Only someone special can into my world. But who?



Only someone special can into my world. But who ?
It's not time to worry yet
I'm happy with my own life
Thank you for understanding me

I know
If someone wants to be a part of my life
They make a effort to be in it
So what do you think?

I already told
Only someone special can into my world
Maybe you, you, you or anyone else
who understand me

Betul ke ayat Inggeris Hana ni asalkan sedap bunyi sebutan ok la tu. haha.. Ehem English Teacher kan. Entri lepas ni ber'Inggeris' lah Hana :). Tapi kenapa ada murid panggil Hana Ustazah. Habis semua gelaran Hana bolot cikgu, ustazah dan teacher. Auk jak.. :)

P/s : Entry layan perasaan.

Selesai semua masalah


Alhamdulillah masalah semua sudah selesai,

Pasal kunci laci tu masih tak dapat jumpa kunci tapi Hana berjaya membuka laci tersebut tanpa mengunakan kunci.. Yeaaahaa. Hana gunakan gun***g. Mula-mula risau jugak nak buat sebab takut merosakkan harta benda sekolah.. hehe Hana tekad juga nak buat. Tanpa meninggalkan kesan, laci tersebut berjaya di buka..Syukur..

Pasal perfume Paris Hilton pula, Hana dah berjaya mendapatkannya..Baget Hana RM150-RM200. 2 hari 2 malam Hana meng'goggle' perfume ni. Hana pun nak best price juga :) Maklumlah gaji tak dapat lagi.huhu

Terima kasih kepada para blogger yang membantu Hana mencari perfume Paris Hilton. Baru Hana tau perfume tu namanya Paris Hilton Classic. huhuhu


Ucapan terima kasih kepada Nenot, biskutcelup dan Perfume Lurve yang sudi membantu Hana dan yang melayan kerenah Hana. Eh tak kerenah sangatlah. Hana sebenarnya tak pernah beli secara online. Jadi was-was sikit nak membelinya..

P/s:  Aktiviti blogwalking bermula :)


Malangnya nasib di hari pertama persekolahan


Malangnya nasib di hari pertama persekolahan selepas Hari Raya. Korang kena dengar baca rintihan Hana ni.. sedih tau

Begini kisahnya....

Hana memang semangat nak pergi sekolah hari pertama ni. Nak jumpa 'kekasih hati' mestilah semangat. Muka Hana jangan cakap lah, senyum dan ceria je..

Letak beg atas meja guru. Lepas tu terus buka laci nak ambil barang, Ya Allah kunci laci tak bawa. Spoil mood Hana masa tu. Tapi still tersenyum. Macam mana nak buka laci tu.. Ada buku Rancangan Pengajaran kot dalam tu..Lepas tu Hana fikir, di mana sebenarnya kunci laci tu. Hana langsung tak ingat pasal kunci laci tu. Ok relax, tarik nafas, hembus..Balik rumah nanti cari dalam beg.

Masa ke 6 dan 7 (sejam) Hana ada 'sit-in' iaitu kelas ganti untuk subjek Bahasa Inggeris tahun 2. Hana pun nak prepair lah apa yang di ajar nanti. Hana pun nak buka file dokumen.. Ya Allah, file dokumen tak bawa. Padahal malam tu dah susun dokumen dalam file tu untuk di bawa ke sekolah esok. Muka Hana tegang dah. Marah kat diri sendiri. Kena buat muka plastik ni nak masuk kelas nanti. Senyum peace.... Jadi Hana masuk kelas tahun 2 ajar spelling ja..


Balik rumah, Hana terus cari kunci sampai tertidur.. Tidur tu pula Hana termimpi. Mimpi dalam mimpi korang tau tak? Hana mimpi murid sekolah buli Hana.Diorang buat baik dengan Hana sebab diorang nak ambil kesempatan entah macam mana entah, mimpi tu panjang.. nak cerita pun 1800 patah perkataan juga. Bangun dari tidur, ish betul ke mimpi tu? tak mungkin lah. mimpi je tu..

Malam pula Hana meneruskan misi mencari kunci. Hana rasa macam Hana nak balik Kedah nak cari kunci tu sendiri. Hana sendiri pun tak tahu kunci tu ada kat mana.. Telefon mak suruh tengok kunci laci ada tak dalam almari.. Tapi tiada. Wuaaaaaa.. Kunci, di mana kau sebenarnya? Hana teruskan mencari...

Tengah mencari kunci tiba-tiba tangan Hana terkena  perfume Paris Hilton dalam botol kaca roomate Hana. Perfume jatuh dari meja ke lantai terus pecah. Habis cecair perfume tu tumpah.. Banyak kot tumpah. Dia kata tak apa lah.. Tapi Hana nak ganti balik la.. mesti mahal..
Korang tolong cari web mana yang jual perfume ni.. Hana cari dah tapi bukan dalam ringgit Malaysia..
Please help me..

