Pengalaman lebih mahal dari harga tiket Airasia


Pengalaman lebih mahal dari harga tiket Airasia. Nampak tak motif entri Hana kat situ? 

Masa mula datang Sarawak KPM yang uruskan semua. Sekarang tibalah masa untuk Hana beranikan diri dan belajar cara nak booking tiket flight sehinggalah Hana naik flight. Cuti Hari Raya dah confirm jadi Hana mestilah nak balik semenanjung, 2 minggu cuti wehh. Sekarang, perkara pertama yang timbul di otak Hana ialah "macam mana kalau tersalah naik flight", "macam mana kita nak tau kaunter tu untuk check in", "kalau flight terlepas". 


Hana pun buka Web Airasia. Pertama kali Hana buka web ni. Macam mana rupa agaknya web tu. hehe Nasib Hana baik sebab ada flight dari Kuching terus ke Penang. Dari Penang ke Sungai Petani (rumah Hana) dalam 45 minit. Kalau transit-transit mau mati kutu Hana sorang-sorang kat KLIA  (kalau transit). Hana teringin juga nak mencuba transit KLIA sebelum ke Penang. Tapi disebabkan Hana pertama kali naik flight secara personal jadi Hana cuba dululah yang direct ke Penang

Hana ada juga baca dari blog "cara mendapatkan tiket murah Airasia". Hana usaha tidur lambat  2 3 hari kot-kot ada tiket murah boleh terus Hana booking balik Penang. Tapi hampeh, tiada murah pun. Tapi satu malam tu Hana tidur awal. Akak housmate Hana kata tiket Airasia murah malam semalam. huhu sampai hati Airasia buat Hana macam ni.. Time Hana tidur lambat tak pula tiket murah

Esok tu Hana booking je lah tiket flight pagi Kuching-Penang pergi balik berharga RM7++. Disebabkan masalah teknikal Hana terpaksa tangguhkan booking tiket dan 3 hari  (3 minggu sebelum cuti) lepas tu Hana booking semula. Mak ai.. naik harga RM9++. belum masuk duit bagasi dan sebagainya. Banyak betul bezanya.. Hana call Abah " bla. bla...bla... tak apa ambil fligh malam pun boleh nanti Acu ambik kat Airport". Terus Hana booking tiket tersebut kang kalau tunggu nanti naik harga pula. Harga tiket flight malam Kuching-Penang pergi balik berharga RM8++ setelah ditolak tambah :) 

Pengalaman sangat berharga, tidak dapat dibeli dan tidak boleh dijual. Kalau tiket (barang) semahal-mahal mana pun ia, kita tetap akan beli kerana kita memerlukannya :) 

Inilah pengalaman pertama Hana mem'booking' tiket flight Airasia. Nanti sampai Kedah, Hana ceritakan pula pengalaman Hana dari jejak kaki di Airport Kuching sampailah kaki Hana jejak Airport Penang

Pengajarannya di sini :-

  • Belilah tiket awal-awal kalau boleh sebulan sebelum cuti
  • KALAU bertuah dapat lah tiket murah
  • Buka akaun Maybank2u or CIMB Clicks memudahkan untuk urusan pembayaran


40 orang dah komen :

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

hidup belajar dari pengalaman baru bermakna dan akan lebih berhati-hati , saya first time naik flight , kawan yang handle semua , hehe

Aishah Jahirah said...

salam hana...hana posting kat srwk ye...akak da ketinggalan 'flight'.hahah
xpe pengalman mengajar kita utk dptkn yg terbaik di masa hadapan...salam ramadhan..

aidil Omar said...

hahaha hana ni.... jaga diri... hati-hati....

Tedi said...

Lama x dgr berita akak. Mungkin Tedi yg x perasan. Tiket Aiirasia sejak dia dpt share MAS, gile mahal. Setahun beli pun belum tentu dpt murah. Malangnya tiket pesaingnya (Fireflyz) pun ikut mahal. Sebab tu ada yg nak disiasat samaada mereka berpakat. Pakcik Mommy selalunya naik MAS kalo tiket urgent, lebih murah.

el said...

pasni expert dah lah nak booking2 tiket..lau ada tiket murah dr penang ke kuching gtau ea hehe

aisya said...

kalau airasia, setiap hari jumaat ada fabulous fly-day... skrg tak tau lah ada lg tak.. sebab dh beralih guna Mas.. tiket lebih kurg je harga.. nnti try la check Malindo Air.. tak sure route KL-Penang ada tak.. Tp kadang2 beli lmbt bleh dpat murah jugak. ikut nasib jugak lah..

btw, kalau mula2 naik flight ni elakkan lah flight transit.. klau kt LCCT okay lg.. kat KLIA nanti haru jadinya.. hehe.. boleh sesat kita..

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

9puluh ke 9ratus??? perghhh sekejap nyaaa naik... hurmmm, hidup seorang perantau, beginilah

Sheila Salim said...

