Kebaikan SENYUM


 http://thousandmedia.co.uk/wp-content/uploads/smile2520cat.jpg
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, dan ulser.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Otot-otot muka yang digunakan untuk senyum membuatkan wajah kelihatan lebih muda. Cukup dengan menghiaskan wajah dengan senyum sepanjang hari untuk mendapatkan wajah yang berseri dan bercahaya.

Mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

Apabila kita senyum kepada orang lain, mereka tentu akan membalas senyum kita. Apabila semua orang tersenyum, rasa gembira secara automatik akan muncul. Maka wujudlah suasana yang membahagiakan dan menyihatkan.


Silence and Smile


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiU2uKJ0pf16W4h3TEBvu1hMRNdyS91pKUTs5q-6bEdDn6xyESukE552zTkyX5JUC2KL0S1ZhmNA1aq6_iIxVvy6uv1mSuw9v2pzH1QsgdWkZgZOmuHQ_RngMtV-8fbZE_3s27oGpI7XfJb/s1600/16111_623656177649390_635407381_n.jpg


Throwback : 7 tahun yang lalu di Sek Men Teknik Seberang Perai


Sebelum ni Hana budak teknik batch ke 4 cos elektrik. Ehem....jauh beza dengan bidang yang Hana ceburi sekarang. Selepas Habis kenduri di sekitar Bukit Mertajam, sempat juga singgah sekolah lama Hana iaitu Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai (sekarang Kolej Teknik Vokasional) Sekolah berasrama penuh wehh..

Di hadapan pintu pagar sekolah. Lepas bergambar kat depan ni, terasa nak bergambar kat dalam kawasan sekolah pula

"Pak cik, boleh ka kami masuk bergambar kat dalam ni"
"Kami bekas pelajar sekolah ni, saja nak ambik gambar kenang-kenangan"
"Saya dari Sarawak, yang ni Johor, ni KL ni Penang"
(padahal kami negeri Kedah dan Penang ja, tempat kerja yang jauh)

Nie lah pintu gerbang sekolah teknik. Sebelah kanan dewan utama dan sebelah kiri tu kantin.

Kami pun meneruskan perjalanan kami sehingga ke penghujung sekolah. Dulu tiada ni pokok-pokok besar maklumlah sekolah baru lagi. Sekarang bukan setakat pokok-pokok dah membesar tetapi bagunan-bagunan turun berkembang pesat. Segala tembok, arca, tugu dan segala benda semua ada.hehe

Berlatar belakangkan student mall, lebih kurang macam dewan terbuka juga di mana pelajar-pelajar membuat study group or meeting. Sekarang dewan terbuka tu dah di tutup dengan dinding.hehe Dulu tiada laluan pejalan kaki dan taman sekeliling tu tau, kosong semata-mata. Pelajar bebas berlari dan bermain dengan sesuka hati.

Berlatar belakangkan dewan makan atau nama saintifiknya DM.hehe bunyi loceng habis kelas, memang berebut-rebut nak ke DM. Bukan Hana haa... hehe malas nak beratur panjang katanya.

Berlatar belakangkan surau merangkap masjid besar di kawasan Bukit Minyak ni. "Siapa tah yang selalu dating kat tangga tu?"."Weh, sapa sapa?".haaa... sampai sekarang Hana tak tahu siapa yang dating. Alaa bukan dating pun sekadar jumpa ja. Biasalah kehidupan asrama ada ja yang mengusik.

Sampai kat sini baru kami tahu, tahun 2011 sekolah ni di anugerahkan sekolah berasrama penuh..

Akhirnya smpailah ke penghujung sekolah, iaitu garaj. Siapa yang tak pernah naik van ni memang tak pernah sakit.hehe sebabnya van ni lah yang bawa kami pergi klinik.

Hari dah lewat, kami pun nak keluar dari kawasan sekolah. Mak aaaii..jauh betul perjalanan nak ke pintu pagar..hehe tak sedar asyik berjalan pusing-pusing bagunan. Bila nak balik kami ambik jalan straight..