Berbuka puasa di dalam flight


Sebelum ni Hana ceritakan pasal pengalaman Hana mem'booking' tiket flight KLIK SINI.
Kali ni Hana nak ceritakan pengalaman Hana naik flight dari Kuching ke Penang + berbuka puasa di dalam flight.

Smooth je perjalanan Hana dari  Kuching ke Penang sebab 3 hari sebelum tu Hana dah servey persekitaran airport Kuching untuk memastikan keselamatan Hana terjamin. Ceaahh... tak lah. Hana dah servey tempat check in beg, kaunter pembungkusan barang dan segala jenis kaunter.

Flight Hana 7.10 malam. Waktu berbuka puasa di Kuching puasa adalah 6.54 petang. Erm.. memang tak sempat lah Hana berbuka sebab kena check in 30 minit awal. Hana beli air mineral dari luar bawa masuk flight. Shh.. jangan bagitau orang tau.. hehe Perjalanan Hana dari Kuching ke Penang ambil masa selama 2 jam. Sabar ye perut. Nanti kita makan besar di Penang. hehe

Nak di jadikan cerita tempat duduk Hana di tengah. Hana tengok orang sebelah kiri dah buka menu untuk order makanan berbuka puasa. Hana tengok orang sebelah kanan. Erm.. tiada aura-aura nak order makanan pun. Hana memang nak order makanan walaupun semua makanan mahal dalam lingkungan RM15 hingga RM35. Air pun dah RM6. Saja ja nak merasai pengalaman berbuka puasa dan membeli makanan dalam flight. hehe

Memang Hana dah fikir sebelum naik flight lagi pasal makanan ni. Kalau Hana order makanan. Orang sebelah tak order makanan. Rasa macam diri Hana ni pentingkan diri sendiri pula. Padahal orang sebelah ok je tak kata apa pun. Jadi Hana ambil keputusan tak order makanan. Biar orang sebelah kanan Hana je order makanan. Kira tak terasa sangat kalau orang sebelah kiri Hana tak makan sebab Hana pun join tak makan. Ada juga Hana pelawa dia minum air mineral. Tapi dia kata tak apa :)

Berselera je orang sebelah kanan Hana makan roti apa tah nama makanan tu.. Tak apa demi menjaga keamanan di dalam flight. Hana sanggup berkorban perut. Ok tiada kaitan pun sebenarnya.. Semua tu perasaan Hana je rasa bersalah nak makan bila orang sebelah tak makan. Kalau Hana bagi dia sikit makanan pun memang makanan beli di flight sikit pun.  Macam mana nak bagi. hehe

Sebelum naik flight, sempat juga Hana berjalan-jalan sekitar Kuching. Penat juga dengan panasnya lagi.                                        
           
Kawan sekelas IPG Kota Bharu, Sekarang ni kami di bawah satu PPD (Pejabat Pelajaran Daerah)

Sampai Penang, pak su terus cari kedai makan. Mengikut kiraan Hana, 25 jam tak makan sebab sahur Hana tak bangun pun. Lepas makan. pergi jalan-jalan sekitar Penang. Ok firstime tengok Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Queensbay Mall Penang.

      
 Sepupu

Hana bermalam di Penang rumah pak su. Esok tu baru balik Kedah 
Terasa hari tu Hari Jalan-Jalan Sedunia :)

P/s : Entry 2 minggu lepas punya cerita :P

Hari Raya 2013 Guinness Book of World Records


Seriusly memang Hari Raya 2013 boleh masuk Guinness Book of World Records sebab Hana tak beli segala kelengkapan Hana termasuk baju raya..Hehehe. tak sempat nak beli sebab jadual Hana dah tersusun untuk aktiviti lain.. Entri raya pun Hana tak sempat nak buat.. Tapi sempat juga Hana blogwlking wish Selamat Hari Raya di blog korang kan kan :)

     

Jom check it out jadual Hana sebelum menjelang Hari Raya 8hb Ogos

Sabtu 3hb Ogos
Malam 3hb Hana dah bertolak dari Kuching ke Penang. Entri first time berbuka di dalam flight akan menyusul nanti :) Tapi Hana tak terus ke airport. Pagi dan petang ni Hana jalan-jalan di Kuching ibu negari Sarawak..

