One step closer


Done...

Next step ???

Wait and see

Mission 2018, here I come!!!

Related image

P/s: Tahniah Jaa Kechick selamat lahir baby ke-2 :) teringat kat Fikri

Rindu Tok dan Wan


Tiba di kampung...

Baru teringat kat Teh "bila nak balik. Semalam sembang dengan Wan, Teh cuti sekolah bla bla bla.."

Tadaaa... cucu kesayangan dah balik ni..

Kadang-kadang sampai kampung ada satu perasaan sedih + gembira. Kampung ni tempat Hana membesar. Tok dan Wan jaga Hana lebih kasih sayang dari segala galanya.

Sebut je cucu Wan Harun "ni Ceq Puteh ka?besaq dah noo..  yang ni ka Wan duk usung pi kebun getah ni.." *hoolaa yang ni

Dekat ja pun kampung Hana dengan rumah family dalam 30 hingga 40 minit macam tu. Boleh nak pergi selalu tapi itulah kalau cuti sekolah seminggu dah kena berbahagi hari untuk tinggal di rumah family, mertua dan kampung.Tu belum masuk rumah sendiri dan  cuti-cuti Malaysia lagi.

Wajib cuti sekolah mesti balik kampung. Kalau tak balik tak lengkap cuti sekolah. Rasa bersalah teramat sangat. Lagi bersalah bila time nak tinggalkan Tok dan Wan  T_T

Hari tu cuti Raya Haji seminggu. Memang sibuk urus birthday Abah, urus rumah sendiri, hospital lagi. Hari-hari fikir bila nak balik kampung Pendang ni. Raya tahun ni asalnya Pendang tapi tukar ke Perak. Masih ada hari yang tak ada buat apa-apa ka. Sehari sebelum balik Kuching, berkesempatan juga balik kampung itu pun sejam lebih ja kat kampung. Menyelit masa dengan urusan keperluan balik Kuching. Yee memang word pertama yang keluar dari mulut Tok

"Ingat Teh tak balik?" "Hari-hari duk pikiaq Teh.."

*Ya Allah jangan cakap macam tu, sedih sngat mesti tok berharap kepulangan cucu dia.

Tak sabarnya nak balik kampung jumpa Tok dan Wan. *baru dapat panggilan suruh turun KL cuti Depavali nanti ada urusan T_T tu yang terus terlintas kampung. Masih ada harapan ka cuti sekolah ni untuk Hana balik kampung.



Mood rindu kat Tok dan Wan.  T_T


Sambutan Hari Malaysia 2017 SK Sampadi


Lama menyepi. tak berkesempatan nak blogwalking.. sorry rakan alam maya sekalian

Kali ni entry berkaitan Hari Malaysia yang di adakan di sekolah Hana pada 21 September 2017. Kali ni Hana ditugaskan sebagai AJK Persembahan.. Idea asal lain tapi yang jadinya lain Tarian Kipas. jadi kareografi la pula kan..

Tadaaa.. bersama penari kipas cina dari tahun 4. Ada penari baru nampaknya :) latihan lebih kurang seminggu juga lah so hasilnya toorrbaaik..

       

Balik ke topik Sambutan Hari Malaysia SK Sampadi..

Majilis di mulakan

Berkumpul di tapak perhimpunan untuk perarakan. Pertandingan perarakan merdeka pun ada juga tau.. Kat sini lah juri menilai kelas mana yang memenuhi ciri-ciri perarakan yang terbaik. Bukan setakat pertandingan perarakan je pertandingan basikal hiasan pun ada

     

    


Comey ngat aihh baju depa..

     
Selfie sekeping dua

Beratur dah nak berarak dah ni



Pukul 8 pagi. Nak ke arah panas dah tu.. Cobaann..


   

Dari hujung kampung ke hujung kampung.. Hana pun first time berarak ni sebelum ni dari pintu belakang pagar sekolah ke pintu pagar depan sekolah je.ngeee..

Setelah selesai berarak. murid berkumpul semula di tapak perhimpunan untuk gimik perasmian majlis.


Seterusnya pertandingan mewarna

   
Lepas mewarna

Semua berkumpul di dewan majlis aka kantin. Ada pertandingan sajak dan pertandingan pakaian bendera. 

Tarian Penyapu pembuka majlis. Hana pun tak pasti betul ke tak Tarian Penyapu. huhu


diikuti dengan nyanyian lagu Merdeka dari anak-anak prasekolah


Lepas tu pertandingan di mulakan

      
Pertandingan sajak

Pertandingan Pakaian Bendera

Masa ni Hana tak tengok sangat sebab Hana kerja di sebalik tadbir, persiapan penari-penari Tarian Kipas..

      
Siap make-up terima kasih jurusolek Hana import dari PPM Prasekolah :)


Comeykan kan kan termasuk cikgu depa sekali ^_^

Sementara menunggu hakim mengira markah. Persembahan Tarian Kipas mengambil tugas menyelit di situ

     
 Cantikan tengok lah anak didik sapa. hahaha *riak di situ

Meh layan video persembahan ni tak menyesal punya ..