Apa nak jadi dengan blog ni wehh..


Hana sekarang cuti sekolah tau.. Eh baget macam budak sekolah la pulak kan. Tapi apa salahnya kalau orang kata Hana budak sekolah pun. Sweet seventeen gitu. Ngeeee... Berdiri di alam nyata "Beringat sikit ko tu cikgu Hana oooiiii...."

 
 Hari terakhir bersama pelajar tahun 6.

Mata tutup tapi peace tetap ada :)
Diorang nie lah yang ajar Hana bahasa Sarawak.hehe

Sepatutnya cuti sebulan lebih ni Hana habiskan masa dengan berblogging tapi entah macam mana sikda (tiada) mood mahu mengadap blog.

Aduh.. kesian blog Hana terabai tanpa kasih sayang dari tuannya.. Lagipun Ftec Hana tu dah selamat tidur buat selama-lamanya..huhu Hana tak sanggup tengok Ftec Hana tu nazak. jadi dengan rela hati, Hana melepaskan ia pergi.. Tapi hatinya (hardisk) Hana dah ambik. hehehe

Nothing to say.. kira berupdate juga la kan blog ni. hehehe

Tapi apa-apa pun blogwalking tetap dijalankan.. Galaxy Mega kan ada.. hehehe


Kebaikan minum Green Tea a.k.a Teh Hijau


Hana sebenarnya tak tahu pun kebaikan green tea. Yang Hana tahu bila minum green tea ni dapat menenangkan fikiran. Rasa relax je macam duduk di tengah-tengah ladang teh di Cameron Highland

                             
Nampak tak motif utama letak gambar ni?hehe

Rupa-rupanya dragon ball ada 7 biji semuanya green tea ni juga dapat mengurangkan lemak. Yeehaaa...

Jom check it out kebaikan-kebaikan minum green tea
- Meningkatkan metabolisma badan
- Menurunkan tahap gula dalam darah
- Mencegah kanser
- Membantu mengurangi kadar kolesterol
- Mencegah osteoporosis
- Membantu mengawal tekan darah tinggi
- Mampu mengurangkan stress dan membantu mengendurkan saraf
- Mampu menyihatkan kulit wajah, rambut sihat, dan mengurangkan tanda penuaan
- Mengekalkan kecergasan memori dan fungsi otak

23.11.2013 - Check it out !!!


23.11.2013- My Birthday !!!

Apa yang menarik pada hari tersebut?
Hana jumpa kawan-kawan lama Sekolah Menengah Teknik Seberang Perai (SMTSP) di majlis perkahwinan kawan lama ex-SMTSP juga :) 9 tahun lebih kami tak jumpa. Sangat lama kan..


Azri, Zul, Pie, Asraf, Lia, Jue, Alin, Ain (pengantin perempuan), Diba

Balik dari kenduri, Hana ada date la pula. dengan siapa?
Taaadaaa.....



Perbincangan dengan client. ngee...
biasalah 10 tahun tak jumpa mesti cerita pasal perkembangan terbaru kan..

Masih ingat entri ABANG KOMEN ENTRI NIE bertarikh 6 Jun 2012. Akhirnya kami di pertemukan pada 23/11- My birthday setelah 10 tahun terpisah. Agak-agak lepas ni kami berpeluang untuk berjumpa lagi tak? Erm.. entah-entah 10 tahun akan datang. Waaa.. lamanya tak mau tak mau..Entri TENTANG ABANG ada Hana ceritakan serba sedikit pasal abang Hana yang sorang ni :)

Birthday yang sangat bermakna bagi Hana :)


Kursus Pertama Setelah Bergelar Guru


Kursus Penyebaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Tahun 4 Peringkat Daerah 2014

Haa...nampak tak bukan main panjang nama kursus tersebut. Kursus ni merupakan kursus pertama Hana setelah bergelar guru.  Di sebabkan ia kursus pertama jadi tersangat banyak pengalaman Hana sepanjang mengikuti kursus tersebut. 