Assalamualaikum yangg, wahh mahalnya. nanti tulis pasal pengalaman turun flight ye. hehehhee

Remy hazza said...

tgh nak beli online ticket jugak...hujung tahun ke kk...... nak melawat adik2 kat ums..... depa nak bawak jenjalan kat sabah tu....

Aku Penghibur said...

kawan acik cakap , nak murah kena tempah sebulan awal baru dapat murah

LiLy @ MaMaQiStInA said...

ktorang kalau nak balik kg memang beli tiket awal2..macam nak balik raya ni...dari bulan 3 tu lagi dah beli..dapatlah murah sikit...

Noor Mala Shahar said...

berhati-hati dan selamat berpuasa...

deno said...

lepas ni mesti hana dah tahu nak booking2 tiket2 dgn lebih baik kan :) btw, hana naik flight sokmo la kan... best :)

aswadz said...

nak murah lg, beli setahun awal. hehehe...

Puan Ezy said...

bkn sume org dpt pengalaman mcm ni..
kire hana beruntung la 2..
saye ni xprnh naik flight..
hukhuk

QasehnyaRania said...

betul tu
jaga diri ye dik

selamat berpuasa

Zawiah said...

matang dgn pengalaman . tak sangka lak jadi lagu tu harga tiket yer ... sabarlah . yg ptg dpt balik kg .

puteri kasih said...

lepas ni pasti hana expert dalam membooking tiket kan :)

S.K.A said...

owhhh..cmtu pula ye..ada turun naik eh..pnh juga kwn bgthu kena booking awal2..sy xbrani naik..tgk family je naik hu3..:D

LaLa mhdnor said...

selalu abg yg tolong book tiket, hehe

tp sy x suka naik flight, bosan :P

Yumida Huda said...

laaa...siannye
xpe..dugaan tu..memberikan pengalaman..yumida dulu study kat sabah
swak-sabah..perjalanan flight hampir sama dri kchg ke kl...harga tiket pun lebih kurang
tu la kan..dugaan sebagai pelajar..redah je la

latifah zainal said...

pengalaman hidup sbg seorang perantau.nx time booking tiket awal2,nnti harga takla mahal sgt..

mrs eyza said...

lepas nie hana dah teror la nak booking flight...hehe..

MaYa MustWany said...

mas sendiri pun xde pengalaman booking tiket bagai..tapi dapat rasakan satu hari akan kene wat coz mas akan kene ambik alih keje snior mas yang akan wat pgurusan trainee indonesian yg wat trainning kat hotel tuh..

pe2 pun hati2 n slamat prgi balik

boni kacak said...

hana, saya ni lagi lah tak reti apa2 tau. tak pernah naik kapal terbang.. takut pun ada.. bestnya dapat naik kapal terbang

sendiri said...

belajar dari pengalaman....penah juga buka web air asia..tp x reti.haha

Ibu.AisyZahra said...

first time iza naik flight kena tinggal..ingat mcm naik bas..rupanya bila nak daftar dimaklumkan 45 minit sebelum berlepas..kena la beli tiket baru..hehehe

Myra Jay said...

Fuhhhh!! boleh tahan jugak harga tiket.. Nak Raya sama tu yang mahal kan..

Adik ipar MJ mengajar di Limbang, setiap kali nak balik Penang transit 2-3 tempat. :)

ANNA MARIANA said...

wah,anna pon nak beli la tiket g sabah..huhuhuhu... tapi bila nak p x tahu la.. kihkihkih

faiq said...

x semestinye tgk air asia je...kadang2 Mas lg murah... skrg malindo pun da ade.. lg 1, xsemestinye beli awl murah... semua nasib kene rajin tgk

Suara Hati said...

ok la tu Hana..sy sekali pun tak penah naik flight..langsung tak tahu apa+ haha kesiann..

Kesuma Angsana said...

hehehe info menarik ni tq share yer

hana hadi said...

@Myra Jay
Limbang atas sekali.. jadi banyaklah kena transit.. hehe

Ayie Abas said...

assalamualaikum..hana :)

salam ramadhan :)

mahalnya kan? kan skrg ada pilihan flight lain? mana tau lagi murah...

Cik Kay Jue said...

wah mmg pengalaman yang berguna hana.. ckj pun tak pernah booking tiket kapal terbng..

CaDLyNN said...

kalau nasib baik dapatla tiket murah tu kan...take care hana

Maria Firdz said...

yup.. kutip lah sebnyk mana pnglaman slagi boleh sbb pngalaman guru terbaik utk kita.. :)

Mohd Fauzli said...

Tahnih cikgu....
Hehehe saya cadangkan cikgu cuba try banyak syarikat, jangan hanya bergantung pada air asia coz air asia ni banyak sangat hidden cost dia... next time cikgu cuba survey

http://www.malindoair.com/en
http://www.fireflyz.com.my/

saya rasa dedua flight ni lebih murah dari air asia...

hana hadi said...

@Mohd Fauzli
tq.. hana xterlitas langsung nak tengok flrefly

baby comel said...

dah lama xnaik kapal terbang kertas :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...