"Slendrina The Cellar" Cabaran untuk korang yang berani


"Slendrina The Cellar" Nama yang sangat indah tetapi permainan yang tak seindah nama T_T. Korang pernah dengar game ni? Boleh download game di play store or app store. 


Wujud juga game horror macam ni T_T

Slendrina, hantu perempuan yang hanya di dalam game bukanya kisah benar. Game ini memerlukan kita mencari 8 buah buku di ruang bawah tanah. Untuk mencari buku, terdapat juga pintu yang berkunci dimana kita perlu mencari kunci untuk membuka pintu tersebut supaya membolehkan kita melalui lorong itu. Dalam perjalanan mencari buku itulah kita akan bertemu dengan Slendrina

CARA PERMAINAN


Ada beberapa tips untuk kita menang dalam game ni supaya kita tidak bertemu dengan Slendrina
1. Perlu berani. 
2. Walau takut macam mana pun korang, korang mesti teruskan perjalanan, jangan melihat belakang
2. Jangan banyak berdiam dan berputar atau berhenti berlari.
3. Cari kunci dan masuk ke semua pintu, Bila jumpa kunci, jangan diam lama-lama nanti Slendrina muncul
4. Kalau berjumpa Slendrina jangan diam lama-lama nanti akan 'game over'. Terus berlari!!!
5. Jika 8 buku telah jumpa, cari pintu yang bertulis 'EXIT'

Nota :  Kesalahan yang dilakukan adalah perasaan takut. Apabila bertemu Slendrina, kita tidak bergerak, padahal kita ada waktu untuk berlari. Ikut tips di atas.

Hana sudah try main. Kali pertama main


Buka pintu.. jalan... jalan mati, patah balik and.. Warrggghh

Kenapa Hana? (Housemate bilik sebalah)
Apa punya game ni..(terus tekan button back to menu)

Bla.. bla... bla.. cerita kat kawan Hana tu.

Tarik nafas jap..
Hana boleh. cayok cayok cayok

Kali ke dua main

Ok Start

Memang tak bergerak la Hana duduk kat lorong tu. 
pusing..pusing.. (takut nak jalan  T_T)
Jalan sikit patah balik
pusing.. Warrgghh (Terlepas handset dari tangan)
Hana tak bergerak pun benda tu da kat sebelah T_T
*Tak aplikasikan tips

Cukup lah setakat ni. Satu buku apa pun tak jumpa. Apatah lagi kunci. Tunggu ada kekuatan baru main pula T_T

Kalau tak faham cubalah main walaupun sekali, Perasaan korang masa tu memang berada di alam nyata. 

INGAT, JANGAN TENGOK BELAKANG !!!


4 orang dah komen :

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Macam manarik game ni. Boleh nak cuba juga.

Jobdirumah Buat Duit said...

Nak main juga. Menarik game macam ni.

aswadz said...

tau pasal game ni. tp belum tergerak lagi hati utk main. hehehe...

Anonymous said...

Ad byk lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...