Perasaan Hana bila dapat tahu Hana terlibat dalam kursus ni?
Sangat excited tapi ada la sedikit gementar maklumlah keseorangan pergi kursus. Ada juga perasaan was-was macam "kat mana tempat kursus ni, jauh ke?"Maklumalah masih tak kenal tempat-tempat di Kuching.Erk, sekarang pun tak kenal lagi. hehe

Kursus berlangsung 4 hari. Penginapan tidak disediakan, pandai-pandai korang nak tumpang rumah sesiapa pun. yang dekat macam Hana ni, ulang-alik ja. Tapi masuk hari ke-3 dan ke-4 Hana terpaksa Hana bermalam di rumah kawan sebab ada perubahan tempat kursus yang agak jauh dari rumah Hana. Kawan? She is my classmate at IPG Kota Bharu.


Terasa diri ni kecik je dalam kursus KSSR tersebut. Dah la diri ni kecik di tambah pula zerro knowledge about KSSR. Macam Hana silap tempat berkursus pula. haha Hana berada di kalangan cikgu-cikgu ok. Padahal diri sendiri tu cikgu. Erk... tiba-tiba teringat kursus kahwin tak ambik lagi. Macam lambat lagi nak kahwin je, Macam malas nak ambik je..huhu


Terima kasih kepada En. Teksi yang hantar dan jemput Hana selama 3 hari dari tempat kursus. 3 hari = RM300 untuk teksi. Terima kasih jiran kepada kawan Hana kerana mnghantar kami ke tempat kursus pada hari ke-4. Hari terakhir tersebut, ada cikgu tolong hantarkan Hana pulang ke rumah. Terima kasih cikgu :) Sebenarnya pergi ambik baju untuk tidur semalam di rumah kawan Hana tu. Fuh, jauh perjalanan pergi ambil baju je. Lawak pula bila dikenangkan balik. Maklumlah kawan sekelas jadi banyak cerita yang nak dibualkan. 

P/s: Happy blogwalking :)


Ftec mati hidup semula


Seram giler punya tajuk. hehe baca entri ni dengan penuh perasaan...

Lama Hana menyepi 3 minggu lebih rasanya kan..

Dalam entri Seminggu Lepas Dapat Gaji, laptop Ftec Hana tu berendam dalam air sampai lemas. Tapi dapat diselamatkan

Kali ni laptop Ftec koma 3 minggu terus. Hana rasa laptop Ftec Hana merajuk dan bunuh diri gara-gara Hana guna handset baru Handset Galaxy Mega 6' 3' untuk update blog di entri Testing Berblogging Guna Samsung Galaxy Mega 6'3'. Ingat manusia je ke ada hati perasaan, Laptop pun ada perasaan cemburu juga tau..

Nak di jadikan cerita...


Lepas buat kejutan elektrik (yang macam sepasang iron bervoltan tinggi di hospital tu.. hehe) kat Ftec tu, keadaan jadi stabil semula. Lepas 5 hingga 10 minit mati lagi, buat lagi kejutan elektrik, stabil balik dalam 3 4 minit mati balik..Menguji kesabaran tuan empunya laptop je. Lepas beberapa kali percubaan menyelamatkan Ftec, akhirnya tak berjaya. Mungkin usianya dah meningkat (7 tahun berkhidmat), tulang-tulang dah reput, mana mampu Ftec nak bertahan lagi. Hana redha dengan pemergian laptop Ftec tersebut.

