"Slendrina The Cellar" Cabaran untuk korang yang berani


"Slendrina The Cellar" Nama yang sangat indah tetapi permainan yang tak seindah nama T_T. Korang pernah dengar game ni? Boleh download game di play store or app store. 


Wujud juga game horror macam ni T_T

Slendrina, hantu perempuan yang hanya di dalam game bukanya kisah benar. Game ini memerlukan kita mencari 8 buah buku di ruang bawah tanah. Untuk mencari buku, terdapat juga pintu yang berkunci dimana kita perlu mencari kunci untuk membuka pintu tersebut supaya membolehkan kita melalui lorong itu. Dalam perjalanan mencari buku itulah kita akan bertemu dengan Slendrina

CARA PERMAINAN


Ada beberapa tips untuk kita menang dalam game ni supaya kita tidak bertemu dengan Slendrina
1. Perlu berani. 
2. Walau takut macam mana pun korang, korang mesti teruskan perjalanan, jangan melihat belakang
2. Jangan banyak berdiam dan berputar atau berhenti berlari.
3. Cari kunci dan masuk ke semua pintu, Bila jumpa kunci, jangan diam lama-lama nanti Slendrina muncul
4. Kalau berjumpa Slendrina jangan diam lama-lama nanti akan 'game over'. Terus berlari!!!
5. Jika 8 buku telah jumpa, cari pintu yang bertulis 'EXIT'

Nota :  Kesalahan yang dilakukan adalah perasaan takut. Apabila bertemu Slendrina, kita tidak bergerak, padahal kita ada waktu untuk berlari. Ikut tips di atas.

Hana sudah try main. Kali pertama main


Buka pintu.. jalan... jalan mati, patah balik and.. Warrggghh

Kenapa Hana? (Housemate bilik sebalah)
Apa punya game ni..(terus tekan button back to menu)

Bla.. bla... bla.. cerita kat kawan Hana tu.

Tarik nafas jap..
Hana boleh. cayok cayok cayok

Kali ke dua main

Ok Start

Memang tak bergerak la Hana duduk kat lorong tu. 
pusing..pusing.. (takut nak jalan  T_T)
Jalan sikit patah balik
pusing.. Warrgghh (Terlepas handset dari tangan)
Hana tak bergerak pun benda tu da kat sebelah T_T
*Tak aplikasikan tips

Cukup lah setakat ni. Satu buku apa pun tak jumpa. Apatah lagi kunci. Tunggu ada kekuatan baru main pula T_T

Kalau tak faham cubalah main walaupun sekali, Perasaan korang masa tu memang berada di alam nyata. 

INGAT, JANGAN TENGOK BELAKANG !!!


Silent day of Wednesday #20





A Shoulder To Cry On


Sedang berbual rancak dalam kereta, Hana terdiam seketika, menangkap sebaris ayat lagu yang dimainkan di radio.

Masing-masing diam, menghayati dan melayani fikiran masing-masing. 

video

 "A shoulder to cry on" by Tommy Page.

Ringkasan translate lagu 

Hidup ini penuh dengan suka duka 
yang membuat kamu rasa jatuh 
Aku tidak sanggup melihat kamu jatuh 

Aku sukar mengerti perasaan yang kamu alami 
Sebab banyak rahsia kamu simpan 
Tapi mungkin kamu berasa tenang
jika aku menemani mu berjalan-jalan 

Jika kamu perlukan tempat sandar (bahu) untuk menangis
Jika kamu perlukan kawan yang boleh dipercayai 
Saat tiada sesiapa pun di dunia 
Kamu tak akan sendirian 
kerana aku ada 

Saat kamu merasa diri tidak berguna 
janganlah menyerah 
kerana aku akan membantu kamu untuk bertahan 

Menemanimu setiap waktu
Akan aku selalu mengenggam tangan kamu dengan erat 
Tidak peduli apa orang kata
Cinta kita perlu bertahan 



Cerita Santai " KONG : Skull Island "



SINOPSIS Kong: Skull Island

Sinopsis 
Para saintis, tentera dan penyelidik menjalankan kajian ke atas pulau yang berbentuk tengkorak yang tidak terdapat di dalam peta. Semua orang tak tahu sebenarnya, mereka datang tidak hanya mengkaji pulau tersebut, Salah seorang penyelidik yang niatnya ingin membuktikan kewujudan dinasour di situ.  Dia melepaskan bom untuk menarik perhatian dinasour yang pada sangkaan orang lain ingin mengukur keluasan pulau tersebut.Hal ini menimbukan kemarahan Kong.

Sudah berjanji dengan Si Kecik ni nak bawa pergi Giant. Tapi Hana yang boring, Giant ada apa T_T . 

"Fira, kita tengok cerita Monyet Besar nak x? ngeee. Lepas tu baru kita pi Giant ok"
"OK"

Dengan tak bawa pampers, bear dan susunya, pergilah tengok Kong dengan harapan dia tak minta susu.

Sebelum ni tengok wayang, tak sampai 30 minit dia dah tidur tapi kali ni dia tak ada unsur-unsur nak tidur 😥

Awalnya dia boring juga. 

"one, two, three.... mak su lepas three apa?"
"Four.. Ishh diam.. nanti ada monyet besar"
"Ok. shhhh.. sambil tutup mulut"

Mak su tu pa?
"Itu labah-labah besar"

Labah-labah, kerbau, cicak, ular, burung semua di sebutnya.. semuanya besar dan menakutkan. Bukan semata-mata Kong ja dalam cerita ni



Tau takut, tak ada lagi nak one, two, three . ngeeee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...