I'm home :)


Selamat sejahtera semua... lama Hana menyepi mengubati hati perasaan yang 7 bulan lamanya.. 

Dah nak masuk fasa hujung tahun. Harap semua kenangan pahit dilupakan. Cari mood untuk memulakan kehidupan baru dengan suasana yang baru :) Semoga perancangan tahun 2017 menjadi kenyataan...

I can't wait to see "anything can be happen" 

"Happiness" is on the way
I'm sure that "happiness" will be mine :)

Terlalu rindu


4 bulan berlalu..
Usia anak Mama sekarang 7 bulan, dah besar :)
Mama rindukan saat itu,
Saat mama bersama anak mama
Saat mama belai anak mama

Allah sayangkan anak mama..
Anak mama tunggu mama dan papa di syurga ya..
Doakan mama kuat untuk menghadapi dugaan ni...

Tak sanggup rasanya mama nak hadapi masa akan datang
Tanpa anak mama..
Macam nak pergi jauh untuk jangka masa yang lama...
Biar keadaan kembali tenang
Dengan membawa perkhabaran gembira 
Insyallah mama akan kembali 

Doakan mama Sayang.

Thanks blog..
Thanks reader..

Baby Powder Johnson&Johnson? YES that's me...


Entri bukan tajaan dari Syarikat Johnson&Johnson :)

Dari baby sampai sekarang Hana masih pakai baby powder Johnson&Johnson ni. 27 tahun kot setia bersama baby powder johnson&johnson ni. Sangat sesuai dengan kulit muka Hana yang gebus gebas ala-ala kulit baby ni.hahaha Bukannya apa, doktor pakar kulit yang sarankan pakai baby powder ni sebab kulit muka Hana jenis berminyak. So baby powder ni dapat kurangkan minyak di kulit. Macam menyerap minyak la kot. Ada entri Hana berkaitan dengan ni try klik Bedak Padat Punca Jerawat. "Nie yang naik jerawat kecik-kecik comel ni apa kes T_T. Kulit berminyak waktu malam time tidur" nak elakkan kulit berminyak di waktu malam? Next entri ok :)

Bedak padat ni sebenarnya ok cuma cara penjagaan kita tu yang buat jadi tak ok. Bukan setakat bedak padat ja, segala berus mata pipi dan berus yang Hana tak tahu fungsinya kecuali berus gigi semua tu pun perlu penjagaan juga untuk mengelakkan masalah jerawat ni.. Contohnya berus kalau tak dijaga boleh mengundang bakteria tau lepas tu sapu pula kat kulit muka.. Tak mau tak mau tak mau.. Teringat time makeup majlis kahwin Hana. Tanya akak tu. Elok ke tak berus yang dia pakai nak makeup kan Hana T_T nasib lepas majlis muka cun lagi tak naik jerawat.ngeee tahniah kepada akak sebab jaga kebersihan alat makeup dia. Hehehe

Bedak padat di kulit muka pula kalau tak dibersihkan dengan betul dapat menyebabkan jerawat juga tau. Sebab minyak terperangkap kat dalam kulit muka kita tu. Itu boleh mengundang bakteria yang menyebabkan jerawat. Dan lama kelamaan bila minyak tu tak dapat keluar dari kulit ia akan membentuk satu biji jerawat kecil-kecil comel dah akhirnya timbulkan di permukaan kulit anda..alaa google je gambar proses jerawat mesti ada punya. Hehe proses jerawat ke kalau macam tu. Kalau kulit berminyak di bahagian luar kulit tak ada masalah jerawat pun. Cuma kita ja tak selesa kan. Cuci muka jelah dah hilang minyak. Tiada minyak yang terperangkap lagi :) itulah kelemahan bila kulit berminyak ni. Jerawat oh jerawat. Tapi kelebihan muka berminyak pula ialah...AWET MUDA!!. Klik KELEBIHAN KULIT BERMINYAK.Haaa nampak tak Hana nak mention kat sini Hana kulit berminyak sebenar kan awal-awal tadi Hana ada bagi tau. Ngeee cuma cara penjagaan kulit berminyak ni kena alert sikit.

Span pada bedak padat pun sebenarnya bermasalah juga. Span yang lembap mengundang bakteria. Yelaahh..sebelum sapu bedak kat muka mesti ada pakai pelembab la krim apa-apa lah, tak pun time berpeluh tak bersihkan dulu kotoran kat muka, terus pakai span sapu bedak kat muka kan kan kan. Lepas tu biarkan span tu dalam bedak padat tu lepas tu pakai balik kat muka.. Haha kan tak perlulah Hana nak explain lagi kesudahannya.. Ngee Sekurang-kurangnya 2 hari sekali basuh la span tu. Tak pun tukar baru.. Ke macam mana. Itu yang doktor explain kat Hana sebab apa bedak padat tu tak sesuai untuk Hana. Mungkin sebab kulit Hana senang naik jerawat kot maklumlah muka berminyak kan.. Pengaruh rakan-rakan lagi. Orang ni pakai ni, kita pun nak pakai T_T kulit dia dengan kulit kita mana lah sama kan.huhu cobaan..