Selepas 3 minggu pemergian Ftec , hari ni 4/11/2013, Hana nak pergi beli laptop baru baget harga RM2000 ke bawah. Namanya Asus K46CM, Blogger Nick nak sponser. Eh,tersyasyul pula.. Blogger Nick yang cadangkan beli laptop ni.. Down giler masa ni, tak sanggup nak menduakan Ftec. Kalau dah sehati sejiwa, segala kasih sayang, kenangan dah di curahkan kat Ftec. Tiba-tiba ada penganti baru si Asus. Dapat ke Hana nak bagi kasih sayang yang sama kat Si Asus tu? Waaah penuh perasaan Hana buat ayat ni..haha

Dengan semangat berkobar-kobar Hana nak cuba buat kejutan elektrik kat Ftec buat kali terakhir, 3 jam sebelum Hana nak beli laptop baru. Dengan harapan Ftec hidup semula. Dengan lafaz bismillah hirahmanirahim...

Dan akhirnya.. Hana sangat gembira melompat-lompat sehingga terasa sebak di dada. Ftec Hana hidup semula. Korang bayangkan dah 3 minggu Ftec koma, boleh hidup balik.

"Biarlah semua kata ko patut digantikan dengan yang lain, Aku tetap sayang kat ko, Aku tak nak ko pergi lagi sebelum sampai masanya, Aku tahu ko masih mampu bertahan untuk 2 tahun lagi mungkin.."

Welcome Back Ftec..

P/s: Terus guna Ftec buat entri ni selepas Ftec hidup semula. Hana tak mau Ftec merajuk lagi.huhu


KAMI di Miri


Perancangan di buat sebulan lebih sebelum ke rumah classmate di Miri.. KAMI rakan sekelas Pendidikan Khas IPG Kota Bharu mengadakan reunion dan pada masa yang sama KAMI menyambut Raya Haji 2013 di sana. Niat di hati nak berjumpa dan bersama dengan kawan-kawan selama 3 hari 4 malam.. Waahh sweetnya ayat Hana kali ni. hehe Antara aktiviti KAMI di Miri :-

Tengok wayang Escape Plan


Sepatutnya 3 orang nak tengok cerita lain tetapi takdir menyatukan KAMI untuk bersama-sama tengok cerita yang sama.. hehe "Korang kena terima kenyataan yang kita tak boleh berpisah"

Taman Buaya dan Mini Zoo


       
Banyak moment sweet kat sini.. "Korang memang sepadan ok"

Hutan Hujan Tropika


         
"Mungkin bukan rezeki kita". Masing-masing dah berkereta siap ada nama manja untuk kereta lagi. Ku dengan 'Si White'nya. "Next destination Kota Kinabalu right?"

Atas bukit


Tak sangka kan ada di antara KAMI pakai baju patern dan warna yang sama. hehe kuat betul ikatan persahabatan KAMI.

Makan, makan dan makan


            
Masa makan ni lah, banyak gelak ketawa lebih-lebih lagi bila ada 'ayat baru' dari KAMI. "Eeee... Stress rasanye" "sakit pula hati kite" Hana ingat ayat ko fiq. Si Im  pula "Hana rasa apa bila .......?". "Akak ayam ni di penyet dengan apa?""akak, bagi saya nasi ayam yang dah dipenyet" KAMI tetap tak berubah masih macam dulu yang sporting dan gila yang entah apa-apa..hahaha Betul kata Si Nad "Kita ni tak sama macam kelas-kelas yang lain" 

Pantai


      
"Cayalah korang" memang sangat cantik pemandangan kat sini

Persiapan Hari Raya Haji


Malam tu macam-macam cerita yang keluar dari mulut KAMI. Imbas kembali masa belajar di IPG. Cerita masa program Bina Insan Guru (BIG). "Korang ingat tak Hana terjun dan berenang dalam Tasik Kenyir time kayak""Macam mana ko boleh terjun dalam tu Hana". Maaf korang Hana tiada jawapan untuk ituKorang ni boleh pula ingat kisah tu. Terus otak hana terbayang balik kisah tu. Hahaha Lawak betul...