    

Sampai Penang. jalan-jalan Penang pula.. Penang memang meriah ditambah dengan jem. hehe Memang hari tu Hari Jalan-Jalan Sedunia

Ahad 4hb Ogos
Sampai rumah di Kedah. Banyak masa di habiskan dengan sembang-sembang dengan family. Hana ingat Hana orang yang terawal balik rumah. Rupa-rupanya adik beradik lain dah sampai awal. Best berkumpul 5 beranak berbuka puasa di rumah.

Isnin 5hb Ogos
Reunion a.k.a berbuka puasa dengan ex form 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir.. Lama kami tak jumpa kira-kira 8 tahun macam tu. Sembang di restoran tu sampailah kami ubah haluan ke Park Avenue Bowling Centre. Hana sampai rumah kira-kira pukul 10.45 malam. Lewat juga bagi Hana tapi tak salah pun.. 8 tahun tak jumpa jadi banyak cerita yang nak dikongsi.

Credit to : Kawan

Selasa 6hb Ogos
Hana balik kampung seorang diri.. Hana bermalam di kampung.. Kemas-kemas apa yang patut untuk menyambut Hari Raya..

    

Rambutan tu macam memanggil Hana suruh di makan.. Kalau tak puasa dah lama Hana ngap..

Rabu 7hb Ogos
Family datang kampung untuk berbuka puasa kat sini. Masa ni meriah betul sebab 2 family besar berkumpul. Dalam pukul 10 malam Hana balik rumah. Sempat juga Hana lalu dekat bandar Sungai Petani. Pergh.... last-last minit orang bershopping di jam besar tu.. Tapi cantik pula Hana tengok sebab dihias dengan lampu-lampu yang berwarna warni..

Khamis 8hb Ogos
Selamat Hari Raya !!! Hana bertolak ke Perak. kampung satu lagi..

See.. tak sempat nak beli baju raya.. Pakai ja apa yang ada..
Apa-apa pun.. nikmatnya makan masakan utara. Masih berjinak-jinak dengan masakan Sarawak.

P/s: Aktiviti blogwalking bermula.. Tak sabar nak baca entri raya korang..

when I'm officially a teacher


when I'm officially a teacher....
Ada yang rindu kat Hana tak? hehe stop joking. Ok i'm back with some picture of my own snap.
Betul ke tak ayat BI Hana ni..Hehe


Lama juga Hana tak letak gambar sendiri dalam Blog Hijau ni
Last entry bergambar Hana pada 4 Jun 2013 iaitu entri Keterujaan Berkonvo-Topi Jatuh. Apa belum baca entri tu? Klik SINI 


Tak sangka pula dapat kad raya dari murid tahun 2 rasanya. Walaupun biasa-biasa (handmade) sahaja tapi amat bermakna buat Hana. Pertama kali dapat kad raya secara officially bergelar cikgu. Rasa terharu pula.

Sekolah Kebangsaan Sampadi, Lundu Sarawak


     
KIRI- yang setingkat tu bangunan pentadbiran sebelah bangunan pentadbiran tu asrama
KANAN - yang 3 tingkat tu bangunan kelas. 1 aras 3 kelas. Aras atas sekali tu ada bilik-bilik khas

Kitak tauk sik ???


Kitak tauk sik, yang kamek kinektok tengah cuti sekolah 2 minggu. Lamak gilak. Kitak orang cuti barapa hari? Bok kamek tauk, kelakar Sarawak best gilak. pande sik kamek kelakar sarawak? Endak ku pande ek kelakar Sarawak. Kamek mintak maaf. Boleh nolong kamik sik madah kamek ayat yang salah?

ditransletkan menjadi ....

Kamu tahu tak, saya sekarang tengah cuti 2 minggu. Lama sangat.. Korang cuti berapa hari? Baru saya tahu, cakap Sarawak best sangat. Pandai tak saya cakap sarawak. Saya tak pandai la cakap Sarawak, Saya minta maaf. Boleh tolong saya tak beritahu saya ayat yang salah?

* apa la yang Hana merapu ni kan. huhu


Waah tepuk tangan untuk diri sendiri..Excited betul Hana nak belajar Bahasa Sarawak sebab I'm fall in love. Betul.. cuba baca entri INI.

Selama sebulan Hana berada di Sarawak, tak pernah lagi kan Hana update pasal sekolah dan tempat-tempat menarik di Kuching. Nak tahu sebab apa? Sebab kad reader tak bawa jadi tak boleh nak tranfer gambar.. Oleh sebab itu, Hana tangguhkan entry bergambar 'cam best' Hana tu.

Lepas je entri ni di publish Hana akan update gambar Hana tempat-tempat menarik di Kuching (tak banyak pun sebenarnya)

Korang kena bersiap sedia supaya masa korang online tu smooth je perjalanan scrollbar korang ek.. hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...