Berbalik cerita pasal baby powder Johnson&Johnson pula..

Dengar khabar angin kata baby powder Johnson&Johnson ni ada mengandungi bahan kimia tak sesuai untuk kulit. Tapi tak tahu lah kesahihan cerita tersebut.. Hana pakai elok ja. Was-was tu ada
juga dan sekarang tengah tercari-cari baby powder brand 'Anakku'. Mana nak tahu kot-kot cun dengan kulit muka kan.. Kalau tak jumpa, Hana teruskan ja baby powder brand Johnson&Johnson ni. Brand 'Anakku' yang Hana jumpa semuanya jenis botol besar gedabak. Yang jenis cute tak jumpa lagi :( Kalau ada pun mesti yang satu set dengan mandian dan losyen segala bagai.. Hana nak powder tu ja..ngeee

Lama juga tak buat entri pasal info kecantikan ni.hehe

See you soon...

Silent day of Wednesday #19


 

Silent and smile


Silent and smile. Silent, silence and silencer. 3 perkataan yang hampir sama tetapi membawa maksud  yang berbeza.

Kenapa senyap?kenapa diam? Tak semua perkara boleh dikongsi, tak semua perkara mampu diluahkan. Diluah takut membuka aib, dicerita takut dijaja kelak. Dengan manusia lidah kelu, walaupun hati sangat ingin berbicara. Tiada kata mampu menzahirkan segala rasa. Namun, Dia sudah sangat tahu. Yakin. Dia sudah sangat mengerti 


 Sometimes it's better to just remain silent and smile :)

Belajar untuk memahami diri sendiri baik dari segi luaran dan dalaman. Since I'm study about it... I know a little bit about my self.  Hana sangat bertuah diberi peluang untuk memahami diri sendiri. Orang lain ikut flow je. Smooth ja perjalanan diorang. Hana tak. Hana belajar itu belajar ini dengan melalui pembacaan dan pengalaman orang lain. Tak semua orang dapat merasai apa yang Hana lalui. Dan Hana tak sangka akan melalui semua ni. I'm still 27 ok."Bertabahlah Hana keep silence and smile until you get what do you want" . 

Buat si silent reader yang tersenyum membaca blog Hana secara diam tanpa perlu Hana ketahui. Secara diam-diam Hana turut mengagumi dan merindui silent reader tersebut. Jangan pergi jauh-jauh kerana kau, Hana masih di sini, di blog Hijau itu Duniaku.

             

Spotaneous Tuesday : I must meet her


Menghitung hari yang hanya tinggal beberapa hari lagi untuk berjumpa dengannya. Besar sangat harapan Hana nak tengok semuanya membesar bagai juara :) Nak tengok semuanya positif macam yang sebelum ni:) Insyallah...

Kalau sebelum ni berjaya kenapa tak kali ni kan.. Fikir yang baik-baik mesti akan jadi baik :)
Tak sanggup nak terima jawapan selain positif..

Insyallah 2016, I hope I have my own star shining in the sky.


Mengejar kerjaya kerana minat


Mengejar kerjaya kerana minat.Masih releven kah..

Susah nak ungkapkan. Ada pro dan kontranya. Kita sendiri perlu bijak membuat keputusan. Jangan hangat-hangat tahi ayam.. Waaaah.. lama tak serius dalam penulisan blog T_T

Time interview cikgu dulu "Mestilah minat tuan" dalam hati biarlah rahsia. Secara jujurnya Hana tak suka di interview walaupun cara ke"spontan"an, ke"serius"an Hana ni buat orang yakin je. biarlah tak betul pun asal semangat tu mesti ada.hahaha Sampai sekarang Hana ingat time Hana nak keluar dari bilik interview "Hana, muka awak ni lembut lah, sesuai jadi cikgu" apa lagi senyum meleret dengan lagak sombongnya confirm dapat jadi cikgu padahal result SPM tah apa-apa. Hahaha.. Alhamdulillah rezeki Hana dapat jadi cikgu. Sekarang tak ada lagi muka lembut segala bagai. Muka jadi singa dah.

Zaman Hana tu senang nak jadi cikgu. Banyak kekosongan exspecialy kawasan pedalaman. Kena pula time tu negara nak meningkatkan taraf pendidikan golongan kurang upaya. Pendidikan Khas la maknanya tu. Yesss Hana minta pendidikan khas untuk opsyen pertama Hana.. 5 tahun selepas tu susah dah nak masuk IPG. Adik Hana yang result gempak gilas babas tu pun tak dapat IPG. Nampak tak peluang kerjaya zaman Hana time tu walaupun tak minat.. Eh tak minat plak

Back to the topik...

