PART 2 : Cameron Highland

Sebelum tu sila ke Part 1 dulu ye..

Terasa ingin melompat lebih tinggi. Aiseh..


Dan tinggi lagi


Lepas melompat, Hana ke Taman Rama-Rama.hehe

 Suntik ubat apa la sampai rama-rama nie malas nak terbang



 Udah udah posingnye..

Destinasi seterusnya ke Cactus Point

Terbeliak biji mata hana tengok cactus kat sini.
 Hana memang suka cactus


Nak beli yang ni tapi besar sangat tak muat kereta


Napa hana gemuk dalam gambar nie.. Gambar penipu.huhu


Cantik kan..


Sebenarnya dah pasang niat nak beli cactus warna warni tu keesokan harinya.huhu 

Tapi Keesokan harinya hujan.. huhu sedihnya tak dapat nak beli. Cactus hijau kat rumah hana lambat betul nak berbunga.huhu penat hana tunggu. Kalau beli yang cactus kat atas tu tak payah nak tunggu bunga sebab memang cactus tu warna macam bunga.hehe

Destinasi waktu malam


Manarik tak?? haha 

Keesokan harinya..

Hari untuk bershoping

Hana nak beli strawberry, bunga dalam pasu..lagi beli apa lg ek..


Nak beli yang ni. Tapi bila difikir balik tak sempat sampai bawah dah layu.. Kesian pulak bunga nie. Tak jadi beli

Next


 Makan aiskrem strawberry. Memang strawberry asli.


Kelapa laut. RM9. Ingatkan mcam kelapa hijau tu.huhu hana di tipu. Air dua titik ja. isi tak da pun. Straw tu eksyen je.huhu Yang air dalam cawan tu air nira sebenarnya hana ingat air kelapa laut. 

 Huaaa dah nak balik. Hana nak isi udara Cameron dalam botol jap nak bawa balik lepas kat dalam rumah biar sejuk macam dalam peti ais

Singgah pasar tadi beli ni


 Tak dapat dinafikan semua perempuan suka bunga ros tapi Hana bukan salah seorang dari perempuan yang suka bunga ros. Yang ros kat atas tu ros free pekedai tu bagi. Untunglaa dapat ros free

Bunga ros cepat layu la. Kesian hana tengok kalau bunga ros layu tunduk sampai ke tanah.huhu sedih kan.. Hana suka bunga yang tahan lama macam bunga yang kat atas tu.


Ni bunga lily. Memang sangat-sangat wangi dan tahan lama kalau pandai jaga.hehe

..The End..

Wordless Wednesday #11


Wait and See


"1st GiveAway by Nabila Medan"

Ramai betul yang join Ga di bawah nie.. 


Walauapun ramai, hana tetap nak join. Sebab syarat-syaratnya senang je. 

Nak tau apa syaratnya. sila klik banner di atas ye

Secara jujurnya hana dah ikut semua syarat-syarat penyertaan dan akhir sekali hana nak tag



Penangan Lelaki Uniform

Wow. menarik tajuk entry kali ni. Hana terbaca akhbar yang bertarikh 26 Mei hari Sabtu. Tajuk tersebut 
PENANGAN LELAKI UNIFORM
 Jejaka berpakaian Seragam lebih Memikat, serlah simbol maskulin 

Dalam akhbar ni kata perempuan lebih suka memandang lelaki beruniform seperti polis, doktor, tentera dan seangkatan dengannya. Diorang kata lelaki beruniform nampak macho, kacak, berdisiplin dan bertanggungjawab. Tapi semua tu dari perspektif perempuan. Diorang juga akan berasa selamat bila berdampingi dengan lelaki yang beruniform.. Betul ke? 

 Erm.. memang tak dapat dinafikan hana sebagai perempuan pun memang suka tengok lelaki beruniform sebab kelihatan kemas dan segak terserlah ke'macho'an lelaki tersebut. Lagi-lagi kalau ternampak anggota polis meronda kawasan or kawalan lalu lintas. Dalam duk keserabutan, tengah panas bawa kereta tafik jem lagi, tengok je ada abang polis smart kat depan tu, sejuk hati hana.hahaha 

