Pemilihan Atlit Olahraga Pendidikan Khas daerah Lundu


Pemilihan Atlit Olahraga Pendidikan Khas Daerah Lundu. Tahun lepas sekolah Hana SK Sampadi, tak hantar wakil tapi tahun ni kita cuba Hantar wakil, mana tahu di sebalik murid PPKI Hana ada yang berbakat.

Pemilihan diadakan di Stadium Lundu, 30km dari sekolah Hana (20-30min)

Sebenarnya bukan kemenangan yang kita kan sebaliknya Hana mahukan murid Hana bergaul dengan murid dari sekolah lain lebih-lebih lagi 2 orang murid 'baru' yang masuk ke PPKI sekolah Hana. Ok kita cuba bawa diorang keluar dari proses pdp.

                                 
PPKI SK SAMPADI


Perbincangan sebelum memulakan acara
SK Sampadi, SMK Lundu, SK Sematan, SK Stungkor dan SK Bumiputera. Setelah setahun baru berpeluang mengenal guru baru dari SMK Lundu

                                              

Team PPKI daerah Lundu

Sampai di stadium baru Hana tahu. Rupa-rupanya Kejohanan Olahraga ni secara terbuka. So sekolah rendah terpaksa bersaing dengan sekolah menengah. huhu Sampai macam tu sekali nak cut buget. Tapi tak apa kita cuba :)

800m

Yang kecik-kecik tu pasangan kembar dari SMK Lundu, Maisura dan Maisarah. Yang tinggi sikit tu murid Hana, Sulika namanya
 400m

100m

Selepas habis acara balapan, kami divide in two group. Sekali sekala ber'BI' hehe
group di lontar peluru dan group di lompat jauh.

Of course Hana berda di lompat jauh, acara favorite Hana ni

Lompat jauh

 Guru-guru PPKI :)

Seorang dari murid SK Sampadi terpilih untuk mewakili acara lontar peluru ke peringkat Bahagian Kuching

Tahniah kepada murid yang berjaya mewakili Lundu :)

Fakta tentang Teddy Bear


Fakta tentang Teddy Bear


  Inspirasi daripada presiden Amerika Syarikat ke 26, Theodore Roosevelt yang di panggil Teddy
 Terdapat 4 muzium Teddy Bear di dunia. Salah satunya di Korea Selatan. Eheeem.. Hana dah pergi Teddy Bear Museum di Korea Selatan. Teeeerrrbaik.... Nah tengok pic teddy bear besar gedabak ni

at Teddy Bear Museum, Korea/2015

 Pada 1909, kartun animasi pertama tentang Teddy Bear yang berjudul Little Johny and the Teddy Bears disiarkan di Amerika Syarikat. 
Johny Johny
Yess papa
Eating sugar?
No papa
Open Your mouth...
Tiba-tiba terlintas lagu ni . hehe

 Pada 1912, perusahaan mainan Jerman yang dijalankan oleh Steiff membuat beruang hitam untuk diberikan kepada orang-orang yang berkabung atas meninggalnya saudara dan teman mereka di kapal Titanic
 Tahun 1924, filem animasi Walt Disney memperkenalkan animasi berwarnanya yang pertama dengan tema Teddy Bear yang diberi judul Alice and the Three Bears.
 Tahun 1944, Smokey Bears dijadikan maskot oleh organisasi Pencegahan Kebakaran Hutan Amerika Syarikat


Please nak bear besar macam ni 😁

Stanza Sepi Sekeping Hati




Ku nyanyikan lagu syahdu 
Bila teringatkan mu 
Yang masih bertakhta di hatiku 

Ku nyanyikan lagu rindu 
Itu yang ku tahu 
Agar terluah resah membeku 

Kini... hanya impian yang nyata 
Tiada menjanjikan bahagia 
Segumpal harapan cita apakan sia-sia 
Namun ku masih meniti harapan 

Berarak awan kelabu 
Di pinggir penantian ku 
Namun derita jua yang menjelma 

Serak alunan suara 
Nyanyian rindu ku 
Rindu yang menggigit di jiwa ku 

Kini... berpelangi wajah duka 
Dan sepi bertamukan airmata 
Luka yang ada kau biarkan sahaja 
Sedangkan aku sakit menderita

#RinduPadaYangJauhDiMataTapiDekatDiHati😢

#husnuzon





Kad ATM ada wifi


"Ada 3 wifi pun tak laju juga internet"
" Sejak bila rumah ni ada 3 wifi, kan 1 ja wifi"
" Nie wifi. nie lagi" (Sambil keluarkan kad atm)
                           
Contoh kad ATM

"Kad atm ada wifi ka?"(Blur)
"Nie lagi laju siap ada flight lagi" (Sambil tunjuk kad kredit)

Contoh kad Kredit

"Ini bukan line wifi la, ini paywave"
"Hahahaha lambat pickup"

Hana pun satu.. ada ka patut kad atm ada wifi tapi.... mana nak tahu kan sekarang dah canggih siap ada wifi T_T

    

Tukarlah kad ATM anda kepada kad ATM yang lebih canggih (ada wifi T_T)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...