Throwback...

Kadang-kadang minat dalam sesuatu bidang tidak menjamin masa depan. Senang cerita,  11 12 tahun yang dulu, Masa tu negara kita ni memerlukan pakar IT. Sampaikan kat TV pun ada mainkan lagu "bijak IT" Siapa yang lahir tahun 80an mesti tahu lagu ni.. Minat Hana terhadap komputer tu sampai Hana memilih bidang pengaturcaraan komputer sebagai asas kerjaya Hana form 4. Itu pilihan pertama Hana dan pilihan kedua Kejuruteraan elektrik (pilihan abah, nak anak dia ikut jejak dia kali, huhu) Masa tu abah Hana dah bagi explaination dah 

"Bidang komputer ni susah nak dapat kerja. paling kurang pun satu syarikat kena ada 1 or 2 orang pakar. Skop peluang pekerjaan tu kurang.bla..bla..bla..elektrik bidang luas.. Bla...bla..bla..." 

Masa tu Hana tak fikir panjang sebab Hana nampak apa yang Hana minat ja, Hana kira-kira 9 10 tahun mesti peluang pekerjaan cerah. IT kot.  Tapi apakan daya bidang pengaturcaraan komputer tu bukan rezeki Hana.  Hana dapat cos kejuruteraan elektrik. Seronok abah T_T Matematik memang kena tip top ok. so studylah Hana 2 tahun cos Kejuruteraan Elektrik. disebabkan tak minat dan result Hana yang tak beberapa nak ok sangat Hana tak teruskan bidang tu ke peringkat seterusnya.  Kalau Hana sambung bidang elektrik dapat Hana kerja di bawah abah. Peluang kerjaya dah ada tapi minat tak ada. Tak boleh juga kan :)

Pengaturcaraan komputer ni sebenarnya time Hana form 4 tu peluang pekerjaannya banyak. Lepas Hana habis belajar memang fullhouse le bidang tu sampai sekarang. Melainkan kerja sendiri. Buka kedai sendiri..Tapi ada juga dari tak minat tu terus jadi minat dan bersungguh-sungguh belajar dalam bidang tu sampai dapat buka kedai komputer sendiri :)

Lepas 2 tahun  belajar elektrik , Hana tak tahu arah tuju Hana. Nak masuk form 6. Terasa malas nak belajar lagi dengan harapan dapat masuk u. Dapat tumpu kat bidang yang Hana nak (cos pilihan setiausaha dan jururawat) Dapat Hana merasa form 6. Form 6 tu bagi Hana, kena study balik dari form 1 sampai form 3 baru Hana dapat tangkap topik untuk form 6. Itu lah perasaan Hana T_T. Lepas 2 minggu, Hana dapat panggilan dari IPG. Terpaksa lupakan minat jururawat dan setiausaha Hana tu. Sebulan masuk IPG, Hana terima panggilan yang Hana dapat cos jururawat. Alahai....

Apa-apa pun kerjaya bukan kerana minat. Haruslah bersyukur sebab itu satu-satunya peluang kita, rezeki kita. Nak tak nak kena teruskan juga :) yang penting tangunggjawab terhadap kerja tersebut. 

Kan best kalau apa yang kita minat tu boleh dijadikan kerjaya kita. Respect dengan orang ni... Buat video, photographer, menjahit, tak kira siang malam memang suka menjahit. Kepuasan pun dapat, upah menjahit pun dapat. Kalau kita buat kerja yang kita suka, kita rasa tenang ja. 


Silent day of Wednesday #18


tumblr_md1j6gKedw1rzcaajo1_500_large.jpg (500×334)


I miss you...


Two month passed 
but like yesterday you leave me
I miss you

The moment that you left me
My heart was split in two
One side was filled with memories
The other side died with you

Remembring you is easy
I do it everyday
But missing you is heartache 
that never goes away

I feel like everyone else sitting in the sunshine
While I drown in the rain

No one knows my sorrow
No one see me weep
But the love I have for you
Is in my heart to keep

No words  I write can ever say
How much  I miss you
Nobody knows

I hope the opportunity 
to visit you in my dream 
and remind me that you still with me 
just in different way

Insyallah, see you the other side
Love you
Miss you

Your Mama

Lauk pasu di Terengganu


Lauk pasu di Terengganu. Korang kena percaya wujudnya lauk pasu setelah aiskrem pasu sudah hilang ke'glamour'annya.. 

" Gi ambik pasu nu, nak letak lauk "

Kelip kelipok mata Hana tengok mak cik tu.

