Tugas Guru Mingguan


Tugas Guru Mingguan. Minggu ke 7 tiba giliran Hana dan seorang cikgu, Cikgu Ridzaimi untuk bertugas. Buat apa je...

Nie tugas-tugas guru mingguan SK Sampadi

Mengendalikan perhimpunan 10 minit setiap pagi selama seminggu. Aktivitinya, program bacaan dimana Hana akan pilih 2 orang murid untuk membaca or membuat rumusan mengenai bahan bacaan diorang. Lepas habis semua tu, semua murid diminta menghafal misi dan misi sekolah. Tapi sebelum mula aktiviti tu semua murid diminta menyanyikan lagu sekolah




RMT. Guru bertugas diminta turun padang. Bukan turun padang untuk sukan ye kawan-kawan tapi ke kantin sama-sama dengan guru RMT untuk memantau. Catat menu pada hari tersebut, tandatangan dah siap.. Boleh juga jadi food tester. Opsss....


Juri untuk keceriaan kelas. Erm.. juri ke orang panggil untuk catat-catat markah keceriaan kelas tu ek.. hehe. Setiap hari markah di ambil.. senang je kerja ni.. Kadang-kadang dapat ilham nak hias bilik Pendidikan Khas bila tengok hiasan kelas-kelas perdana :)

Kes-kes tertentu. Al-kisahnya kalau ada murid yang tak sihat or sakit masa tu, mesti bawa pergi klinik. Kalau luka-luka kecik tu pakai first aid jelah kan..

Dan yang terakhir.. harus tempek pic tuan empunya blog  :P



TAWARAN MENGIKUTI LATIHAN PERGURUAN DI BAWAH BIASISWA KERAJAAN JEPUN 2015 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT )


Tawaran untuk mengikuti Latihan Perguruan di bawah Biasiswa Kerajaan Jepun 2015 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT). Warga pendidik di Malaysia, Bahagian Tajaan Pendidikan telah membuka iklan Tawaran untuk mengikuti Latihan Perguruan di bawah Biasiswa Kerajaan Jepun 2015 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT).

Tarikh tutup : 24 Februari 2015
Tempat : JEPUN
Tempoh : 1 1/2 tahun (Oktober 2015 - Mac 2017)
Kategori : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
Kursus Yang Ditawarkan : Latihan Perguruan (Sijil)
Penajaan : Kerajaan Jepun
Syarat Permohonan :
  • Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2015 
  • Merupakan siswazah universiti atau Maktab Perguruan yang bekerja sebagai guru di sekolah rendah atau sekolah menengah dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar
  • Mahir dalam Bahasa Inggeris dan berkebolehan untuk belajar Bahasa Jepun
Untuk Maklumat lanjut sila klik SINI



Silent day of Wednesday #14




Lembaran kerja murid Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran)


Kenapa buat lembaran kerja? 

Kenapa tak cari dalam internet?

Kenapa tak fotastat buku ja? 

Untuk makluman semua, Murid Pendidikan Khas Integrasi ni tahap keupayaan dan kebolehan diorang tak sama dengan murid perdana. Kebanyakan buku yang dijual tak ada dalam silibus Pendidikan Khas. Cuba cari kat mana –mana kedai “Buku latihan untuk Pendidikan khas”, ” Lembaran kerja Matematik Pendidikan Khas”. Sumpah Hana tak pernah jumpa lagi T_T

Ada juga Hana beli buku latihan tahap 1 itu pun belum tentu isi kandungannya sesuai untuk murid Pendidikan Khas. Ada la dalam 2 3 helai muka surat yang dapat Hana fotostat. Muka surat lain cuma bagi idea untuk Hana mengolah balik latihan tersebut. Alih-alih kena buat lembaran kerja sendiri juga kan.

Kalau di kumpul lembaran kerja time praktikum sampai lah sekarang memang boleh buat buku dah. Tapi itu lah time praktikum tahap keupayaan murid Hana time tu tak sama dengan tahap keupayaan murid Hana sekarang. Dah kena buat lembaran kerja yang lain T_T

           



Sesekali teringat la pula


Tengah berbual dengan husben dalam fon tiba- tiba boleh pula terkeluar

"Cun tak Hana time maktab dulu?" 
Soalan buat husben garu kepala. Dah kenapa isteri aku tanya soalan macam ni hahaha

Lepas tu boleh pula Hana tertanya..

"Macam mana boleh mamat kat maktab kita tu suka kat Hana? 

"Mamat mana?"

Risau dah husben time tu huhu. Hana pun sent la gambar ni kat dia




" Tu mamat yang pakai baju putih tu. hehe "

"Ish.. gambar time bila pula nie. delete delete"

"Hahaha jauh beza juga muka dulu dan sekarang kan"

Memang pun dulu kan tak hensem sekarang kan hensem

Ok fine, Time Hana pula garu kepala. Gurau-gurau ja...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Lepas tu Hana tengok gambar Hana time maktab dulu.
Tak sangka dalam  kenalan enjoy, lepak, kecoh alih-alih kawin dengan dia yang langsung Hana tak fikir yang Hana akan berkawin dengan dia. Baget kawin dengan lalaki yang buat dup dap dup dap ala-ala iklan Dynars lagu Hello- Altimet

Lepas kahwin segala-galanya sudah berubah. Erm...macam tak ada apa-apa perubahan pun lebih-lebih lagi bila duduk berasingan nun jauh di sana.

Perkenalan kami bermula di IPG Kota Bharu tempat kami belajar selama 5 tahun setengah. Lepas tu, masing-masing bekerja di Sabah, Hana pula di Sarawak. Tapi rumah family kami di Kedah

Sepanjang kami habis belajar di Kelantan 7 November 2012 sehinggalah kami berkerja 1 Julai 2013 pun kami tak pernah jumpa walaupun jarak rumah kami 20 minit. Sehinggalah Kami berjumpa semula pada Hari Raya Haji 12 Oktober 2013. Kira setahun jugalah kami tak jumpa. Tup tup kami kahwin... 

Ok motif utama nak update blog. Kesian blog Hana kurang kasih sayang :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...