lah kita tgh cuti sem :D

Nik said...

best nya.lama ct sem yea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...