Dua tiga pahlawan gagah perkasa membawa pasu mengadap sultan :P



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dua hari sebelum puasa Hana pergi kenduri di Besut, Terengganu.Memang pasu betul diorang letak lauk kenduri. Hana Ada juga try angkat pasu yang kosong, memang berat T_T. Kalau yang sudah berisi lauk lagi double berat agaknya.huhuhu Hana terus lantik diri Hana jadi photographer sebab Hana tak cekap sangat kalau bab-bab memasak menghidang ni. Sekadar mencuba masakan ada le.. Hehe kena pula ada aiskrem homemade dan kambing golek. Hana orang pertama try kambing golek. Wahahaha terasa juri dalam Masterchef

Berbalik pada lauk pasu tadi. Tak ada apa yang specialnya pun lauk pasu ni. Cuma cara hidang ja dalam pasu. Unik.. Lagipun pinggan nak makan nasi pun unik juga..

 That my boy :)

   

 Mungkin cara ni dapat mengekalkan kepanasan lauk tersebut kot


"Cukup tak pasu. Kalau tak cukup ambik pasu kat tepi rumah tu, buang tanah dalam pasu tu"

Ok lawak ja. Pasu ni memang pasu yang direka tak ada lubang pengudaraan kat bawah tu. Dalam fikiran Hana, ni pasu orang letak air dan pokok kiambang. Ngeeee... Lepas habis kenduri boleh buat macam tu kan.hehehe Nampak tak inovasi kat situ.

Selingan sebelum masa kejadian...



That my maa a.k.a tok ketua (mertua). ngeee :) 
Memang macam tu ek cara potong buah tembikai untuk makan-makan kenduri. Erm...

Tak sempat nak try ayam ni.. Nampak kambing golek je.. ngeee

Anak saudara, kak ipar (kak cik) , maa and husben. yang belakang angkat periuk tu kak ipar(kak long) juga

Ok tata 


Persahabatan kekal


Persahabatan kekal. Dulu semasa Kami form 4 dan form 5 (2005-2006) di Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai Pulau Pinang (SMTSPPP). Walaupun kenal tak sampai 2 hari kami sangat rapat (time daftar) Sampaikan kawan-kawan lain masa tu sangka yang kami dah kenal lama :) so kalau kawan-kawan lain tanya mesti kami jawab "kami dah kenal 5 tahun dah" Yelah kelas lain, dorm pun lain, perwatakan pun lain macam mana lah boleh rapat kan :)


Yanie, Hana , Awien
 Terima kasih Yanie dan Awien kerana menjadi sahabat Hana sampai sekarang

Image result for persahabatan 7 tahun

 Just psikologi tapi memang betul. Kawan IPG selamat 5 tahun setengah (2007-2012) pun tak kekal rapat sampai sekarang (2016)

Happy masa ni.. Rasa nak balik ke zaman dulu, balik ek zaman yang tak perlu fikir banyak masalah :) just masalah remaja je. ngeeee

Masing-masing dah kenal family masing-masing. Kalau cuti hujung minggu mesti ikut turn minggu ni nak balik rumah siapa..Selalunya rumah Awin la sebab rumahnya di Penang berbanding Hana dan Yani yang duduk di Kedah.
Sulung, tengah, bongsu

Kalau ikutkan sudah 12 tahun kami saling berhubung. Setiap tahun juga kami akan berjumpa. Segala masalah kami kongsi bersama. Memang tiada rahsia lebih-lebih lagi Hana dengan Yanie. Ada masalah baik dari segi keawangan atau personal masing-masing membantu. Cukup sekadar mendengar luahan pun membuatkan kami rasa senang hati. Terima kasih Yanie Awien tak hilangkan kepercayaan Hana kat korang..

Hana tak kan lupakan kenangan kita bersama.

Bulan-bulan puasa ni teringat juga Hana ketuk pintu bilik lagi nak kejutkan Awien dan Yanie bangun nak sahur sama-sama. Terganggu pula rumate lain nak nak tidur. Walaupun bilik lain-lain keakraban kami bertiga memang tak dapat nak dipisahkan lagi. Sampai berbuka puasa pun sekali, jarang nak join dengan rumate masing-masing (2006). Ada hari-hari tertentu malas betul diorang nak bangun, kejut juga paksa bangun huhu "Awien cuba senyum sikit nak sahur ni"