Video tak habis time penutup tapi apa-apa pun. TQ videographer.. muaah ciket

Majlis penyampaian hadiah

Banyak sebenarnya macam hadiah untuk keceriaan kelas, perarakan, pertandingan mewarna, sajak, hiasan basikal dan ada beberapa pertandingan yang berlaku sepanjang bulan kemerdekaan

      



WAJIB...👆👆👆


Birthday Celebration Abah


Perancangan seawal 3 bulan sebelum celebrate birthday abah pada 1 September. Create group private wassup family ada mak, abang, kak ipar, Hana, husband and adik (Syifa). Plan start dari abang lepas tu mula lah plan itu ini. Tak sabar pula nak suprisekan kat abah :)

Ingat biasa-biasa ja just makan-makan tapi bila dah tetapkan tema pink putih rasa buat kat dewan besar pula ada tema segala bagai. ngeee tapi kenapa pink? Hana tak ada baju pink T_T Putih lagi lah tak ada T_T

Kami tetapkan hadiah.. Hadiah ni kami tau dari dulu lagi Abah nak beli handset. Tapi abah kata selagi boleh pakai dia tak nak tukar. Syifa main peranan untuk handle bahagian handset, sebab dia ja yang ada kat rumah, yang lain semua duduk jauh, buat-buat tanya abah pasal handset.

Tadi Syifa ada tanya abah pasal handset...Abah suka Sony Ericsson
Mana ada Sony Ericsson dah sekarang
Oppo pun ok?
Samsung bateri problem...
Bla.bla..bla..

Mak handle bahagian makanan..
Hana handle persiapan tempat (hiasan) dan kek..
Abang beli hadiah

Macam-macam yang jadi sepanjang preparation ni..

  • Cadangan nak suprise malam 31hb Ogos tapi 31 Ogos cuti Merdeka. Alahai tak dapat nak buat suprise time abah balik kerja. So ubah plan..
  • Malam 31 Ogos, Syifa or mak ajak abah keluar beli barang dapur tapi 31 Ogos abah balik kampung Perak dari pagi tapi tak pasti balik bila. Kalau macam tu dapatlah suprise kan abah.. Tapi..
  • Abah cal mak : abah tak mau balik, esok baru dia balik.. Alamak macam mana ni
  • Mak suruh juga abah balik dan esok pagi-pagi kita semua balik Perak kan Raya Haji kat sana. Sepatutnya Raya Haji kat Kedah ja. hahaha Padahal dah 80% dah prepare untuk suprise ni. Nak minta balik punya pasal T_T
  • Nak beli kek Secret Resipe tapi yaa ampun... orang berbaris sampai luar kedai promosi merdeka katanya.. Terus ke Baskin Robbins, ramai juga tapi tak seramai tadi. Dalam hati memang nak kek baskin sebab 100% kek ice-cream. hehe Yeaaah dapat makan kek baskin kali ke2
  • Baget abah balik malam. Tapi lewat petang abah dah balik..  Nasib Hana sempat beli belon helium simpan dalam bilik. Kek dah Hana letak dalam peti ais rumah 1 lagi. Lagipun hadiah masih tak sampai lagi.hehe

Abah masuk rumah, tanya "Nak buat apa ni (smbil tengok alat stimboat)" Mak yang explain. Tugas mak kan. ngeee. yang lain berlakon sapu sampah, lipat baju, tengok tv. Dalam wassup private "bila abah nak masuk bilik ni?" "Macam susah ja nak ajak abah kuar satgi kan abah baru balik"  

So lepas abah masuk bilik kami bincang dan atur tempat sepantas kilat. Suprisekan abah time abah keluar bilik

Time seting

yang ni lah yang abah tegur tu "Nak buat apa ni?"

                
Ikan salmon. udang galah, ketam, daging, brokoli & bunga kobis, sotong kembang, isi-isi seafood, sawi apa tah, cendawan & kulat, kambing, ikan (luar kawasan)


Set up kek

Bila dah cair dapat simpan cair tu letak dalam freezer nanti jadi ais balik :)

         
Susun atur belon dan meja


Pakat takut nak letupkan benda alah tu 

PA Sistem (laptop) siap sedia dengan lagu birthday, penembak reben party siap sedia, videographer photographer, penyambut abah. Semua siap sedia dah. tunggu abah keluar ja. Jangan tak keluar sudah T_T Entah macam mana mak buat tah suruh abah pakai baju yang cun dengan tema. ngeee

So... Suprise...
 
Memang gempak

Time ni lagu birthday dimainkan

 

             
Happy Birthday abah yang ke 57 :)


Family kecil Hana :)


Anak-anak abah : ) 
Hana tudung pink sebelah abah. Baju Hana di sponser oleh Syifa. Ok baju tu besar tapi tak apa janji ikut tema

       
Nyuuumeessss...
Salmon dan kulat bakar sangat sedap ok

Ikan kerapu kot yang bakar ni


Pandai juga Hana pilih belon warna ni. ngee puji diri sendiri

Nak beli 5 belon takut tak muat kereta tapi bila di fikir balik ruang besar. Minta tambah belon bagi jadi 10 memang penuh kereta. Nasib kereta tak terbang :P

Majlis start pukul 8 macam tu lah, habis pukul 1 pagi. Sembang santai 2 jam. Imbas kenangan kami satu keluarga. Lawak lawak tak sedar dah masuk pukul 1 pagi. Esok Raya Haji balik Perak pula

Makanan yang tak habis di pospone pada malam keesokan harinya

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Megi Tomyam Udang Ketam.. 
dan
Nasi Dagang Ikan Tongkol import dari mertua. ngeee.

Perrgghhh 






Buat kat tepi rumah. Angin sepoi-sepoi bahasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...