Preparation sebelum ke korea musim sejuk


Preparation sebelum ke Korea Musim Sejuk mengikut Hana.ngeee
Semua google ja tapi sebenarnya atas baget, suhu dan kepentingan. Lain orang lain caranya..ada setengah orang tahan sejuk ada orang yang tak tahan sejuk kan..

Baju dan winter coat.Disebabkan musim sejuk dan snow. Hana fikir down feather winter jacket iaitu jacket waterproof dan kalis angin adalah pilihan yang tepat. Pastikan jacket yang cun dengan saiz badan supaya mengelakkan ruang udara sejuk berkumpul.ngeee.. Disebabkan Hana saiz kanak-kanak Rebena, Hana pun ambik saiz kanak-kanak hahaha murah sikit berbanding saiz dewasa xs.. Terus ambik saiz kanak-kanak. Nampak tak kelebihan Hana di situ.hahaha padahal dalam hati "saiz kanak-kanak ka aku ni T_T".. Bukan setakat jacket ja ambik saiz kanak-kanak.Longjohn or thermal wear pun saiz kanak-kanak.haha triple murah dari dewasa. Longjohn or thermal wear ni sangat-sangat penting yee kawan-kawan. Hana beli yang extra heattech sebab Hana ni jenis tak tahan sejuk. So Longjohn or thermal wear lapisan pertama sekali. Lapisan kedua baju fleece. Nak Pakai baju thirt pun boleh tapi Hana lebih selesa pakai fleece sebab lebih ringan dan merangkap haba .Lapisan paling luar barulah winter jacket.Ada setengah orang pakai sweater dulu lepas tu baru winter jacket.

Kesimpulanya
Lapisan pertama: longjohn or thermal wear
Lapisan kedua: fleece or t-tshirt
Lapisan ketiga: sweater ( depend)
Lapisan keempat: winter coat/jacket

Seluar .macam biasa lapisan pertama extra heattech thermal wear pants. Hana beli satu set dengan baju. Lapisan kedua jeans. Itu dah cukup. Tapi Hana tak yakin semua tu dapat panaskan kaki Hana.ngee so Hana beli seluar yang lapisan dalamnya wool dan luarnya polister. Ada ciri-ciri kalis air dan angin di situ. Ada juga Hana beli legging jenis tebal. Promoter tu kata sesuai untuk winter. Kiranya kalau sejuk juga. Hana akan pakai legging untuk lapisan kedua kemudian seluar jeans or seluar polister tu.

Winter boot. Cari yang kalis air dan tinggi melepasi buku lali. Kasut sukan pun boleh tapi pastikan korang beli spray untuk kalis air tu..

Wool sock. Stokin dari material 100% wool. Sangat penting.Kalau stokin biasa cotton tu. Siap la korang kena pakai 2 lapis stokin cotton. Kaki kalau dah sejuk akan rasa kebas-kebas. Spoil mood nak jalan-jalan nanti.Hana beli stokin wool di Sox World. Legging tebal tadi tu pun Hana beli di Sox World. Sebab time tu memang dipamerkan untuk winter :)

Glove. Hana beli jenis kulit jadi tak serap air. So boleh main salji. Yeaaaaah.hehe beli yang jenis wool pun boleh tapi tak boleh main salji le.Kena ada juga leather glove ye..

Muffle. Eksen ja beli padahal winter coat dah ada koler tinggi bersambung dengan hood. Mufle bertujuan untuk memberi tahap kepanasan yang selesa di bahagian leher, hidung, mulut dan telinga.. 



Silent day of Wednesday


Vacation to Korea (Winter)




Happy Weekend and enjoy ur holiday. Baru ada kesempatan update entry T_T pejam celik pejm celik dah masuk awal bulan Disember. Tak lama lagi dah buka sekolah. 29hb terbang ke kuching yeaaah ada meeting 30hb T_T.

Ok lupakan cerita pasal buka sekolah segala bagai.. Hana sekarang tengah counting days to Korea :)
Sepatutnya 22hb November dah bertolak ke sana baget nak sambut birthday Hana 23hb November kat sana musim luruh lagi tu.tapi ada sebab-sebab tak dapat di elakkan terpaksa postpone ke bulan 12. Google punya google..alahai musim sejuk T_T berbelah bahagi nak pi ke tak. Hana tak tahan sejuk huhu fikir punya fikir pergi jelah ni ja peluang untuk ke korea tah bila lagi kan




Idea nak pi korea ni dari husben. Suprise laa kononnya..haha Hana tanya dia kenapa korea bukan Manchaster. Lagipun Hana dan dia bukan peminat korea pun adehh..lagipun tak terlintas di fikiran Hana nak ke Korea. Tak ada jawapan sampai sekarang kenapa Korea😅
"Kenapa korea?"
"Saja bawa pi jalan-jalan tak boleh ke?"
"Ececece"

Haa tu ja yang dapat Hana bagitau kenapa Korea😂 Kalau Hana cerita kat kawan-kawan yang peminat K-Pop mau menjerit diorang..Waaah..nak ikut nak ikut! (Yani dont worry nanti ada ole2 dari Korea:)

Segala persiapan dah siap sepenuhnya. Nama pun musim sejuk (dijangka suhu bawah -7) pertama kali pula tu.. So banyaklah $$$ yang terbang melayang bagai di tiup angin sepoi-sepoi bahasa hehe around RM1500-RM2000/2 orang untuk beli segala persiapan dari hujung kepala sampai lah hujung kaki, dalam luar semua. ngee..mungkin kalau beli bundle murah sikit.. Semua persiapan tu Hana beli di Queensbay Mall Penang, semua ada kat situ. Pasal baju-baju ni Hana cerita lain kali k.dari Hana kenal material cotton sampai lah ke material down. Banyak ilmu gak Hana dapat bila beli baju nih..

Ok next entry pula ek..
Have a nice day ☺️



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...