Almari baju Hana, Yanie yang kemaskan.. segala kertas nak tampal kat dalam almari pun dia yang buatkan.. Kalau Hana ni jenis yang berkemas, Yanie ni double kemas dari Hana. Tersusun rapi segala baju mak nenek Hana semua. Nak basuh baju pun kalau ada ruang mesti nak sekalikan dengan diorang ni. jemur baju lipat baju semua sekali. Baju sekolah Yanie dan Awien mesti letak nila selepas basuh baju. Dengan baju-baju Hana sekali diorang nilakan. memang nampak elok ja baju lepas nila. Feztime Hana tengok cara nilakan baju. ngeee Sekarang ada lagi ka nila kan baju sekolah ek.. Lepas tu Awien yang ajar Hana lipat stokin bagi jadi bentuk bulat supaya stokin yang sebelah lagi tu tak hilang. Ermm... Sekarang ni pun asal Hana basuh stokin nak jemur mesti hilang sebelah. Belum sidai dah hilang apatah lagi nak lipat memang confirm-confirmlah sebelah lagi tak ada stokin, macam mana nih. Mesin basuh makan stokin kali T_T


Tolong sikatkan rambut Hana. Perbetulkan tudung. Stail Yanie jenis muncungkan tudung bahagian atas. Asal pusing tengok Hana "Hana muncung dak tudung (sambil mungcungkan tudung dia)" Kalau tak muncung Hana tolong muncungkan :) Baju kedut pun diorang tolong ironkan. Hana yang memang sedia teliti dalam meng'iron' baju ni pun ada lagi kedutnya  Bab-bab makan ni dah tau dah kawan ni tak boleh makan apa, suka makan apa.. Kalau salah seorang kami sakit mesti kami jaga dia sampai tidur kat bilik dia.

Nak turun makan pagi tengahari, petang dan malam pun kami pergi sama-sama. Tak makan pun just teman pun ok :) Tunggu kelas diorang habis baru pergi makan sama-sama. prep sama-sama walaupun lain-lain cos. Lama tak dengar perkataan prep.. Pham kan prep tu apa..

Sweetnya kami masa tu hehe

Ada menyatakan bila kira berkawan bertiga, salah seorang daripada tu mesti rasa sedikit tersisih right Yaa memang betul tak dapat di nafikan. Kami bertiga ada juga perasaan macam tu *Macam Hana ja yang ada perasaan mcam tu. ngeee..Yelah bila dah kami bertiga rapat kalau macam perasaan tu lain sikit mesti akan perasan.Kedang-kadang asingkan diri jap. Tak sampai sejam pun mesti ok balik. dengan siapa lagi nak berkawan gelak tawa sama-sama kalau bukan dengan diorang ni. ngeee Hana pun ada juga perasan kalau salah seorang dari kami macam tu. Tapi ignore je nanti ok balik tak pun salah seorang dari kami mesti akan tanya kenapa...yang penting tak ada pun memburukkan antara satu sama lain. cuma perasaan ja tu.

Harap hubungan persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila :)


Real Home Life


Hana happy cuti ni.. Dikelilingi orang tersayang:) Bila lah dapat terus macam ni.kalau tak macam ni pun tak apalah janji hati tenang selalu.

Bawa anak-anak bersantai mantai..

Tengok Angry Bird The Movie. Lagi 40minit nak start so kami bawa anak-anak main game dulu. RM 1 untuk 1 token. Alahai teringat zaman Hana dan abang Hana main permainan macam ni.hehe RM5 seorang. Tak cukup RM5 seorang berbanding dengan gelak tawa diorang. Maksu up lagi RM5 waaaarrrghhh

  




Nasib tak ramai orang boleh bagi budak kecik ni seat sendiri..hehehe

Tak sampai 20minit dah si kecik ni tengok bintang 😅 Boleh la asal jangan meragam nak keluar dari situ sudah.hehe tapi ada juga timingnya menangis nasib ada bawa bekal susu
   
Makan-makan paksu maksu belanja.ngeee



Dapat pangilan dari mak suruh datang makan kat kedai sebab ada tetamu. Makan lagi yee anak-anak sekalian.
Berehat-rehat kat rumah baru mak abah dulu. Bagi mandi si kecik ni. Mandi punya mandi.Sampai tak nak keluar dari bilik air nak main hujan(shower) lagi.dah hampir pukul 9 malam Hana balik rumah mertua

Rumah baru selang 4 buah rumah dari rumah lama (lorong belakang).Bestnya.. Lepasni boleh minta mak tolong designkan rumah kami pula. Insyallah tahun depan dapat pegang kunci rumah sendiri.


Rumah lama? Masih ada. Nak dijadikan homestay. Lagipun kucing Hana jadi penjaga rumah lama😂 Bawa kucing masuk rumah baru, terus kucing lari balik duduk rumah lama. Jadi kalau bagi makan kucing pagi, tengahari dan petang terpaksalah balik rumah lama bagi makan kat sana.. Nasib dekat ja rumah lama tu.ngeee pintu kecik memang sentiasa buka untuk si kucing ni masuk keluar.

Pintu pagar buka mesti meow meow keluar dari rumah. Alololo kesiannya tinggal sorg kt sini..





