Happy 6 month


Anak Kpop mama dengan rasminya dah bolah makan solid food. Teringat mertua ada bagitau

"Nanti bagi makan air nasi mendidih dulu"
"Sebab apa?"

Disebabkan jawapannya yang diberi ada loghat kelantan terus Hana

" Haa ok ok " Dalam hati "petua orang tua dulu dulu la n"

Opss..🙊

Terus google apa kelebihan makan air nasi mendidih.
Secara ringkasnya...

  • Menurun suhu badan
  • Bekalkan tenaga
  • Rawat ekzema
  • Merawat cirit birit
Tapi yang betul-betul petua orang dulu dulu minum air nasi adalah untuk intro kepada solid food.  Banyak juga khasiat air nasi ni.

Tak sabar pula nak bagi anak Kpop mama makan strawberry hehe. Time pregnant mengidam nak makan strawberry korea yang manis takda strawberry di atas muka bumi ni yang dapat lawan kesedapan strawberry korea (hiperbola sangat). Time tu abang ipar outstation kat korea tapi dia tak singgah Namdaemum Market pula. Sampai ke sudah asyik sebut strawberry korea. Family pun cari strawberry cameron. Boleh la dari tak da..

Tup Tup keluar baby Kpop, yang sorang  lagi 'Mat Saleh' Aatif, rambut, mata warna coklat nasib tak biru, mau speaking London mama nanti. ngeee

Makanan pertama baby Kpop ni air nasi dan honeydew. 

  

Call mertua.. rupa-rupanya baby 'Mat Saleh ' Aatif dah start makan air nasi dan strawberry. Erm... terlaksana juga si Aatif makan strawberry penganti mama mengidam time pregnant. 



Tunggu Jasmin pula makan strawberry

Yeaaah Tak sabar nak buat puree..




Kamu yang terindah


Kamu yang terindah...
Kamu yang melengkapkan hidupku
Kamu yang menerangkan
Sinar hatiku pabila jiwaku sepi

Ainul Mardhiah bidadari syurga


Ainul Mardhiah bidadari syurga. Nama yang menjadi perbualan di Malaysia.



Mama tahu Ainul seorang yang kuat. Start Mama kenal Ainul, Mama selalu teringatkan Ainul. Ainul buat apa hari ni? Main dengan Walid dan Ummi ka?Dah minum ka?

Tak sabar nak tunggu Ainul sembuh.Nanti dah sembuh dapat kita jumpa kan. Mama ada anak sebaya dengan Ainul nanti dapat Ainul main dengan anak mama .

Sumbangan untuk Ainul

Ahmad Safiuddin bn Ahmad Razak Joffri
No akaun: 554110509928-Maybank
No tel : 012-2456220

Silent day of Wednesday #25




Hari Kesedihan Hana Hadi


9/5/2019

Hari ni hari sedih aku ka apa huhu. Mood suram dari pagi baget tengok movie best buat hilang sedih. Tah terbuka movie sedih pula "dia tak berdosa"huhu nak stopkan dah nak separuh jalan😢 Teringat Aatif Jasmin walaupun takda kaitan dengan movie tu.

Nak cari ketenangan
Ok bye


Terima kasih Nuffnang


Terima kasih Nuffnang.Sepanjang berblogging ni banyak iklan yang sentiasa "on going" di Blog Hijau itu Duniaku. Terima kasih juga kepada pengunjung yang datang mungkin mencari info berkaitan subjek di IPG. Mungkin dalam diam-diam ada pengunjung misteri. treng... teng... teng...

Yang tak bestnnya bila rakan-rakan seperjuagan blogging ni menyepi tanpa khabar berita Boni Kacak, Jaa Kechik, Ayee. Domain diorang tak aktif huhu. Ayee pula, blog dah remove.. huhu Adakah Blog Hijau Itu Duniaku akan menyepi lalu menghilang. T_T Pleaase rakan-rakan yang lain munculkan diri...

Walaupun tak pernah jumpa, melalui penulisan dah dengan hanya memberi komen dah cukup membuatkan kami rapat dan tak lupa juga banyak kenangan pahit manis bila ada rakan alam maya . Pssst.. pernah juga main serang blog orang hahaha Rindunya kat semua..

Hari ni tergerak hati pula nak tengok statistik Nuffnang...



Alamak terhenti di 12 Julai 2017... Lama juga iklan Nuffnang tak menari-nari dalam blog ni T_T. Tak mau tak mau merajuk ye Nuffnang. Nanti Hana up lagi ok. ngeeee

Tiba-tiba jadi semangat balik bila tengok



Bila nak cash out ni. Biar beranak dulu lah kan hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...