Dalam perjalanan ke sekolah (praktikum) dalam pukul 7pagi macam tu. Hana disebelah driver (tak berani bawa kereta lagi). Hana melayan perasaan dengan mendengar lagu. Tiba-tiba ada motor lalu di sebelah, hana pun secara automatik tertengok la penunggang motor tersebut. Owh, polis rupanya. Tak tersangka polis tersebut terpandang hana juga. Luruh jantung, hati, dibuatnya..hahaha. Dalam hati, Kalau abang polis nie jaga jalan raya time macam nie, boleh buat perempuan yang mengantuk terjaga terus.. Start daripada tu, Hana tertunggu-tunggu  abang polis tu kat jalan raya.hehe

Hana nak bagi sikit info berkaitan 5 lelaki beruniform pilihan perempuan menurut akhbar tu ye

POLIS 
Polis dianggap berani. Kehebatan mereka menangkap jenayah menyebabkan ramai perempuan mengidam bertemu dengan polis kacak
- Polis kalau pakai uniform automatik nampak kacak. Kalau tak pakai uniform nampak biasa ja kan kan

JURUTERBANG

Sifat peribadi yang pantas dalam bertindak dan berfikir. Kehebatan lelaki mengemudi kapal terbang menjadi kegilaan perempuan
- Nampak smart bila pakai uniform. Memang perfek di mata hana. walaupun pada hakikatnya tak tahu pun penampilan juruterbang tu macam mana. Tak pernah tengok depan-depan.hehe

DOKTOR
Melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perhubungan. Bijak dan memiliki keupayaan yang tinggi
- Walaupun doktor nampak hebat daripada polis. Tapi polis tetap kacak di mata hana.hehe. Ops.. ada apa-apa ke

ANGGOTA BOMBA DAN PENYELAMAT

Kegagahan dan keberanian. Sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kebahagian dalam perhubungan
- Wah.. romantiknya.Erk, polis tetap di hati ye : )

TENTERA LAUT 

Mampu bertanggungjawab dalam perhubungan. Berpakaian putih dan melakukan gerak kerja perlahan tetapi pantas
- Tentera laut pun kacak jugak kan..

Hana bagi pandangan dari segi penampilan je.hehe Sesetengah perempuan akan tengok lelaki dari segi penampilan dulu baru diselidik dari segi dalaman.hehe Ka hana sorang ja macam tu? hana memang pelik-pelik sikit. Pandang rupa dulu. Rupa dan penampilan akan mencerminkan sikap seseorang. Ok la pandang rupa dulu daripada pandang $$$. Betul tak?Alaa setakat $$$ apa la sangat. Hana pun boleh cari sendiri. Bukannya sombong tapi hana pun nak merasa $$$ sendiri.

So macam mana, smart ke tak lelaki beruniform? ada pengalaman yang nak di kongsi? silakan..



Sampai juga di Cameron Highland


Macam tak percaya hana dah sampai Cameron Highland. Selama nie hanya dengar bualan kawan-kawan je, kekadang hana jelous.huhu nak jugak ke Cameron. Dan sekarang tengok la gambar-gambar hana nie. Memang jelas terpancar keriangan kanak-kanak rebena sorang nie.

Pejalanan hana di temani dengan Lesen P dan monyet.. Yeke??




 TEMPAT PERTAMA yang hana singgah

Hentian apa tah nama nie...
Singgah pi toilet je sebenarnya. Sambil rehat-rehat boleh minum teh strawberry

 



Pemandagan dari anjung hentian

Ok tak gambar? Malas nak edit-edit. maklumlah banyak sangat.heha

DESTINASI KE 2 adalah 

Anjung OMBAK RINDU.

Sebelum ke Anjung Ombak Rindu. sempat hana singgah kat sini

 


Posing maut tak ingat dunia. hahaha biasalah tu... first time ke Cameron

Haa nie la tempat yang dituju...


Agak jauh nak naik ke atas.
Demi Ombak Rindu Hana sanggup berjalan kaki naik ke atas


Akhirnya sampai juga ke atas

 


Hana panggil tempat ni Anjung Ombak Rindu.Tempat nie tempat pengambaran Ombak Rindu.Teruja hana masa nie dapat tengok tempat pengambaran Ombak Rindu. Korang pernah sampai sini? Menurut orang kat situ. Tempat nie susah orang nak pi sebab kawasannya dalam dan berliku-liku kehidupan. nak selisih dengan kerata pun payah. Nasib baik kereta hana kecik je.. 

 
 
  
 

Huh, banyaknya gambar hana letak. berat tak gambar nak loading. Sorry ye..

Lepas bergambar kita minum dulu


 Bersambung.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...