New home new life


Dapat menarik nafas sedalam-dalamnya, lega rasa hati, bebas dari segala perkara yang membuatkan Hana 'jatuh'. Welcome Hana..welcome your new life with a new home :)

Walaupun berat nak lalui semua ini, tapi aku pasti ini adalah yang terbaik buat aku. Yaa mungkin ambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru, dengan kehadiran family tersayang.. 

Tapi Sayang...

Semua itu hanya mimpi. Mimpi yang belum pasti menjadi kenyataan. Mimpi hasil ciptaan diri sendiri untuk hiburkan hati, untuk aku bersemangat kembali, untuk aku senyum sendiri. Dalam senyuman ada kekecewaan. Aku tak pasti perasaan itu. 

Bila semua ini akan berakhir... 

2 minggu selepas  bercuti aku bekalkan semangat semoga aku tabah untuk lalui perjalanan kehidupan yang satu. Aku lalui dengan apa pun yang terjadi. Pejam mata, tutup telinga, diamkan diri. Biar mimpi menjadi teman abadi sebagai penguat semangat aku di samping anak mama tersayang yang telah pergi meninggalkan mama..

Mama doakan anak mama dari jauh. Anak mama doakan yang terbaik untuk mama ok :)

Mama tak sanggup nak 'jatuh' lagi.



Miracle, anything can be happen..


"I believe that miracles happen every day. Every person is a miracle. Every moment is a miracle. If only we can open our eyes, we'll see God's love everywhere". Bo Sanchez


1. Pray passionately
2. Pray positivel
3. Pray with praise


P/s: Kenapalah ada orang tak puas dengan kita sedangkan kita tak ada buat apa-apa masalah pun dengan dia. Cukup-cukuplah tu

Rindu anak mama...


Lagi 2 hari, Hana akan mula bertugas menunaikan tanggungjawab Hana sebagai pendidik setelah hampir 3 minggu berehat. Kembali tanpa anak mama. Mama keseorangan naik flight. Hanya jasad berada di sini, hati dan perasaan Hana rindu pada cinta hati yang 2 minggu telah pergi.

Setelah 2 minggu juga. baru mama tahu, kenapa mama suka duduk di kampung, suka duduk di tepi surau menikmati angin pantai.... Tempat anak mama rupanya. Terasa jauh pula dengan anak mama. Macam mana nak lalui kehidupan tanpa anak mama.  Mesti mama sayu bila melihat tempat mama selalu belai anak mama nanti

Ya Allah tak nak perasaan macam ni...

Beratnya rasa hati ni... Tak dapat nak teruskan penulisan...



Setelah berbulan-bulan kami menunggu kedatanganmu, akhirnya kamu datang... Betapa bahagianya kami dengan kehadiranmu, walaupun kami belum mengenalimu.... Tetapi Allah berkehendak yang lain. Dia belum mengizinkan mu untuk hidup dengan kami. Doa kami selalu menyertai anak mama

Meninggalkan vs ditinggalkan


Hampir lupa coretan ini bila tarikhnya. Tetapi yang pastinya anak mama penguat semangat mama untuk menempuh kehidupan yang telah lama mama hadapi sehingga sekarang 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Be strong mama"

You are my sunshine in my live. Sometime, when I'm sad, I feel like you say 

"It's sad, I hate to see mama cry, mama be strong. I will be there for you and make you smile every day. Everything is over soon."

I'm strong since you with me.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Itu dulu, 2 month ago, 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

18/4/2016
Allah lebih sayangkan anak mama.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

22/4/2016
Anak mama pergi jauh meninggalkan mama. Mama rasa macam tenang dan redha dengan pemergian anak mama. Tak seperti 2 3 hari lepas, perasaan mama masa tu tak nak kehilangan anak mama, tak nak anak mama jauh dari mama. Tak nak lepas kan anak mama dari belaian mama. Sekarang mama redha.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

2/5/2016 
Tanpa disedari mama teringat kan anak mama. Sekarang mama kehilangan anak mama, penguat semangat mama.. Mama sunyi. Apa-apa pun Sayang, Mama bersyukur, mama diberi pengalaman sebegini tak seperti orang lain rasa kan. Tak seperti orang lain kehilangan seperti mama kehilangan anak mama. "Anak mama kuat. 5 minggu tak nak berpisah dengan mama kan Sayang, walaupun sepatutnya anak mama sudah perlu meninggalkan mama masa tu." Anak mama sayang mama kan anak mama bagi peluang kat mama marasai dan menikmati pejalanan kehidupan seperti biasa dengan anak mama sebelum tiba masa dan tarikh yang mama pilih untuk mama berpisah dengan anak mama 22/4/2016:Jumaat:5petang

Mama rindu anak mama..rindu sangat sangat anak mama. Mama selalu tengok gambar anak mama. Buat mama tersenyum dan akhirnya tanpa sedar air mata mama mengalir. 