Hari Raya Haji


         
Tak teringat langsung Hana nak bawa baju kurung. huhu Hari ni juga hari perpisahan kami buat sementara waktu. Esoknya nak sekolah sudah.. Bila pula kita dapat berjumpa lagi..


Testing berblogging guna Samsung Galaxy Mega 6' 3'


Ehem... dalam diam-diam dapat juga Hana online tanpa menggunakan laptop yang menunggu masa untuk.............(faham-faham sendiri lah laptop dah 7 tahun).

I'm with Samsung Galaxy Mega right now..Walaupun Mega bersama Hana, Hana tetap tak lupakan laptop dan handset Samsung Wave Hana. Lupa pula nak bagitau, Samsung Wave tu dah dimasuki virus. Jadi Mega lah yang mengantikan Wave. Walaupun Wave tidak ber'simkad' tapi segala maklumat dalam Wave tu sangat bernilai. Hana tetap bawa ke mana saja. Wave 1 kot korang,dah boleh jadi sejarah pun..

Dah lebih seminggu Hana tak berblogging, start Raya Haji kan. Raya Haji ritu Hana pergi Miri sejam dari Kuching kalau naik flight. Kalau drive 12 jam. Entri ke Miri akan menyusul ok..hehe

Selang 2 hari lepas Raya Haji, ada Program RIMUP peringkat daerah 3 hari 2 malam di Sekolah Kebangsaan Sampadi.Sekolah Hana la tu..hehe sekolah Hana tempat perlaksanaan REMUP. Sekarang ni dalam mood RIMUP lah..Entry RIMUP akan menyusul..

Hujung bulan ni sukan sekolah pula 2 hari 1 malam.Waaahh.. korang jangan terkejut sukan sekolah 2 hari 1 malam. Tahun lepas 3 hari 2 malam kot.huhu

Nampak tak banyak entri akan menyusul nanti.hehe

Insyallah minggu depan Hana blogwalking..rindu tau kat korang.


Kem Bestari Solat 2013


Kem Bestari Solat bertempat di Sekolah Kebangsaaan Sampadi, Lundu Sarawak pada 6 Oktober 2013. Semua murid beragama Islam dan 10 orang guru/fasilitator termasuk Hana terlibat dalam program ini.

Objektif program ini adalah
- Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk
- Murid dapat berwuduk dengan sempurna
- Murid-murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan
- Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat
- Murid dapat menunaikan solat secara individu dan jemaah

Ini merupakan kali ke 2 Hana terlibat diri dalam program ini. Sebelum ni Hana hanya terlibat untuk murid Pendidikan Khas ja. Tapi kali ni murid-murid arus perdana pula. Daripada seorang guru kini digelar ustazah pada hari tersebut :)

Nampak tak wajah ustazah di situ :)

Hana dan kawan Hana menjadi fasilitator untuk murid tahun 2. Tahun 2 tu pula kami bahagikan 2 kumpulan. Sangat mencabar sebenarnya bila mengajar murid-murid yang masih baru mula bertatih.


Sebenarnya tak sempat nak habiskan ke semua subtopik yang diberikan pada hari tersebut. huhu


Gambar mendominasi entri ni. hehe

Punca tersalah hantar Mesej


Punca tersalah hantar mesej. Siapa yang seumur hidupnya tak pernah salah hantar mesej? Contohnya korang nak hantar mesej dekat Si A tapi terhantar mesej dekat Si B?


Kalau kita yang start salah hantar mesej ok lagi. Boleh cover mesej tu. Tapi kalau kita rancak mesej dengan Si A lepas tu tersalah sent mesej kat Si B. huhu Belum masuk kalau kita tersalah sent mesej yang "private and confidential". hehe

Berikut merupakan punca-punca kita tersalah hantar mesej. Especially Hana.. huhu

1. Fikiran terbayang/teringat kat orang lain
Ini dah biasa.. kadang-kadang perkara yang kita fikir pun kita tertaip kat mesej. Bila baca balik mesej tu. Rasa pelik benar. haha

2. Nak cepat
Kita tak tengok pun nama yang kita nak sent mesej. Selalunya terjadi time kita nak start mesej orang tu dulu.. Taip mesej lepas tu search name.Sent.Siap..Ataupun, nak sent kat Fatimah Ahmad tapi tersent kat Fatimah Ismail. Begitulah gamaknya.. Paling silap hantar mesej mesti namanya bermula dengan Encik, Puan, Abang, Adik, Kak.

