Recipe for baby : Rice Stick


Recepi for baby
8 bulan ke atas
𝑹𝑰𝑪𝑬 𝑺𝑻𝑰𝑪𝑲
𝑩𝒂𝒉𝒂𝒏
Nasi
Bayam *
Carrot *
Udang *
1 sudu besar bancuhan tepung gandum
1 atau 2 cubit lada sulah
Telur
𝑪𝒂𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂...
1. Semua bahan bertanda * potong kecil/cincang dan rebus
2. Agak-agak udang dah masak toskan semua bahan *


3. Masukkan bahan rebus + satu sudu besar bancuhan tepung gandum + dua cubit lada sulah dalam nasi 
        

4. Bentukkan nasi ikut bentuk stick guna wraping or pakai tangan . haha


5. Golekkan rice stick atas tepung supaya tak melekat atas bekas
6. Susun dalam bekas dan simpan dapat chiller dalam 10 minit


7. Salut dengan telur dan goreng pakai pan dengan sedikit minyak
8. Done

p/s : Rice stick ni nak frozenkan pun boleh. Tapi baik letak chiller ja. macam sehari dua dah boleh habiskan 

Reach and Grab activities




Recipe for baby : Nasi + Sambal Udang


Recepi for baby
8 bulan ke atas
𝑵𝑨𝑺𝑰+ 𝑺𝑨𝑴𝑩𝑨𝑳 𝑼𝑫𝑨𝑵𝑮
𝑩𝒂𝒉𝒂𝒏
Udang
Bawang putih
Sebatang saderi + 3 biji tomato ceri ( kisar)
Serai
𝑪𝒂𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂...
1. Tumis bawang
2. Masukkan bahan kisar dan serai
3. Tumis sampai sedikit kering sebab nanti nak masukkan udang
4. Masukkan udang
5. Gaulkan sampai udang masak.
6. Kalau nak berkuah boleh tutup tutup api. kalau nak bagi keringkan air udang sikit biar lama sikit dalam kuali tu
7. Done
P/s : Nak buat sambal guna cili tak terbeli lagi cili kering Yitu (tak pedas)



Buat dua bekas siap-siap. nanti senang tak perlu buka tutup bekas nak cedok lauk :)

Time nak makan je. Just letak nasi  dalam bekas . hehehe

Macam nak pi picnic kan :)


 Picnic luar rumah ja.. Nasi tak cukup boleh lari jap ambik. haha

Si kembar





"Bestnya dapat kembar?""Sekali beranak dapat 2"

Best dapat kembar.. Tak semua orang dapat lalui pengalaman menjaga 2 anak. Bersyukur Hana di diberi peluang melahirkan anak sulung kembar (Tapi Hana pernah gugur sebelum dapat kembar). Dengan berbekalkan 0% knowledge, Hana lalui dengan dengan macam-macam dugaan cabaran segala mak nenek yang Hana rasa betul ke mama-mama kat luar sana yang melahirkan sulung si kembar lalui macam Hana. 

Tapi Hana rasa mental Hana time tu sangat-sangat Yaaa Allah tak dapat nak ceritakan. Dengan kembar lagi dengan aiiiihh geram aih.. kalau nak ingat balik macam nak tumbuk tumbuk sampai hancuq. Tapi bersyukur Si Kembar membesar dengan jayanya :) 

Teringat si kembar ni time baby. Susah payahnya nak jaga. Lagi-lagi yang boy sebab dia colic selama 6 bulan. Hanya orang tertentu ja dapat memahami betapa sukarnya nak handle baby colic ni.. Syukur.... Hana dan famly Hana dah lalui. Jadi lepas ni kalau bab-bab baby colic ni boleh tanya Hana macam mana handle T_T Tapi Family Hana la banyak handle. Thanks family Hana yang banyak bantu jagakan anak start dari pantang sampai lah sekarang especially baby boy. Sebab baby boy ni tinggal dengan mak abah Hana di semenanjung. Hana di Sarawak dengan baby girl. Tak dapat nak bawa 2 orang sekali. Bukan tak mampu tapi takut tak terurus.. Baby umur sebulan lagi Hana dah fikir macam mana nak bawa 2 oarang ke Sarawak. Nak cari pengasuh personal ka? kalau sakit demam serentak macam mana?Kalau hana pergi kursus? Baru baby umur sebulan dah fikir macam-macam.

