Perkhidmatan terakhir Spectra 9 plus


Setelah 5 bulan, akhirnya Spectra 9 plus menamatkan perkhidmatannya 15hb Mac 2019. Kenapa awal?

Memang niat Hana nak smpai 6 bulan tapi apakan daya atas sebab faktor-faktor tertentu EBM jadi terkurang. Baru Hana tahu perasaan mak-mak yang pasang niat nak teruskan penyusuan selama 2 tahun tiba-tiba susut. Ni yang kes Hana ni nak sampai ke 6 bulan ja pun dah rasa erm....

Ok nak review la sikit spectra 9 plus ni setelah menggunakannya selama 5 bulan. 5 bulan je.. beli mahal kot T_T. Tapi ni entry next time ek. hehe ni nak buat entri faktor-faktor sebab EBM jatuh merudum. Ni pengalaman Hana selama 5 bulan ye..

1. Salah makan ubat

Ubat hormon. Biasalah lepas pregnant hormon tak menentu. Makan lah ubat atas arahan doktor entah macam mana tersalah makan ubat. Time tu pelik kenapa boleh merudum ni. Tanya doktor dan tukar ubat balik. Perasaan masa tu dah ada sedikit down. Makanlah ubat yang baru ni masih macam tu juga tapi ada lah peningkatan sikit walaupun tak macam sebelum-sebelum ni. Dah nak masuk seminggu masih macam tu tak balik ke asal pun huhu. Ni yang 'malas lah nak pump kalau macam ni, pump sehari sekali jalah' nampak tak di situ huhu.

2. Pump tak ikut time


Awal-awal selepas melahirkan si twin ni semangat le sehari 4 kali ke 6 kali pump. Lepas habis pantang 4 hari sekali. Lepas tu makin lama sehari 2 kali sampai lah sekarang sebelum perkhidmatan terakhir Spectra. Lagipun bila bekerja ni kadang-kadang nak pump tu tak sedar dah lewat huhu

3. Emosi tak stabil


Yang ini paling susah nak elak huhu. Kadang-kadang marah, sedih, susah hati semualah. Baru-baru ni emosi jadi tak tentu. Orang kata tengok gambar baby makin happy ni macam makin sedih buat rindu kat sorang baby twin yang duduk jauh nun di perantauan sana (pisahkan baby twin atas sebab tertentu). Salah konsep di situ T_T. Lagipun dapat pula berita 1 per 1 dari orang tah dari mana. Benda tu pun buat Hana berfikir sampai ke tidur. Confirm susah nak tidur juga. Kadang-kadang orang keliling pun buat jadi emosi tak stabil. Tapi salah kita juga tak pandai control. ngeee tapi nak juga salahkan orang keliling. Baru puas hati.


Introduce my first twins.


Pejam celik pejam celik dah masuk 4 bulan anak mama :)

Couple Twins 
Time ni umur 2 bulan

Tak sabarnya nak tunggu 6 bulan. Tak sabar nak bagi makanan pertama untuk anak mama ni. 

Sekarang ni pun Hana dah mengali info berkaitan pemakanan bayi 6 bulan ni. hehehe Nampak tak excitednya Hana.. Nak buat stok makanan baby, nak beli food processor nak beli baby food storage, sudu, bib yang kiut miut. hehe 

Agak-agaknya apa makanan pertama anak mama nanti yee.. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...