3. Mesej dua orang pada masa yang sama
Ditambah pula pada masa tu kita tengah buat kerja. Kita taip mesej ikut apa yang ditanya, kira sangat jujur dan direct punya mesej. Sebab kita malas nak fikir ayat berbunga-bunga sudah. Keesokannya, bila jumpa orang yang dimesej dan dia tanya balik berkaitan mesej kita semalam, kita ingat-ingat lupa sudah mesej yang kita balas kat dia tu..  (nampak tak huraian tiada kaitan dengan tajuk)

4. Handset Touchscreen
Mula berjinak dengan handset touchcreen. Dengan tenaga yang berlebihan, laju ja tangan kita scrool name list dan tertekan nama orang lain yang kemungkinan nama yang kita nak sent tu berada di atas or di bawah nama orang lain. Kadang-kadang suka mencabar ketajaman mata sendiri. Tengah listname tu scrool, dengan kepakaran tangan dan mata kita terus tekan nama yang kita nak sent mesej tu (macam Hana sorang je yang buat ni.huhu)

5. Buat-buat salah hantar mesej
Siapa pernah buat ni? Jangan tipu haa. Eleh..malu-malu la tu lagi-lagi perempuan yang buat-buat salah hantar mesej. haha Biasalah tu.. Takkan perigi nak cari timba. Tapi ada lagi ke yang buat macam ni? dulu-dulu ada la kot rasanya. Kalau buat macam ni pun apa salahnya kan, nampak sweet gitu. mana nak tau kalau dia respon. Senyum melompat-lompat korang. hehe Lebih-lebih lagi kalau masa tu korang boring ada juga yang respon mesej korang :)

So apa pendapat korang? Ada pengalaman tersalah hantar mesej? jom kongsi..


Bila hati mula berbicara


Bila hati mula berbicara...

Aku tak sepatutnya berada dalam situasi ni. Tapi apakan daya aku hanya manusia biasa yang mempunyai hati dan perasan. Aku dah cuba untuk lari dari kenyataan. Tapi tak boleh. Kenapa dia baik dengan aku? Kenapa aku selesa dengannya? Aku tak dapat menjawab persoalan itu

Aku terpaksa terima kenyataan yang aku dan dia tidak dapat bersama. Aku dan dia masing-masing mempunyai kehidupan sendiri. Aku kena kuat untuk teruskan kehidupan aku. Dia? biarlah dia dengan kehidupanya. Tapi adakah aku mampu meneruskan kehidupan aku tanpanya?

Ingin sekali aku dan dia bersama-sama meneruskan perjalanan yang satu. Aku dan dia mampu lakukanya. Tapi itu TIDAK akan terjadi.

Aku dan dia
Dua insan yang punyai kehidupan yang berbeza
Dua insan yang saling mengenali antara satu sama lain
Walau apa pun yang terjadi, dia tetap di hati aku


Inilah Tragedi Oktober yang dikatakan orang :(

Acara Berlulut di Sarawak


Acara Berlulut di Sarawak. Hana mati-mati ingat "B.E.R.L.U.L.U.T" tu salah ejaan dan yang sebenarnya ejaan betul adalah B.E.R.L.U.T.U.T. Baru logik acara berlutut kan. Padahal memang betul pun ejaannya B.E.R.L.U.L.UT.

