Berbuka puasa di dalam flight


Sebelum ni Hana ceritakan pasal pengalaman Hana mem'booking' tiket flight KLIK SINI.
Kali ni Hana nak ceritakan pengalaman Hana naik flight dari Kuching ke Penang + berbuka puasa di dalam flight.

Smooth je perjalanan Hana dari  Kuching ke Penang sebab 3 hari sebelum tu Hana dah servey persekitaran airport Kuching untuk memastikan keselamatan Hana terjamin. Ceaahh... tak lah. Hana dah servey tempat check in beg, kaunter pembungkusan barang dan segala jenis kaunter.

Flight Hana 7.10 malam. Waktu berbuka puasa di Kuching puasa adalah 6.54 petang. Erm.. memang tak sempat lah Hana berbuka sebab kena check in 30 minit awal. Hana beli air mineral dari luar bawa masuk flight. Shh.. jangan bagitau orang tau.. hehe Perjalanan Hana dari Kuching ke Penang ambil masa selama 2 jam. Sabar ye perut. Nanti kita makan besar di Penang. hehe

Nak di jadikan cerita tempat duduk Hana di tengah. Hana tengok orang sebelah kiri dah buka menu untuk order makanan berbuka puasa. Hana tengok orang sebelah kanan. Erm.. tiada aura-aura nak order makanan pun. Hana memang nak order makanan walaupun semua makanan mahal dalam lingkungan RM15 hingga RM35. Air pun dah RM6. Saja ja nak merasai pengalaman berbuka puasa dan membeli makanan dalam flight. hehe

Memang Hana dah fikir sebelum naik flight lagi pasal makanan ni. Kalau Hana order makanan. Orang sebelah tak order makanan. Rasa macam diri Hana ni pentingkan diri sendiri pula. Padahal orang sebelah ok je tak kata apa pun. Jadi Hana ambil keputusan tak order makanan. Biar orang sebelah kanan Hana je order makanan. Kira tak terasa sangat kalau orang sebelah kiri Hana tak makan sebab Hana pun join tak makan. Ada juga Hana pelawa dia minum air mineral. Tapi dia kata tak apa :)

Berselera je orang sebelah kanan Hana makan roti apa tah nama makanan tu.. Tak apa demi menjaga keamanan di dalam flight. Hana sanggup berkorban perut. Ok tiada kaitan pun sebenarnya.. Semua tu perasaan Hana je rasa bersalah nak makan bila orang sebelah tak makan. Kalau Hana bagi dia sikit makanan pun memang makanan beli di flight sikit pun.  Macam mana nak bagi. hehe

Sebelum naik flight, sempat juga Hana berjalan-jalan sekitar Kuching. Penat juga dengan panasnya lagi.                                        
           
Kawan sekelas IPG Kota Bharu, Sekarang ni kami di bawah satu PPD (Pejabat Pelajaran Daerah)

Sampai Penang, pak su terus cari kedai makan. Mengikut kiraan Hana, 25 jam tak makan sebab sahur Hana tak bangun pun. Lepas makan. pergi jalan-jalan sekitar Penang. Ok firstime tengok Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Queensbay Mall Penang.

      
 Sepupu

Hana bermalam di Penang rumah pak su. Esok tu baru balik Kedah 
Terasa hari tu Hari Jalan-Jalan Sedunia :)

P/s : Entry 2 minggu lepas punya cerita :P

23 orang dah komen :

aisya said...

pernah jugak berbuka dalam flight tp masa tu guna Maswings. diorg bg milo kotak je utk berbuka sebab perjalanan Labuan-Miri tak sampai sejam pun utk mkn yg berat2. =)

hananhadila said...

wahh . bagus nyee akak sanggup berlapar . kalo saya , tak kot . hihi
btw , selamat hari raya maaf zahir dan batin ;)

akmaL said...

makanan dlm flight mahal sangat kan..nak beli pon kene fikir panjg dlu..hehe

Ayie Abas said...

mula2 ayie ingat hana puasa 6 tadi.. rupa2nya entry 2 minggu lepas simpan dlm draf eh..hehe

Puan Ezy said...

merasa jgk naik flight.. bestnye die

hana hadi said...

@Ayie Abas
haha a'a dalam draft.. nasib buka draft kalau tak memang entah bila nak publish.. hehe

Azie Namico said...

Hi hana...
laaaa kenapa tak makan...tahan ya perut hana hanya minum....sesekali berbuka dalam flight apa salahnya..seronok...hehehe

So dah sampai penang makan besar lah nie

Tinta Lana said...

Salam.

Jadi..hana buka dengan minum air mineral je la ya..

Demi org sebelah..ewahhh,hehehe

Cik Kay Jue said...

sampai tak makan hana.. tapi lewat2 makan mesti rasa lapar tu ilang..

Maria Firdz said...

Hhhe.. Bestnya dpt rasa jadi perantau di kapal terbang.. Hehe

hana hadi said...

@Azie Namico
memang makan besar.. masakan negeri utara kan

Mar Haini Abdul Rahim said...

salam hana, lamanye x singgah sini.. hana dh postg ? ngaja kt kuching ke mne ? waah tahniahh jd org jauh die :D

Zawiah said...

baik hati la mmg dia nih . sanggup x mkn sbb nak jaga hati org ... 25 jam bertahan x mkn , emmm ... tak kruk krak ker perut tuh ...

Cik Itah@Rama Rama Pendek said...

kan? selera macam padam ja bila orang yang duk sebelah tak makan , itah pun rasa macam tu ..bila kena situasi ni huhu sabarlah terpaksa korban perut

Kesuma Angsana said...

pengalaman menarik tu !

dear xila said...

lani mesti dah ade kt srwk balik kennnn hehe slmt bertugas cikgu hana :)

Che Rosliza Che Mat said...

tak pernah lagi....naik kapal terbang pun tak pernah hihihi

hana hadi said...

@Mar Haini Abdul Rahim
dah posting.. baru sebulan lebih.. kat sarawak bahagian lundu ejam dari kuching.. rumah sewa kat kuching le. hehe

hana hadi said...

@dear xila
a'a hehe 2 bulan pula la nak balik semenanjung.. :)

hana hadi said...

@Cik Itah@Rama Rama Pendek
a'a macam tak best.. nak makan rasa bersalah

Amanina Mads said...

bagus hana ada jgk rasa bersalah tu walaupun lpar berjam2.. huhu

S.K.A said...

mak aih..lama 2..ni msti smpai smnnjung mkan puas2 kn =)

baby comel said...

Kalau kita pun mesti rasa semacam kalau kita makam tp org sebelah tak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...