Rindu Tok dan Wan


Tiba di kampung...

Baru teringat kat Teh "bila nak balik. Semalam sembang dengan Wan, Teh cuti sekolah bla bla bla.."

Tadaaa... cucu kesayangan dah balik ni..

Kadang-kadang sampai kampung ada satu perasaan sedih + gembira. Kampung ni tempat Hana membesar. Tok dan Wan jaga Hana lebih kasih sayang dari segala galanya.

Sebut je cucu Wan Harun "ni Ceq Puteh ka?besaq dah noo..  yang ni ka Wan duk usung pi kebun getah ni.." *hoolaa yang ni

Dekat ja pun kampung Hana dengan rumah family dalam 30 hingga 40 minit macam tu. Boleh nak pergi selalu tapi itulah kalau cuti sekolah seminggu dah kena berbahagi hari untuk tinggal di rumah family, mertua dan kampung.Tu belum masuk rumah sendiri dan  cuti-cuti Malaysia lagi.

Wajib cuti sekolah mesti balik kampung. Kalau tak balik tak lengkap cuti sekolah. Rasa bersalah teramat sangat. Lagi bersalah bila time nak tinggalkan Tok dan Wan  T_T

Hari tu cuti Raya Haji seminggu. Memang sibuk urus birthday Abah, urus rumah sendiri, hospital lagi. Hari-hari fikir bila nak balik kampung Pendang ni. Raya tahun ni asalnya Pendang tapi tukar ke Perak. Masih ada hari yang tak ada buat apa-apa ka. Sehari sebelum balik Kuching, berkesempatan juga balik kampung itu pun sejam lebih ja kat kampung. Menyelit masa dengan urusan keperluan balik Kuching. Yee memang word pertama yang keluar dari mulut Tok

"Ingat Teh tak balik?" "Hari-hari duk pikiaq Teh.."

*Ya Allah jangan cakap macam tu, sedih sngat mesti tok berharap kepulangan cucu dia.

Tak sabarnya nak balik kampung jumpa Tok dan Wan. *baru dapat panggilan suruh turun KL cuti Depavali nanti ada urusan T_T tu yang terus terlintas kampung. Masih ada harapan ka cuti sekolah ni untuk Hana balik kampung.



Mood rindu kat Tok dan Wan.  T_T


3 orang dah komen :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...