Papa pesan "Anak mama jaga diri, anak mama dah jadi ahli syurga. Anak mama mesti tunggu mama di syurga tau". 

Mama tak nak sedih sedih lagi.

Papa bagitau mama, papa mimpi kan Sayang. Comel sangat Sayang baby girl :) baby girl ikut papa naik bot. Semua orang dukung baby girl, baby girl kecil lagi. Jealous mama, papa mimpi kan baby girl. Mama nak jumpa baby girl mama dalam mimpi mama. Mama nak tengok anak mama. Mama nak tengok anak mama membesar.

Doakan mama Sayang, doakan mama bangkit semula. 

Mama and papa doakan baby girl mama tenang di sana. Amin...


Counting days, hope everything will be ok


Baru ku sedar. Sudah lama ku menyepi dari menulis blog. Suram rasanya bila log in masuk dalam blog sendiri. Nasib tak lupa password blog kalau tak menagis tak berlagu Hana :(

Apa yang di taip pun Hana tak tahu, Segala aktivti di simpan dalam album handset tidak pula di jadikan coretan di sini. Album handset? sampai satu masa akan di delete juga. Memory full katanya... Kanagan hanya tinggal kenangan. Kalau ingat, ingat lahnya.. kalau tak, luput macam tu ja.

Apa yang ada di fikiran ku sekarang ni? Erm... nothing tapi yang satu ini masih ku nantikan apakah yang akan terjadi. Be positive, think positive, talk positive and everything will be positive

Image result for positive


Fikir yang baik-baik






Day 8 (Last dat) @ Korea : Korean product duty-free shop and departure


Day 8 (Last dat) @ Korea : Korean product duty-free shop and departure. Alaa dah balik. huhuhu Kenangan tak dapat di lupakan. sebelum ke airport, kami singgah di kedai duty-free untuk menghabiskan saki baki won yang ada.. untuk packing barang pun ada kat sini. free ja.. Fligh Kami petang dn tiba di KLIA dalam tengah malam juga

So Hana check in Tune Hotel macam tu dab flight ke Penang pukul 3 petang.. 4 hari lagi flight ke Kuching pula. ngee...

Dari KLIA ke KLIA naik KLIA Express. Feztime naik nih.. hehe

Akhirnya setalah masuk bulan 3 selesai juga entry pasal Korea...Yeaaaah ^_^

Day 7 @ Korea : SEOUL SHOPPING TOUR


Day 7 @ Korea : SEOUL SHOPPING TOUR.
After breakfast Visit 2002 world cup stadium Shopping at National Ginseng Outlet, Pine Tree Center, Amethyst Factory and Korean Cosmetic duty free shop.Shopping at , Myeong-dong Fashion Street & LOTTE dutyfree department store

Untuk stadium diganti dengan melawat ke Namsan Towel.






Kami juga ditaja untuk melawat tempat National Ginseng Outlet, Pine Tree Centre dan Amethhyst Factory. Mungkin untuk mempromosikan tempat-tempat or barangan diorang kot..Waaahh di taja lagi tu.. Kami tak di benarkan mengambil gambar. huhu

National Ginseng Outlet


Gambar sebelum Hana di tegur. hehehe Ni lah salah satunya cara masyarakat korea mengekalkan kesihatan diorang

 Pine Tree Centre

Erm.. tak ingat dah tempat ni macam mana.. Maklumlah dah 2 bulan tinggalkan Korea. hehe Tapi melawat ke tak ek tempat ni. huhu


Amethhyst Factory

   


Kilang pembuatan batu Amethhyst.. Masuk kilang ni blink blink ja mata Hana hehe. Disebabkan Hana bukan peminat barangan kemas so Hana pandang sebelah mata ja.. Murah berbanding harga di luar kilang ni. Tambah pula ada bos boleh minta triple murah.bla bla bla..  Kredit card penting ye tuan tuan puan-puan sebab kalau tak ada cash duit Korean duit Malaysia pun boleh :) Tapi memang murah la sebab ada 3 4 orang yang beli cincin, Kalau di KL RM5000 tapi kat sini boleh dapat RM3ribu lebih kot rasanya.. Hana pun tak ambil tau sangat tak minat la katakan..