Orang kata kalau tak seiras tak apa sakit sorang sorang lagi tak sakit. Macam berlawanan gitu. Tapi benda kita tak tau kan apa akan jadi..Tapi Hana rasa betul la kot tak pun kebetulan sebab Hana dah laluinya memang berlawanan. Sekarang dah setahun lebih. Namanya kembar tapi kerenah perangai 100% tak kembar T_T 

Don't worry ini mama ok. I'm supermama. Saya seorang mama yang kuat, tabah dan berani yeaaaaah..

Walau apa pun terjadi anak-anak mama mesti ada untuk mama


anjing la pula yang belakang tu :P


Misi pemakanan seimbang


Hello berjumpa lagi di Hijau itu duniaku :)

Biar tiada pembaca asal penulis dapat meluahkan rasa. aiseh...

Sejak awal tahun 2020 rutin pemakanan habis merosot. Maklumlah dapat pindah balik ke negeri Jelapang padi tapi tempat kerja di Pulau Mutiara nun. ngeee 45 Min dari rumah. Of course le ulang alik. Macam tak ada kaitan ja kan dengan pindah dan pemakanan.hahaha

Sebenarnya salah satu faktor pemakanan juga di sebabkan kawasan sekeliling. Awal pagi nak ke sekolah kadang-kadang drive pun tersengguk-sengguk kalau ada kunyah sesuatu baru hilang mengantuknya. Nampak tak awal pagi dah mengunyah. Kalau sebelum ni di Kuching wat lek wat peace ja makan lambat pun.

Pukul 9 pagi makan lagi, maklumlah rehat awal :P waktu balik dalam pukul 1 lebih terasa macam mengantuk nak drive kan, mesti ada makanan buat hilang mengantuk tengahari . hahaha singgah kantin jap sebelum balik. kalau time tu nak isi minyak, Hana skip singgah kantin, Hana singgah shell, cupcorn, pastry macam-macam ada. hahaha

Balik rumah waktu petang dalam pukul 4 kadang-kadang ada makanan kadang-kadang tak ada makanan. Tapi kalau ada takkan tengok saja kan . hehe makan petang

Malam pula ikut juga kalau ada makanan kena makan kalau tak ada dan tak lapar tak payah lah makan kan. Dulu boleh dapat jinakkan perut yang lapar sekarang tak boleh dah. hahaha

Cukup 5 kali sehari makan. Orang kata rutin pemakanan yang betul  5 kali sehari kan. Tapi ni kalau Hana yang amalkan pemakanan macam ni alamatnya bertambah berat badan.ngeee

So masing-masing punya badan masing-masing tau cara nak satle sendiri. ngee Jangan ikut orang lain. Orang lain sesuai macam tu so teruskan..

Walaupun sekarang ni masih mantain lagi berat badan tapi macam nak ada aura-aura gak nak naik berat ni kalau dah pemakanan Hana macam ni. hehehe. Sebelum nak ada aura-aura tu baik atasi cepat-cepat..

So misi pemakanan seimbang bermula...

Nah tuan tanah belanja gambar 😋


Thank photographer aka anak murid

P/S : Lepas ni ada le entry "menu makanan seimbang" Hahaha. Test untuk sehari dulu macam mana..


Recipe for Baby : Nasi putih + udang rebusebus


Bahan utamanya mestilah udang. ngeee

Bahan-bahan
Udang
Serai
Bawang putih
Tomato ceri
Kacang peas
Baby corn

Kacang peas dan babycorn ni sampingan sebab nak nampak berwarna sikit kuah udang Jasmin tu. Hahaha tu pun stok frozen punya. Yang fresh dah habis dibuat frozen. Tomato tak difrozenkan


         

Udang ni saiz kecil maklumlah lebihan udang si penjual :) Nasib baik banyak tu pun tak cukup sebab mamanya tak pandai baget berapa ekor udang untuk Jasmin.. Sedap sangat udang rebus ni sampai tak cukup. Padahal dah banyak dah bagi kat dia.

Nasib baik ada geng kalau tak memang habis barang dapur 'dikemas'nya

Macam biasa le Jasmin dan mamanya makan makanan yang sama cuma mamanya ada perisa dan cili. hehe. So caranya
Caranya...
1. Campak semua dalam periuk kecuali kacang peas, babycorn dan tomato.
2. Lepas kuahnya jadi pudar-pudar putih tu asingkan separuh untuk baby separuh untuk mamanya
3. Masukkan frozen babycorn dan kacang peas dalam udang rebus baby. 
4. Lepas dah cair bahan frozen baru masukkan tomato ceri.
5. Tunggu tomato lembut. Dah siap :)


Nie untuk sekali makan.
Nampak tak ada warna hijau-hijau sikit. ngeee 


Let's eat !!!

 Ini mamanya punya ada cili dan bahan perasa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...