Acara Berlulut perkataan baru yang Hana dengar. Sangat menarik sebab tu Hana buat entri untuk pengetahuan korang semua..Take note ok :)

Berlulut sebenarnya adalah tradisi kaum Melayu di Sarawak selepas akad nikah. Selalunya diadakan pada malam akad nikah. Di semenanjung memang tiada acara melulut ni atau mungkin ada istilah lain untuk menggantikan perkataan "berlulut"(mata tengok atas jari telunjuk di dagu). Adakalanya acara berlulut akan diikuti dengan majlis berinai.

Orang kata berlulut ni acara pengantin bertukar-tukar baju 3 pasang atau lebih. Kira macam pengantin tu ala-ala model buat fashion show gitu. Selalunya pengantin perempuan yang akan tukar-tukar baju, pengantin lelaki jarang terlibat dalam acara fashion show ni. Tapi apa salahnya kalau pengantin lelaki join adventure juga. wink^wink^

Pakai ja baju apa yang korang suka asal bahagia.. hehe

                                                                   
* Gambar siapa tah Hana ambil dari Mr Google

Dalam majlis berlulut ni juga diadakan persembahan lakon beradat iaitu salah satu warisan di negeri Sarawak pada zaman dulu-dulu. Sangat-sangat best. Eh eh macam Hana pula yang pernah merasai pengalaman tersebut. hahaha Apa-apa pun, kalau ada acara berlulut ni di Semenanjung, mungkin Hana skip kot acara ni, serabut nak tukar-tukar baju segala bagai.. Kalau 2 baju mampu lah Hana..

Tapi sekarang ni jarang orang buat acara ni sebab membazir. Apa-apa pun ikut kemampuan.. Kalau nak dijadikan kenangan or mengekalkan adat tradisi apa salahnya. Ada  pro dan kontranya di situ :)

And the last one, Hana suka adat istiadat sebab rasa smooth je perjalanan majlis dan pengantinnya pun betul-betul raja sehari. Kalau boleh dari A sampai Z Hana tak nak lepaskan peluang nak merasai segala adat istiadat kaum Melayu ni..

Kalau nak dibandingkan kebanyakan majlis perkahwinan zaman sekarang, pukul 2 hingga 4petang pengantin ada di dalam majlis. Selepas pukul 4petang dah pergi phootoshoot di luar majlis. See.. sangat tak best lagi-lagi bila kita para tetamu datang dari jauh nak tengok pengantin. tetapi pengantinya sikda.

Kamus Bahasa Sarawak
Sikda/Sik ada = tiada

P/s: Mood tak sabar bawa ferrari hijau datang sarawak :)

Peribahasa di luar kotak pemikiran


Hana ganti guru  kelas tahun 4 subjek Bahasa Melayu. Hana ajar Peribahasa Melayu. Hana pun minta murid isikan tempat kosong dengan huruf yang sesuai di papan tulis.

Peribahasa pertama

1.  

Diorang pun isi lah huruf-huruf tersebut. Kalau diorang tak dapat nak teka Hana tambah la satu huruf kat tempat kosong tu.. Sampai lah satu tahap diorang teka macam ni

1. 

"Aik, Kederaan eja macam tu ka?"
"Eh bukan cikgu"
"Habis tu macam mana?"

1. 

"Suka-suka je nak tambah 'a' kan, salah tu"
"Yang mana yang salah cikgu?"
"Salah yang kenderaan tu:"

Peribahasa ke dua 


2. 

"Senang ja cikgu"
"Haa buat lah kalau senang"

2. 

"Apa hal tiba-tiba ada nama orang kat situ. Suhaimi kamu ada tunang ka (Suhaimi nama salah seorang murid dalam kelas tu)?"
" Tiada cikgu "
"Salah peribahasa tu"

Pagi-pagi dah buat Hana ketawa pecah perut.. Hahahah lawak kot. Dengan gayanya sebut lagi.. Kat mana la korang dengar peribahasa ni. Terngiang-ngiang sampai sekarang. Mau senyum Hana tiap-tiap hari kalau terkenangkan peribahasa ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...