Korean Cosmetic duty free shop

Nak tahu juga rahsia kulit orang korea cantik kan :) Yang ni kena betul-betul dengar dan buka mata. ngee Rahsianya ginseng.. Sampai ke cosmetik pun dari ginseng tau. Mula-mula dengar la explanation diorang pasal produk yang sesuai untuk kulit Asia iaitu Nuganic.. Hana pun oooo...ooo.. je lah. Tak ada niat nak membeli pun. Jalan-punya jalan tengok produk tiba-tiba husben tunjuk barang yang dia beli T_T Aih beli ka? macam mana boleh terpengaruh ni. ngee.. Ada dua orang kawan Hana ni blur untuk cukupkan harga and than dapat free mask.  So Hana join diorang lah, Hana beli hydro gel eye & spot patch. cun dah dengan Hana yang mata panda ni kan. ngee..


 Nak beli cream CC DD FF tu tak berani nanti tak cun pula dengan kulit walaupun diorang kata tak ada apa-apa T_T. So dapatlah sekotah mask yang dalam nya ada 10 keping macam tu..

Lepas tu shoping time.. Hana pun tak ingat mana satu gambar tempat Nandaemun mana satu dongdaemun. hehehe macam adik beradik ja tempat tu.. Shoping untuk family. yeaaah...


Ramai giler orang..

Esok last kami di Bumi Sonata ni T_T mampukan badan Hana sesuaikan dengan suhu Malaysia.. Ececece itu yang di fikirnya. hahaha


Day 6 @ Korea : Everland Theme Park, Kimchi School



Day 6 SEOUL / EVERLAND THEME PARK / KIMCHI SHOOL After breakfast, proceed to Everland Theme Park with Free Tickets Visit Kim-chi school with wearing han-bok (Korean traditional costume) Proceed to free shopping at Dongdaemun 24 hour Market Visit Nanta show, Hero, Drum cat show (Most popular shows in Korea) Optional tour ($45/pax)- depend on ticket availabi ty

Kimchi Shool. Di sini kami belajar buat kimci. Kimci ni lebih kurang macam sambal belacan lah. Makanan pembuka selera gitu..



Kimchi dari sayur kubis. Sayur kubis Korea dan Malaysia tak sama ye.. Malaysia kecik-kecik comel je sayurnya. Kalau di Korea besar giler. Hana kurang sikit kalau kimci kubis ni. Kalau kimchi sotong on ja Hana hehe Kimchi ni juga makanan untuk awet muda. Waaaaah.. tu yang nak sangat tu kan.. hehe Sebabnya dalam kimchi ni diorang letak ginseng.

Lepas siap buat kimchi kami ke Koren Tradisional Costume iaitu nama Koreanya wearing han-bok.



Sarung-sarung macam tu ja.

Yeaaah Everland Theme Park.. Sangat besar ala-ala Disney Wonderland. Dah lama Hana impikan tempat-tempat macam ni. Ada lampu-lampu, cartoon-cartoon, hiasan yang sangat sangat cantik.. Yang paling best ada permainan favroute Hana. ngeee






Tapi husben kurang sikit permainan macam ni sebab dia tak main roller coaster, segala benda yang membuatkan dia rasa gayat T_T

Sesi mendapatkan keizinzan husben nak main roller coaster. Mana boleh tak main roler coaster macam ni. Kat Genting Highland sekali tu ja Hana main tu pun biasa-biasa ja ni dah luar biasa ni.. Harus main

Hana pun ikut geng yang nak main roller coaster, husben tak ikut..

      

Tak sangka dapat main coller coaster yang rare macam ni.. nak beratur tu sejam. pusing-pusing coller coaster  4-5 minit je T_T

Semalam main ski hari ni main roller coaster T_T Cobaan.. fikir 2 3 kali juga Hana sebenarnya nak naik ke tak roller coaster tapi Hana lebih kepada main sebab tak selalu Hana naik roller coaster


Kami berada di sini dalam pukul 8 lebih macam tu.. lagi cantik time malam kalau kat Everland ni :)

Lepas tu kami  ke Dongdaemun. Syurga shoping. ngeee.. jalan lah kat sini sampai pengsan... first tempat yang dituju... Tadaaaa



Dari pandangan matanya dah tahu beg tu minta untuk di beli. huhu demi tak menghampakan beliau terpaksalah Han beli. ngee Di Korea boleh dalam bolah di beli dengan harga RM600 persamaan berapa ye duit korea. hehehe tak ingat. Kalau di Malaysia seribu ribu lebih Tapi Han beli yang macam di bawah


Beg terlatest. Kenyit mata la pula lagi la buat Hana  tertarik. ngee Di malaysia kalau yang kenyit mata ni RM 2000. Tapi di korea kalau duit Malaysia RM1000 persamaan 1++ +++ won. hehehe tak ingat harga. Jadi kaya jap bila melancong kat korea main ratus ribu

Lepas beli beg ni.. shiping di market 24jam pula.. sampai tak tahu dah Hana nak ke mana.. Yang paling best bila shoping di bawah tanah.. Harganya lebih murah berbanding di atas tanah. Haaa macam tu pula..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...